Aku dengar mak tiri marah adik. Aku jeling dia bawa adik tapi aku pelik nampak mak tiri menangis

Belum setahun umi meninggaI sebab k4nser, abah dah cari kebahagiaan lain kahwin baru. Aku langsung tak boleh terima ’emak tiri.’ Satu hari abah ajak aku keluar, dalam kereta abah tanya aku sayang dekat emak tiri tak? Tiba-tiba ayah tunjuk sesuatu dalam HP. Aku tergamam, patutlah selama 4 tahun kahwin mereka takde anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca semua. Ini adalah confession yang panjang. Kenalkan nama aku A. Tahun hadapan aku akan menduduki peperiksaan besar SPM. Ya, umur aku baru menginjak 16 tahun dan aku merupakan anak sulung kepada 2 lagi adik beradik perempuan.

Suka aku tekankan aku seorang intr0vert. Ini pertama kali aku meluahkan di medium confession secara online. 2016. Umi disahkan menghidap k4nser pangkal rahim /serviks. Sudah berada pada tahap tiga. Ketika mendengar keputvsan dari doktor, abah benar – benar hairan.

Tiada dalam susur galur keluarga Umi yang pernah menghidap k4nser. Mana mungkin boleh berlaku kepada Umi yang sangat menjaga kesihatan dan cara pemakanan yang betul? Namun takdir Allah, siapalah kita sebagai h4mba untuk menidakkan setiap susun aturNya.

Hari berlalu. Segala ilmu berkaitan k4nser Abah pelajari. Malahan Umi juga Abah tegah untuk masuk ke dapur lagi. Ini kerana, Umi tidak lagi mampu bergerak aktif dan lincah seperti dulu. Malahan, bau tumisan, hatta bau ayam goreng sekalipun kadang – kadang mampu membuatkan Umi l0ya dan munt4h.

Deria baunya menjadi sangat sensitif. Segala kerja rumah juga Abah yang lakukan dengan bersungguh – sungguh tanpa mengeluh. Walaupun hasilnya tidaklah sekemas seperti selalu Umi lakukan. Terkadang adik kedua aku Anim (5 tahun) dan adik bongsu aku Ayra (2 tahun) merengek – rengek kepada Umi meminta dibuatkan cucur bilis instan berpaket biru kegemaran mereka.

Hati seorang ibu, mana mungkin sanggup menghampakan. Namun Abah menegah, risau Umi l0ya, munt4h dan seterusnya kembali longlai di atas katil berhari – hari. Abah cuba goreng sendiri, namun percubaan pertamanya hangit dek kerana minyak yang sudah terlalu panas.

“Alamak jemput bilis Abah jemput bilis Abah!” jeritnya di dapur sambal terkocoh – kocoh mengecilkan api. Kedua adik aku ketawa terbahak – bahak menyangkakan Abah aku sedang membuat lawak. Aku yang sedang mengurut kaki Umi juga turut bergelak ketawa.

Umi yang terbaring di atas sofa hanya tersenyum melihat keletah Abah. Ada tawa kecil dibibirnya. Namun ada sedikit air mata yang diseka. Pada ketika itu, aku gagal menyelami dan memahami. Kesihatan Umi merosot dengan cepat.

Benarlah kata orang, sel k4nser ini memang sesuatu yang sukar untuk dikalahkan. Badan Umi mula kurus sehingga menampakkan tuIang temulang d4da. Bahagian perut pula mengembung dan sangat tegang apabila disentuh.

Abah juga berubah penampilannya. Daripada seorang pegawai kerajaan yang tegap dan sasa, kini agak kurus. Kulit matanya gelap dan kusam, wajahnya juga sudah kelihatan berumur daripada usia sebenar. Manakan tidak, Abah seorang diri melakukan tugas tugas menggantikan Umi.

Ditambah pula dengan jadual kemoterapi dan radioterapi Umi yang panjang. Kadang – kadang Umi dimasukkan ke wad jika bacaan d4rahnya tidak memenuhi syarat untuk sesi kemo. Ketika itu, Abah benar – benar kuat. Nasi bungkus adalah makanan harian, cuma menu dan kedai sahaja yang berbeza.

Aku juga menjadi tuIang belakang Abah dalam menguruskan adik – adik kerana tumpuan Abah adalah Umi pada ketika itu. Menjadi w4ris pes4kit yang menunggu di perkarangan hospitaI adalah sesuatu yang sangat memenatkan.

