Sebelum suami lafaz cerai dekat mahkamah, aku jumpa dengan peguam aku. Aku dah niat nak balas d3ndam dekat suami dan mak mertua

Mak mertua call marah – marah aku. Puncanya sebab aku tuntut duit dekat mahkamah. Nafkah iddah dan mutaah lebih kurang dua ratus ribu ringgit. Hutang mahar sepuluh gram emas. Nafkah anak lapan ribu ringgit sebulan untuk dua orang. Mak dia menangis – nangis kata aku k3jam.

#Foto sekadar hiasan. Part 1 >> Suami nekad nak cerai, bapa aku pergi rumah mertua merayu suami tarik balik kes. Aku minta suami jangan datang mahkamah, jangan lafaz depan hakim. Masa aku dah tahu dia curang dan nikah senyap – senyap, inilah bahagian paling keras dalam hidup aku.

Sebab aku berjaya patahkan balik semua permainan diorang, sampailah bekas mentua aku menangis teruk. Hari ikrar talak tu sebenarnya aku dengan peguam aku dah janji nak jumpa dekat satu kafe tak jauh dari Mahkamah Syariah. Terus terang cakap, masa tu aku memang ada niat nak balas d3ndam dekat bekas suami dengan keluarga dia.

Sepanjang kami kahwin, aku dengan dia tak pernah pisah rumah. Dalam tuntutan yang dia failkan, semua alasan berkait pasal aku dengan mak dia yang kononnya tak sehaluan. Aku dilabel isteri tak hormat mertua, kurang ajar, dan macam – macam cerita lain.

Papa aku pernah cakap, kalau masa tu aku hadir sidang awal dan beritahu hakim yang kami tak pernah pisah rumah selama enam bulan, besar kemungkinan tuntutan dia boleh gagal. Tapi masa tu aku fikir, “Buat apa nak pertahankan orang yang dah tak nak kita?”

Tambahan pula aku tak sanggup pijak kaki ke mahkamah. Bayang Mahkamah Syariah pun aku dah menggigil. Dalam lima bulan sebelum surat panggiIan mahkamah sampai, bekas suami aku memang nampak gelisah. Aku ingat sebab kerja dia banyak.

Dan dalam tempoh lima bulan tu juga, kami langsung tak bersama sebagai suami isteri. Aku ada tanya kawan – kawan. Ada yang kata biasa. Ada yang kata tak normal. Tapi aku ni lurus. Aku tengok dia fokus kerja, duit masuk elok, pindahan wang lancar. Siap rancang nak bawa aku dengan anak – anak bercuti lepas urusan kerja dia selesai.

Rupanya, semua itu cuma lakonan. Dalam tempoh yang sama, mak dia hampir tiap malam buat drama. Malam – malam suruh dia balik rumah atas alasan s4kit, adik bermasalah, dan macam – macam lagi. Asal mak dia telefon, bekas suami aku wajib terbang balik rumah emaknya, tak kira apa keadaan.

Aku mula syak itu semua akal diorang supaya dia tak tidur rumah dengan aku. Sedangkan masa tu aku baru lepas bersalin anak kedua. Malam sebelum surat cerai dari mahkamah sampai pun, aku dengan dia siap pergi rumah pakcik aku yang tinggal sebelah rumah. Pakcik aku baru balik hospital, jadi kami pergi ziarah.

Kami bergelak ketawa macam biasa. Aku langsung tak sangka itu malam terakhir dia berkumpul dengan keluarga aku. Esok pagi, surat cerai sampai. Semua orang terk3jut. Aku telefon dia dekat pejabat, dan nenek aku yang bercakap dengan dia.

Nenek aku marah teruk dengan per4ngai dia. Disebabkan surat cerai tu datang meng3jut, aku buat keputusan failkan tuntutan hak jagaan anak dan nafkah secara tiba – tiba. Peguam aku kata, biasa ambil masa seminggu untuk diproses. Sepanjang seminggu tu, aku berlakon biasa sahaja dengan dia.

Aku biar dia dan keluarga dia rasa k3jutan yang sama macam keluarga aku rasa. Tiga hari lepas ikrar talak, aku jumpa dia dengan anak – anak dekat hospital sebab anak sulung aku demam. Kami siap makan tengah hari sama – sama dekat w4rung tepi hospital.

Bila masuk waktu Asar, aku suruh anak sulung aku solat. Tak sangka pula bekas suami aku ikut solat sekali. Dalam hati aku cuma terdetik, “Eh, rajinnya hari ini?” Sepanjang pertemuan tu, aku tenang habis. Macam dah redha. Macam dah bergerak ke hadapan.

Seminggu lepas tu, mak dia telefon aku pagi – pagi dalam pukuI sepuluh. Aku pelik sebab masa proses cerai dulu, tak pernah pun dia telefon. Bila aku angkat, dia marah – marah sebab aku gugat balik anak dia. Hak jagaan anak yang bekas suami aku lepaskan langsung tak disentuh.

Yang dia marah betul – betul cuma pasal nafkah yang aku tuntut. Nafkah iddah dan mutaah lebih kurang dua ratus ribu ringgit. Hutang mahar sepuluh gram emas. Nafkah anak lapan ribu ringgit sebulan untuk dua orang. Mak dia menangis – nangis kata aku k3jam.

Aku cuma jawab, “Anak ibu sendiri yang janji depan mahkamah.” Yang buat aku pedih, dia menangis sebab duit, bukan sebab aku ambil hak jagaan cucu – cucu dia. Padahal aku sangka isu cucu yang paling dia kisahkan. Sebenarnya aku dengan bekas suami dah janji nak pergi jumpa peguam.

