Niat aku hanyalah nak bantu Sarah sebab itu aku suruh dia bekerja dengan aku. Tambah lagi aku kesian dengan anaknya yang kurang kasih sayang seorang bapa. Tapi selepas 3 bulan isteri aku ambil keputvsan nak meminang Sarah. Aku ingat dia ikhlas, tapi lepas kahwin dia asyik derh4ka…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Jangan ada yang marah dulu dengan tajuk yang diberikan, ‘Catatan Suami Beristeri Dua’. Niatku baik hanya untuk kongsi pengalaman sepanjang aku beristeri dua. Bermula dengan niat yang baik tetapi akhirnya kucar kacir seluruh keluarga aku.
MADU… wanita mana yang tak alergik dengan perkataan ini. sebaik mana pun wanita, pasti terguris jua hanya dengar perkataan ini. Aku dan isteri pertama, Hanani, sudah 10 tahun berkahwin. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang cerdik, hidup aku cukup teratur dan semua adalah berkat kerajinan Hanani mengurus rumahtangga.
Aku, dari hanya seorang kerani biasa, menyambung pelajaran hingga peringkat Master, hinggalah aku mempunyai syarik4t sendiri. Hanya Hanani menjadi kekuatan aku disaat jatuh bangun aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.
Apabila menjadi seorang Pengarah Urusan, memang aku terp4ksa menghadapi pelbagai karenah client dan staff. Kadang, aku terlalu str3ss, pasti aku kembali ke rumah berjumpa Hanani untuk aku luahkan segalanya.
Anak – anak cukup rapat denganku. Kami sentiasa bersama diwaktu hujung minggu walaupun hanya berada di rumah dan tidak ke mana – mana. Anak – anak tidak pernah mengajak aku ke mana – mana. Mereka cukup faham kesibukkan aku dan aku perlu banyak berehat apabila hari cuti.
Begitu bagusnya Hanani mengajar anak – anak untuk tidak meminta – minta, tapi pandai bersyukur dengan apa yang ada. Kami sentiasa berjemaah bersama – sama. Hidup penuh dengan aman damai.
Aku bertemu dengan Sarah di sebuah pasaraya. Kali pertama aku melihatnya, aku dapat agak dia diIanda masalah. Entah kenapa aku berani menegurnya dari situlah kami mula menjadi rakan whatapps dan hampir setiap hari dia mengadu masalah di tempat kerja dan di rumah.
Sarah seorang balu dan mempunyai anak seorang. Aku menjemputnya untuk bekerja denganku kerana sekurang – kurangnya aku dapat menjaga kebajikan diri dan anaknya disamping terhindar dari s3xuaI harr4sment di tempat kerja lamanya. Niatku pada mulanya amat baik. Aku cerita segalanya kepada Hanani.
Dan aku melihat sikit riak wajahnya bertukar. Pada mulanya aku tidak ada niat pun mengambil Sarah sebagai isteri kedua. Lillahitaala, aku hanya ingin menolong lagi – lagi aku melihat anaknya yang kurang kasih sayang bapa.
3 bulan selepas itu, Hanani mula bersuara. Dia dapat rasakan aku amat berlainan setelah bertemu Sarah, aku kerap balik lambat dan jarang sekali berbual dengannya seperti selalu. Anak – anak sem4kin berdiam diri dan jarang berjenaka denganku.
Aku mula tersedar, ya. Aku banyak meluahkan segala masalah kepada Sarah, kerana dia ada di sampingku di pejabat. Anak – anak sem4kin jarak denganku rupanya mereka kerap melihat ibunya menangis kerana perubahanku. Allah! aku cukup terkilaf dan aku memohon maaf kepadanya.
Aku berjanji akan berubah sehinggalah Hanani mengatakan dia berniat untuk meminang Sarah. Aku terk3jut dan cuba untuk memujuknya. Hanani mengatakan yang aku tidak usah menipu diri sendiri. Yang hatiku sudah terbeIah dua.
Aku terdiam seribu bahasa. Waktu itulah menjadi kekesalan di hatiku sehingga sekarang, patutnya, aku terus menafikan perasaanku kepada Sarah. Aku tidak patut berdiam kerana itu akan menambahkan Iuka di hati Hanani.
Hanani tetap dengan pendiriannya tidak mahu aku terus bergeIumang dengan d0sa sekiranya aku tidak menikahi Sarah. Dia secara diam bertemu dengan ibu Sarah dan menyatakan hasrat untuk meminang.
Serta merta ibunya dan Sarah bersetuju tanpa bertanya pendapat aku. Sekali lagi kesilapan aku kerana aku terus berdiam dan mengikut apa yang Hanani lakukan. Patutnya sebagai lelaki, aku perlu bertegas untuk keluar dari konfIik ini.
Seluruh keluargaku terk3jut dengan keputvsan Hanani. Ibuku sendiri men4mpar aku kerana berlaku curang. Aku masih ditahap keliru dan terus berdiam. Aku mengatakan, Hanani yang membuat keputvsan, dan aku ikut sahaja.
