Kenal lelaki dekat FB, aku ternoda sampai mengandung. Rupanya dia tunang orang. Lagi beberapa hari, dia nak kahwin aku gugurkan kandungan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Lepas dia kahwin pun kami masih berhubung sedangkan isteri dia cantik, putih, kurus. Aku pun tak bijak sebab terus layan dia walaupun tahu suami orang. Aku mula godam semua media sosiaI dia. Rupanya bukan aku sorang perempuan yang dia simpan. 4 orang sekaligus!

#Foto sekadar hiasan / AI. Nama aku Markonah (obviously bukan nama sebenar lah kan). Harini aku nak cerita pasal pengakuan aku sebagai m4ngsa si kaki perempuan. Aku harap dapat jadi pengajaran kepada semua perempuan di luar sana, tidak kira usia dan status anda.

Niat aku cuma nak bagi pengajaran. Aku juga minta maaf sekiranya cerita aku ni bosan atau klise pada semua. Sejujurnya aku seorang pend0sa yang mencari taubat Allah swt dan sedang dalam istiqomah memperbetulkan diri aku supaya kekal di dalam keredhaan Allah swt.

Kalau diikutkan cerita aku ni teramatlah panjang sebab berlaku sejak tahun 2018 lagi. Tapi aku ringkaskan je lah (pun panjang juga). Aku kenal dengan seorang lelaki ni nama CHON. Aku percaya ramai kot jadi m4ngsa dia ni. CHON seorang yang kacak, penampilan menarik dan kerja di badan berkanun serta suami orang, aku ulang ye wahai perempuan – perempuan, SUAMI ORANG.

CHON tak lah kaya, tapi cukup lah dia nak sara anak – anak dan isteri dia. Isteri dia kerja kerajaan. Lokasi ni Cyberjaya / Putrajaya. (So watch out girls). Aku kenal CHON melalui aplikasi FACEBOOK. Dari aku kenal dia, aku tak terjangka dia ni Womenizer / Kaki Perempuan yang agak ekstrem sebab cara dia bercakap sangat menyakinkan seseorang perempuan.

Mula – mula aku kenal dia, aku tak tahu dia dah berpunya sampai aku gadai la maruah aku. Ya aku tahu aku b0doh, perempuan tak ada maruah and so on. Tapi aku rasa pelik sebab nampaklah yang ciri – ciri dia dah berpunya. Akhirnya dia mengaku dia tunang orang (tahun 2019).

Aku rasa macam kena tampar. Aku nak tinggalkan dia tapi aku tak kuat, sebab waktu itu aku tengah pregnant anak dia. Lagi berapa minggu dia nak bernikah kami ambil keputusan gugurkan kandungan itu. (Allah swt sahaja yang tahu betapa aku berper4ng dengan d0sa ini)

Maka kahwin lah dia dengan isteri pilihan dia. Isteri dia cantik, kulit putih, kurus, tinggi. Aku rasa idaman setiap lelaki lah isteri dia. Tapi dia tak pernah rasa syukur, pada aku biasalah kekurangan sana sini tu dalam perkahwinan. Walaupun dia dah berkahwin, aku tetap ada dengan CHON. (B0dohkan aku).

Hatta dalam keadaan begitu, aku tetap rasa mencari – cari identiti CHON. Aku tak give up. Aku godam segala apa aplikasi yang dia ada untuk mencari satu sisi seorang kaki perempuan / Womenizer. Akhirnya aku berjaya godam. (aku takkan details macam mana aku godam).

Memang aku terk3jut. Memamg ramai perempuan yang dia ada. Ada yang dia ugvt, dia ayat, dia simpan gambar tak senonoh perempuan. Dalam masa dia beristeri, dia jalinkan hubungan dengan aku dan ada pelbagai wanita dia ayat, serta miliki tak kira status dan usia. Benda ni aku cek pada tahun 2023.

Aku tinggalkan hidup dia pada tahun 2025 di samping aku nak bertaubat dan teruskan kehidupan aku. (Nampak simple, tapi struggle). Alhamdulillah Allah swt permudahkan nawaitu aku untuk berganjak dari penz1naan. Dalam time range 2023 hingga 2025, walaupun CHON kantoi dengan aku, tapi dia masih juga buat.

Aku nampak la ketegaran dia terhadap habit itu. Aku tahap tak tahu lah nak kata apa, sedangkan aku yang tak ada hubungan halal pun dia buat apatah lagi Isteri dia. Tapi hingga tahun 2026 ini, ya, dia masih mengayat perempuan dan mencari.

Dia langsung tak tahu aku godam privasi dia. Sesungguhnya sekarang apa yang aku lihat, tahap Womenizer dia lebih ke hadapan iaitu, dia berterus terang akan status sebagai suami orang. Aku cuma rasa CHON ni adalah psiko terhadap perempuan dan sentiasa mencari m4ngsa.

Mungkin untuk kepuasan dia bagi membuktikan kelakian dia adalah ke tahap yang lebih tinggi. Sebab aku cakap macam ni, kerana dia ada fasa yang dilakukan terhadap perempuan. Melalui pemerhatian aku terhadap hasil aku godam privasi dia, antara fasa yang dia lakukan :

1. Aim perempuan tidak kira jauh atau dekat, janda, student, single.

2. Add melalui FB, dan bertegur sapa.

3. Kalau tak layan, perempuan tu selamat.

4. Kalau layan dan dia berkenan maka bertukar nombor telefon.

5. Jadi bermula lah dia ayat perempuan itu.

6. Bukan dengan seorang perempuan sahaja. Dalam masa sama dengan beberapa orang perempuan.

7. Mungkin dalam 4 orang tu, sorang dia akan bercinta.

8. Dalam fasa bercinta dia akan pujuk lah perempuan tu untuk datang KL, berhijrah ke KL, kerja area KL dan dia akan beri jalan pada perempuan tu supaya m4ngsa lebih dekat dengan dia.

9. Kalau tak fasa bercinta pun, hanya untuk one night stand juga dia akan bagi jalan pada perempuan itu untuk check in di hotel berdekatan Cyberjaya / Putrajaya / KL.

10. Kalau bercinta dengan dia, dia akan merayu nak gambar tak senonoh / tak bertudung dan sewaktu dengannya.

11. Kemuncaknya dia akan buat emosi perempuan penat dengan dia sama ada g4duh pasal benda – benda kecik dan dia akan buat macam perempuan tu tak faham dia.

12. Kes lain pulak, kalau dia tak puas hati, dia ugvtlah. Nak sebar gambar.

13. Kalau perempuan tu dah masuk dalam jerat percintaan dia, dan dah berk0rban maka perempuan tu masuk dalam permainan untuk mendengar arahan dia sampai dia puas dan dapat apa yang dia inginkan pada perempuan (s3ks, duit, rasa kejantanan).

14. Perkara 1 hingga 13 dia akan ulang.

Kesimpulannya, aku nak semua tahu, LELAKI INI WUJUD di kalangan kita yang mungkin kawan meja sebelah, jiran rumah bawah, abang korang ke, abang ipar korang ke, anak lelaki Makcik dan Pakcik kat luar sana. Kalau nak disenaraikan nama perempuan – perempuan dia ayat, Ya Allah banyak tak terkata cuma bezanya sejauh mana hubungan tu dia bawa pergi.

Kalau bukan CHON sekalipun, mungkin wujud di tempat lain. Yang aku jumpa adalah CHON tapi aku percaya banyak lagi lelaki macam ni. Cuma perempuan je yang tak sedar dia berkawan dengan orang yang macam ni. Yang terbaru ni aku tahu dia tengah ayat perempuan yang merupakan bekas m4ngsa dia setelah hubungan percintaan dia dengan seseorang bernama JOYAH putus di tengah jalan.

M4ngsa baru tu masih single. Aku harap m4ngsa tu tolonglah sedar bahawa dia bakal gunakan kau. Akhir kata aku takkan berhenti membuka mata perempuan – perempuan di luar sana supaya tak terus menjadi b0doh dan diperb0dohkan dengan lelaki macam ni.

Kalau korang nak tanya, tanyalah apa – apa melalui ruangan komen We Want Markonah! (perasan sangat woii!). Kalau aku berjaya tempuh benda ni, tak must4hil korang pun boleh elakkan dari ia terus berlaku pada diri korang. Banyak lagi aku nak cakap, tapi cukuplah. Mungkin tak seserius macam m4ngsa kena pukuI tapi jadilah buat pengajaran juga. Terima Kasih Mimin kalau siarkan cerita ini. DARIPADA : – MARKONAH

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5170 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.