Dia setuju bagi dua ratus ribu ringgit. Tapi sampai ikrar talak, janji tinggal janji. Mak dia telefon berkali – kali, aku tak jawab. Dalam hati aku cuma fikir, “Sekarang giliran korang pula rasa terk3jut.” Hari yang sama, bekas suami aku telefon. Dia minta aku tarik balik tuntutan dan selesaikan dekat peguam ( Notari). Janji nak bayar sikit – sikit setahun. Aku tolak.

Peguam aku pesan, jangan tarik balik apa – apa tuntutan. Tiga hari lepas dia terima surat tuntutan aku, barulah aku tahu rupanya dia dah kahwin lain. Aku tahu daripada sepupu dia yang terlepas cakap sebab dia sangka aku cerai sebab perempuan tu.

Dia minta aku jangan beritahu yang aku tahu daripada dia. Aku semak dengan jiran rumah mak dia. Jiran kata, “Ya, dia dah kahwin, tapi tak tahu bila.” Jiran lain cerita, hampir setahun ada perempuan keluar masuk rumah mak dia, ikut keluarga jalan – jalan.

Bila ditanya, alasan biasa. “Kawan adik bongsu.” “Cikgu tuisyen.” Aku tanya kawan pejabat dia. Jawapan buat aku terduduk. “Ya puan, dia pakai cincin kahwin sejak kebelakangan ini.” Sedangkan dengan aku, dia tak pernah pakai cincin. Dia siap cakap itu cincin kahwin dengan aku.

Padahal cincin aku dah lama aku gadai. Aku telefon dia. Tanya cincin siapa. Dia terkedu, lepas tu m4tikan panggiIan. Aku terus korek lagi. Akhirnya isteri sepupu dia beritahu, “Dia dah nikah diam – diam sebelum cerai lagi.” Saksi, sepupu dia sendiri.

Tarikh tak diberitahu, tapi katanya dah lama. Yang paling h4ncur, mak dia sendiri jadi saksi. Aku telefon mak dia. Aku tanya, “Anak ibu dah kahwin ya, sebelum cerai lagi?” Dia jawab, “Kamu tahu dari siapa?” Aku jawab, “Tak penting. Yang penting kenapa ibu sanggup buat aku macam ini?”

Macam biasa, aku yang disalahkan. Aku jawab, “Lelaki bila dah terpikat dengan perempuan lain, isteri takkan pernah cukup baik.” Aku pesan, “Ibu ada dua anak perempuan. Moga ibu tak rasa apa yang aku rasa.” Dengan angkuh dia jawab,
“Kenapa kalau anak aku perempuan?”

Aku jawab, “Tak apa. Aku cuma nak hak aku dan anak – anak.” Dia jawab ringkas, “Ambil lah anak – anak kamu.” Terus tutup telefon. Tak lama lepas tu, bekas suami aku telefon marah aku sebab emaknya menangis sampai hampir pengsan.

Aku balas, “Keluarga aku pun menangis sebab per4ngai kamu.” Malam tu kami berg4duh teruk. Akhirnya kami sekat satu sama lain. Esok pagi, jiran mak dia telefon aku. Rumah mak dia memang dekat dengan jiran – jiran. Katanya mak dia jerit – jerit panggil nama aku, syak aku yang bocorkan cerita.

Jiran cakap mata mak dia bengkak, menangis semalaman. Dan mak dia salahkan jiran sebab semua orang dah tahu anak dia kahwin lagi. Padahal kahwin ni bukannya elok diumumkan ke? Lepas aku yakin dia curang, aku muat naik semua dekat Facebook.

Aku buat dalam bentuk penceritaan. Komen penuh. Kawan – kawan dia, jiran – jiran semua masuk. Dia marah lagi sebab bekas ipar mengadu aku muat naik pasal mak dia. Sepanjang tiga bulan perbicaraan tuntutan, aku memang sindir dia dekat media sosiaI.

Identiti perempuan tu belum terbongkar masa tu. Lepas kes selesai, barulah perempuan tu muncul. Dia perkenalkan diri sebagai isteri sah, siap dengan dokumen. Tapi Allah itu tak pernah tidur. Satu persatu balasan datang. Bekas suami aku hutang keliling pinggang.

Projek tak dibayar.Perempuan tu sebulan lepas kahwin, emak dia meninggaI. Mak saud4ra dia yang jadi saksi di mahkamah, suami meninggaI. Mak dia pula tertekan dengan per4ngai anak bongsu. Sampai pernah ditarik motosikal sebab halang anak keluar rumah.

Bekas suami aku pernah cakap dekat emaknya, “Mungkin ni semua balasan atas apa yang kita buat dekat dia.” Aku? Aku gembira, bahagia dengan anak – anak. Dah tak pelu layan drama dari keluarga mertua. Tak perlu nak susah hati takut suami curang.

Komen Netizen :

Melo Dy : Semoga terus tabah. Kuatkan semangat, semoga cerah hari yang mendatang. Semoga anak – anak membeaar dengan cemerlang. Jadikan kisah lalu sebagai pengajaran agar tidak mudah tertipu dengan laki macam ni di masa akan datang

WhiteEagle3273 : Padan muka ex tu.. karma tu.. terbaik sis. Kawan sehabis mungkin dapatkan hak anak – anak. Lantak la ex jatuh ke bankrup ke. Padan muka dia. Aniaya isteri anak – anak sendiri.. rasakan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :