Aku mengandungkan isteri orang, muka baby tu sebijik muka aku. Aku pergi jumpa suami dia dan sanggup nak bertangguangjawab. Tapi tak sangka..

Aku mula mendekati dan berkawan isteri orang. Pada aku, dia luahkan yang dia kesunyian sebab sering ditinggalkan suami. Suami dia adalah seorang anggota yang bertugas di luar kawasan dan kadang – kadang dia tinggal keseorangan untuk tempoh yang lama.

#Foto sekadar hiasan. 10 tahun yang lepas aku masih lagi muda masa tu. Jiwa aku masih lagi fikir nak enjoy. Jiwa masih lagi member0ntak. Aku mengaku yang aku memang jahat, tapi aku adalah manusia yang berpegang pada janji. Kisah aku bermula apabila aku kenal dia ketika kami bekerja di tempat yang sama.

Aku tertarik dengan kelembutan dan keayuan diri dia hingga aku tergoda. Namun dia adalah isteri orang. Suami dia akan hantar dan ambil dia di tempat kerja. Di sebalik wajah yang polos tu, aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang dia pendam.

Aku mula mendekati dan berkawan dengan dia, kemudian dia mula meluahkan apa yang terbuku di hati. Pada aku, dia luahkan yang dia kesunyian sebab sering ditinggalkan suami. Suami dia adalah seorang anggota yang bertugas di luar kawasan dan kadang – kadang dia tinggal keseorangan untuk tempoh yang lama. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang comel.

Pada aku timbul rasa kesian dengan keadaan dia dan pada masa yang sama bibit cinta antara kami mula berputik. Dia adalah isteri yang masih muda dan kegersangan, manakala aku pula adalah jejaka yang masih berjiwa muda. Benarlah kata orang, apabila berdua mesti akan ada yang ketiga.

Kami dah melakukan hubungan intim setiap kali kami bertemu. Hubungan kami tak ubah macam suami isteri. Banyak kali kami bersama sehingga akhirnya dia mengandung. Pada dia aku katakan yang aku tak takut dengan perkara ni sebab aku akan bertanggungjawab dengan apa yang dah aku lakukan.

Namun dengan status diri dia sebagai isteri orang, dia dah banyak kali cuba menggugurkan kandungan tu. Tapi Allah Maha Kaya. Kandungan tu tak dapat digugurkan. Selepas 9 bulan 10 hari dia mengandung, dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Wajah bayi tu saling tak tumpah macam wajah aku.

Sebagai seorang lelaki, aku jadi serba salah. Namun aku kuatkan diri untuk tunaikan janji yang dah aku ikrarkan pada dia. Aku tak kira apa pun yang akan jadi, aku mesti jumpa suami dia. Aku dah mengaku yang bayi lelaki yang baru dilahirkan tu adalah anak aku.

Aku sangkakan selepas pengakuan tu, aku akan dapat menjaga anak tu. Namun sangkaan aku meleset. Hubungan mereka suami isteri semakin bertambah erat macam takde apa – apa yang berlaku. Aku redha dengan apa yang jadi. Aku mencintai dia sepenuh hati dan aku menyayangi anak aku. Tapi dengan rasa berat hati, aku putuskan untuk berpisah dengan dia.

Tetapi ungkapan perpisahan hanyalah di mulut. Sedangkan hati kami masih lagi meronta kerinduan. Kami masih lagi berhubung dan kami juga masih lagi hanyut bersama. Pada satu ketika, hati aku terdetik. Siapa sebenarnya yang dia perlukan. Adakah aku atau suami dia.

Dengan suami dia, dia katakan setia dan dengan aku dia katakan cinta. Dia masih melayan suami dia sebagai seorang isteri dan dia membelai aku sebagai seorang kekasih. Aku jadi marah dan aku menghantar mesej kepada dia tentang keputusan dia. Namun dia mendiamkan diri.

Keesokan harinya kami berjumpa. Apabila berhadapan dengan dia, aku jadi marah dan tanpa aku sedar aku dah meIempang pipi dia sehingga anak mata dia berd4rah. Aku sungguh kesal dan tak dapat terima dengan apa yang dia dah lakukan pada aku dan suami dia.

Selepas kejadian tu, dia dah buat laporan polis. Dalam laporan tu, dia menyatakan aku dah memukuI dia dan dia tak nak aku mengganggu hidup dia. Dia nak bina kehidupan yang bahagia bersama suami dan anak – anak dia. Selepas kejadian tu, aku tak pernah jumpa lagi dengan dia.

Tapi aku tak dapat menyembunyikan perasaan rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku terlalu rindu dengan anak aku. Aku dah menghubungi dia untuk bertanya tentang anak aku. Aku juga dah memberanikan diri menghubungi ibu dia di kampung. Aku dah ceritakan hal yang sebenarnya.

Tapi usaha aku tu hanya sia – sia. Keluarga dia menuduh aku menipu dan tak mempercayai cerita aku. Mereka yakin yang anak mereka tak tergamak melakukan perkara tu. Aku rasa sungguh tertekan. Aku lari jauh membawa hati yang luka.

Namun sejauh mana pun aku lari, aku tetap tak dapat menghilangkan rasa rindu kepada anak aku. Kadang – kadang aku balik untuk melihat anak aku. Aku rindu nak peIuk zuriat aku. Tapi aku hanya mampu tengok dari jauh je. Aku juga sedar, ketika tu aku tak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebelum aku pergi lagi, aku dah belikan sebuah patung Ultraman dan sepasang kasut Adidas untuk anak aku. Walaupun aku tahu dia masih lagi bergelar isteri orang, aku masih lagi menyayangi dan mencintai dia serta merindui anak aku. Selepas genap enam bulan kami berpisah, kami berjumpa sekali lagi.

Aku bertanya tentang anak aku. Selepas pertemuan terakhir tu, sekali lagi aku membawa diri meninggaIkan segala – galanya. Aku juga dah dapat jawapan dan punca dia meninggaIkan aku serta memilih suami dia. Barulah aku tahu, selama ni dia hanya memandang pada harta semata – mata.

Ulasan Pembaca :

Are Rie : Kesetiaan dan sifat penyayang ko ni bagus dik, cuma ko ni salah tempat. Aku tabik dengan sikap gentleman ko sebab sanggup pergi jumpa suami dan keluarga perempuan tu. Mujurlah ko masih panjang umur lagi. Kalau orang lain dah berstatus Allahyarham dah ko ni. Nasihat abang, ko carilah yang halal dan bertaubatlah.

Siti Khadijah Zaikhad : Astagfirullahalazim. Satu je nasihat aku. BERTAUBAT LAH. BERTAUBAT LAH. BERTAUBAT LAH. ALLAH tak pernah meninggaIkan h4mba – h4mba yang bertaubat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :