
Lepas aku kena cerai depan mak aku, suami aku terus keluar dari rumah. Esoknya masa aku takde, suami ambik semua barang dalam rumah. Sampai ayam beku dalam peti pun dia ambik. Kicap sebotol pun dia ambik sedangkan semua tu aku yang bayar..
#Foto sekadar hiasan / AI. Bismillah. Assalamualaikum. Aku nak cerita kisah penceraian aku beberapa tahun lepas. Aku berkenalan dengan bekas DIA tak lama, DIA terus desak aku untuk berkahwin atas dasar bercinta selepas kahwin. Jarak umur aku dan DIA 9 tahun, jadi aku kira tak salah kahwin muda. DIA lebih berusia dan boleh bimbing aku dengan baik sebab DIA lebih matang. DIA memang baik, sempurna bagi aku, banyak ingatkan aku pada agama.
Aku agak liar ketika tu dan DIA mengingatkan aku untuk berubah. Pada awalnya keluarga aku menentang, mungkin keluarga aku ada cakap sebabnya tapi aku tak nak dengar kot. Sebab kedegilan aku untuk berkahwin dengannya, akhirnya keluarga aku terpaksa akur.
Diawal perkahwinan, DIA dah warning, jangan pregnant. Bagi masa 2 ke 3 tahun untuk stabilkan ekonomi keluarga, aku akur, aku telan pil perancang. Mungkin kerana terlalu sayang padanya, aku pun tak tahu apa yang merasuk aku sejak berkenalan dengan DIA.
Bila dah tinggal serumah, tidur sebantal, baru kenal siapa DIA yang sebenar. Sepanjang masa kami berumahtangga, sumpah aku cakap, cuma sekali DIA pernah imamkan solat aku. Solatnya? Entah, tak pernah aku nampak DIA solat. Aku akui, solat aku pun tak sempurna, jarang cukup 5 waktu, tapi sekurang – kurangnya aku berusaha.
Kadang – kadang miss 1 atau 2 waktu dalam sehari. Lama – kelamaan aku terikut dengan perangai DIA, abaikan solat. Aku tak salahkan DIA, itu khilaf aku sendiri. Dari awal kahwin, sekali pun tak pernah DIA belanja barang dapur, semua pakai duit aku sebab aku turut bekerja. Lagi pun aku dah biasa duduk sendiri, beli makan pakai sendiri.
Masa duduk rumah sewa okey la, DIA bayar sewa rumah dan bil utiliti. Lepas setahun kahwin, aku ajak duduk rumah lama keluarga aku. Sampai bila nak menyewa kan? DIA on je. Sedihnya aku, kat sana pun DIA tak nak beli barang dapur, so aku je la yang kena beli. Senang cakap, aku tanggung DIA. Rumah dah tak bayar, kan rumah sendiri kan.
Lama – kelamaan bil utiliti semua aku jugak yang tanggung. Menyesal pulak ajak DIA duduk rumah tu. Aku nak meringankan beban kami bersama, tapi beban DIA saja yang hilang. Cuma 2 tahun setengah usia perkahwinan kami, tapi cukup perit.
DIA langsung tak sama dengan DIA yang aku kenal sebelum berkahwin. Aku cuba pertahankan rumahtangga kami sebab aku sayang DIA. Tapi akhirnya aku bergelar janda tiada anak seawal umur 22 tahun. Lebih menyedihkan, aku diceraikan ketika seluruh umat Islam masih dalam suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Masa tu aku demam panas. Raya pertama sampai raya ke 2, malam tu rumah makcik DIA ada buat kenduri, dekat je, kampung sebelah je dengan kampung rumah kami tu. Disebabkan aku demam, DIA minta aku berehat dirumah dan pergi seorang. Lepas aku makan ubat, aku tidur diruang tamu rumah. Tiba -tiba ada orang bagi salam di luar.
Sepupu aku datang. Sepupu aku 3 beradik dan kawan – kawannya, semua lelaki, ada 5 orang. Datang nak lepak rumah aku sebab rumah atok aku dah penuh. Oh lupa aku nak cerita, rumah aku tu dan rumah atok aku cuma bersebelahan. Sepupu aku perempuan je ramai. Yang lelaki adik beradik sepupu aku yang datang tu je lah.