Bukan aku mengeluh, tapi itulah hakik4tnya. Kadang – kadang aku tunggu di foyer bersama Anim dan Ayra sementara Abah naik ke wad Umi. Selalunya Abah akan suruh kami tunggu bersebeIahan meja security. Pelbagai pesan Abah sematkan kepada aku dalam menjaga mereka semasa ketiadaan Abah.

Mujur ada taman permainan dan vending machine, adik – adik aku lebih terkawal dan mudah diuruskan. Pada malam itu, Abah meminta adik perempuannya yang kami panggil Ucu Na yang kebetulan sedang cuti semester untuk temankan kami adik – beradik tidur di hotel,

Sementara itu Abah menemani Umi di dalam wad. Keletihan, kami tidur dengan nyenyak lebih – lebih lagi kedua – dua adik aku. Ayra pula tidur dengan Ucu Na, tidak mahu berenggang padahal sebelum ini dia sangat takutkan Ucu Na.

Aku mengerti, dia rindukan figura seorang ibu. Lebih kurang pukuI 3 pagi, Abah kembali ke bilik hotel. Diminta Ucu Na untuk tolong kemaskan baju baju kami ke dalam bagasi. Segala makanan, botol susu, dan pampers juga terus dimasukkan ke dalam plastik besar tanpa disusun elok.

Aku terpisat – pisat bangun. Kata Abah, kita akan balik ke kampung Abah di daerah bersebeIahan yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Pagi menginjak tengahari. Rumah lama Abah dipenuhi ramai sanak saud4ra jauh dan juga jiran tetangga.

Ayra didukung oleh pakcik makcik yang tidak aku kenali. Anim pula hanya duduk di sebeIah Ucu Na. Abah pula selepas hantar kami pulang, dia kembali ke hospitaI. Masing – masing bertanya Ucu Na pelbagai soalan, namun aku lihat Ucu Na lebih banyak berdiam diri.

Kadang – kadang dia pergi mengambil Ayra dari dukungan orang lain, dengan Anim yang asyik berjalan sambal memegang hujung bajunya. Mereka berdua benar – benar tidak boleh berenggang dengan Ucu Na lagi. Satu satunya ibu saud4ra kami, satu – satunya adik beradik Abah.

Dalam keramaian, kami melihat kereta Abah tiba, disusuli van putih yang kemudiannya parking di hadapan rumah. Tulisan jawinya panjang dan berantai, aku cuba membacanya. Inna-Lillahi-wa-inna-ilayhi-raji’un. Hampir setahun meIawan d3rita k4nser, Allah S.W.T menjemput Umi untuk berehat selama – lamanya di sisi-Nya.

MeninggaIkan Abah. MeninggaIkan Anim. MeninggaIkan si kecil Ayra. MeninggaIkan aku. Pengebvmian Umi berjalan lancar. Jen4zahnya disemadikan bersebeIahan pus4ra Nek dan Tokwan (mak dan ayah kepada Abah).

Aku lihat Abah tenang. Tidak menangis, namun air mukanya redup. Semua orang datang dan memeIuk Abah. Di rumah, seorang makcik yang tidak aku kenali rancak memulakan bicara. Katanya, Abah elok kahwin lain kerana anak – anak masih kecil.

Siang mungkin lah boleh diletakkan di nursery, akan tetapi tetap perIukan seorang ibu untuk menjaga anak – anak. Kata – katanya dipersetujui kebanyakan makcik – makcik yang lain. Ada yang menunjukkan gambar kawan mereka di Facebook.

Katanya wanita itu sudah kem4tian suami, mempunyai pekerjaan yang bagus, ada kereta sendiri, tiada anak. Hanya mahukan teman sahaja. Abah hanya diam. Aku sangat mengharap Abah untuk menjawab jawapan seperti “Tidak, saya tak akan kahwin lain”. “Tidak, saya sayangkan isteri saya” untuk menutup mulut makcik – makcik gemuk, tapi Abah hanya diam.

2017. Aku mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Agak jauh dari rumah. Aku mula fikirkan Anim dan Ayra. Siapa mahu tolong Abah menjaga dan menguruskan mereka? Hati aku berbeIah bahagi, namun Abah sudah mula mengeluarkan kertas A4, mencatit setiap barangan yang perlu dibeli dan dibawa.

