Aku nekad kemas semua barang2 aku, siapkan makanan buat kali terakhir. Aku nak cerai

Suami janji lepas aku bersalin nak pindah keluar dari rumah mertua. Dia pun dah bayar deposit, aku pun dah minta kawan – kawan datang tolong cuci rumah baru. Tiba – tiba plan cancel sebab mak mertua tak bagi. Malam tu aku bukak HP suami..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Sudah banyak kali aku ingin menulis confession di sini. Namun tidak pernah berkesempatan. Untuk pengenalan, nama aku S (bukan nama sebenar), sudah berkahwin dan bekerja.

Sebelum kahwin aku seorang yang aktif. Boleh dik4takan setiap hari aku bersukan. Aku jugak aktif menyertai perlawanan – perlawanan yang dianjurkan tak kira di negeri aku sendiri atau di negeri jiran. Bukan kemenangan semata yang aku inginkan.

Tetapi aku suka berada dalam komuniti sukan tersebut yang ramah dan sentiasa mengalu – aIukan aku di dalam komuniti mereka. Ini menjadikan aku jarang berada di rumah. Jika ada masa terluang atau cuti, aku akan keluar bersiar – siar, makan – makan, cuci mata dan lain – lain.

Aku sedaya upaya melayan diri aku sendiri sebaik mungkin. Namun, aku tidak lupa tanggungjawab terhadap keluarga. Urusan hospitaI, barang – barang rumah, bil, menjadi driver buat ibu bapa aku, semua aku lakukan. Setiap masalah yang dihadapi keluarga akan dihadapkan kepada aku.

Akhirnya tiba masa aku sendiri berkeluarga. Kami tidak berkenalan lama kerana masing – masing merasakan umur sudah lanjut. Bagi aku, berkenalan lama pun tidak akan mampu menyelak apa yang sebenarnya di dalam selagi belum tinggal sebumbung.

Penat diajukan soalan perkahwinan, diganggu suami – suami orang, aku akhirnya bersetuju untuk berkahwin tanpa berfikir panjang. Jika tidak berkahwin, kita tidak tahu apa ujian dan kemanisan perkahwinan itu fikir aku ketika itu.

Suami minta tinggal bersama ibu bapanya. Walaupun berat bagi aku yang intr0vert ini, aku iyakan juga sambil beberapa kali berpesan aku akan memerIukan dia sebab aku langsung tidak pernah berkenalan dengan ahli keluarganya.

Aku ambil cuti perkahwinan selama seminggu untuk meluangkan masa berbulan madu. Mengikut perancangan, kami akan pergi dalam hujung minggu tersebut. Rutin bangun pagi lepas subuh dan terus ke dapur pun bermula.

Walaupun dari malam pertama aku diperIi mertua berikutan tidak cekap melakukan kerja rumah, tapi aku tegar setiap pagi berada di dapur cuba menolong semampu yang boleh. Bulan madu yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan.

Mertua ada rancangan lain. Suami bersetuju tanpa berbincang dahulu. Selama bertahun – tahun bekerja aku tidak pernah mengambil cuti. Jadi cuti ini digunakan untuk aku melakukan kerja rumah selain melayan keluarga serta saud4ra mara suami.

Sudahlah s4kit hati, perlu pula bermanis muka. Sabar sajalah. Apabila aku mula bekerja, rutin setiap pagi aku tinggalkan sebab aku perlu sampai awal ke tempat kerja. Aku diperIi oleh mertua selepas itu. Dah ada menantu tapi masih perlu buat kerja rumah.

Masih ada adik beradik suami yang lain tinggal di rumah. Selepas itu suami pula asyik pulang lewat ke rumah kerana melepak dengan kawan. Balik sekejap ketika maghrib. Kemudian terus pergi melepak sampai jam 3 – 4 pagi.

Bayangkan aku sendirian perlu struggIe masuk ke dalam keluarganya. Semuanya berubah 360 darjah. Aku tidak lagi dapat bersukan. Balik dari tempat kerja terus ke rumah dan terus berada di rumah sehingga aku ke tempat kerja semula esok hari.

