
Suami dah pernah kahwin 3 kali. Anak – anak tiri aku ni pun lain – lain mak. Anak – anak tiri degil, tak nak mendengar kata, tak hormat aku, mencuri duit dan barang aku. Satu hari, aku keluar aku suruh suami kunci bilik baju sebab aku perasan..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum.. Aku dah berkahwin hampir nak masuk 2 tahun. Suami merupakan duda anak 3. Anak – anak suami yang jaga. Bila dah kahwin dengan dia, maka aku pun kenalah jaga jugak. Masalah aku kat sini, suami aku suka nak merajuk hal – hal kecil.
Merajuk bukan bukan sekejap tapi berhari – hari. Pagi lepas tu tak nak bercakap dengan aku. Dah la tak nak tolong aku urus hal anak – anak. Perkahwinan dengan aku adalah perkahwinan dia yang ke-4. Mula – mula kahwin aje tolong aku basuh baju anak – anak dia, tolong kat dapur.
Masuk 3 bulan kahwin terus tak nak tolong. Dia dah la tak kerja, duduk rumah aje. Sebab dia ada property. Just tunggu income masuk tiap – tiap bulan. Dan aku isteri yang berkerjaya. Sebelum pergi kerja aku akan masak supaya anak – anak balik sekolah boleh makan.
Lepas sebulan kahwin dengan suami, baru aku tahu per4ngai dia macam mana. Mungkin aku yang b0doh menerima dia. Dia panas baran. Kalau dia berg4duh dengan aku, habis dia maki hamun aku, mak aku, bapa aku. Kalau orang dah m4ti dalam tanah tu pun dia hamun.
Lepas tu anak – anak dia ni degil. Tak nak dengar kata aku. Anak – anak dia berlainan ibu. Maklumlah dia dah berkahwin 4 kali. Aku tak pernah bahagia lepas kahwin dengan dia. Aku pendam dengan per4ngai dia macam tu. Lepas tu bahasa dia suka meny4kitkan hati aku. Ada je benda dia nak mengguris perasaan aku.
Kalau aku demam dia buat tak tahu aje. Aku akan pergi klinik sendiri. Dia ni kedekut nak m4mpos. Duit berkira dengan aku. Aku kahwin dengan dia, baju, seluar, kasut anak – anak dia, semua aku yang beli. Dia memang takdelah nak beli. Sampai baju dia pun aku beli.
Mertua aku duduk sekali dengan aku. Terus terang aku katakan aku dengan mertua tak sebulu. Sebab mertua suka mencari salah aku. Ada je tak kena. Lepas tu cakap semua macam bagus aje. Keturunan dia lah paling bagus, paling mulia. Macam keturunan aku ni h1na sangat.
Mertua memang pandang aku sebelah mata. Aku tak tahu apa silap aku. Pernah aku pergi ke luar negeri atas urusan kerja. Aku tak bawa kereta. Mertua aku guna kereta aku tanpa pengetahuan aku. Aku balik tengok keadaan kereta calar balar.
Bila aku tanya anak – anak tiri siapa yang buat, diorang cakap nenek diorang yang guna kereta aku. Minyak sampai kering dia kerjakan. Apa jenis orang entah. Dia dah la tak suka aku. Lepas tu tak malu guna kereta aku. Lepas kejadian tu aku tak letak mana lagi kunci kereta di tempat kunci.
Aku simpan 24/7 dalam beg aku. Mertua terus sentap. Dia start sindir – sindir aku. Aku jadi hilang hormat pada dia. Sebab aku dah la tertekan dengan per4ngai suami, dapat pulak mertua macam ni. Ipar aku jangan cakaplah. Kalau mak mertua macam tu, dah tentu anak dia pun layan aku teruk. Aku tak faham apa salah aku pada diorang.
Untuk pengetahuan semua, aku boleh dikatakan berjaya jugak dalam hidup. Aku ada kerja, kereta, simpanan. Sebelum sebelum ni ex wife suami aku tak kerja. Kesemua ex wife. Hanya aku yang bekerja. Bila ipar datang ke rumah kami, suka datang waktu yang salah.
Datang time orang nak santai – santai. Dia kalau datang petang hingga ke Isyak tak reti nak balik. Anak – anak dia datang tak pernah nak salam aku. Keras tengkuk je lalu depan aku. Tak reti nak hormat aku. Anak – anak dia bukan kecil lagi, dah besar panjang. Aku tak faham kalau dia mendidik anak – anak dia turut membenci aku.
Aku cerita serba sedikit tentang keluarga suami ya. Diorang ni family yang taklah kaya. Cuma senang la sikit. Tapi diorang semua jenis kedekut. Dari mak sampai ke anak, semua berkira. Tak kira la apa benda. Dari sekecil kecil hal hingga sebesar besar hal.
Mertua suka mencanang cerita aku pada saud4ra mara dia. Sehinggakan bila jumpa saud4ra mara sebelah suami, diorang akan sindir – sindir aku. Aku rasa sedih dengan hidup aku. Hal anak – anak suami pulak, anak – anak degil, tak nak mendengar kata, tak hormat aku, mencuri duit dan barang – barang aku.
Bila aku marah anak dia, dia tak boleh terima. Lepas tu kitorang akan berg4duh sehingga berhari – hari. Aku pernah usulkan penceraian sebab aku rasa aku tak boleh nak teruskan hidup dengan suami. Aku rasa macam maid dalam rumah ni.
Semua benda aku kena buat. Bila minta tolong anak – anak dia buat kerja, tak boleh harap. Biasalah mak – mak bila anak – anak tak nak dengar kata kita akan membebel. Tapi suami pulak akan naik angin bila dengan aku membebel. Dia cakap aku membosankan dan aku mencari pasal dengan anak – anak dia.
Setakat aku minta tolong sidai baju, bukannya kerja berat. Anak dia umur 14 tahun dengan 13 tahun. Takkan tak boleh tolong aku? Aku cemburu bila berjumpa kawan – kawan lama yang dah berkahwin, ada anak, nampak bahagia. Aku keluar dengan suami mesti angkut semua anak – anak dia. Tak boleh tinggal rumah. Habis dia buat project, bersepahnya lain.
Masuk bilik baju aku lain. Bila masuk bilik baju aku, faham – faham la diorang try baju baju aku. Faham – faham lah budak baru nak naik. Badan aku dengan diorang lebih kurang aje. Aku ni badan kecil aje, so baju – baju aku memang diorang muat.
Aku dah pesan kat suami aku nak bilik baju tu berkunci bila aku keluar bekerja atau aku keluar dengan dia berdua sahaja. Tapi suami naik angin cakap macam – macam. Dia cakap, “Ni rumah aku. Kenapa lak aku nak kena kunci?” Aku malas nak berg4duh. Aku diam. Malas nak cakap banyak.
Nanti orang dalam tanah pun dia hamun. Bahasa suami ni kesat giIa. Aku lepas kahwin terk3jut. Macam tak kena kalau tengok muka dia. Muka nampak w4rak, tapi mulut dia hanya Allah yang tahu. Dah la sebelum ni dia pernah curang dengan aku.
Dia pergi berfoya – foya dengan betina tu di luar negeri. Dia cakap dengan aku dia ada urusan kerja. Aku ambillah cuti sebab anak – anak kat rumah. Rupanya dia pergi jumpa betina. Allah tu Maha Mengetahui. Selepas beberapa hari dia kantoi dengan aku. Aku minta cerai, dia tak nak lepaskan. Sekarang aku rasa tertekan dengan hidup aku dan aku rasa menyesal berkahwin dengan dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.