Aku dan mak selalu mengata kak ipar ‘pemalas’, menumpang. Bila kahwin aku pula duduk dgn mertua. Ini karma aku dapat

Kak ipar aku dah la tak kerja, tapi aku nampak macam jarang tolong mak aku dekat rumah. Mak selalu la masuk bilik mengadu aku macam – macam lah. Kami mengumpat belakang dia. Sehinggalah aku berkahwin dengan suami dan terp4ksa duduk dengan mertua. Karma betul – betul hempuk atas muka aku..

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Laila. Tapi bukan nama sebenar. Aku dibesarkan dalam keluarga yang besar dan aku adalah satu satu nya anak perempuan dalam adik beradik aku. Jadi setiap kali masalah aku memang yang paling rapat dengan mak.

Memang aku je lah yang selalu tadah telinga bila mak membebel pasal adik beradik aku yang lain termasuk lah ipar aku yang duduk sekali dengan kitorang. Kakak ipar aku ni namanya Rozi (bukan nama sebenar). Rozi seorang je kakak ipar aku yang tinggal dengan kitorang.

Yang lain semua berumah sendiri. Rozi tak bekerja, surirumah sepenuh masa. Dia dengan abang aku sekarang ni dah ada 4 orang anak. Mereka sekeluarga tinggal dekat rumah kitorang tu. Nak di jadikan cerita, mak aku ni jenis tak pandai nak tegur kesalahan kakak ipar aku ni.

Kakak ipar aku bangun lambat ke, tak mop lantai ke, tak sapu sampah ke, mak aku diam je. Mak aku buat tak kisah je. Dia boleh je buat semua tu. Cuma kadang – kadang bila dia penat, lepas tu tengok semua benda tu boleh di jadi kan salah.

Dia marah, tapi dia buat jugak. Memang semua mak – mak macam ni lah kan. Jadi, bila dah macam tu, dia pun mengadu lah kat aku. Yang kakak ipar aku ni tak buat itu lah, tak buat ini lah. Aku pun mulut celupar boleh tahan jugak lah masa tu.

Aku sambung jugak lah cerita mak aku masa tu. Kalau dia kat dalam bilik, kitorang ni kira mengumpat lah. Cakap dia belakang – belakang. Berbisik lah. Alaaaaa macam korang tak pernah mengumpat. Mula – mula suara ok je tiba – tiba m4kin kecik. Haaa mengumpat lah tu.

Dannnnn di sini lah cerita sebenarnya berlaku. Aku pun berkahwin dengan seorang lelaki, dia ada seorang kakak yang belum berkahwin dan seorang adik lelaki. Dia macam aku lah. Aku je tempat mak aku mengadu semua benda tu.

Dan aku rasa karma betul – betul kena tepat hempoukkkk terus kat aku. Aku dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Bunting pelamin. Alhamdulillah. Sepanjang 3 tahun aku berkahwin, aku masih duduk bersama mertua aku.

Belum ada rezeki lagi nak ada rumah sendiri. Kenapa tak sewa? Aku pun tak bekerja, kahwin – kahwin je terus pregnant. Alhamdulillah habis je pantang, aku dapat tawaran kerja. Tu pun contract setahun. Tapi tu bukan kisah dia.

Kisah aku ni, dia macam karma tau. Kakak ipar dengan mak mertua aku tu cakap belakang – belakang. Pastu tiba – tiba berbisik lah bila nak cerita pasal aku. Macam aku tak tahu lah pulak kan. Yela pernah buat. Hahahaha.

Mak mertua aku tu pulak jenis yang pilih kasih. Kalau laki aku yang buat, mesti ada je silap dia. Bila kakak dan adik ipar aku yang buat, semua boleh. Semua betul. Takde salah nya. Dia asyik nak menangkan anak bongsu dia je.

Aku ni bukan tak nak buat kerja rumah. Bila aku nak tolong masak, mak mertua aku cakap tak payah. Lagipun dia memang tak suka orang kacau dia masak. Lepastu aku pulak yang jadi m4ngsa bila dia cakap dia masak sorang – sorang.

Sebab dulu aku pernah lah nak tolong dia, tapi dia marah – marah. Dan dia jenis nak buat benda tu dengan cepat, lagi – lagi bila bab masak – masak ni. Jadi serba salah. Semua benda tak kena. Jadi aku buat keputvsan, aku buat hal aku.

Jadi aku jaga anak aku je. Dan jaga hati aku. Biar kental sikit nak hadap ipar dan mertua macam tu. Kakak ipar aku tu sejenis yang memang tak reti nak masak jugak dan pemalas nauzubillahminzalik. Tapi bila dia tak buat apa – apa, mak mertua aku tak marah pulak.

Itulah orang cakap. Anak menantu dengan anak sendiri lain kedudukan dia. Anak sendiri tak buat apa, tak salah pun. Dia nak berehat. Tapi bila anak menantu yang tak buat apa terus semua jadi tak betul. Semua salah. Jaga anak pun penat weh. Ingat senang ke jaga anak?

Jadi, aku buat kesimpulan bahawasanya menantu perempuan dengan mak mertua memang bermasalah. Semuanya tak indah di mata mak mertua. Aku tak pukuI sama rata, cuma aku boleh cakap, bertuah korang dapat mertua yang layan korang seperti anak sendiri.

Tak pilih kasih. Tak berkira. Boleh ajak borak. Mungkin itu lah karma yang aku dapat kot. Sebab jadi ipar yang bermulut puaka. Last – last aku pulak yang dapat ipar yang sama per4ngai dengan aku masa aku single. Hahaha.

Cuma satu je lah pesanan aku, buat baik je dekat semua orang. Bila orang tu bercakap benda jahat pasal orang lain, kau diam je. Sebab kau tak tahu pun, bila kau dapat baIasan yang sama macam yang aku dapat. Kepada kakak ipar aku, kakak kepada laki aku, dan juga adik – adik yang belum kahwin.

Jangan ingat kau dapat yang baik – baik je nanti. Kau buat jahat kat belakang orang, nanti orang lain buat benda yang sama dekat kau. Percayalah. Aku dah kena. Rasa dia s4kit sangat bila keluarga mertua mengumpat pasal kita.

Lagi satu, lepas kahwin, pergi lah cari rumah sendiri. Tak kisah sewa ke beli ke, yang penting rumah sendiri. Takde lah timbul masalah macam aku ni. Korang doa je yang baik – baik untuk aku dan suami aku. Semoga suami aku dapat sediakan aku rumah tempat kami berteduh. Aamiin. – Laila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Munirah Mokhtar : Sebelum kahwin tak rancang kewangan ke? Kahwin aritu ade dapat duit hantaran tak? Kenapa tak guna duit tu buat modal sewa rumah? Ke perabis untuk kenduri? Heran betol yang lepas kahwin je tros dok umah mertua lepas tu bagi alasan tak mampu menyewa. Mungkin kene hold dulu untuk ada anak selagi tak mampu sewa rumah sendiri. Memang mengundang umpatan orang je.

Amna Rasid : Situasi abang awk, dia yang salah. Sebab dia tak sediakan perkara asas dekat family dia. Yang jadi m4ngsa kakak ipar. Sama la dengan awk. Yang salah suami awak. Tak kisah la tak keje ke apa ke duduk la menyewa. Semua tak s4kit ati. Kifarah tu tetap ada sebab tu kita takleh wat jahat dengan orang.

Ryzal Mohamad : Ya betul tu. Entah – entah kakak ipar kau pun rasa benda yang sama macam kau rasa, dia doakan plak kau rasa benda yang sama. Sebab tu dalam Islam mengumpat tu berd0sa, sebab benda – benda macam ni lah.

Tak semestinya apa yang keluar dari mulut mak kita tu betul, entah – entah mak kita yang punca semua tu. Cara nak elak senang je, kalau mak start ajak cakap benda tak elok pasal org, nasihat kan balik mak tu elok – elok, bukan jadi batu api!

Hanie Azmi : Dah rasa macam – macam citer ipar duai ni. Baik adik – adik ipar ataupun adik sendiri. Apa yang awak cakap tu betul sangat – sangat, sorang mak ni kalau anak dia malas pun dia ok je tapi kalau menantu paham sendiri jela.

Tapi ni dah 15 tahun kawen, dah takde isu dah semua tu. Isu ni jadi bila duduk serumah je. Duduk asing dah bau bunga dah. Biasala awal – awal baru nak biasakan dirikan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?