Tiada lagi kebebasan. Tiada lagi bersiar – siar ketika ada masa terluang. Semuanya tertakluk kepada suami. Semasa awal – awal perkahwinan ada juga keluar hari cuti. Tengok wayang, makan – makan. Tapi sekarang, untuk keluar dengan aku seperti satu beban buat dia.

Kereta baru sahaja keluar perkarangan rumah, dah ada yang menanti dia keluar melepak. Banyak kali aku katakan. Berikan masa untuk aku juga. Tambahan ketika berbadan dua. Cuma sekali dua dia temankan aku di rumah. Selebihnya masih bersama kawan – kawan.

Sampai aku tertanya – tanya. Sayangkah dia pada aku? Adakah aku hanya layak diberikan masa yang bersisa? Untuk meredakan tekanan dan berehat, aku akan pulang ke rumah keluarga. Suami? Melainkan dip4ksa, barulah nampak muka di rumah keluarga aku.

Keluarga dan saud4ra mara aku juga terasa. Ya. Berat sebeIah. Aku berhempas pulas melayan keluarga dia. Sedangkan dia menjejakkan kaki ke rumah keluarga aku masih boleh dibilang dengan jari. Aku tahu dia tidak selesa. Aku juga sama.

Tidak selesa berada di rumah mertua. Tidur dalam keadaan tidak sedap hati. Makan minum juga tidak bebas bimbang dikritik mertua. Buat lelaki – lelaki di luar sana yang mengagungkan konon lelaki hebat tidak takut isteri.

Hebatkah lelaki jika isteri di rumah berendam air mata, tertekan, sentiasa menantikan anda memberikan sisa – sisa waktu yang ada dan masih keluar bersendirian dalam keadaan sarat membawa zuriat anda ke hulu ke hilir? Terima kasih.

Sambungan… Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab menyiarkan confession lepas. Kali ini aku sambung apa yang terjadi dalam rumahtangga kami. Disebabkan suami aku dah janji lepas ada anak nak pindah keluar dari rumah mertua, aku pun semangat mencari rumah sewa.

Lagi pulak memang aku rasa aku dah tak boleh tahan tinggal di situ sejak ada anak. Aku inginkan masa yang panjang melayan anak, berehat, mengembalikan semula tenaga selepas aku beranak. Jadi, tanpa membuang masa aku bertanyakan kawan – kawan aku jika ada rumah untuk disewa.

Alhamdulillah ada. Aku seronok bukan main lagi. Exc1ted. Selepas aku deal dengan tuan rumah, aku ajak suami pergi tengok. Selepas tengok dia cakap rumah ok. Tapi dia tak confirm dengan tuan rumah. Then, aku bincang – bincang dengan dia.

Tiada kata putvs. Selepas berhari – hari aku fikir, dia dengan sikap acuh tak acuh, aku buat keputvsan nak sewa juga rumah tu dengan dia atau tanpa dia. Bila aku hubungi semula tuan rumah sewa, rumah tu dah disewakan pada orang lain.

Kecewa jangan cakap la. Aku usaha pujuk tuan rumah. Tak berjaya. Dia suggest rumah sewa yang lain. Jadi, sebagai isteri yang tak ingin membelakangkan suami, aku beritahu suami dan ajak dia pergi tengok rumah lain yang dicadangkan tuan rumah tu.

Kami kurang berpuas hati berikutan rumah agak ke dalam. Tapi sebab nak juga rumah aku terima saja. Aku pujuk suami bersungguh – sungguh. Akhirnya dia setuju dan bayar deposit. Aku bahagia jangan cakap lah. Memang dah plan nak cari barang.

Dah atur bilik mana nak buat bilik solat. Nak buat bilik nanti anak nak main. Nak tanam pokok – pokok bunga yang dah lama aku teringin. MaIangnya suami terus cancel nak keluar bila mertua tak bagi kebenaran. Apa pun aku kata tak ada guna.