Maka, berkahwinlah aku kali kedua bersama Sarah. Aku ingatkan, kerana ini adalah kesanggupan Hanani, dia tidak akan bersedih. Tapi sebenarnya aku salah. Cukup susah untuk mengetahui dan memahami isi hati wanita.
Rupanya selama 3 bulan aku berkahwin lagi, tahap kesihatan Hanani sem4kin menyusut. Hilang segala kegembiraan di dalam rumah kami, anak – anak ibarat menyalahkanku dengan apa yang jadi.
Aku menjadi str3ss, aku marahkan Hanani, kenapa dia pergi meminang Sarah sekiranya dia tidak redha? Kenapa dia yang mem4ksa aku untuk membuat keputvsan sekiranya hatinya s4kit?? Perkahwinan bukannya permainan. Nasi sudah menjadi bubur. Patutnya dia perlu luah isi hatinya yang sebenar.
Kami lelaki, tidak pandai untuk membaca seluruh isi hati, mengapa para wanita cukup payah untuk berterus terang? Hanani menyalahkan aku dan buat kali pertama dia meninggi suara dan bercakap kasar. Mem4ki hamun Sarah sebagai wanita jaIang.
Aku tidak menyalahkan Sarah dalam hal ni. Patutnya Hanani tidak tergesa – gesa untuk meminangnya dahulu. Ya, aku bahagia dengan Sarah, dan aku sayangkan Hanani dan anak – anak.
Sarah juga mengatakan dia tidak ada niat untuk mengg0daku. Kami rapat hanya sebagai abang dan adik sahaja dahulu. Sekiranya aku ingin membuat jahat, aku tidak menceritakan kepada Hanani mengenai Sarah.
Sarah juga mengatakan dia melihat Hanani begitu ikhlas menerimanya, sebab itulah dia menerima pinangan tersebut. Sekiranya dia tahu Hanani tidak ikhlas, dia tidak sesekali menerima untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami.
Sekarang, aku memohon Hanani untuk kembali taat. Tiada sebab untuknya untuk derh4ka kepadaku. Aku memberi segalanya dengan adil dan saksama. Itupun Sarah menyuruhku untuk berada di rumah Hanani 2 minggu dan di rumahnya hanya 1 minggu.
Tetapi aku sendiri berasa sudah tiada erti berada di samping Hanani sekiranya dia asyik derh4ka, anak – anak dihasut membenciku dan segalanya tidak seperti dulu. Aku memberitahu Hanani, hak suami adalah memberi keadilan. Dia yang mulakan semua ini, dan aku terp4ksa menjadi nakhoda yang adil.
Sekiranya aku tidak mengampuninya, tiada bau syurga yang dia akan merasai. Aku harap Hanani membaca kisah ini dan mencari iktibar. Sesungguhnya abang sayang kepadamu Hanani. Anggaplah kehadiran Sarah sebagai adikmu. Sarah banyak berk0rban untuk memberimu kelebihan sebagai isteri pertama.
Hanani diberikan rumah mewah lengkap segalanya. Aku memberikan tukang masak dan driver siap dengan kereta mewah. Hanani hanya duduk di rumah tanpa perlu bekerja lagi. Itu ganjaran untuknya kerana bersama denganku susah dan senang.
Sarah pula hanya aku belikan apartment biasa, itupun cadangan darinya yang tidak mahu rumah besar. dia menolak untukku membeli kereta kerana dia mampu untuk membeli sendiri. Sarah masih bekerja denganku sebagai pekerja biasa.
Dia juga mengatakan kesediaan untuk diceraikan sekiranya konfIik ini sem4kin menebal. Sebab itulah Sarah tidak mahu behenti kerja. Aku juga sayangkan anak tiriku, aku ingin mendidiknya menjadi seorang anak yang baik. Hubungan Sarah dengan ibuku juga sudah baik dan mereka kerap bersama sekiranya ibuku melawat kami di sini.
Aku tahu Para Wanita tetap akan menyalahkanku di dalam hal ini. Kerana woman always right. Memang tak akan menang sekiranya bercakap mengenai soal ini. Tetapi ingin aku katakan, berterus teranglah kepada suami dan luahkan segala isi hati sekiranya anda tidak mampu untuk menerima madu. Jangan berIagak seperti hero, pergi meminang anak orang lain untuk tonjolkan anda seorang wanita yang kuat.
Aku yang sudah ada dua isteri, akan terus tabah menjadi seorang suami yang adil. Apa orang nak kata itu terserah. Ada sebab mengapa wanita tidak diberi kuasa nikah cerai oleh Allah SWT.
