Aku ingat hidup aku bertambah baik kerana bakal suami aku adalah orang masjid tapi aku silap. Tapi bila kahwin, dapat suami macam ayah aku. Jadikan aku h4mba untuk dia dan keluarga mertua. 2 bulan sekali pun jarang nak balik. Satu hari air ketuban aku pecah di pejabat..
#Foto sekadar hiasan. Hi. Nama aku Tini, umur lewat 20-an. Aku ada seorang anak kecil, bekerja dan ada suami. Aku mempunyai ramai adik beradik lelaki. Aku anak kedua dari 4 orang. Sepupu aku juga ramai lelaki. Sejak kecil, aku dimom0kkan perempuan kena buat semua benda.
Aku seorang yang bercita – cita tinggi. Hasil usaha aku dapat masuk ke MRSM sejak di Tingkatan 1. Kemudian aku dapat masuk ke MRSM Bitara semasa aku Tingkatan 4. Aku juga budak tajaan sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Dengan keputvsan trial SPM, aku dapat masuk ke Universiti Oil & Gas terkemuka di Malaysia dan dapat biasiswa serta masuk program fast track. Pada masa ini, banyak dugaan yang aku perlu t3mpuh sebagai anak golongan miskin b40 tapi aku nekad, aku perlu bangkit dan tidak hanya menerima nasib dijaja ke sana ke mari kerana aku seorang perempuan.
Aku masih ingat, sepanjang aku di MRSM, aku cuma balik beberapa kali sahaja dalam setahun kerana lokasi MRSM yang jauh dari rumah. Untuk menjimatkan perbelanjaan tiket bas, aku perlu tinggal di hostel sedangkan pelajar lain balik bercuti.
Bila aku balik rumah di kampung, hibanya hati aku kerana dip4ksa basuh pinggan yang menggunung, kemas baju adik beradik lelaki yang diselerakkan di lantai entah berapa minggu, kena mesin rumput bersihkan area kampung aku,
Sepertinya saja menunggu aku balik untuk uruskan semua ini. Kalau aku tak buat, semuanya perlu diuruskan oleh ibu aku seorang. Betapa gagalnya ayah aku mendidik anak lelaki menjadi orang yang beriman. Aku benci ayah. Jika difikirkan semuanya berpunca dari per4ngai ayah aku.
Bila siap makan, dia hanya bawa tangan ke sinki untuk basuh. Pinggan, bekas makanan, dan serpihan makanan ditinggalkan untuk aku bersihkan. Sanggup panggil aku yang sedang menyiapkan kerja sekolah dari dalam bilik untuk bersihkan makanannya.
Adik beradik aku pun sama. Bila aku pr0tes, alasannya sebab aku perempuan. Sungguh, aku hampir menjadi liar dan t0mboy kerana keb0dohan adat perempuan kena buat kerja rumah. Bukan setakat ini sahaja, aku juga bertanggungjawab dalam mendaftarkan adik beradik aku masuk universiti.
Kemudian, hal sekolah, biasiswa, kerja, buat resume, buku teks, buat wiring rumah, buat water pressure rumah, baiki alat electronic rosak di rumah kerana tak mampu bayar repair. Beli barang basah, bayar bill rumah, kerja sekolah adik dan beribu lagi kerja yang aku buat semata kerana aku seorang perempuan.
Adik beradik lelaki dan ayah aku buat apa? Apa lagi goyang kaki macam aku dan ibu aku bibik di rumah. Selepas berkahwin, aku ingat hidup aku bertambah baik kerana bakal suami aku adalah orang masjid tapi aku silap. Suami aku kerja site project, sejak berkahwin, aku sering ditinggalkan terkontang kanting uruskan semua sendiri dari.
Masa beranak pun suami aku berada di luar negeri. Ditakdirkan ketuban aku pecah di pejabat. Betapa takutnya aku hadapi semua sendiri. Sudahlah aku ber ehsan bekerja bagi bantu suami kerana dia tak mampu tampung perbelanjaan rumah hanya dengan gajinya.
Dia boros, makanan masakan rumah selalu tidak kena dengan tekaknya yang moden. Aku masih dilayan macam h4mba. Hal anak, maintenance rumah, kereta, jaga mak mertua, semuanya aku handle sorang. Dia jarang balik. Kadang – kadang 2 bulan sekali pun susah nak jumpa suami aku.
Sungguh aku penat dengan orang bernama suami. Kakak – kakak ipar aku juga terlalu berg4ntung pada aku. Kejap – kejap nak aku settlekan payment itu ini. Beli barang itu ini. Mereka sendiri tidak bekerja dan menganggur lebih 10 tahun.
Mak mertua aku kirim barang basah. Aku yang bekerja normal office hour perlu terkejar – kejar beli barang basah untuk keluarga mertua aku sedangkan kakak ipar aku ada saja untuk beli barang tersebut. Duit pun aku selalu dahuIukan duit gaji aku. Aku penat!!!
Sungguh aku rasa tak berguna belajar tinggi – tinggi tapi nilai aku tetap h4mba di mata lelaki. Aku rasa nak putvskan hubungan dengan mana – mana lelaki yang tak worth it untuk aku. Serius. Aku hari – hari fikir lelaki ni liabiliti dalam hidup aku (kecuali anak aku). Aku bosan jadi perempuan di bumi malaysia. – Tini (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Anith Sofiyyah : Mana ada orang yang tak nak dok senang lenang perh4mbakan orang. Ajar mereka buat sendiri urusan mereka. Lepas ajar bila mereka suruh lagi cakap kan dah ajar hari tu. Apasal bengap sangat? Tak sekolah ke? Kalau dah tak sayang berpisah je. Mana la kita tahu per4ngai sebenar dia macam tu. Ingatkan orang masjid rajin la bantu buat kerja rumah macam sunnah Rasulullah.
Nur Hela : Lepas ni kena bertegas sis. Tegas. Suami pun aduh, ko cari laki kat masjid mana ni dik, masjid terbengkalai ke caner. Huhu gurau – gurau. Dah jangan sedih. Awak dah bersusah payah dari kecik kan? Awak bijak. Awak berdikari. Ada duit sendiri. Tapi satu je lemah. Awak tak cukup cerdik untuk sayang diri sendiri.
Biskut Marie : So.. Kakak ipar awak pun lelaki??? Mak mertua awak pun lelaki?? Awak jadi macam ni bukan sebab awak seorang perempuan, tapi sebab awak merelakan dan membenarkan diri awak dibuIi. Mesin rumput keliling rumah, buat wiring, baiki barang letrik.
Tu semua bukan kerja perempuan. Tapi kenapa awak kena buat? Atau kenapa NAK BUAT? Dah buat, merungut, complain, tak ikhlas. Patut dari awal cakap taknak atau tak tau. Habis cerita.
Salwana Othman : Ramai orang missing the point kat sini. Budaya merajakan anak lelaki ni memang wujud dalam kalangan orang Melayu. Jangan nafikan. Kalau dah lepas makan tu kemaslah sendiri. Kenapa nak harapkan orang perempuan dalam rumah tu je.
Janganlah ani4ya anak perempuan sendiri. Tak adil. Semua kerja nak dilonggokkan kat orang perempuan. Orang lelaki buat apa je. Masa kecil, budak – budak perempuan ni cannot simply say no. Mereka menjeruk rasa terbeban dengan kerja pastu dapat layanan berat sebeIah.
Tolonglah jangan jadi masyarakat yang misogynistic macam per4ngai orang Arab JahiIiyyah. Saya simpati dengan confessor sebab saya faham sangat keadaan awak. Kita tak boleh pilih keluarga kita atau keluarga mentua kita. Bila kita dah dewasa ni dah boleh belajar cakap ‘maaf saya tak boleh buat’ pastu berlalu pergi kalau memang tak nak buat. Awak cuma perlu nekad je.
Airaa Azman : Pilihan kat tangan kau. MeIawan la cakap taknak. Risau g4duh? Biar g4duh. Kau susah semua yang buat kau gini tak pedulikan kau pun. Diorang gunakan kau je. Pergi jauh – jauh bawak anak. Mulakan hidup yang tenang. Bukan tanggungjawab kita bayar itu ini untuk mertua dan kakak ipar. Duit – duit tu ada baiknya simpan untuk masa depan ko dengan anak ada nampak berbaloinya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.