Dia dah tak peduli. Katanya cuba la belajar sesuaikan diri. Aku kecewa. Aku dah mintak tolong kawan – kawan nanti nak cuci rumah. Aku exc1ted sebab akhirnya kami boleh hidup macam suami isteri yang lain. Dia cakap rugi sewa rumah.

Selama ini dia cari duit sampai tiada masa untuk aku tu nak bagi siapa? Rugi sewa rumah untuk keselesaan isteri sendiri? Aku merajuk dan minta balik ke rumah orang tua sendiri. Dia izinkan dan hantar aku balik. Malam tu aku tengok dia tertidur.

Telefon tidak dim4tikan. Aku tergerak hati nak cek telefon dia. Semua berkunci kecuali galeri. Aku tak percaya apa yang aku nampak. Masih tersimpan rapi gambar bekas kekasih, gambar bakal anak – anak tiri dia. Gambar mereka berpegangan tangan dengan caption “semoga gengg4man ini akan kekal selamanya”.

H4ncur hati aku. Selama ni aku bersusah payah sebab sayang. Rupanya bukan aku yang dia sayang. Dia masih follow semua media sosiaI perempuan tu. Masih like gambar – gambar dia even masa aku sarat mengandung. Aku tak tahu nak gambarkan s4kit ini.

Aku tanya, jika awak kahwin dengan dia dulu, adakah dia juga akan tinggal dengan mak ayah? Dia jawab kalau kahwin dengan perempuan tu dulu dia dah plan nak tinggal di luar. Sebab dia tahu perempuan tu nanti tak selesa. Habis aku?

Banyak kali aku sebut tak selesa. Aku menangis sampai s4kit kepala dah berapa kali sebab str3ss dengan rumah dia. Kenapa dengan perempuan tu dia pentingkan keselesaan. Kenapa tidak aku? Sebabnya mudah. Dia tak SAYANG aku.

Sekarang terjawab persoalan aku. Kenapa dia tak peduli bila aku tak selesa, aku tak seronok di rumah dia. Kenapa dia tinggalkan aku dan melepak sampai 3-4 pagi. Kenapa berat sangat nak balik rumah aku. Layan keluarga aku nak tak nak.

Kalau aku balik sendiri dan tinggal dengan keluarga aku seminggu pun dia tak peduli. Tak pujuk pun bila aku merajuk. Tak peduli pun bila aku tak chat. Tak ingat pun hari jadi aku. Apa pun dia tak bagi. Tapi hari jadi perempuan tu dia hantar surpr1se dulu.

Dekat anak perempuan tu dia belikan kek hari jadi. Tak pernah sekali pun dia ambil masa nak bahagiakan aku melainkan aku yang ajak. Padahal kalau perempuan tu dulu dia tertunggu – tunggu bila nak balik. Nak bawa ke sana sini.

Media sosiaI perempuan tu penuh dengan pujian “cantiknya”, “lawaaaaaa”. Sekali pun dia tak pernah puji aku macam tu. Anniversary pun langsung tak disambut. Aku beranak pun tak dihargai. Semuanya sebab dia tak sayang pun aku.

Hati dia masih dengan kekasih lama. Ya. Genggaman tu kekal sampai sekarang. Entah. Aku rasa jijik dengan diri sendiri. Senangnya aku serahkan hati, diri, tubuh badan aku pada lelaki yang langsung tak ada hati pada aku. B0doh.

Tu yang aku rasakan sekarang. Aku ingat dia sayang aku macam mana aku sayang dia. Buat masa sekarang aku tak tahu apa nak buat. Betul lah kot ada yang komen sebelum ni aku cuma kuIi dan pemuas nafsu. Berat untuk aku terima dia tak sayang aku.

Padahal dia lah keutamaan aku. Aku sayang dia sangat – sangat. S4kit untuk aku kikis perasaan sayang ni. Macam mana dengan anak? Minta maaf lah anak. Ayah tak sayang kita. Pesanan untuk lelaki – lelaki di luar sana. Jika masih belum move on, tolonglah jangan pik4t perempuan lain.

Jadikan dia isteri hanya untuk tutup perasaan pada bekas kekasih. Kenapa perlu s4kitkan orang lain. Carilah isteri untuk disayangi, diberi perhatian, diberikan masa dan dibahagiakan. Doakan semoga aku kuat t3mpuhi semua ini. Semoga aku diberikan kemudahan dalam membesarkan anak.

Sambungan lagi… Untuk kali ni mungkin panjang sikit confession untuk aku ceritakan semua apa yang jadi. Aku terbuka terima semua kecaman. Kalau ada yang cakap aku b0doh sebab tak angkat kaki pun aku terima. Selepas daripada percubaan aku untuk keluar ke rumah sewa tak berjaya, aku balik ke rumah keluarga aku.

Time ni aku dah nekad kalau cerai pun cerai lah. Aku dah tak tahan tinggal rumah mertua. Tak lama selepas itu, suami datang ke rumah, bawa aku keluar dan bincang. Sepanjang aku balik ke rumah aku, memang aku langsung tak contact dan memang aku tak angkat call atau balas mesej dia.

Bagi aku dah cukup s4kit apa dia buat kat aku. Selepas berbincang, dia setuju untuk keluar daripada rumah mertua. Dia minta aku balik dulu ke rumah mertua. Bagi masa untuk dia siapkan apa yang patut sebelum dia bawak aku keluar dari rumah mertua.

Boleh bayang tak, aku nak masuk balik rumah tu? Rumah yang buat aku s4kit jiwa macam nak giIa. Tapi tak apa, aku terima. Aku balik ambik masa tenang – tenang dan pack up barang aku dan anak untuk balik ke rumah mertua. Aku balik buat biasa macam tak ada apa berlaku.

Bermula rutin pergi kerja balik kerja. Then satu pagi tu lepas subuh aku tergerak hati nak cek phone dia. Aku tak tahu password, jadi aku unlock guna fingerprint. Aku cek satu – satu. Sampai ke gallery. Gallery pun ada password. Scroll sampai terjumpa gambar dia dengan seorang perempuan.

Ini permulaan untuk aku jadi s4kit jiwa. Aku hantar gambar tu ke phone aku. Sampai tempat kerja aku mesej dia tanya siapa perempuan tu. Tak dibaIas. Sampai aku ambik cuti untuk balik dan tanya. Sampai rumah aku tanya dia, dan tunjuk gambar, dia diam.

Aku tak tahu nak cakap perasaan tu. Aku pendekkan cerita, suami aku pernah keluar dengan perempuan tu, belikan hadiah untuk dia. Tapi, cakap kat aku kawan. Aku meng4muk. Disebabkan hal ini dia tak dapat mengelak untuk cepat – cepat keluar dari rumah mertua.

Sebab aku dah tak mampu nak pura – pura okey. Bila dah berpindah. Aku masih terkenang apa dia buat. Walaupun dia cakap sekali sahaja dia keluar, masa aku menaip ni pun tak hilang rasa s4kit. Aku cuba untuk lupakan semua dan maafkan dia.

Sebab dia pun pujuk dan memang dia nak aku. Bukan perempuan tu. Sampai satu hari aku nekad. Aku himpunkan semua barang – barang aku. Aku nak cerai. Aku dah tak fikir malu, anak atau apa saja. Aku rasa aku dah tak boleh bertahan.

Aku siapkan rumah, aku sediakan makan untuk kali terakhir. Last sebelum aku keluar, dia balik ke rumah. Aku salam minta maaf, aku cakap aku dah tak boleh hidup dengan dia. Apa dia buat terlalu s4kit untuk aku. Serentak dengan tu dia tanya, sanggup tinggal dia?

Dah tak sayang dia? Tak kesian dia? Dia cakap dia dah tak buat semua tu, ambik telefon cek semua. Dia dah delete semua. Dia peIuk dan dia menangis. Dia cakap tak sangka sampai macam ni jadinya. Kalau dia tahu dari awal, memang dia tak buat.

Dia ambik kunci kereta simpan. Dia tak bagi aku ke mana – mana. Tak mungkin cerai. Dia akan buat segalanya untuk pujuk aku balik. Aku terima. Aku bagi peluang. Walaupun aku menangis siang malam. Aku mesej perempuan tu, dan dia pun cakap hanya kawan.

Dia pun dah ada boyfriend. Well, aku masih lagi mesej perempuan tu sekarang. As friend. I don’t know why. Even sekarang pun aku update tanya kot suami aku ada mesej dia lagi. Dah tak ada dia cakap. Number phone dia pun dah di delete.

Sebab dah tak ada gambar. Entah. Tak tahu betul atau tak. Sikit demi sikit aku pujuk diri. Aku list kelebihan – kelebihan yang dia ada. Antaranya, boleh urus anak total. Dari mandi, basuh ber4k, pakai baju, buat susu, tidurkan anak, bagi makan.

Dari segi duit tak pernah berkira. Aku nak apa semua dia belikan. Hantar link saja nak apa. Sebut nak makan apa dia carikan. Duit tak perlu diminta, memang sentiasa diberi. Selain itu, dia juga banyak bersabar dengan aku. Berapa kali aku meng4muk, baIing barang, pukuI dia. Dia sabar.

Tak cukup dengan tu aku mesej dia dengan karangan yang cukup pedih. Yang aku sendiri tak sanggup baca sebab rasa aku kurang ajar sangat. Instead of marah, dia akan balik, mintak maaf dan pujuk aku. Aku tak tahu jika perkahwinan aku dan dia boleh bertahan.

Kadang – kadang aku overthinking, kadang – kadangaku ins3cure. Takut dia buat lagi. Tapi, terus terang aku cakap, aku menyimpan sekarang. Jika sekali lagi dia curang, aku tak teragak – agak untuk minta cerai. Jika sekali mungkin kesilapan.

Tapi jika berkali – kali itu pilihan. Dulu aku rajin cek phone dia. Aku ins3cure. Tapi sekarang aku dah tak cek. Jika ada dia berlaku curang. Allah akan tunjuk. Aku perIukan ketenangan jiwa yang dah lama hilang. Pengajaran buat aku, sayang suami berpada – pada. Dekatkan diri pada Allah yang kekal selamanya Terima kasih sudi membaca. Saya terima kecaman anda dengan hati terbuka. – S (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mawar Putih : Ujian hidup nak cari bahagia nih macam – macam puan. Berilah suami peluang kedua. Moga dia hargai dan puan lebih bahagia. Betul puan kena sediakn payung jika benar – benar akan hujan. Supaya puan tetap kuat dan tak hilang dalam banjir yang dalam.

Ulfah Ismail : I tak pernah nak komen dalam ni, but this time i cant help it. Please love yourself first, dont destr0y your self worth and that will resulted in maybe life long bitterness. Bila kita bitter, kita akan jadi sensitive dan pess1mist.

Please love yourself, so that your child wont suff3r sebab dia tengok ibu dia selalu memendam rasa. Anak ni memahami melalui apa yang dilihat sahaja, so im afraid m4kin dia besar m4kin dia rasa there is something wrong with u, and not your husband.

Sebab ada benda yang tak selesai dalam hati dan fikiran you. Apa – apa keputvsan, istikharah dan dengar pendapat orang yang boleh dipercayai. Hugs and love for you. Stay strong okie, u can get through.

Dee Ya : Memandangkan suami nampak dah berubah. Awak bagi dia peluang. Duit gaji awak. Awak simpan. Nak apa – apa je pastikan suami yang wat keluar duit. Layan suami baik – baik. Jangan lagi luahkan kata – kata dan ayat – ayat kasar. Moga suami akan setia pada awak lepas ni dan awak akan bahagia sampai akhirnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.