Aku anggap anak aku n4jis. Bila aku berwudhu sikit pun aku tak sentuh dia. Tempat dia duduk pun aku rasa ‘n4jis’

Aku menderita peny4kit ni sangat – sangat teruk sampai berjam – jam dalam tandas. Sejak aku kahwin, bila suami ajak tidur sama pun aku rasa str3ss sangat sebab aku penat layan perasaan aku masa mandi wajib..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca sekalian. Semasa confession ni ditulis, aku baru sahaja selesai solat zohor. Seperti biasa solat zohor aku bukan 4 rakaat. Tapi lebih dari tu. Kenapa? Sebab aku ada satu peny4kit yang dah meny4kiti hati dan jiwa aku selama berbelas tahun.

Aku sentiasa rasa was – was dengan solat aku. Bukan sekadar solat. Kebersihan dan wuduk juga mengh4ntui jiwa aku berkurun lamanya. Aku selalu terpikir, kadang – kadang aku marah tuhan. Kenapa mesti aku? Kenapa peny4kit dan perasaan ni tak diberi je pada orang yang tak nak solat?

Ramai je kat luar sana yang tak sujud pun dekat Kau ya Allah. Kenapa mesti aku? Aku. H4mbaMu yang sentiasa takut untuk tidak bersujud padaMu? Semua ni bermula masa aku Tingkatan 2. Masa tu aku baru nak mula ambil wuduk.

Tiba – tiba sorang kawan aku tegur aku, “kau ambil wuduk ni niat tak? Ambil wuduk kena niat tau.” Ye, mestilah aku tahu ambil wuduk kena ada niat. Tapi sejak dia tegur aku tu, wuduk aku jadi sangat berat dan susah untuk diambil.

Niat dan air pada aku kena serentak. Air dimuka, niat serentak baca di hati. Kadang – kadang bila tak serentak aku akan ulang ulang ulang ulang sampai berjam – jam aku habiskan untuk ambil wuduk pada bahagian muka sahaja.

Itu baru bahagian muka. Belum lagi aku rasa air tak rata kat tangan, eh terlupa tangan kiri dah basuh ke belum masa tengah basuh kaki? Ubun – ubun dan ke belum ye tadi? Dan terp4ksa ulang balik semua kalau aku was – was sangat.

Kalau basuh tangan kaki tu habis semua celah kuku aku sental nak pastikan air kena pada kulit. GiIakan aku? Cerita pulak bab solat. Angkat takbir kau tak yah kira betapa gigihnya aku berulang kali Allahu Akbar Allahu Akbar sebab angkat tangan tak serentak niat di hati.

Baca Al Fatihah? Malas nak cerita. Setiap sebutan huruf dengung tak dengung semua aku baca jelas. Kalau aku rasa tersalah baca aku ulang balik baca Al Fatihah tu. Sampai aku rasa penat. Rakaat? Dari 4 jadi 6 jadi 7? Sujud?

Paling giIa. Aku pernah sujud berkali – kali sebab aku cakap aku belum sujud 2 kali padahal aku dah sujud lebih dari 10 kali kot. Malu tak payah cakap. Orang yang tengok aku solat mesti kata aku giIa. Aku tak ramai kawan masa sekolah dulu aku rasa salah satu sebabnya yang ni lah.

Orang tak suka solat sebeIah aku yang giIa ni. Memang kalau aku pun aku tak nak solat sebeIah aku. Tak aman tengok. Sebelum ambil wuduk, kita orang perempuan kena bersihkan dulu kemaIuan kita kan? Maaf masuk bab sensitive sikit.

Elok pula masa tingkatan 2 tu, ustaz aku ada cerita seorang wanita ni tak masuk syurga sebab dia ambil remeh kebersihan kemaIuan dia. Solat tak diterima sebab solat dalam keadaan tak bersih. Jadi sebelum solat aku akan bersihkan dulu apa yang patut.

Berapa lama masa aku ambil? 15 minit tu normal bagi aku sekarang ni. Dulu awal – awal dijangkiti was – was ni mahu sejam aku duduk membersih je. Belum kira bila dah cuci masa tu lah rasa macam ada benda keluar kat “depanlah kat belakanglah”.

Kemudian ulanglah balik semua siksaan yang aku alami tu sampai aku puas hati. Aku mend3rita peny4kit ni sangat – sangat teruk sampai berjam – jam dalam tandas untuk 10 tahun terawal. Sejak aku kahwin, aku dah slow sikit.

Kadang – kadang aku buat dek je. Bab mencuci dah jadi 10 minit, ambil wuduk masih lebih dari 3 kali basuhan.. tapi aku dapat shortkan dalam 10 minit berbanding sejam. Solat pulak? Masih lagi kadang – kadang tu aku was – was rakaat.

Tapi tak sedahsyat dulu. Tapi selalunya aku buat tak tahu je dengan perasaan was – was tu. Tapi nak abaikan tu s4kitnya tuhan je tahu. Bila tidur malam aku teringat zohor aku tadi betul ke cukup 4 rakaat? Subuh tadi betul ke dah doa qunut?

Ntah – ntah tak cukup rakaat. Macam mana ni? Rasa macam nak qada’ je semua solat tu balik. Letihnya.. Aku kesian kat anak aku. Masa awal – awal dia lahir dulu aku anggap dia n4jis. Aku tak boleh sentuh dia kalau aku ada wuduk.

Aku tak akan duduk atas cadar katil aku sebab pada aku ada n4jis anak aku atas tu masa aku salinkan dia selepas mandi. Kalau dia ber4k masa aku ada wuduk antara solat magrib isya’, aku rela biarkan dia tak bercuci. Sejam pun sejamlah.

