
Semua orang tak sanggup jaga nenek sebab mulut puaka. Satu hari, nenek suruh ibu halau aku keluar, kalau tak ibu aku dianggap anak derh4ka. Ibu halau aku keluar, mak kata, dia sanggup hilang anak dari hilang nenek. Aku terdiam. Sekarang dah 4 tahun aku tak balik..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih admin sebab approve cerita ni. Sejak 4 tahun lalu, aku tak pernah balik rumah. Ya, rumah mak abah aku. Sebabnya? Aku kecewa. Kecewa dengan sikap mak aku. Walaupun abah banyak memujuk, tapi aku menolak.
Menolak dengan baik maksud aku. Sebab selama 4 tahun ni, mak tak pernah panggil aku balik semula. Kisahnya, 4 tahun lepas, aku tamat belajar dari matrikulasi dan aku bercuti di rumah sementara menunggu panggiIan masuk universiti.
Hanya ada aku, abah, mak, adik lelaki, adik perempuan dan nenek saja dekat rumah. Masa ni, nenek aku tinggal dengan keluarga aku. Sebelum ni mak long aku yang jaga. Sebenarnya, mak long aku tak tahan dengan sikap nenek aku yang suka perli dan menghina pak long aku.
Pak long aku seorang pekerja kilang simen dan dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dia buta sebelah mata. Jadi memang keadaan mak long aku masa tu susah sikit sebab dia tak bekerja. Dan masa tu lah nenek aku buat keputusan untuk duduk dengan mak aku.
Abah aku datang dari keluarga yang senang. Rumah kami pun Alhamdulillah, semua cukup dan boleh dikatakan selesa. Seminggu aku duduk dekat rumah, seminggu tu juga lah nenek aku perli – perli aku. Kononnya aku ni pemalas, kerja makan tidur saja.
Padahal mak aku sendiri pernah cakap antara kami 5 beradik, aku yang paling rajin dan teliti. Mak aku tak pernah complaint kalau aku buat kerja. Banyak kali aku cakap dekat mak aku, “nak rajin macam mana lagi ma?” Dan mak aku selalu cakap, “nenek kan dah tua, biasa lah tu.”
Macam mak orang lain, mak aku sangat positif dan sangat susah nak tengok dia bercerita pasal orang lain. Sampailah satu hari waktu senja. Abah dan adik lelaki dah pergi masjid. Aku pun siap – siap nak berbuka sebab aku dan adik perempuan aku puasa hari tu.
Tiba – tiba masa aku tengah panaskan lauk, nenek aku cakap aku buat kerja malas, membuta saja dan bangun terus makan. Aku terk3jut dan terus tinggikan suara dekat nenek aku. Yang ni aku mengaku aku salah. Dan mestilah nenek aku melenting.
Lepas tu dia jerit panggil mak aku dan suruh mak aku halau aku keluar. Kalau tak, dia anggap mak aku anak derh4ka. Nenek aku cakap mak aku b0doh sebab tak bvnvh aku masa aku kecik. Aku sangat marah. Tergamak nenek aku cakap macam tu.
Adik perempuan aku pun marah dekat nenek aku. Adik aku cakap, “kenapa nenek macam ni? Orang buat apa pun ada saja yang tak kena.” Dalam keadaan marah, kami masuk bilik. Dalam 15 minit macam tu, mak aku masuk bilik aku. Dia bagi RM200 dan minta tolong aku pergi rumah makcik aku tumpang sementara waktu.
Ya Allah, masa tu Allah saja tahu perasaan aku. Kecewa. Kecewa sebab mak aku mudah sangat dengar cakap nenek aku. Sebagai anak, aku nak juga mak aku pertahankan aku. Tapi mak aku tak nak jadi anak derh4ka, jadi dia turutkan juga kehendak nenek aku.
Aku tak mampu nak cakap apa – apa. Adik perempuan aku cakap dengan mak aku, “ma sanggup buang anak ma tanpa selidik dulu.” Dan jawapan mak aku sangat – sangat buat aku rasa lost sampai hari ni. “Tak apa lah hilang anak seorang dari hilang nenek. Hilang seorang ada lagi 4.”
Masa tu aku tak fikir apa dah. Mungkin ada salah silap aku yang mak aku pendam selama ni sampai dia boleh cakap macam tu. Malam tu juga aku kemas baju dan jalan kaki pergi stesen bas. Aku tak pergi rumah mak cik aku, tapi aku pergi Penang. Aku tumpang rumah kawan aku dan minta kerja kilang.
Lepas tu aku duduk dekat hostel kilang. Tapi tahu saja lah hostel kilang macam mana. Bah4ya. Lama aku kerja. Bulan puasa pun aku kerja. Raya pun aku kerja. Masa tu aku fikir nak cari duit untuk masuk universiti. Aku dapat masuk IPTA di utara Malaysia.
Aku call rumah dan adik aku jawab. Aku tanya sama ada surat taw4ran official dah sampai atau belum. Aku minta tolong dia pos dekat alamat kawan aku. Tapi dia tak pos. Dia pergi rumah kawan aku dengan ayah aku. Masa tu aku tengah kerja lagi.
Kawan aku cakap aku kerja dekat mana dan duduk hostel kilang. Masa tu pertama kali aku jumpa balik abah aku dan adik aku. Memang sebelum ni mereka dah cari aku, tapi aku tukar nombor. Aku pilih jalan untuk lari. Mula lah sesi pujuk memujuk.
Aku menolak sebab kecewa. Aku taw4r hati dan malas nak fikir macam – macam. Aku buat keputusan, selagi mak aku tak panggil balik, selagi tu aku akan macam ni. Aku tahu mak aku seorang yang baik. Sempurna bagi aku. Tapi aku rasa tak dihargai bila mak aku cakap, “hilang anak seorang ada lagi 4 orang.”
Satu perasaan yang sangat s4kit dan perit. Hari pendaftaran masuk universiti, aku pergi seorang diri. Aku uruskan semuanya sendiri. Sejak masuk universiti, aku berhenti kerja kilang. Desa ni dah jadi rumah aku. Bertahun aku duduk sini. Aku buat kerja part time untuk cari duit.
Aku juga meniaga online nak tambah pendapatan sikit. Yelah, internet free. Terus terang aku cakap, aku earn more than enough sampai boleh simpan RM600 sebulan. Dan aku tak ambil PTPTN. Untuk adik – adik yang tengah belajar tapi duit tak cukup, cubalah meniaga online. InsyaAllah ada rezeki kamu.
Abah aku ada bank in duit tiap – tiap bulan, tapi aku kerja juga untuk persediaan masa depan aku. Tapi ni tahun akhir aku. Lepas ni tak tahu nak duduk mana pula. Sayang rasa nak tinggal rumah ni. Tempat aku berteduh. Susah senang aku dekat sini.
Puasa dekat sini. Raya dekat sini. Meriah sangat. Penuh masjid masa sembahyang raya. Tapi bila dah dewasa macam ni, rindu dekat keluarga. Rindu dekat mak. Rindu dekat bau mak. Mak – mak ada satu bau yang wangi bila kita peluk dan cium dia.
Aku tak banyak berhubung dengan keluarga aku. Yang aku selalu contact pun adik perempuan aku dan abah. Dan apa yang aku tahu, kakak aku dah lama tak balik rumah. Bawa diri ke negara orang dengan alasan sambung master. Abang aku pula dah kahwin dan duduk jauh dari rumah mak abah aku. Memang jarang lah balik.
Adik lelaki dan adik perempuan aku pula dua – dua dekat UIA Kuantan. Jauh juga dengan rumah. Adik aku cakap, sebenarnya kakak dan abang aku geram dekat mak aku sebab buang aku dulu. Dan abah aku pernah cakap, “kesian ma. Yang kanan ibu sendiri, yang kiri anak sendiri. Bila lebihkan yang kanan, yang kiri kecil hati. Bila lebihkan yang kiri, yang kanan kecil hati.”
Mak aku nampak rileks saja, tapi mana ada mak yang tak risau pasal anak – anak. Tapi itu lah, aku rasa ni jalan yang baik buat aku. Aku buat sebab sayang. Mak aku tak jadi anak derh4ka. Cukup lah tu. – Cantik
Ulasan Pembaca :
Khalish Kamila : Nenek kau ada saka h4ntu lah tu. Per4ngai buruk. Pernah saja jumpa mak yang pakai benda khurafat untuk tundukkan anak – anak dan suami. Kisah benar, tak tipu. Balik lah. Mak kau rindu. Jangan sampai mak dah tak ada baru kau menyesal.
Allah beri kemudahan kau hidup sendiri tu sebab doa mak kau juga. Keberkatan hidup ni atas doa mak juga. Jangan bangga sangat dengan diri dapat achieve banyak benda. Semua orang buat silap. Kau jangan degil sangat. Maafkan. Raya ni balik lah. Sebab kau merajuk, semua orang salahkan mak.
Kau suka ke sampai mak kau m4ti keluarga kau pecah belah dan dah tak bersatu? D0sa besar tu. Kau tu anak. Kecilkan ego kau. Ingat dia jaga kau sampai besar elok saja. Sebab satu silap, kau merajuk lama – lama. Doakan mak kau berubah kalau dia jahat. Tapi aku tak rasa mak kau jahat. Sy4itan suka pecah belahkan keluarga. Jadi daripada kita bagi sy4itan duduk dalam diri dan ego, baik kau neutralkan diri. Matang lah ya. Assalam.
Nur Diyana : Kalau confessor baca komen ni, aku nak bagitahu satu saja. Mana ada mak dalam dunia ni yang tak sayang anak. Yang nak buang anak jauh – jauh. Yang tak mahu ambil peduli pasal anak. Kalau ada pun, mungkin mak tu yang tak berapa betul.
Aku tahu adik struggle untuk teruskan kehidupan, tapi pernah adik terfikir tak kehidupan dan jalan yang adik lalui ni adalah berkat daripada doa seorang mak? Adik tetap selamat walaupun jauh daripada mak. Adik tetap berjaya walaupun jauh daripada mak.
Bukan semata – mata usaha adik yang bersungguh – sungguh untuk survive hingga berjaya, tapi juga doa seorang mak sentiasa mengiringi langkah adik. Balik lah rumah berjumpa dengan mak adik. Kita ada seorang mak saja dalam dunia ni. Hilang mereka, hilanglah satu keberkatan doa buat kita.
Huda Haron : Hebat confessor ni struggle sendiri untuk kumpul duit masuk universiti dan tak ambil PTPTN. Aku envy kau sis. Tapi apa – apa pun dalam dunia ni, kita ada seorang mak saja dan tak ada ganti. Pulanglah lawat mak kau. Lupakan kisah lama kalau boleh sementara masih ada masa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.