Aku dulu pernah scandaI dgn ramai suami org, skrg aku nak report betina yg gatal scandaI dgn suami aku

Dulu sebelum kahwin aku ramai je skandal dengan suami orang sebab itu je cara aku dapat duit. Tapi aku kuatkan iman supaya tak sampai ke dalam bilik. Sehinggalah satu hari aku kant0i dengan isteri laki tu, teruk aku kena h1na. Bila aku nekad nak berubah, tak sangka aku terima baIasan atas dunia..

#Foto sekadar hiaasan. Aku ada satu pengalaman yang ingin dikongsikan di sini. Bukanlah niat aku untuk membuka aib sendiri atau aib suami aku. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah ini kerana sem4kin banyak kes keruntvhan rumahtangga disebabkan oleh orang ketiga.

Hal ini juga berlaku kepada orang – orang di sekeliling malah jiran aku sendiri turut mengalaminya. Yang paling terkesan adalah anak – anak yang tak mengerti apa – apa. Semoga ianya dapat dijadikan iktibar dan nasihat buat perempuan – perempuan yang terdetik hati untuk menjalinkan skandaI atau pun ada niat nak meny0ndoI suami orang di luar sana.

Kisah aku ini juga ditujukan khas buat para suami yang bercita – cita nak pasang spare tyre walaupun dah beristeri dan beranak pinak. Kisahnya begini… Aku sudah bernikah hampir 2 tahun, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Umur aku awal 30-an dan mempunyai kerjaya yang agak kukuh. Suami aku pula sebaya dengan aku dan bekerja sendiri. Dua bulan yang lepas, suami aku kant0i ada perempuan lain. Katanya dia tak serius pun dengan perempuan tu, sekadar stok geli – geli sahaja.

Isteri mana yang tak marah bila suaminya ada betina lain. Hampir 3 minggu juga lah aku suruh dia tidur di luar, tetapi makan pakainya aku tetap jaga seperti biasa. Sebenarnya itu bukanlah kali pertama dia curang. Kali ini dah masuk kali ke-3 sepanjang 2 tahun kami bernikah dan kali ke berapa entah sejak dari kami bercinta.

Walaupun begitu, aku masih tetap memberinya peluang berkali – kali. Sekarang ini kami dalam proses kaunseling kerana aku ingin memohon fasakh, tetapi belum melakukannya lagi. Dia menangis, melutut dan merayu kepada aku agar tidak melakukannya kerana dia masih cinta dan sayangkan aku lagi.

Katanya, perempuan – perempuan yang dia berskandal tu hanyalah stok geli – geli dia sahaja, tempat dia bayar ‘bil air’ di kala aku uzur syarie (sebulan dalam 7-9 hari je pun). Perempuan terakhir jadi spare tyre suami aku pernah berjumpa dengan aku dan merayu agar aku menarik balik percubaan aku untuk mendakwa dia sebagai orang ketiga yang cuba meruntuhkan rumahtangga aku.

Perempuan tu sebenarnya sudah bertunang dan ayahnya ada peny4kit jantung. Oleh kerana kasihan, aku batalkan niat tersebut. Semua ini adalah kifarah buat aku disebabkan oleh kesilapan masa silam dulu. Kenapa aku beranggapan begitu?

Sebenarnya aku juga pernah melakukan apa yang skandaI – skandaI suami aku lakukan pada zaman muda aku dahulu. Sebenarnya aku pernah berskandaI dengan suami orang. Bukan seorang, malah dengan beberapa lelaki dalam satu – satu masa.

Dahulu aku adalah seorang esc0rt girl, menemani lelaki – lelaki yang ingin berhibur di pusat karaoke, kelab malam, sewaktu bermain golf dan kadang kala ketika mereka bertemu dengan client mereka. Walaupun kelihatan seperti GRO, tetapi tidaklah sampai ke bilik hotel.

Aku tahu, apa yang aku buat itu salah, namun aku kuatkan iman untuk menjaga maru4h aku dari hanyut lebih jauh. Ada juga lelaki hidung belang yang sanggup membayar berkali – kali ganda sekiranya aku melayaninya sehingga ke ranjang.

