Aku selalu bersembang dengan kawan baik aku, kami nak tengok anak-anak membesar bersama. MaIangnya, kawan baik aku pergi dulu..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Walaupun kami lelaki, kami selalu sembang pasal anak – anak. Kami tak sabar tengok anak – anak kami pakai baju uniform sekolah. Satu hari, aku dapat berita, kawan aku telah pergi selamanya… Aku teringat foto terakhir..

#Foto sekadar hiasan / AI. Masih segar dalam ingatan sewaktu aku melafazkan akad nikah 10 tahun yang lepas, tersenyum bahagia diri aku. Begitu juga dengan Lan (bukan nama sebenar). Lan, kawan baik aku dari zaman sekolah menengah.

Suka duka, miskin kaya kami kongsi bersama. Serata Malaysia kami pusing berdua sewaktu baru nak kenal dunia, membina hidup sehinggalah kami ditemukan dengan jodoh masing – masing. Beberapa bulan setelah pernikahan aku, Lan pula diijabkabul di negeri pantai timur dan aku hadir bersama isteri untuk meraikan pernikahannya.

Persahabatan kami tidak terhenti di situ. Kami masih berjumpa lepak sesekali ketika pulang ke kampung seperti biasa. Malah kami juga pernah keluar bersama beberapa kali sewaktu kedua – dua isteri kami hamil melaga perut. Masing – masing tak sangka dah nak jadi ayah, betapa cepat masa berlalu.

Isteri aku melahirkan seorang puteri dan beberapa bulan kemudian dalam tahun yang sama, Lan juga dikurniakan seorang puteri. Betapa happynya kami sewaktu menggendong puteri – puteri kami. Safwa dan Sara. Saat menggendong Sara, aku menganggap Sara ibarat anak aku sendiri. Nama yang hampir sama.

Wajah dan susuk tubuh yang juga hampir sama ibarat kembar seperti bapa – bapa mereka. Aku dan Lan sering membayangkan anak – anak kami akan membesar bersama menjadi kawan baik seperti kami kerana mereka sudah berkawan dari dalam perut lagi.

Suka aku melihat anak – anak kami bermain bersama dan melalui setiap fasa kehidupan seperti pertama kali makan, their first words, pertama kali meniarap, merangkak dan bertatih. Kami sebagai lelaki yang juga pertama kali menjadi ayah sering bertukar info dan pengetahuan tatkala anak kami tak sihat, tak lalu makan.

Malah sekecil – kecil perkara seperti anak tak mahu tidur malam pun kami bincang solutions bersama sambil gelak ketawa mengenangkan kehidupan kami yang dah dah berubah 360 darjah. Setahun kemudian, kami pakaikan puteri – puteri kami sedondon sewaktu hari raya untuk ambil gambar sebagai kenangan.

Masing – masing baru menginjak 1 tahun dan telah pun faham mereka adalah kawan kerana kerap berjumpa main bersama. Kadang kala aku dan Lan ketawa terbahak – bahak melihat anak – anak kami berbual dalam bahasa alien yang hanya mereka berdua yang faham.

Siapa sangka gambar tersebut merupakan foto terakhir Safwa dan Sara. Aku menerima perkhabaran duka yang amat perit untuk aku terima beberapa bulan selepas itu. Lan terbabit dalam kemaIangan m4ut sewaktu menuju ke tempat kerja, meninggaIkan isterinya dan Sara yang berumur 1 tahun 3 bulan selama – lamanya.

Air mata aku yang sudah bertahun – tahun tak keluar akhirnya jatuh berder4i tatkala melihat isterinya dan Sara meraung sewaktu pengebvmian Lan. Sara masih kecil sebaya anak aku, namun sudah kehilangan seorang ayah yang amat mencintainya.

Aku akui. Setelah ketiadaan Lan, kurang satu w4rna dalam hidup aku, begitu juga anak aku yang tak lagi bermain – main dengan Sara. Banyak yang telah aku dan Lan rancang. Bercuti bersama untuk melihat anak – anak kami mengenal dunia bersama seperti pergi swimming, zoo, kidzoonia.

Kami juga pernah sama – sama membayangkan bagaimana nanti hari pertama Safwa dan Sara di sekolah dengan uniform sekolah. Tapi, aku terkilan kerana Lan tak sempat menyaksikan semua itu. Setahun setelah pemergian Lan, aku ziarah ibu bapanya di rumah yang dahulunya Lan dan keluarganya tinggal sekali kerana Lan merupakan anak tunggal.

Sayangnya, balu Lan telah pun pulang ke pangkuan ibu bapa beliau dan tidak lagi tinggal bersama mertuanya. Aku faham. Wanita yang kehilangan suami perIukan ibu bapanya, support system yang paling kuat untuk meneruskan kehidupan. Mungkin itu keputusan yang terbaik buatnya.

Tapi aku sedih kerana Safwa tak dapat berjumpa dengan kawan baiknya pada hari itu dan aku juga tidak dapat melihat wajah anak rakan baik aku. 2 tahun sudah umur Sara, pasti sudah lebat rambutnya seperti anak aku. Aku ziarah lagi ibu bapanya sewaktu anak aku bakal masuk tadika 5 tahun dan dimaklumkan yang balu Lan telah pun berkahwin lain.

Ibu bapa Lan juga tak pasti di manakah mereka kini, sama ada tinggal di pantai timur atau berhijrah ke negeri lain. Namun mereka ada juga sekali dua datang ziarah. Mungkin atas faktor jarak lokasi yang jauh, balu Lan tak dapat bawa Sara jumpa datuk neneknya selalu.

Pernah beberapa kali aku dan isteri mencari balu Lan di media sosiaI namun tidak lagi kami jumpa profilenya. Kami tahu yang balu Lan lenyap menghilangkan diri beberapa bulan selepas pemergian Lan. Mesej – mesej kami bertanya khabar juga tidak delivered ketika itu, mungkin sudah tukar nombor.

Akaun media sosiaI dan nombor telefon Lan juga sudah tidak aktif. Kata isteriku, dia faham, bukan mudah seorang wanita nak terima hakik4t ini. Aku pernah juga terdetik untuk singgah ke rumah orang tua balu Lan sewaktu bercuti di pantai timur, namun aku tak ingat lokasi rumahnya dan sukar untuk aku mencari kerana pesatnya pembangunan yang telah mengubah wajah daerah itu selain aku tidak tahu nama penuh balu Lan apatah lagi nama ibu bapanya.

Nombor telefonnya juga kami tiada. Kami perIukan masa yang lama sekiranya betul – betul ingin menjejakinya. Kata isteri, mungkin kami perlu terima hakik4t yang persahabatan anak kami hanya setakat itu sahaja. Tak seperti yang aku dan Lan pernah bayangkan, hingga dewasa.

Sara juga sudah ada bapa baru dan mungkin ada adik – adik baru seperti Safwa. Kalau kami beria mencarinya, apa pula kata suami barunya. Benar juga. 10 tahun telah berlalu. Jujur aku cakap, aku rindukan Sara. Bagaimana agaknya wajah Sara sekarang. Adakah mirip Lan?

Terkadang, bila aku lihat Safwa mencapai sesuatu dalam setiap fasa kehidupannya, aku teringat Sara. Aku teringat Lan. Safwa telah pun bersekolah rendah dan beberapa tahun lagi akan memasuki sekolah menengah. Safwa kini dah pandai ajak aku masuk Watson untuk beli peralatan make up yang tak pernah aku hafal walaupun dah banyak kali dia ajar aku.

Kalau Lan masih hidup, mungkin inilah topik perbualan kami sambil gelak ketawa. Sara, uncle sentiasa doakan yang terbaik buat Sara walaupun Sara dah tak kenal siapa uncle. Uncle saksi betapa bahagianya papa Sara waktu Sara hadir dalam kehidupan dia.

Mata papa Sara paling bersinar kalau dia bercakap dengan uncle tentang Sara. Atau mungkin sebenarnya Lan lah yang aku lebih rindukan daripada Sara. Al- Fatihah buat sahabat karibku Lan. – Uncle F (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Niesa Zolkifli : Sebak sebab saya juga pernah melalui apa yang tt pernah lalui. Saya juga kehilangan sahabat baik yang saya anggap seperti kakak. Saua dan dia berkenalan sebab suami saya dan suaminya bersahabat baik. Disaat saya mengandungkan ank kedua,dia juga hamil anak pertama.

Kami selalu lepak bersama bincang hal – hal kehamilan.. makan sama – sama, lepak sama – sama waktu malam. Saya bersalin bulan 10 dia bersalin bulan 12 di tahun yang sama. Tapi masa anak kami setahun lebih dia tiba – tiba meninggaI kerana jangkitan kuman paru – paru, langsung kami tak menduga. Sudah 7 tahun arw4h pergi. Kehilangannya tetap dirasai. AlFatihah untuk mu Yana.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.