Aku fikir, apa salahnya. Mungkin mak aku yang menyuruh mereka ke rumah aku. Aku bagi je masuk, bukakan TV, buatkan air panas, jamukan kuih dan biskut raya. Aku buka pintu luas – luas dan duduk di anjung depan berbual dengan sepupu aku yang paling tua dalam mereka 3 beradik tu.
Kami sebaya, membesar bersama jadi sememangnya sangat rapat. Adik – adiknya dan kawan mereka semua masih bersekolah. Tiba – tiba DIA balik, terus mengamok, heret aku ke dapur, terus belasah aku. Serius tau, pukul betul – betul. Kaki tangan semua naik.
Sambil marah – marah sebab aku benarkan lelaki masuk rumah tanpa izin DIA. Mak abah aku ada kat rumah atok aku kat sebelah, dengan pakcik makcik sepupu sepapat aku semua. Tapi aku tutup mulut, aku tetap simpan hal rumahtangga aku. Pasal aku tanggung DIA selama ni pun, tak pernah aku cakap kat mak aku atau sesiapa pun.
Tapi mak mertua aku selalu perli aku macam aku ni banyak habiskan duit anak dia. Pun aku diamkan dan tak pernah cakap yang sebenarnya aku yang bagi anak dia makan. Balik pada cerita DIA marah dan pukul aku tu, aku dapat lepaskan diri. Aku lari masuk bilik belakang, kat sebelah dapur, kunci pintu, off HP, tutup lampu.
Yang kat luar tu lantaklah. Apa nak jadi jadi la. Aku terus tidur je, tak nak fikir. Entah DIA ada ketuk pintu bilik ke tak, aku pun tak tahu. Mungkin jugak DIA tak jumpa kunci bilik tu. Esok paginya aku bangun, aku keluar tengok rumah aku lengang. Sepupu aku semua tidur di rumah atok aku, selit je mana – mana ada tempat.
Padahal kat rumah aku ada 1 lagi bilik kosong. Kalau segan nak tumpang tidur di bilik kami pun, kat ruang tamu pun lapang. Biasalah raya, tidur ramai – ramai. Mungkin DIA halau mereka keluar malam tu. Aku mandi, kemas rumah macam biasa. Demam lagi, aku cek memang takde lebam tapi 1 badan sakit.
DIA bangun tidur, DIA tidur kat sofa. Tak nak pulak tidur di bilik kami? Aku buat tak nampak je. DIA ajak balik ke rumah keluarganya, aku ikut je. Mak abah aku pun nak balik ke rumah keluarga aku jadi kami memulakan perjalanan bersama sebab rumah keluarga aku dan keluarga mertua tak jauh.
Dalam kereta aku diam je. Sampai sana, aku buat biasa je dengan keluarganya. Macam takde apa pun jadi malam tu. DIA ajak balik ke rumah keluarga aku pulak, pun aku ikut. Di rumah keluarga aku pun aku buat macam biasa je. Siap bergambar di depan rumah. Memang macam takde apa. Aku simpan betul – betul hal rumahtangga aku.
Malam tu kami balik rumah dengan mak abah aku, bawak abang dan kakak ipar aku sebab mereka belum beraya kat rumah atok aku. 2 kereta. Sampai rumah je aku macam biasa la, ulang alik rumah aku dan rumah atok aku kat sebelah. Tiba – tiba DIA, entah kenapa naik angin sebab aku asyik pergi rumah sebelah je.
Kejap kat sebelah, kejap balik rumah, kejap pergi sebelah lagi. Sebenarnya aku dah biasa macam tu, bukan baru malam tu. Aku rasa DIA takut aku cerita pasal DIA pukul aku tu kot. Apa entah masalah DIA, takut sendiri. Padahal aku tak cakap kat sesiapa pun.
So semua orang pun macam biasa je la dengan DIA, tak tahu apa kan. DIA terus pergi rumah atok aku, marah mak aku pasal aku bagi jantan masuk rumah masa DIA takde. Dah kenapa entah nak buka balik cerita semalamnya tu? Elok – elok aku simpan, takde siapa tahu, bukan ada yang tanya atau marah dia pun.
Memang tak faham kan. Abah aku keluar masa tu, pergi minum. Ada abang aku je, tenangkan DIA cuba cerita elok – elok. Aku kat rumah je, mak aku tak bagi pergi rumah atok aku. Mak aku tak nak DIA menghadap aku masa DIA tengah marah.
Tiba – tiba DIA balik rumah, terus pergi kat aku, ceraikan aku depan mak aku. Nasib baik mak aku ikut DIA pergi sana sini tu. Kalau tak memang lagi sekali aku kena pukul kot. Lancar je DIA lepaskan aku. “Mak, saya lepaskan dia dengan talak satu.” Sambil tunjuk kat aku. Macam dah dihafal pun ye jugak.
Malam tu jugak DIA balik rumah keluarganya naik kereta, sehelai sepinggang. Aku tak tidur malam tu, masih demam lagi. Esok paginya abah dan mak aku hantar abang dan kakak ipar aku balik. Pakcik aku yang tinggal di rumah atok aku hantarkan aku pergi buat report kat balai polis pasal cerai tu.
Sebab pejabat agama belum buka, baru raya ke 4. Polis suruh pergi hospital, sebab domestic violence. Dah petang baru setel. Sampai rumah, motor aku dan motor DIA dah takde, almari baju DIA dah bersih. Sedihnya aku masa tu, macam nak mati je rasa.
Atok aku cakap DIA datang 2 kereta dengan keluarganya, bawak balik motor DIA dan motor aku. Motor aku tu aku mula bayar masa baru kahwin, memang silap aku. Pakai nama DIA sebab apa, aku tak ingat. Duit deposit dan 2 tahun aku bayar, dengan muka tak malu DIA angkut sekali dengan alasan motor tu nama DIA.
1 rumah DIA kemas. Dengan ayam beku dalam peti sejuk pun DIA ambil. Sampaikan kicap 1 botol, DIA tinggalkan sikit kat dalam cawan. Memang kelakar. Bukan DIA yang beli pun semua tu. Gambar kahwin kami semua terkoyak, berterabur dalam rumah.
Kenapa entah, ingat drama? Ni yang peliknya. Yang pertama, aku kunci rumah, dua – dua kunci pada aku sebab malam tu sebelum DIA balik aku minta kunci DIA. Yang kedua, kunci moto aku pun aku bawa ke balai polis dan hospital. Bila DIA buat dua – dua kunci pendua? Cantik kan plan DIA.
Macam DIA memang tunggu je aku buat salah untuk jadikan sebab DIA lepaskan aku. Sambung kisah masa raya tu, hehe belum habis lagi tau. Raya ke 2 pukul, raya ke 3 cerai, raya ke 4 datang kemas barang. Raya ke 5, aku mula kerja balik. Tengah kerja ni, tiba – tiba DIA masuk kedai aku kerja tu.
Duduk depan aku, minta surat nikah. Aku rasa macam mimpi je DIA boleh datang dengan selambanya nak jumpa aku. Takut pun ada tapi aku tengok luar, ada abah aku tunggu. Lepas hantar abang aku balik semalam, mak abah aku stay kat rumah aku je takut DIA datang kacau aku lagi.
DIA minta surat nikah, aku tanya untuk apa. DIA cakap untuk urusan daftar cerai. “Nanti kalau awak nak rujuk dengan saya balik pun boleh.” Ni ayat paling win, tak boleh blah. Sebenarnya DIA ajak aku rujuk ke DIA mengharapkan aku ajak DIA rujuk? Ke pelawa aku untuk rujuk semula? Memang tak faham. Hmm korang nilailah sendiri.
Aku memang tak tahu pasal cerai ni, keluarga dan kenalan aku pun takde yang pernah mengalami. Memang tak tahu urusannya, memang kena pakai surat nikah ke? Ikutkan hati aku, aku nak tanya, semalam datang kemas rumah kenapa tak ambil surat nikah tu? Kenapa bawak lari motor yang aku bayar tu?
Ehh banyak la nak tanya, nak marah DIA. Sedih jugak sebenarnya. Tapi aku fikir, tak guna layan orang macam ni. Aku diamkan je, aku suruh DIA balik. Aku cakap esok aku minta cuti, jumpa di pejabat agama dengan keluarga masing – masing.
Malam tu bermula la DIA punya meroyan, gila talak kot. Hmm. DIA wasap aku macam – macam, suruh kenangkan balik masa kami hidup bersama la, masa bercinta la. Berjanji segala bagai. Aku baca sekali imbas, terus delete. Marah ke, tak jugak. Lebih kepada rasa macam nak mati sakitnya.
Mak aku cakap, sebelum DIA pergi jumpa aku tu DIA dah merayu – rayu minta maaf kat mak abah aku dulu. Tu yang mak abah aku bagi DIA pergi jumpa aku kat tempat kerja aku. Walaupun mak abah marah sangat kat DIA, sebab mak abah paling tak suka lelaki yang gunakan kekerasan apatah lagi pada anak perempuan diorang kan?
Tapi mak abah aku serah keputusan bulat – bulat kat aku. Ikut aku la nak balik kat DIA ke tak. Mak abah aku tak nak pengaruh aku buat apa – apa keputusan masa tu. Aku banyak diam je bila dengar semua tu, lebih kepada diam dan berfikir. Aku sendiri tak nak buat keputusan melulu.
So esoknya aku pun pergi dengan mak abah aku. Nak daftar cerai tu kena ada fotostat IC suami dan isteri. So memang tak boleh la nak daftar seorang je. DIA pun datang, seorang je, bawak motor adik DIA. Kenapa tak bawak motor aku yang DIA hadap sangat tu? Haha.
Masa kat depan kedai fotostat tu aku panggil DIA kejap, nak cakap. Mak aku tunggu je tak jauh dari aku, tak nak masuk campur tapi berjaga – jaga. Aku cakap, “Apa – apa keputusan yang aku buat lepas ni, 100% kehendak aku. Langsung takde pengaruh keluarga aku atau sesiapa pun. Bagi aku masa untuk fikir.”
DIA angguk je. Sebab aku tahu DIA tahu aku sangat sayangkan DIA. Aku tak nak DIA fikir kalau aku tak nak balik kat DIA, cuma sebab keluarga aku tak benarkan. Lepas tu kami terus pergi pejabat agama, pergi pejabat guaman syariah apa semua la.
Lepas bagi statement, pegawai kat pejabat agama tu cakap nanti akan sampai surat kat rumah. Kat surat tu baru tahu tarikh bicara. Baru aku tahu prosesnya macam tu. Ingatkan masa tu jugak terus bicara ke apa. Yeye la aku minta dia bagi aku masa bagai.
So aku balik rumah, kerja macam biasa. Tinggal seorang tak jadi masalah sebab aku dah biasa sebelum kahwin dulu, lagipun rumah sebelah je rumah atok kan. 2 minggu lepas tu baru dapat surat tu. Tarikh bicara 2 minggu lagi. Alhamdulillah, aku dah lebih kepada redha je lah. Nak buat macam mana lagi kan?
Oh aku lupa, lepas pergi daftar masa tu, tiap – tiap hari DIA masih wasap aku. Macam – macam DIA merayu. Masa jumpa aku depan – depan tak berani nak cakap apa pun. Motifnya apa aku pun tak tahu. Mungkin DIA baru sedar salah DIA ke, entah la. Aku malas nak fikir. Sekali pun aku tak balas.
Aku bukan sombong. Bukan tak nak berbaik. Aku memang terlalu sayangkan DIA, tapi peritnya, aku je lah yang tahu. Kalau malam tu DIA pukul aku sebab DIA marah, aku masih boleh maafkan. Dan malam esoknya DIA ceraikan aku sebab terlepas cakap ke, pun aku masih boleh maafkan.
Tapi yang esoknya tu, malam ceraikan, esok pagi – pagi dah datang kemas barang? Kenapa kejam sangat? Tahu minta aku elok – elok. Kenapa pulangkan main buang gitu je? Eh aku ada mak bapak la wey. Kat mana adab DIA sekeluarga?
Pendekkan cerita, sampai tarikh bicara. Aku takut sangat DIA tak datang, leceh nanti. Kena cuti pagi, kena ulang alik lagi. Macam – macam hal la. Alhamdulillah DIA datang walaupun lambat dekat sejam. Pun DIA datang seorang. Keluarganya semua mana? Takut mak abah aku gaduh dengan keluarganya ke?
Mak abah aku bukan jenis macam tu la eh. Masa bicara hakim tanya pasal lafaz cerai tu apa semua la. Aku cerita je la. DIA diam dan angguk je bila hakim sahkan balik. Masa hakim tanya pasal rujuk pun DIA diam je. So setel. Sah jatuh talak satu dari masa DIA lafazkan sebulan sebelum masa bicara tu. So baki tempoh edah tinggal 2 bulan.
Hakim ada cakap, “Nafkah hendaklah diberikan sewajarnya.” Aku senyum kelat je kat DIA. Masa kahwin pun tak bagi, takkan dah cerai DIA nak bagi kan? Takpe lah. Lepas bicara tu ada pegawai bagi aku kad peguam syariah untuk aku tuntut mutaah dan harta sepencarian.
Mutaah tu ganti rugi untuk isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Tapi aku dan keluarga aku dah sepakat, malas la panjangkan lagi. Semua tu biarlah Allah yang tentukan. Kalau aku dakwa DIA, ada kemungkinan aku boleh menang, bukan sikit rasanya.
Tapi aku dah cukup sakit nak ingat pasal DIA, apa lagi nak tengok muka DIA lagi kan? Pasal nafkah, 3 bulan edah, macam yang aku agak, memang 1 sen pun DIA tak bagi. Takpe lah. Atas sana ada Allah nampak semuanya. 2 bulan lepas tu, kebetulan aku cuti balik rumah mak, aku pergi la ambil sijil cerai. Mak aku saja je tanya pegawai tu, katanya DIA dah ambil pun sijil tu.
Pada aku, alah. Kan pejabat agama tu dekat dengan rumah DIA, ye ambil awal. Gasaklah. Lepas cerai tu ada dapat BR1M untuk keluarga bahagian 2 dan 3. Bahagian pertama dulu kami dah dapat dan bahagi dua. Patutlah DIA senang je nak bagi aku dulu, yang bahagian 2 dan 3 ni DIA ambil seorang padahal masih ada hak aku dalam duit tu walaupun kami dah berpisah.
Hmm biarlah. Pada aku, dah cukuplah. Cepatlah berlalu semua ni. Alhamdulillah Allah sentiasa bukakan hati aku untuk redha dan ikhlas. Ni bahagian aku. Mungkin ni balasan untuk dosa aku sebelum ni, atau mungkin ada ganjaran yang sangat hebat menanti aku nanti. Yang mana pun aku ikhlas terima.
Tapi aku takkan lupa. Mungkin ada salah aku sendiri yang jadikan DIA sanggup buat macam tu kat aku. Takpelah. Aku tetap anggap salah tu daripada aku sendiri. Ni bahagian aku. Apa pun aku tetap bersyukur dengan ketentuan Allah ni. Mungkin untuk selamatkan aku daripada hal yang lebih teruk dari ni.
Mesti ada hikmahnya. Mak aku pun cakap, DIA akan dapat balasan nanti. Kalau DIA tak dapat, anak DIA nanti dapat la. Bukan mendoakan, tapi Allah kan adil. Sekarang dah beberapa tahun berlalu. Episod duka tu masih berbekas dalam hati aku.
Dan sejak penceraian tu, aku tak pernah walau sekali pun ternampak DIA ataupun keluarganya dekat mana – mana. Padahal rumah keluarga aku dan rumah keluarga DIA tak jauh, dalam daerah yang sama. Pergi jalan – jalan ke, shopping ke, pusing – pusing situ je. Tapi tak pernah ternampak pulak. Tak tahu la mungkin Allah jauhkan DIA dari aku. Alhamdulillah.
Sebab aku pun tak boleh agak apa reaksi atau tindakan aku kalau bertentang mata dengan DIA. Tapi mungkin jugak DIA lari bila ternampak aku dan keluarga aku kot, haha. Siapa tahu? Dah malu sendiri. Tak tahu la dah sampai mana kisah penceraian kami ni DIA ceritakan, maksud aku yang versi DIA reka tu.
Takpe lah, kalau orang tanya aku, ringkas je aku jawab. Jodoh tak panjang. Cliche kan? Hehe. Biarlah. Aib DIA tetap aku simpan. Cerita kat sini takpe, takde siapa kenal kami. Terima kasih kepada admin sudi post dan terima kasih kepada semua kerana membaca sampai habis. Semoga menjadi pengajaran buat semua.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.