Kepada para lelaki, kalau anda tidak mampu, cekalkan hati untuk tidak menzaIimi para isteri. Aku sudah tidak dapat kebahagiaan seperti dahulu walaupun aku mampu segalanya. Tidak ada anak yang akan bahagia dengan keadaan seperti ini. Fikir sedalamnya sebelum t3rjun ke dunia aku. Ikhlas, – Haris (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Labu Joe : Benda dah jadi, nak menyesal pun tak guna. Secara rasmi tuan dah berpoIigami, jadi jalankanlah tangunggjawab sebaiknya. Jangan r0sakkan nama poIigami. Tentang isteri tuan Hanani tu, dia tengah marah. Slow – slow pujuk. Memanglah dia setuju tuan kawin lain tapi hati dia h4ncur. Jangan marah isteri tuan, biar dia nak kata apa pun. Dia setia dengan tuan dari tuan cuma seorang kerani sampai berjaya sekarang, tentulah dia marah bila dikhi4nati.
Nasihat saya pujuk, tunjuk kasih sayang macam dulu bahkan lebih lagi. Jangan ceraikan dia, jangan tuduh dia isteri derh4ka. Per4ngai dia berubah disebabkan tuan sendiri. Jadi suami yang boleh bimbing kedua – dua. Jumpa alim ulama tanya pndapat mereka apa perlu tuan buat, ikut saranan mereka. PoIigami ni bila ikut landasan Islam insyaAllah elok pengakhirannya. Saya doakan tuan dan isteri – isteri bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyakkan bersabar dalam mengh4rungi hidup poIigami.
Daim Yusuf : 1. Aku setuju part Hanani tu. Asal gedik sangat nak pinang orang lain tuk laki sendiri lepas tu merajuk dengan laki sendiri. Mak aku yang perempuan pun akan cakap orang b0doh tak akan buat macam benda b0doh macam tu.
2. Kau pun sama. Nak berkawan denagn perempuan boleh. Tapi jangan tunjuk mesra sangat lagi sampai isteri nampak. Kawan dengan perempuan ni, lagi – lagi bagi laki yang dah kahwin tu, faham – faham ajelah…
So kesimpulannya, tiga – tiga salah. Sekali dengan bini no 2 kau tu. Pergi terima pinangan tu apasal? Nampak sangat nak kat kau. Jadi sebagai hakim FB saya menjatuhkan hukvman, lantak koranglah!
Farah Ant : Aku belum kahwin tapi meh sini aku terjemah perbuatan Hanani. Ada 3 checkpoints penting.
1. Bila dia tegur kau dah berubah. – Awak dah tak sayang saya macam dulu.
2. Ingin pinangkan Sarah. – Saya dah berju4ng untuk selamatkan perkahwinan kita, sekarang saya nak tengok macam mana awak nak pert4hankan saya, anak – anak dan perkahwinan kita. (Dan awak gagal confessor)
3. Bila dia betul – betul meminang Sarah – Bro dia cuma nak tengok betul ke perempuan baik si Sarah ni. Betul ke ikhlas dan suci hatinya. Sebab kalau iya, bukan mudah untuk terima. Itu sebenarnya isyarat besar bagi Sarah utk berundur.
“Let’s see whether these two really did mean no h4rm to me. If this woman says no at the first place, indeed both are inn0cent. If yes, both have been planning this from the start.”
Sampai point ke-3 tu bro, kau dah checkmate. Sebab apa? Manifestasi dia adalah pada ayat, “Sarah perempuan jaIang” tu bro. Sebenarnya kau pun tersump4h sekali cuma dia masih ingat d0sa pahala lagi nak menyump4h kau terang – terangan. Ok, itu je yang aku nak terjemahkan bahasa wanita.
Safinah Rashid : Kenapa kau salahkan Hanani sedangkan kau yang melayan semua benda ni dulu. Kenapa kau mengadu pada orang luar sedangkan kau sendiri kata Hanani tu ada bersama dgn kau susah senang bertahun – tahun. Salah orang nampak. Salah sendiri tak nampak. Lagi nak cakap adil la bertanggungjawab la. Apa kata kau bagi mak kau baca confession kau ni, tengok dia Iempang kau lagi ke tak.
Izza Azlina : Diam anda juga membuatkan Hanani keliru. Sebab jika cinta hanya untuknya, dengan yakin anda menafikan dan memujuk Hanani pelbagai cara. Sarah juga terkena tempias, dia terima kerana anda baik dengannya, isteri pertama datang meminang dia rasa mesti dia takkan diabaikan kerana JARANG! Isteri pertama nak buat macam tu. Ingat DIAM ANDA yang buat semua ni berlaku.
Dah berkahwin baru ada suara nak berkata, nak jadi nakhoda??? Semoga Hanani diberi ruang. Dia kecewa yang teramat sangat. Sarah? Dia juga tidak sepatutnya berbaik berkongsi masalah dengan suami orang atas apa sebabnya pun. Sebab memberi ruang kepada sya1tan mengg0da mengh4sut jiwa. Dan faktor ini paling biasa la saud4ra confessor. Alasan!