Nasib baik ayah dia memahami jiwa aku. Ayah dia akan tolong basuhkan. Aku tak pasti suami aku tau ke tak s4kit aku ni.. tapi aku rasa dia boleh agak kebiasaan aku. Dia tau waktu antara maghrib isya dia tak boleh sentuh aku sebab aku jaga wuduk aku untuk dua solat ni terus.

Kadang – kadang sengaja aku solat asar lewat waktu jadi aku boleh gabungkan asar, maghrib, isya ni terus. Terukkan? Aku ada zaman gelap aku masa umur aku 18 tahun. Sepanjang tahun tu aku tak solat dan tak puasa sebab aku fed up dengan agama sendiri.

Pada aku islam tu menyusahkan. Tipu je bila kata islam tu mudah dan bertimbang rasa. Kenapa solat dan wuduk tu jadi benda paling berat dalam hidup aku? Paling str3ss bila nak mandi wajib. Sekarang ni bila suami ajak tidur sama pun aku rasa str3ss sangat sebab aku penat layan perasaan aku masa mandi wajib.

Aku selalu ketuk kepala dan dahi aku sebab suruh berhenti layan perasaan aku ni. CUKUP! CUKUP LAH PEREMPUAN GlLA. Sampai bila nak macam ni? Aku tak salahkan sy4itan hasut aku jadi was – was, mungkin ye hasutan tu ada.

Tapi pada aku ni masalah psik0logi dan minda aku sendiri sebenarnya adalah punca utama aku jadi macam ni. Tapi sekurangnya – kurangnya aku bersyukur. Dalam kes4kitan aku, aku sentiasa murah rezeki. Allah sentiasa mudahkan hidup aku dari aspek yang lain.

Dan aku sekarang ni slow – slow cuba untuk pulih. Aku cemburu tengok orang solat smooth je. Ambil wuduk tenang je. Ada tak pembaca lain di luar sana yang hadapi apa yang aku hadapi? Boleh tak korang kongsi cara korang sembuhkan peny4kit ni?

Aku mahu pulih sepenuhnya. Aku rindukan diri aku yang dulu. Aku nak m4ti dalam keadaan tenang. Aku takut solat dan wuduk aku selama ni Allah tak terima sebab terpesong sangat caranya. Aku berlebih – lebihan dalam berwuduk dan beribadah.

Tapi hakik4tnya.. Cuma aku je yang tahu betapa aku mahu sempurna dimataMu ya Allah. Ampunkan d0sa aku. Terimalah ibadahku. Sembuhkanlah aku ya Allah.. – H4mba H1na

Komen Warganet :

Dear confessor, saya sangat memahami apa yang awak sedang lalui dan rasai, kerana saya juga pernah berada di tempat awak. Ambil wuduk berkali – kali sehingga berjam – jam, angkat takbir untuk solat pun berpuluh – puluh kali, mengulang – ulang bacaan dalam solat sehingga letih dan s4kit kaki kerana berdiri terlalu lama.

Malah berper4ng dengan perasaan itu pun sangat meletihkan minda dan fizikaI. Tetapi alhamdulillah saya berjaya mengatasi perasaan was-  was itu dengan beberapa cara seperti di bawah:

1. Saya bercerita dan meluahkan tentang perasaan was-was yang saya alami kepada abah saya. Apabila meluahkan kepada orang yang kita percaya dan orang tersebut memahami, mendengar dan menerima tanpa prejud1s, perasaan berat dan tersiksa yang dipendam itu terasa menjadi lebih ringan.

Pada mulanya memang saya diamkan sahaja perkara ini daripada sesiapa pun kerana malu dan takut sekiranya dianggap pelik dan sebagainya. Nasib baik lah satu malam, ketika solat maghrib, kebetulan abah saya sedang berzikir di sebeIah saya, kemudian beliau terdengar saya mengulang – ulang bacaan al fatihah dengan suara berbisik yang agak jelas, jadi beliau bertanya dan saya akhirnya berterus – terang.

2. Abah dan adik lelaki saya kemudiannya berkongsi cerita bahawa mereka juga pernah merasa peny4kit was – was ini dan seterusnya menasihati saya untuk jangan sekali – kali melayan perasaan itu dan membiarkannya sahaja.

Contohnya, meneruskan sahaja wudhu walaupun hati was – was apakah air sudah rata ke anggota atau tidak dan yakin sahaja walaupun hati sangat tidak merasa yakin pun. Begitu juga ketika dalam solat. Biarkan sahaja dan jangan sekali – kali mengulangi perbuatan yang kita was – was itu lagi kerana sebenarnya semua itu sudah pun dilakukan dengan sempurna.

3. Setiap kali was – was itu datang, baca auzubillahiminassayaait0nirajim dan ludah (bukan ludah betul – betul, sekadar seperti perbuatan meludah sahaja) di sebeIah kiri kita sebanyak 3 kali dengan niat memohon pertolongan Allah untuk menyahkan sy4itan yang datang menganggu dengan peny4kit was – was.

4. Mengingati bahawa Allah tidak suka sekiranya kita berlebih – lebihan ingin sempurna dalam apa juga perkara kerana Allah sahaja yang maha sempurna, dan kita tidak sempurna. Jadi cukup lah sekiranya kita buat apa yang Allah perintahkan dengan baik, sempurna atau tidak kita berserah sahaja kepada Allah Swt. Semoga membantu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.