Aku perempuan tapi dah berapa bulan tak ada tuala wanita. Aku tak mampu

Dari PKP 1 lagi aku dah kena buang kerja. Aku dibuang kerja macam anjing, masa diperIukan aku dipergunakan kerja sampai malam. Tapi bila nak buang aku, dia bagi notis satu hari je. Roti expired pun aku hadap je janji hilang lapar. Semua orang tak peduli aku. Mungkin sudah tiba masanya aku pergi.. Maafkan aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Maaf tajuk seperti orang tiada iman, Aku Putvs Asa Untuk Hidup. Tapi aku adalah salah seorang yang terkesan akibat PKP. Aku dibuang kerja dari PKP 1 lagi, dan sekarang memang 100% hilang pendapatan.

Aku dibuang kerja macam anjing, masa diperIukan aku dipergunakan kerja sampai malam. Tapi bila nak buang aku, dia bagi notis satu hari saja dengan alasan terkesan sebab PKP. Aku f1ght juga naik turun pejabat buruh tapi pegawai buruh pun malas layan aku.

Aku putvs asa rupanya pegawai buruh tu kenal majikan aku (kawan dia la kot). Patutlah bila aku mengadu dia nak tak nak saja layan. Tapi dia ada cakap la nanti apa – apa dia call aku sebab dia kena siasat majikan aku dulu.

Tapi dah berapa bulan dah, langsung tak ada apa – apa follow up. Aku assume kes dah tutup. Sebab majikan aku tu member dia jugak. By the way ni sebelum l0ckdown ni. Aku tak give up, aku jadi dr0pship macam – macam bisnes tapi tak laku.

Kawan – kawan sikit pun tak nak support bisnes aku. Yelah aku ni orang yang h1na. Mereka pun pandang rendah pada aku. Aku sedih sangat. Kalau selama ni aku post tentang aktiviti harian, ramai saja like dan komen. Tapi bila aku pos pasal bisnes nak dapat 1 like pun susah.

Aku cuba avoid hard selling, buat soft selling macam mencelah di sebalik cerita kehidupan tapi tetap juga tiada sambutan. Aku down sangat – sangat. Nak bayar rumah sewa pun tak dapat, apatah lagi benda keperluan lain.

Aku perempuan dah berapa bulan tak ada pad (tuala wanita). Nak beli tak mampu. Barang keperluan asas pun aku langsung tak dapat bantuan. Yang aku peliknya kawan aku yang kerja tetap boleh pergi melancong tiap – tiap bulan sebelum PKP hari tu dapat saja bantuan beras dan sebagainya. Aku sedih.

Kenapa orang ada duit dapat bantuan tapi aku yang langsung tiada income ni tak dapat? Aku tak putvs asa. Aku tetap post saja bisnes yang aku jadi dr0pship tu. Aku tiada duit nak makan, aku pinjam kawan. Dah berapa ramai duit kawan – kawan aku pinjam sampai kawan – kawan pun dah naik muak dengan muka aku.

Aku tak pernah terdesak sangat pinjam duit dengan orang. Tapi aku kikis rasa malu sebab terp4ksa. Sekarang duit pinjaman orang tak terbayar lagi, aku tak tahu dah nak merayu pada siapa. Aku beranikan diri approach YB tempat aku, dan menteri.

You name it tapi tiada siapa yang layan. Aku menangis teresak – esak, lepas solat aku persoal kat Allah kenapa Dia uji aku macam ni. Family aku pun orang susah. Mak aku kat kampung pun selalu cakap dia tiada duit juga nak tolong aku.. parents aku pun sesak..

Masa kerja dulu tiap bulan aku bank in separuh duit gaji aku kat parents. Sekarang siapa nak support family aku, sedangkan aku pun begini. Haritu syukur juga dapat sedikit duit BPN ke BSH ke apa entah namanya. Syukur ada jugak duit.

Lepas tu aku ada jumpa orang susah haritu perempuan anak 5, suami dia eksiden tak boleh kerja dan dia pun memang suri rumah. Dia  merayu kat aku cakap anak – anak dia banyak hari dah tak minum susu. Kau bayangkan, aku nak makan minum pun s4kit.

Ni pun bersyukur ada duit dari kerajaan sikit. Bolehlah buat surv1ve. Tapi aku tak sampai hati. Aku kesian tengok anak – anak dia yang kecil tak ada susu. Aku pun pergiIah beli susu kat anak – anak dia. Susu pun bukan murah.