Mentah – mentah aku menolaknya kerana aku masih ada harga diri dan maru4h. Pelbagai alasan aku berikan dan kebanyakan mereka menghorm4ti pendirian aku. Aku juga risaukan tentang kehamilan luar nikah, peny4kit HlV, AlDS, sipIis dan seumpamanya.

Oleh kerana itu, aku tak berani nak buat lebih – lebih. Cukuplah sebagai peneman sahaja, tak lebih dari itu. Tujuan aku pada ketika itu hanyalah untuk mendapatkan sedikit wang walaupun aku tahu ianya kurang berkat, namun pada masa yang sama aku mencari – cari juga pekerjaan lain yang lebih halal, stabil dan menjamin masa depan.

Aku masih ingat lagi lelaki terakhir yang ingin berskandaI dengan aku. Pada mulanya aku menemaninya sebagai seorang PA. Aku dibawa ke mesyuarat, perbincangan dan juga sesi mengeteh bersama kenalan bisnesnya.

Mungkin dengan mempunyai PA (walaupun olok – olok), dia kelihatan lebih gah di mata rakan – rakannya. Usianya lebih separuh abad dan sudah berkahwin. Setiap hari dia membawa aku ke sana ke sini walaupun bukan atas urusan kerja.

Dia selalu menghadiahkan aku dengan barangan yang mahal – mahal. Ada masanya, dia menceritakan masalahnya kepada aku dan aku mendengarnya dengan penuh simpati. Pernah juga dia ingin meniduri aku, tetapi aku menolaknya dengan sopan.

Dia juga menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku, namun aku minta masa untuk berfikir. Suatu hari sedang aku minum – minum dengannya di sebuah coffee house, isterinya datang meny3rang aku. Dia menghamburkan kata – kata c4cian yang sangat – sangat meny4kitkan hati.

Dia menuduh aku perempuan sundaI, perempuan pisau cukur, per4mpas suami orang, betina tak de maru4h, peIacur murahan dan segala kata – kata c4cian yang memaIukan. Walaupun pekerjaan aku begitu, namun aku bukanlah seperti apa yang dia gambarkan.

Akhirnya aku memutvskan hubungan dengan lelaki itu dan berpindah ke tempat yang tiada seorang pun yang mengenali aku. Aku mencari pekerjaan lain yang langsung tiada kaitan dengan public relation. Aku dah cuci tangan serta bertaubat.

Malah aku mula berhijab dan mempelajari ilmu agama sedikit demi sedikit. Sekarang aku sedar yang Tuhan sedang membaIas semua kejahatan yang aku pernah lakukan dahulu. Entah berapa banyak perkahwinan yang telah aku rosakkan tanpa aku sedari?

Aku redha jika ia adalah kifarah ke atas semua kesilapan – kesilapan aku yang lalu. Semalam, aku solat berimamkan suami aku. Sesudah solat, dia mendoakan rumahtangga kami kekal hingga ke Jannah dan dia bersump4h tidak akan mengulangi lagi kecurangan tersebut.

Pertama kalinya aku lihat suami aku menangis teresak – esak hinggakan nafasnya tersangkut – sangkut. Tipulah jika aku tak merasa sebak. Aku mengumpul kekuatan untuk cuba memaafkan suami untuk ke sekian kalinya. Aku cuba untuk menerima apa yang telah terjadi dengan pasrah sepenuh keinsafan.

Suami aku baru sahaja menelefon aku sebentar tadi. Dia serius nak berubah dan sudah serik untuk berskandaI sana sini. Katanya dia akan menjunjung Al-Quran yang dia tak akan ulangi lagi kesilapan yang lepas – lepas. Dia berjanji tak akan pasang skandaI, spare tyre, stok geli – geli dan seumpamanya.

Setiap perbuatan pasti ada baIasannya, cuma cepat dan lambat sahaja. Adakalanya Allah akan bayar ‘tunai’ terus, tak perlu tunggu di padang mahsyar. Kali ni suami aku benar – benar nak berubah. Aku memaafkannya dengan syarat, dia mestilah taubat nasuhah dengan sepenuh hati.

MeninggaIkan per4ngai lamanya jauh – jauh serta berusaha untuk menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab. Aku akan sentiasa di sisinya untuk dia berubah ke arah kebaikan. Bukannya mudah untuk aku melakukan semua ini.

Aku terp4ksa memendam rasa dan cuba berlapang d4da untuk memujuk hati aku terlebih dahulu. Selepas aku berjaya menjernihkan fikiran aku, barulah aku menyusun str4tegi. Aku mendapatkan khidmat nasihat dari seorang peguam yang juga merupakan rakan sekuliah aku sewaktu di kolej dahulu.

Aku juga terp4ksa menebalkan muka untuk pergi ke pejabat agama daerah bagi mendapatkan panduan langkah – langkah yang perlu aku lakukan termasuklah tuntutan fasakh. Aku juga hampir – hampir ke balai polis untuk membuat aduan tentang gangguan dari orang ketiga yang menyebabkan rumahtangga aku menjadi huru hara.

Apabila aku mula bertindak, barulah suami aku tersentak. Alhamdulillah segala usaha aku membuahkan hasil. Kepada perempuan – perempuan di luar sana yang ada niat nak berskandaI dengan suami orang, fikirlah sedalam – dalamnya.

Sekarang ni kau orang seronok buat begitu. Esok lusa bila kau orang dah bernikah dan apabila suami kau orang buat benda yang sama, baru kau orang akan tersedar. Apa itu s4kit, apa itu kecewa, apa itu sedih dan apa itu marah apabila suami sendiri disond0I oleh perempuan lain.

Sebelum kau orang nak marahkan suami, ingat balik apa yang telah kau orang buat di masa silam. Suami orang ni memang romantik, sweet, pandai berjanji dan bijak berkata – kata. Tapi sebenarnya kau orang hanya dijadikan tempat dia orang melepaskan ‘hajat’ sahaja.

Jika dia burukkan isterinya, tak must4hil dia akan burukkan kau orang dekat perempuan lain nanti. Kepada para suami pula, hari ini kau orang memang la seronok dan bangga. Di kemudian hari nanti, tak must4hil orang lain akan buat perkara yang sama terhadap anak atau adik perempuan kau orang.

Tak pun berkemungkinan ayah kau orang akan buat hal yang mengecewakan ibu kau orang. Masa tu baru kau orang akan tahu apa yang isteri kau orang rasa. Kalau ada niat nak pasang spare tyre, ceraikan saja isteri tu. Jangan bawak peny4kit balik ke rumah.

Jangan berkahwin selagi belum bersedia zahir dan batin. Kepada para suami yang isterinya ada skandal, tinggalkanlah perempuan seperti itu. Jadikan faktor sikap dan per4ngai si ibu sebagai hujah untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

Biar dia tahu apa makna penyesalan. Kepada para isteri, kalian adalah wanita yang hebat jika masih boleh lagi menerima per4ngai buruk sang suami yang kaki perempuan. Satu lagi, jangan mengharapkan semua dari suami.

Berdikarilah. Buatlah persediaan dari segi mentaI, fizikaI, em0si dan kewangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Kalau suami beri duit belanja, simpanlah jika ada berbaki sebagai pelaburan di masa susah nanti.

Sekurang – kurangnya kalian ada sumber kewangan jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jika kalian ada per4ngai yang suka meny0ndoI suami orang, bawa – bawalah bertaubat kerana kita pun tak tahu bila masanya kita akan m4ti. Risau – risau tengah sedap – sedap bermaksi4t, Izrail datang merentap nyawa, nauzubillah min zalik!

Komen Warganet :

Anis AH : Sebab tu setiap apa yang kita nak buat kena fikir dulu. Allah dah bagi akal untuk fikir baik buruk. Kalau kifarah tak kena dekat kita, mungkin anak beranak keturunan kita. Seronok ke bahagai atas penderitaan orang lain. Harap TT dan suami betul – betul insaf dan bertaubat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.