
Umur anak aku 4 bulan, dia terus sumbat anak aku dengan nestum. Dia cakap aku kedekut tak bagi anak makan. Dia bandingkan dengan cucu – cucu lain yang badan gempal – gempal. Dah aku pun badan jenis kurus, mestilah anak pun kurus..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku post ni bertujuan untuk mintak pendapat semua tentang masalah aku. Aku ada masalah dengan mertua. Bukan berg4duh, tak, tapi aku dah jauh hati dengan mertua aku. Macamana ye nak buang rasa tu? Sampai sekarang setiap kali jumpa dia aku macam tak boleh nak bercakap dengan dia macam aku dulu dulu. Aku jadi fake sangat. Dah la fake, rasa tu aneh.
Macam dibuat – buat. Walau aku cuba sedaya upaya untuk buang rasa tak suka kat dia. Tapi tak jadi, pasti ada yang tak kena. Ok kisahnya macam ni. Mak mertua aku ni baik je orangnya, kuat agama, dulu aku sayang dia seikhlas hati aku. Tapi apa yang menyebabkan perasaan aku berubah bila dia terang – terang menunjukkan yang dia cemburu aku kahwin dengan anak kesayangan dia.
Masa mula – mula lepas kahwin, laki aku stay rumah aku 1 week sebelum kenduri belah laki. Jumaat gerak ke rumah laki, Sabtu tu kenduri. And to be fair kitorang plan stay 1 week jugak kat rumah laki aku. Bila dah balik kampung dia, of course laki aku rindu masakan mak dia kan?
Dia cakap kat mak dia, mak sedapnya kalau mak masak lauk ni ni ni, lauk kegemaran laki aku la. Then mak mertua aku cakap, suruh la bini kau, dah nak kahwin sangat kan. Aku masa tu sengeh je. Tak ambik hati sangat, orang tua kan. Biar je lah.
Lepas kahwin memang tiap – tiap minggu balik kampung laki aku. Seriously aku sangat taat dan akur waktu tu. Tapi tiap kali balik dia akan cakap, awal sangat korang ni kahwin, tak patut lagi nak kahwin. Ok jujurnya, mula – mula memang aku langsung tak ambik hati, tapi bila dah lama – lama dia ulang benda yang sama, kau rasa???
(Untuk pengetahuan, masa tu umur aku 24, suami 25.) Sebulan after kahwin aku pregnant, betapa happy laki aku nak share news ni dengan mak dia sampai tak nak bagitahu kat telefon, nak balik nak cakap depan – depan. Bila dah bagitahu kat dia, muka dia sugul sangat, pastu dia cakap, ish awal lagi, boleh tak buang? Laki aku terdiam.
Buang apa mak? Buang tu dalam perut tu, tak jadi lagi kan? Makan nanas la. GiIa aku rasa nak nangis kot time tu. Laki aku diam. Laki aku ni memang respect mak dia giIa – giIa, like she’s the only perfect person in the world. So kalau dia terasa dengan mak dia pun memang dia akan diam je la.
Masa ni aku masih ok, masih boleh telan segala kepahitan. Time dah deliver anak pulak, lagi banyak la salah aku. Tak bagi makan anak umur 4 bulan, salah! So dia suap anak aku Nestum masa dia datang rumah aku tu, sabar je lah. Siap cakap mak kau tak bagi makan, kedekut.
Masa dah 6 hingga 7 bulan, aku bagi anak makan, aku lapik pakai bib tak nak kotor baju, dia cuit – cuit ipar aku gelak – gelak cakap tak payah lapik – lapik sangat lah. Pastu aku buat puri dan serbuk homemade, nasi, oat semua ada, pun dia pandang sebelah mata.
Dia still buatkan bubur nasik dan bebel bila aku tak buat bubur nasik cara dia. Ipar – ipar aku pun cakap cakap tak payah la puri – puri, anak kami dulu takde puri pun. Nak dijadikan cerita anak aku ni badan tak besar sangat, ye lah aku dan suami aku pun jenis tak besar mana, anak aku cukup je semua tapi tak gemuk Michelin macam anak – anak ipar aku.
So, memang kaw – kaw la dia cakap aku tak bagi makan anak semua. Sampai kan ipar aku ada datang rumah dan sound cakap kitorang tak reti jaga anak. Kau rasa? Aku memang menangis la malam tu, baru ingat nak happy – happy diorang datang tidur rumah, sekali kena kutuk kau.
