Badan aku menggigil, aku kata ayah b0doh! Macam ada benda yang rasuk aku untuk aku tengking ayah sebab aku dah tak tahan pendam selama ini. Ayah terdiam tercenggang agaknya aku tengking dia.
#Foto sekadar hiasan. Cerita ini tentang anak sulung yang menjadi saksi tiap air mata mamanya. Aku gelarkan diri aku Leah, bukan nama sebenar. Aku anak sulung dari 4 beradik, dah berkahwin dan punya seorang anak.
Cerita ini masih tersimpan kemas dalam kotak ingatan aku. Aku seorang yang tak suka meluahkan perasan aku jenis memendam. Untuk pengetahuan semua mama aku berasal dari negara seberang. Mama dan ayah kenal semasa mama intern di sebuah restoran dengan dekat kerja ayah dan selepas itu mereka berkahwin.
Semua bermula dari cerita mama, semasa aku sekolah rendah yang katanya ayah ni pernah ada perempuan lain waktu itu masa aku kecik. Tiap kali mama bercerita aku akan cuba jadi pendengar setia. Masa ini aku tak faham lagi.
Tahun berganti tahun, aku kira ayah sudah berubah, tapi tidak. Ayah tetap ada perempuan lain, curang. Chat senyap – senyap, keluar jumpa dating. Duit selalu habis. Dan paling ketara tiap kali tidur phonenya akan diterbalikkan supaya tak nampak screen. Aku perhati setiap perubahan ayah.
Mama pun mesti tahu perubahan ayah. Mama masih seperti biasa ceria happy go lucky dengan anak – anaknya. Tak pernah kami adik beradik tengok mama sedih atau menangis di hadapan kami. Seorang pelakon yang hebat.
Tapi aku tahu mama selalu menangis diam – diam dalam bilik. Tiap kali masuk bilik mama akan kata nak tidur kejap atau nak solat jap. Tapi akan duduk lama. Bila keluar matanya bengkak tapi masih lagi berlakon gembira. Aku akan jadi saksi tiap kali mama menangis.
Aku akan duduk depan pintu memerhati dari celahan bawah pintu dengar esakan mama menangis. Dan yang paling aku tak boleh lupa mama pernah nangis sambil cakap, “aku tinggalkan keluarga aku jauh untuk duduk dengan suamiku tapi akhirnya suamiku sia – siakan aku macam ini.”
Jatuh airmata aku. Hari – hari mama akan nangis selama ayah berper4ngai macam itu. Dekat dengan hari nak spm, mama confront ayah tanya tentang perempuan yang aku gelarkan perempuan jah4nam. Perempuan jah4nam tu juga dari negara sama dengan mama aku.
Mama dengan ayah bincang dalam bilik waktu itu kami adik beradik duduk ruang tamu tengok tv. Aku pun akan sibuk pasang telinga dengar. Adik – adik aku semua tahu kerja aku yang satu itu. “Siapa perempuan tu bang. Cuba bagitahu saya apa kurang nya saya selama ni dalam layanan saya jadi isteri abang” lirih mama bertanya waktu itu.
Ayah diam seribu bahasa. Mama tetap cakap dengan nada yang slow tapi masih dapat didengari dari luar. Ayah mula bersuara lepas bertubi – tubi mama tanya soalan. Aku ingat ayah kata yang ayah dah terlanjur cintakan dia. Taknak pisah katanya.
Ayah juga pernah pergi negara sana jumpa family jah4nam tu senyap – senyap. Mama nangis lagi. Aku masa ni dah tahan debar kat d4da. Mama keluar dari bilik dengan mata bengkak airmata yang masih tersisa. Mama nampak aku depan pintu masa pintu dibuka.
“Leah tanya ayah apa yang dia dah buat dan apa yang dia nak? Kenapa dia buat mama isteri dia camni? Tak cukup ke peng0rbanan mama selama ni? Kurang apa mama dekat mata dia? ” tangis mama masa tu dah lebat. Adik beradik aku yang lain jadi saksi mereka pun terdiam.
Waktu tu mereka semua masih bersekolah. Ayah pun keluar dari bilik. Dia diam aku tenung dia dalam – dalam. Wajah ni buatkan aku benci dia sebabkan per4ngai dia. “Abang nak kahwin dengan dia awak tak bagi. Dah abang suka dia. Sekarang ni awak nak macam mana?”
“Apa hebat sangat dia tu sampai abang nak kahwin lain? Pastu abang tanya saya abang ingat saya nak redha je izinkan abang kahwin dengan dia?” Soal mama. Soal jawab ni masih aku ingat hingga ke harini. Ayah marah semasa itu. Diam lama. Mama m4kin nangis.
Adik beradik aku juga nangis kami ketakutan. Sebab kami tak pernah tengok mama dan ayah berg4duh secara depan – depan. “Awak mengalah jela. Abang memang nak kahwin dengan dia nak bagi ke tak lantak lah” ayat – ayat lepas lama dia diam.
Mama terk3jut sampai tak bersuara apa pun tapi masih tetap nangis. D4da aku mula bergetar hebat masa tu tangan aku jadi menggigil melihat adik beradik aku nangis mengelilingi mama. Masa tu aku hampir lupa dia ayah kandung aku.
Aku tempik ayah waktu itu dengan menggigil badan, aku kata yang ayah jangan jadi b0doh kerana permpuan jah4nam tu ayah nak tinggalkan kami. Ayah buta ke mama yang setia dengan ayah sampai ke harini peng0rbanan dia ayah baIas dengan curang.
Bapak curang, anak pula kena curang. Cash je kifarah tu datang kat Leah tapi ada ayah tahu apa Leah rasa waktu kena curang. Waktu tu aku persoalkan ayah sebab aku juga baru lepas kena curang dengan boyfriend depan mata.
S4kit ya rasanya. Berjurai air mata aku masa tu mama datang peIuk aku masa tu. Mama cakap suruh sabar ingat itu ayah jangan tengking dia. Masa itu aku kisah apa, macam ada benda yang rasuk aku untuk aku tengking ayah sebab aku dah tak tahan pendam selama ini. Ayah terdiam tercenggang agaknya aku tengking dia.
Sumpah masa tu aku rasa itu bukanlah aku yang tengking. Aku cakap lagi yang lepas ni aku takkan percayakan ayah sampai bila – bila walaupun dia insaf. Selepas itu aku terus masuk bilik nangis sepuasnya. Sampai aku lupa yang mama juga turut s4kit dengan kata – kata ayah malam itu.
Keesokan paginya aku keluar dari bilik cari mama. Ayah pergi kerja dah. Mama baring mengiring hadap tingkap pada mulanya aku ingat mama tidur tapi rupanya dia masih menangis. Kata adik lelaki aku mama menagis sampai tak tidur. Luluh hati aku. Adik lelaki aku yang setia duduk pujuk mama.
Aku hanya perhati dari luar, bukan taknak pujuk ingin masa tu nak pujuk tapi aku takut. Aku takut tak kuat tahan nangis tengok keadaan mama. Namun aku berani kan diri masuk bilik dah standby mata untuk tahan nangis.
Aku tanya mama nak makan tak. Dia geleng je kata kepada aku harini mama tak larat nak masak takpe ye Leah? Aku angguk je takpe dan kata biar aku yang masak harini. Memang aku nak bagi mama rehat. Mama juga minta kami adik beradik bagi dia masa sendiri sekejap.
3 hari mama diam kami mula rindu wajah cerianya. Mama cuma duduk bilik dan makan itupun dip4ksa oleh aku ikutkan memang dia taknak makan. Mama tetap masak selepas itu tapi lepas masak dia akan duduk bilik.
Dia takkan biar aku ayah dan kami dalam perut kosong. Wajah mama masih h4mbar walaupun selalu dia kata mama takde apa lah. Tapi aku tahu kata kata ayah malam itu buat kesan besar padanya. Hari berganti hari mama m4kin okay.
Ayah pula tiada siapa tegur dia semua anggap macam dia takde dekat rumah padahal dia ada je. Waktu itu aku nampak ayah mula nak baik tegur aku tapi aku tak layan. Hati ni masih s4kit tau. Tapi mama nampak macam biasa seperti takde apa berlaku.
Tanya ayah nak makan apa. Buatkan makannan kegemaran ayah, layan teman makan buat semua benda seperti yang biasanya. Aku pun pelik. Mama ni tak s4kit hati ke ? Elok baik dah ke dengan ayah? Ayah pun cakap demgan mama macam biasa.
Aku sempat tanya mama dan mama cuma jawab ”mama buat tanggungjawab mama sebab mama masih isteri ayah. Mama takkan senang – senang mengalah dengan perempuan tu. Ayah tu suami mama, mama akan berjuaang sampai habis.”
Kekuatan mama. Kekuatan takkan boleh dibeli dan mungkin juga takkan boleh diw4risi. Aku salute dengan peng0rbanan kekuatan dan ketabahan mama hingga ke hari ini. Mama pernah kata kepada aku suatu hari nanti leah jadi isteri leah pun akan faham apa yang mama buat sekarang ni.
Suami ni pinjaman Allah. Kalau tak diambil Allah, dia diambil manusia. Jadi jangan cepat mengalah kena berjuaang sampai habis. Dan sekarang selepas 10 tahun berlalu peng0rbanan mama berbuah hasil. Ayah mula berubah jadi yang lebih baik.
Berkat kesabaran dan doa mama. Ayah berubah 360 darjah. Mama ayah lebih bahagia dan itu juga impian aku melihat mereka bahagia. Pada mulanya aku susah nak percaya tapi mama sentiasa nasihat kan aku untuk tak membenci ayah, kerana dia juga manusia.
Manusia yang tak terlepas daripada kesilapan dan d0sa. Kerana mama aku maafkan ayah, aku percayakan dia selepas masalah trust issues aku dengan lelaki bertahun – tahun. Peristiwa dulu yang telah berlaku rupanya datangkan kesan hebat kepada aku.
Kalau aku ceritakan masalah trust issues dan kesan selapasnya nanti m4kin panjang pulak kang cerita ni nanti. Tapi nanti lah kalau ada yang sudi nak dengar mungkin akan aku ceritakan nanti. Pada saat ni aku bahagia dengan mama ayah.
Dan benarlah kuat jodoh mereka hingga ke harini. Allah jadikan air mata mama yang keluar selama ni kerana sikap ayah yang dulu bukan lah air mata yang sia – sia. Perancangan Allah itu hebat. Setelah menjadi seorang isteri dan juga ibu aku mula faham setiap kata nasihat mama dulu.
Sabar, kuat sentiasa yakin yang Allah sentiasa ada. Carilah Allah kerana Allah tu tak pernah tidur. Dia beri ujian untuk uji keimanan kita dan kemudian Allah pasti beri kebahagiaan di sebalik ujian. Minta tolong doakan semoga mama ayah saya dipanjang umur, sihat selalu dan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga ya. Aaaminn.. Terima kasih sudi baca cerita saya, Sekian.. – Leah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Rainbow Sunshine : Maaf.. Aku benci suami isteri berg4duh depan anak, yang anak dah benci ayah, yang mak suruh anak tegur ayah. Siapa jenis macam ni aku benci. Kasihan kat anak tu. Yang s4kit hati tu lepas g4duh besar mengandung, anak jadi m4ngsa.
Yang bercerai pun anak jadi m4ngsa… Tapi jika dah begitu takdir ujiannya pasti mampu untuk diterima anak. Tapi, tt bagus.. dulu dia benci sekarang dia dah sayang. Sebab tetaplah itu ibu ayahnya. Semoga berkat kesabaran dan dugaan itu tt lebih kuat membina bahagia.
Masa sekolah dulu jiran saya selalu berg4duh, isterinya akan datang mengadu pada mak saya. Teruk betul suami dia kaki perempuan dah kahwin senyap halau dia pukuI dia. Dia memang kata nak minta cerai. Lama berlalu, sekarang dah bercucu.
Suami dia tu dah ceraikan isteri muda dan berbaik dengan jiran tu. Dah jadi ajk masjid, exco ngo. Buat majlis agama. Keluarga mereka dah m4kin baik, dah bahagia semula! Macam tak percaya je tapi bekat sabar dan doa isterinya dulu yang ramai anak… Boleh berdamai kembali.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.