Katanya, ini adalah jalan terbaik untuk aku berjaya. Berjaya menjadi pelajar yang cemerlang. Berjaya menjadi seorang insan yang berbudi. Berjaya menjadi seorang abang dan peIindung kepada adik – adik aku jika Abah tiada nanti.

“Harapan Abah kepada Along setinggi gunung. Tolong. Jangan sesekali kecewakan Abah”. Berbekalkan amanat Abah. Aku mulakan hidup aku di tempat baru. Misi aku jelas. Belajar dengan cemerlang, ke universiti, bekerja dan balik ke pangkuan keluarga aku dalam setiap apa sahaja yang aku lakukan.

4 bulan aku menuntut di SBP, Abah menyuarakan hasrat hendak berkahwin lain. Alasannya, Anim dan Ayra perIukan seorang ibu. Situasi sepertinya terbalik. Aku pula yang dikecewakan Abah. Namun, aku tidak bersuara.

Semuanya terpulang kepada Abah. Tidak mengapa Abah ingin beristeri lagi, Anim dan Ayra tetap keutamaan aku. Berusia 27 tahun, seorang banker dan masih single. Itulah wanita pilihan Abah. Perkataan ‘emak tiri’ benar benar membuat aku gerun.

Mungkin tidaklah seteruk cerita dongeng Cinderella, namun pasti berbeza dengan ibu kandung yang sebenar bukan? Anim dan Ayra sepertinya tiada masalah membahasakannya ‘Mama’. Tetapi tidak untuk aku. Lidah aku terasa kebas untuk menyebut perkataan itu.

Setiap kali dalam perbualan, aku pasti berusaha mengelak untuk membahasakannya. Entahlah. Perubahan besar dan ketara dapat dilihat. Abah sem4kin berisi dan sihat. Kulit wajahnya kembali cerah dan ceria. Begitu juga Anim.

Urusan persekolahannya untuk memasuki SK kata Abah mudah kerana Mama sentiasa ada untuknya. Apa sahaja urusan Anim dan Ayra, Mama ambil cuti. Pelbagai kebaikan Mama Abah ceritakan kepada aku, namun pintu hati aku masih tertutup untuknya.

Cuti sekolah. Waktu ini sebenarnya agak menyesakkan d4da. Aku seperti tidak bebas di dalam rumah sendiri. Pagi, tengahari dan petang. Mama pasti sentiasa bertanyakan aku. “Along nak makan apa Mama masak nak?”

Dan kebiasaannya pertanyaan itu aku baIas acuh tak acuh “Boleh je apa – apa pun”. Kelihatannya k3jam, tetapi hati aku sepertinya tertutup rapat untuk menerimanya. Dia hadir disaat aku masih rindukan Umi. Disaat aku bertekad untuk berjaya dalam kehidupan, banggakan dan bahagiakan Abah.

Namun Abah terlebih dahulu mecari kebahagiaan lain. Dan kebahagiaan Abah itu dia. 11 pagi. Ruangan dapur bergema dengan tangisan Ayra dan juga selang seli suara Mama yang meninggi. Aku yang berada di dalam bilik segera keluar ke dapur.

Lantai dapur basah dan kotor dengan kordial oren. Periuk nasi yang masih mode ON juga terbalik, memuntahkan isi nasi panas yang baru menggelegak. Mama memarahi Ayra kerana tidak meminta bantuannya untuk mencapai botol oren, sekaligus menarik wayar periuk nasi.

Aku segera mengangkat dan mendukung Ayra yang menangis. Terkena nasi panaskah dia? Terpijak kaca kah dia? Sepertinya tidak. Lebih kepada menangis kerana dimarahi Mama. Aku hanya menjeling Mama dan berlalu membawa Ayra ke bilik air.

Aku intai kelibat Mama di dapur. Dia mengemas dapur sambil menangis. Menangis? Untuk apa menangis? Bukankah dia yang memarahi tadi? Sekali lagi, aku gagal menyelami dan mengerti tangisan seorang ibu. Kali ini, ibu tiri.

Kaki Ayra aku basuh. Namun kesan kotor pewarna oren masih kelihatan pada kulit. Tak mengapalah, mungkin dua tiga hari nanti akan hilang. Sambil mencuci, fikiran aku bercampur baur. Sukar diterjemahkan. Namun yang pasti satu soalan sedang ligat di fikiran aku.

‘Mengapa menangis? Perasaan apa yang menyebabkannya menangis?’ Sungguh! Aku gagal mengerti. Mama tiba – tiba muncul di pintu bilik air. Ayra yang berpaling melihatkan Mama segera mengangkat kedua beIah tangan, minta didukung.

“Ayra s4kit?” Ayra menggeleng laju. Mungkin tujuh ke lapan kali gelengan. Mama dan Ayra pun berlalu, menuju ke bilik menukar baju. Aku pula menuju ke dapur namun suara Mama terlebih dahulu menegah, “Along jangan pergi dapur lagi ya banyak kaca Mama belum habis mengemas”

Benar. Lantai dapur masih kotor seakan sama sewaktu aku lihat tadi. Cuma periuk nasi sahaja diletakkan kembali ke kedudukan yang betul. Nampaknya dalam kekalutan botol kaca pecah, nasi tumpah, Ayra melalak, dan berper4ng dengan perasaan sendiri sehingga menangis, Mama bergegas untuk melihat keadaan Ayra terlebih dahulu.

2020. Mama memutvskan untuk berhenti kerja. Adakah berkaitan pengurangan pekerja, ataupun keputvsannya sendiri untuk menjadi surirumah sepenuh masa? Tidak pula aku pasti. Mama yang selama ini aku perhatikan adalah seorang yang rajin dan pengemas.

Mungkin boleh dik4tegorikan dalam golongan pembersih. Hampir segenap ruang rumah aku sudah bertukar wajah sejak dia menjadi sebahagian dari keluarga ini. Apabila Mama membuat pembaharuan, contohnya tempat simpan barangan mencuci di bawah sinki, Abah akan memujinya di meja makan.

Abah juga mengajar Ayra dan Anim untuk selalu memuji dan berterima kasih dengan Mama kerana sentiasa mencantikkan rumah. Aku seperti biasa, tidak bercakap. Namun kata Abah ada benarnya, pemilihan Mama untuk menghias rumah memang cantik.

Kadang – kadang aku sengaja keluar dari bilik, memilih untuk menjadikan hiasan Mama sebagai ‘backdrop’ sesi PdPR aku. Terasa bangga pula bila background aku rak buku dan juga pokok yang menghijau. Menyentuh hal PdPR, segala keperluan PdPr aku disediakan Mama.

Hampir setiap hari ada sahaja bungkusan di depan pintu. Printer, headphone dan sebagainya. Selama ini aku hanya mendengar sahaja daripada Abah bagaimana Mama menguruskan urusan persekolahan Anim, namun kali ini aku sendiri yang merasakannya.

Lengkap! Segalanya lengkap. Tiada yang kurang. Namun, aku tidak pernah berterima kasih. Sepanjang MCO, Mama sem4kin banyak meluangkan masa di dapur. Aku akui Mama pandai dalam membuat kek dan juga pencuci mulut.

Malahan ais krim pun kami sudah jarang beli kerana Mama buat sendiri. Namun, kemahirannya agak terbatas apabila menyediakan lauk pauk. Pernah sekali, ayam goreng yang dimasak Mama masih separa mentah di bahagian dalam.

Selera aku m4ti. Terus aku bangkit dari kerusi dan membuang makanan di dalam pinggan yang belum pun habis. Aku sedar, riak wajah Mama berubah. Aku sendiri gagal memahami tindakan aku yang begitu keanak – anakan.

Ingin aku meminta maaf, namun hati aku tidak mengizinkan. Hari berganti hari. Lauk pauk yang disediakan Mama juga bersilih ganti, pelbagai jenis. Mungkin Mama sedang bereksperimen, bisik aku sendiri. Aku sedar, setiap kali selepas membaca doa makan, Mama seolah – olah begitu menantikan suapan pertama aku. Pujian Abah tentang masakannya yang sem4kin lazat tidak begitu dihiraukan. Sepertinya menunggu aku untuk memberi reaksi. Namun aku seperti biasa, tidak bercakap.

2021. Maghrib. Abah mengajak aku keluar untuk membeli lauk bungkus. Sudah menjadi kebiasaan, satu atau dua kali dalam seminggu kami pasti membeli makanan di luar. Mungkin juga sudah terbiasa sewaktu setahun arw4h Umi s4kit, kami agak sebati dengan masakan restoran.

Abah memulakan bicara dengan mengutuk lagu Andi Bernadee yang dimainkan di radio. Katanya lagu sekarang sebutannya pelik – pelik. Aku hanya tergelak. Tidak mengiakan, tidak juga bersetuju. Namun rakan – rakan aku ramai yang menyanyikan lagu ini. Kemudian perbualan kami lebih serius.

“Along. Dengan Abah ni, cakap yang betul aja lah ya”. Aku hairan. Cakap yang betul? Kenapa pula, pernah kah aku berbohong? “Along sayang tak Mama?” Allahuakbar. Patutlah Abah suruh aku cakap yang betul. Soalan ini sukar.

Sudahnya aku yang terj3rat. Aku tidak pernah ada sebarang rangka jawapan pun untuk soalan seperti ini. Otak aku ligat berfikir. Jawapan aku harus bernas, setiap yang keluar dari mulut aku mungkin Abah sampaikan kepada Mama.

“Along sayang je selagi mana Mama pun sayangkan kami adik beradik,” aku kira jawapan ini paling selamat. Kononnya paling berkelelakian. “Lahh. Kenapa pulak ada ayat selagi tu? Mesti la Mama sayang kita sampai bila – bila”

Abah cuba menduga keyakinan aku barangkali. “Sebab.. nanti Mama mesti ada anak sendiri” entah kenapa. Di hujung ayat yang aku ungkapkan, nada aku sem4kin mendatar perlahan. Seakan sayu. Tidak sanggup rasanya aku membayangkan Mama tidak menyayangi Ayra lagi, melayan Anim acuh tak acuh apabila melahirkan zuriat sendiri kelak.

Namun, ada sedikit rasa lega apabila aku berterus terang dengan Abah tentang ketakutan terbesar aku ini. Aku lihat Abah di sisi yang sedang memandu. Dia tidak membaIas kata – kata aku. Perbualan kami terhenti di situ.

Kami masuk ke dalam restoran dan duduk menunggu pesanan kami di satu sudut. Berdekatan kipas angin. Abah kelihatan serius menaip sesuatu di handphonenya. Aku yang duduk bersetentang dengan Abah pula gundah, risau Abah memberitahu Mama akan bait – bait ayat aku di dalam kereta tadi.

Tiba – tiba Abah menyuakan handphonenya kepada aku. Aku kira Abah sedang membuka aplikasi WhatsApps, rupanya Safari. Ada sebaris ayat yang ditaipnya di kotak carian, sekaligus memaparkan beberapa artikel daripada majaIah dan keratan akhbar tempatan.

‘Endometriosis and Fertility’ ‘Endometriosis is associated with  an increased risk of having difficulty becoming pregnant, or infertility. Studies have shown that the amount of endometriosis that is seen at the time of laparoscopy is linked to future……’

Aku tergamam. Tidak mampu aku teruskan untuk membaca keratan artikel tersebut. Ya. Aku faham sekali apa yang aku baca. Namun.. “Mama kamu tak boleh mengandung”. “Memang Mama dah cakap awal kat Abah sebelum kahwin lagi”.

Aku tersentak. Pandangan aku jatuh ke skrin handphone. Ingin aku meneruskan pembacaan, namun mata aku sem4kin kabur dek air mata. Laju aku seka di hujung mata sebelum mengalir di depan Abah. Tidak, bukan diri aku untuk mengalirkan airmata di hadapan orang, meskipun Abah.

Kami pulang ke rumah membawa lauk yang dibungkus dari restoran. Mama bergegas menyediakan nasi. Lauk pauk dituang ke dalam mangkuk. Aku masih membisu. Sesekali aku mencuri lihat Mama yang sibuk dari dapur ke meja makan.

Entah kenapa, buat pertama kali aku rasa ada kasih di dalam pandangan aku terhadap Mama. Sukar difahami. Adakah ini sebenarnya kasihan? Atau rasa bersalah yang menebal? “Sedap tak tomyam ni? Rasanya dia tersilap ambil order ni.

Mintak daging dibaginya seafood pulak” Abah sekadar berbasa basi sambil menghirup kuah. Aku memberanikan diri. “Manis. Tak sedap macam Mama buat” D4mn. Aku lihat Mama seakan terk3jut. Namun senyuman terukir dibibirnya. Abah juga sama. Tersenyum melihat aku.

Di dalam bilik. Aku meneruskan pembacaan aku mengenai endometriosis di komputer riba. Kasihan Mama. Sungguh aku tak sangka selama ini dia mengalami peny4kit sebegini. B0dohnya aku tidak pernah peka, Mama dan Abah sudah 4 tahun berkahwin.

Tidak pernah sekali aku dengar mereka berbicara soal zuriat. Mungkin juga kerana keluarga aku kecil, tidak mempunyai makcik, pakcik kaki kepoh dan mertua untuk Mama bercakap soal ini. Jika tidak, pasti kasihan Mama.

Selama ini aku butakan mata akan kasih sayang yang Mama cuba curahkan. Semuanya aku tepis. Alasannya? Aku begitu takut Mama mempunyai anak baru dengan Abah. Sedangkan Mama hanya mahu berkongsi kasih dan bahagia dengan kami yang bergelar anak.

Aku segera berwuduk. Isyak aku agak lewat kerana melayari internet. Segera aku bentangkan sejadah dan silentkan phone. Tidak mahu ada gangguan. Usai solat, aku menadah tangan kepada Allah S.W.T. Belum sempat aku memulakan doa, air mata aku h4mburkan sepuas hati. Tangan aku menggigiI. Jiwa aku menyesal. Mata aku tidak putvs mengalirkan air mata. Sesuatu yang tak pernah terjadi terhadap aku selama ini.

Untuk pertama kali selepas 4 tahun Mama hadir di dalam hidup aku, malam ini aku selitkan doa buatnya. Bersungguh – sungguh. ZaIimnya aku tidak pernah sekali pun mendoakannya. K3jamnya aku. Begitu pentingkan diri sendiri.

Sudah berapa lama Mama menjeruk rasa dengan kedinginan aku. Ya Allah. Along minta maaf Mama. Along sayangkan Mama. Terima kasih Allah hadirkan Mama dalam hidup kami.

Hari ini, 3:30AM, Di dalam dorm. Aku masih menaip confession ini menggunakan notes di dalam iPad. Walaupun sudah lewat, namun masih ramai rakan – rakan aku belum tidur. Maklumlah hujung minggu. Ada yang asyik bermain Mobile Legend, ada yang sedang memasak maggie menggunakan heater, ada yang melayan movie.

Minggu hadapan kami akan pulang ke rumah, jadi ini merupakan hujung minggu terakhir kami menghabiskan masa bersama. Masih berbaki setahun sebelum aku meninggaIkan sekolah ini. Abah mengharapkan aku mengambil jurusan kedoktoran, namun aku lebih berminat ke arah kejuruteraan.

Lebih – lebih lagi kejuruteraan kimia. Apa – apa pun, biarlah result SPM aku nanti menjadi penentu. Sekadar berkongsi kegembiraan, nama aku tersenarai menjadi pengawas untuk 2022. Berbalik kepada Mama. Untuk aku berdepan dengan Mama dan menangis dihadapannya, adalah sesuatu yang agak must4hil untuk dilakukan.

Bukan aku eg0, (mungkin eg0 sedikit) namun untuk aku yang telah terdidik sejak kecil menyimpan perasaan sendirian, berterus terang tentang perasaan adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Budaya institusi kekeluargaan kita bukan seperti budaya barat, di mana anak – anak dengan bebas boleh menyuarakan apa sahaja isi hati berkaitan perasaan dan em0si.

Kebanyakan kami anak – anak lebih terdidik untuk menyimpannya sendiri dan akhirnya memb4rah menjadikan kita anak yang sukar dimengerti. Namun, aku cuba untuk melakukannya dengan cara aku tersendiri. Antaranya, aku tidak lagi lokek memuji setiap hidangan yang Mama sediakan.

Ayat aku tidak lah berbunga bunga. Cukup sekadar “uish mi goreng Mama, boleh bukak kedai”. Aku lihat Mama sem4kin gembira. Dan aku sedar, perubahan ini menjadikan hidup kami sekeluarga lebih bahagia. Bahagianya Mama, menghidupkan seri di dalam rumah kami. Hadirnya Mama, mengembalikan syurga buat kami. – A (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.