And aku yakin semua dari mulut mak sebab diorang memang dari kampung on the way nak balik ke rumah diorang masa tu. Sebelum kahwin, aku kerja kat kantin sekolah, nak kata pandai sangat masak tu tak la sangat tapi reti la. Tapi yang aku hairannya setiap kali balik kampung, bila aku masuk dapur semua memerhati.
Tu ok lagi, masa raya turn kampung laki aku, aku tengah blender cili. Boleh anak kepada ipar aku umur 15 tahun, dia datang tegur kata aku salah. Nampak tak macam something fishy was spread among them. Ipar perempuan tak payah cakap la, memang rajin perli bab masak dan makan ni.
Walaupun diorang tahu aku pernah kerja sebagai tukang masak, tapi diorang tetap tak approve cara aku masak, mesti kena ikut cara diorang. Rasa sama je what? Takde pulak cirit masa aku masak tu. Biasalah lain negeri lain caranya. Tu belum cukup lagi, setiap hari dia akan tanya suami aku apa aku masak, kalau dengar kitorang makan kat luar, nanti balik jumpa dia siap la kena bebel.
Anak dia yang ajak aku makan kat luar okey! Pernah sekali tu kitorang balik kampung, sebab ada hal, sempat la ambik emergency leave sehari. Esok tu kitorang kena gerak balik awal nak kerja. Bila dia tahu yang kitorang dah nak balik, mula la dia buat muka monyok, laki aku tak sampai hati, delay la beberapa jam.
Laki aku cakap lepas Zohor gerak, aku on la. Lepas Zohor aku solat, settle anak semua, keluar je bilik laki aku cakap duduk dulu. Aku tanya kenapa? Dia kata, balik malam. Urusan tu buat esok. Aku macam whattt? Masing – masing tak apply cuti kot! Dengan sehelai sepinggangnya.
Rupanya masa aku pergi solat tu, dia suruh suami aku stay. Masa depan aku diam tak nak cakap pulak. Dia pernah stay rumah kitorang 2 bulan. Aku layan dia macam biasa. Masa tu hati ni dah mula membengkak, tapi sebab nak jadi isteri yang baik, aku akur la.
Nak jadi cerita, kitorang berdua ada g4duh sikit sampai laki aku tak sengaja ‘berkasar’ dengan aku. Memang aku menangis tak henti la jawabnya, mata bengkak semua, laki aku suruh stay di bilik dulu risau mak dia tahu. Dia sungguh – sungguh mintak maaf sebab ‘terlepas’. So aku stay bilik dengan anak aku, dengan nangis tak henti. Mak tak tahu apa – apa.
Petang tu aku keluar rumah dengan anak bersiar – siar dekat taman, nak tenangkan fikiran, masa tu laki aku berdua dengan mak dia kat rumah. Tak lama tu laki aku call suruh balik. Dia tanya aku dah buat apa dekat mak dia? Aku pelik, aku tanya kenapa?
Mak cakap, bini kau tak suka aku duduk sini, aku nak balik. Reasonnya sebab aku stay dalam bilik tadi dia kata aku tak suka dia? Dia tak tahu anak dia buat apa kat aku? Masa aku sampai rumah elok dia senyum, aku tegur aku macam dia takde buat sebarang aduan. Argh! Tension aku.
Banyak lagi sebenarnya, tapi takut korang muak baca panjang – panjang. Tapi yang pasti aku tersepit. Aku tak boleh luah dekat suami aku, silap – silap dia boleh cerai aku apa. Sebab dia memang sayang giIa kat mak dia dan siapa pun tak boleh cakap apa – apa tak elok pasal mak dia.
Memang dia akan hangin satu badan la. Kalau dia tahu apa yang aku rasa ni, nak per4ng dunia ketiga! Tapi memang dia perasan aku dari seorang yang peramah dah jadi pendiam bila dalam family diorang. Aku dah cuba masuk buat buat ketawa bila berkumpul ramai – ramai, tapi dalaman aku s4kit sangat.
Sebab ada saja benda yang tak kena. Confirm! Tapi dia takkan buat atau cakap depan suami aku, nampak tak permainannya kat situ? So, kalau aku share dengan suami akan nampak aku la menantu paling evil di dunia kan? Depan suami dia puji aku, belakang suami semua aku buat dia c0ndemned. Betul la orang cakap why mother ‘in law’? Sebab banyak peraturan kalau mak mertua ni. Hahahahah. So, macamana aku nak hadap dia sekarang? Aku dah cuba pujuk hati bila balik kampung, tapi still. Ada yang tak kena di mata dia.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini