
Pendapatan mengasuh saya lagi banyak dari gaji suami. Dia tak puas hati bila saya beli apa – apa untuk diri sendiri. Baru ni saya rebonding rambut guna duit sendiri RM600. Suami terus suruh saya berhenti kerja kalau tak saya kena bayar sewa rumah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Kisahnya bermula sejak saya mula mengasuh budak dari rumah. Pada awalnya saya mula mengasuh sebab nak tampung kewangan, memandangkan perniagaan agak merosot. Pada masa yang sama, anak saya dua orang masih kecil. Saya juga baru lepas mengalami keguguran anak yang ketiga.
Jadi saya mula mengasuh. Lama – lama, alhamdulillah, pendapatan daripada mengasuh agak lumayan dan akhirnya saya jadikan pengasuhan sebagai sumber pendapatan utama saya. Lama – kelamaan, perniagaan suami pula diambil alih sepenuhnya oleh suami sebab saya masih dalam fasa penat mengasuh, menjaga anak sendiri, mengurus rumah dan sebagainya.
Pendapatan daripada mengasuh saya gunakan untuk membantu banyak perkara dalam keluarga. Saya ambil alih bil elektrik, air, Coway, hibah atas nama saya kerana EPF sudah dikeluarkan, insurans Cuepacs untuk keluarga, barang dapur, barang basah dan kering serta perbelanjaan lain. Kalau keluar berjalan – jalan, saya juga yang belanja.
Coway, Cuepacs dan hibah memang atas permintaan saya sendiri, jadi dari awal memang saya tanggung sepenuhnya. Untuk bil – bil lain pula, saya ambil alih sebab saya fikir suami mungkin terbeban untuk membayar lebihan penggunaan yang berkaitan dengan kerja pengasuhan saya.
Suami berniaga dari rumah, jadi dia juga menggunakan elektrik dan air. Setakat ini, suami bayar sewa rumah RM1,000, loan RM700, tadika anak setiap bulan dan barang – barang rumah mengikut kemampuan dia. Kami memang tidak pernah buat konsep 50/50. Saya biarkan dan saya okay dengan keadaan itu.
Tetapi satu ketika kami berg4duh, suami minta saya bayar separuh sewa rumah. Katanya sebab dia sedang marah. Selepas itu masalah selesai. Baru – baru ini pula berlaku masalah apabila dia meminta saya berhenti mengasuh tanpa sebab yang saya rasa munasabah.
Antara perkara yang paling membuatkan saya terluka ialah apabila dia mengatakan saya mempunyai hati yang busuk sampai busuknya keluar melalui mulut. Dia kata mulut saya berbau sangat busuk. Terus terang, saya terdiam dan sangat terk3jut dengan kata – kata itu. Tergamak dia berkata begitu.
Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor sendiri mengatakan tiada masalah seperti yang dikatakan. Disebabkan terlalu terasa dengan kata – kata tersebut, saya sampai berkata saya tidak mahu memasak untuk dia. Takut nanti air liur saya terpercik ke makanan dan makanan itu pula dikatakan berbau.
Kain pun saya tidak mahu cuci kerana takut perkara yang sama. Dia kata tidak perlu uruskan dan dia boleh buat sendiri. Kerja rumah selama ini hampir 100% atas saya. Dia membantu apabila dia rasa perlu atau apabila saya sudah terlalu penat dan mula meminta pertolongan.
Untuk makluman, saya mengasuh tujuh hari seminggu. Cuti hanya pada cuti umum, itu pun kalau tiada budak. Dia minta saya pastikan dapur dikemas setiap kali digunakan sebab dia pun akan guna. Saya faham perkara itu. Tetapi apabila dia mula mengasingkan kerja, saya kata dia juga perlu buat deep cleaning bahagian dapur sebab dia turut berniaga dari rumah dan menggunakan dapur tersebut.
Dari situ terus mula isu sewa separuh. Saya kata, apa kata kita pergi Pejabat Agama Islam dan minta kaunseling. Kalau pihak sana kata saya memang kena bayar, saya akan bayar. Tetapi dia tidak mahu. Dia minta saya bayar sahaja apa yang dia minta.
Saya kata biarlah kita dapatkan penjelasan terlebih dahulu. Kalau memang ada tanggungjawab saya untuk membayar, saya akan buat. Dia kata, “Sedap duduk dengan duit dia.” Sekarang dia tidak bagi saya mengasuh. Dia kata dia akan bagi apa yang dia mampu.
Nafkah saya pula boleh dikatakan tiada. Hanya makan, minum dan syampu sahaja. Skincare, losyen dan keperluan peribadi lain, saya tidak pernah minta dia belikan. Kalau habis, saya beli sendiri apabila ada duit lebih. Saya memang dari awal kahwin tidak mahu menyusahkan dia.
Baru – baru ini saya buat rebonding dan inai RM600 menggunakan duit saya sendiri. Saya anggap itu sebagai rew4rd untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Dia macam tidak boleh terima saya habiskan duit sebanyak itu kerana pada masa yang sama dia sedang tidak cukup duit untuk tukar minyak hitam dan dia pula balik kampung.
Sebelum saya buat rambut, saya sudah selesaikan semuanya. Bil rumah RM500, barang dapur RM1,000, tadika anak kedua RM500, kutu RM500 sebagai simpanan, kelas online anak pertama RM200, upah jiran ambil anak – anak balik tadika RM150, bil telefon saya, Shopee saya, belanja mak ayah saya dan simpanan anak – anak walaupun sedikit.
Saya pernah minta dia beri nafkah RM10 sebulan. Saya cuma minta dia hulurkan sedikit kepada saya setiap bulan. Tetapi dia kata dia sudah belikan apa – apa, contohnya pergi pasar malam dan beli bakso. “Okay lah tu,” katanya. Saya diam.
Bantuan yang masuk ke akaun saya pun saya pernah bahagi dua dan berikan separuh kepada dia. Selepas masuk kepada dia, saya tidak nampak bayang. Katanya habis untuk keluarga juga. Saya diam. Dapat bonus pun saya tidak tahu. Saya pernah tanya kenapa tidak beritahu. Bukan saya mahu minta pun. Dia diam sahaja.
Dapat bantuan raya pula, saya tertanya kenapa kali itu tidak diberikan separuh kepada saya. Dia kata dia banyak perkara hendak guna duit. Padahal saya habiskan hampir RM3,000 untuk raya sebab dia kata dia tidak mampu. Pendapatan saya daripada mengasuh lebih kurang RM4,000 sebulan.
Itu pun sebab saya ambil kerja kecemasan, bermalam, hujung minggu dan sebagainya. Apa sahaja kerja yang masuk, saya ambil walaupun kadang – kadang memang sudah terlalu penat. Sekarang saya ingin bertanya dengan ikhlas. Patutkah saya bayar separuh sewa rumah?
Kami masih suami isteri. Tetapi sekarang rasa macam hanya menjadi ibu dan ayah kepada anak – anak di rumah. Saya bukan mahu berg4duh atau mencari siapa yang salah. Saya cuma mahu tahu dari segi hukvm dan tanggungjawab suami isteri supaya saya tidak tersalah langkah.
Saya sudah beritahu mahu panggil kedua – dua pihak untuk duduk berbincang dan bertanya tentang isu sewa dan perkara yang berlaku. Saya mahu semuanya jelas. Tetapi dia kata saya seronok hendak mengaibkan dan memalukannya di depan semua. Saya sebenarnya tidak mahu mengaibkan sesiapa.
Cuma saya sangat penat. Sampai sekarang saya masih tr4uma dengan ayat tentang mulut berbau itu. Sampai tahap lalu sebelah dia pun saya tahan nafas sebab takut dia kata lagi nafas saya berbau. Toilet pun saya asingkan. Takut percikan air liur masa berkumur atau gosok gigi pun nanti dikaitkan dengan perkara yang sama.
Saya tahu mungkin nampak berlebihan, tetapi ayat itu betul – betul memberi kesan kepada saya walaupun doktor sudah kata tiada apa – apa masalah. Saya cuma mahu hidup tenang dan mahu tahu apa yang betul dari segi agama. Mohon yang arif tentang hukvm nafkah dan tanggungjawab suami isteri beri pandangan yang baik.
Saya tidak mahu orang menghentam atau membenci suami saya. Saya cuma perlukan pandangan dan sedikit kata – kata semangat. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kami dan anak – anak. Terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis.
Komen netizen :
Ekin Tokey : Contoh suami yang cemburu rezeki isteri lagi banyak. Dia kalau boleh nak bini tu papa kedana sebab tu tak bagi mengasuh lagi. Teruskan berkeras tak bayar duit rumah tu ye… Cukup – cukuplah awak dah mudahkan tanggungjawab dia.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.