Aku pun entahlah pergi beli sampai 4 paket tapi aku happy tengok muka dia yang bahagia sangat dapat susu. Aku ikhlas, tak apalah aku harap bila aku tolong orang, Allah tolong aku balik. Tapi tak tahu la aku rasa gelisah dengan hutang – hutang yang ada.

Aku tiada kereta tiada moto. Tiada harta.. Kalau aku ada gelang emas mesti aku dah gadaikan tapi kan aku bagitau, aku dari family susah. Kerja pun separuh duit gaji memang untuk family. Untuk saving aku sendiri tu memang ada tapi dah habis sejak diberhentikan kerja..

Tapi syukur ada jugak orang tak kenal beli produk yang aku jual. Kawan – kawan sikit pun tiada tolong beli. Aku ada ramai contact lebih 200 yang selalu tengok story whatsapp aku tapi sorang pun tiada nak support. Sedih sangat.

Masa ni aku macam rasa terkilan giIa – giIa. Aku ada ramai kawan tapi susah sangat ke nak support bisnes aku. Bukan aku jual benda mahal pun, aku jual makanan murah – murah saja. Lagi aku pedih bila tengok diorang beli benda sama macam aku jual dekat orang lain yang dia pun tak kenal.

Padahal aku ada selalu promote setiap hari. Tapi aku tetap hargai kawan – kawan yang beri pinjam duit tu. Cuma sekarang kawan – kawan tu nak balik duit dorang. Tapi macam mana aku nak bayar. Lepas tu minggu lepas PTPTN call aku cakap tunggakan aku ada banyak ribu dan aku akan kena blacklist kalau gagal bayar tunggakan dalam tempoh sebulan.

Aku rasa gelap masa depan. Susah nak buat loan akan datang. Aku pun teringin nak beli kereta nak beli rumah. Tak tahu la kenapa. Aku rasa macam heartless sekarang. Aku selalu doa ya Allah murahkan rezeki aku. Bantu aku keluar dari belenggu hutang ni semua.

Tapi.. aku tak nampak lagi jalan keluar. Akhirnya aku menangis saja sepanjang malam sampai bengk4k mata. Sampai nak demam. Aku terbaring saja sepanjang hari. Bila aku lapar tiada makanan, aku baring dan tidur saja supaya aku tak melayan sangat rasa lapar aku.

Roti expired pun aku hadap saja sebab janji hilang lapar. Ada duit aku buat beli air saja. Tak makan 2 – 3 hari boleh lagi hidup, tapi kalau tak minum air 2 – 3 hari aku boleh m4ti. Hari itu perempuan yang pernah aku tolong datang lagi jumpa aku mintak bantuan lagi.

Dia ingat aku ni jutawan ke? Aku cakap saja, “sorry saya pun sesak tiada duit dah” terus aku blah. Padahal dalam hati. Kalau aku ada RM50 pun aku sanggup saja belikan susu 1 paket untuk anak dia. Tapi apakan daya aku pun tengah susah nak hidup.

Pernah aku terfikir nak mengemis tepi jalan tapi orang pun tak ramai sebab masing – masing duduk di rumah kan l0ckdown. Pastu aku pernah nak buat kerja giIa, aku betul – betul rasa terdesak. Aku lapar giIa, aku rasa mer3ng, aku rasa aku nak jual diri dekat mana – mana lelaki asalkan diorang bayar.

B0dohnya aku tapi itulah aku pernah cuba. Bila terlalu sesak, aku rasa benda b0doh pun aku sanggup buat janji boleh makan. Aku ada minta bantuan zakat isi online tapi sampai ke hari ni tiada maklum baIas. Aku fikir staff zakat pun tak bekerja musim PKP ni.

M4kin lama aku rasa aku heartless. Aku pun rasa macam masa depan aku h4ncur. Ptptn bakal blacklist. Nak buat loan akan datang dah susah. Aku pernah janji nak beli kereta untuk parents aku. Tapi kalau da kena blacklist macam mana.

Dengan kerjanya tiada, aku bukan muda lagi. Dah 30 an dah. Patut usia ni dah stable. Dah ada anak. Isu j0doh? LagiIah malas aku nak fikir. Dah banyak cara aku usaha, daftar di portal itu ini. Tapi lelaki sekarang memilih.

Lagi – lagi sekarang aku tak bekerja lagiIah lelaki tak nak. Di portal cari j0doh 99% lelaki nak isteri bekerjaya.. Aku pernah ditegur beberapa lelaki, soalan pertama dia tanya berapa gaji aku sebulan. Aku pun give up la sebab nak sara diri sendiri pun sesak

Entahlah.. Aku sebenarnya pernah terfikir nak t3rjun tempat tinggi pernah terfikir masa duduk dalam rumah nak minum saja cl0rox. Supaya aku boleh lari dari masalah semua ni. Kepala aku kusut. Berdenyut kepala memikirkan masalah duit.

Sehingga saat ini, aku masih lagi kusut. Bil telefon pun dah berbulan tak bayar. Aku tunggu masa saja untuk aku hilang dari radar. Bila bil internet tiada, aku pun tak boleh nak promote barang lagi. Tak apalah. Tiada siapa pun cari aku.

Tiada siapa pun pedulikan aku. Kawan – kawan aku pun hanya memerhati. Tiada siapa peduli sudah makan ke aku. Sihat kah aku. Mungkin sudah tiba masanya aku pergi. Maafkan aku. Terima kasih sudi membaca luahan aku. – Kiki (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farah Ant : 1. Pacak bendera putih. 2. Jangan jual benda yang bukan keperluan. Cuba jadi dr0pship makanan. InshaAllah lebih laju. 3. Cuba intai page Tuan Syed Azmi, kat situ ada iklan – iklan kerja kosong. Kau b4ntaikan je kerja apa pun lah sis, asalkan halal. (Jual diri belum tentu jantan tu bayar. Silap – silap kena scam je. Dah dapat sedap dia lari.)

4. Sekarang ada food banks di banyak tempat. Cuba lah usha kot – kot ada di tempat berdekatan buat isi perut dulu. 5. Berhentilah menyewa, balik kampung. Polis akan bagi kebenaran rentas negeri kalau betul dah takde tempat berteduh. 6. Wants a sh0ulder to cry on? PM me. Don’t do stupid things.

Maya Mira : Saya pula pnjawat awam tapi hidup macam orang miskin jimat cermat. Kadang – kadang sedih nak bagi anak makan sedap – sedap pun berkira risau takut hujung bulan habis duit nak beli apa – apa susah.

Suami kerja tak menentu nak niaga je keje. Tak mau keje dengan orang. Niaga ni pakai modal, tak laku stop sekejap tak buat apa – apa. Nak niaga balik kena cari modal lain. Str3ss jugak hidup dengan orang takde pendapatan tetap. Kita yang penat nak cukupkan keperluan hidup.

Afrina Zahrin : Kampung tt ni di mana? Nasihat saya pergi balai polis dapatkan surat rentas negeri balik kampung stay dengan parents. Tak perlu bebankan diri nk kena bayar rumah sewa dan sebagainya memandang belum dapat cari kerja time covid ni.

Buat bisnes online di kampung. Atleast ada makanan sayur – sayur ulam – ulam untuk di makan. Di kampung ada masjid sekarang ni boleh minta makanan (foodbank). Call PKOB di kawasan tu bagitau saya perlu makanan sebab takde makanan dah.

Kalau kawasan tak boleh keluar pacak saja bendera putih. Sekurang – kurangnya kalau balik kampung kita susah senang dengan mak ayah di kampung sana.

Cik Puan : Confessor.. Kalau baca komen saya ni pm saya ya. Tak sampai hati bila awk cerita nak beli pad pun tak mampu. Ada sumbangan sikit at least awak boleh beli keperluan diri masa PKP ni.

Mahiah Ismail : Sebenarnya aku pernah rasa ape yang ko rasa takde keja pastu menyewa (pinjam duit orang macam ko cakap semata – mata nak bayar sewa) makan pon takde duit kadang – kadang member belanja sebab malu dan taknak menyusahkan mak ayah kat kampung.

Last aku jadi cam ko berlapar tapi nasib ade stock makanan kat umah sikt. Kerja part time dekat klinik raya 2019 pon tak balik kerja part time 7e. Sebenarnya kita boleh je takyah susahkn diri dan balik kampung. Kurang la sikit beban nak fikir pasal sewa umah kalau balik kampung (mintak kebenaran polis kalau sekarang ni).

Pastu buat bisnes daripada umah kat kampung lagi okay rasanya. Pastu ade la member aku nasihat aku masa tu maybe aku ade buat salah dengan mak aku berd0sa menipu mak aku yang aku duk KL tapi tak kerja pon. Sebab tu ade je masalah aku. Memang pahit nak terima tapi ada betulnya jugak member aku cakap tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.