Aku suami tapi maruah aku dipij4k macam kain buruk. Isteri selalu h1na aku bod0h, miskin. Ayah mertua pun tak suka aku sebab miskin

Aku dekat pejabat tak mampu pun nak beli makanan masa rehat. Aku selalu ik4t perut, sehinggalah sorang rakan perempuan nampak aku selalu tak makan. Dia sengaja beli makanan lebih bagi aku. Aku terjatuh hati..

#Foto sekadar hiasan. Untuk part 1 >> Isteri selalu str3ss kena jaga anak-anak. Dia lepaskan marah dekat aku, sampai tak hormat ‘suami’. Satu hari, pekerja wanita baru masuk ofis aku. Ini bukan sambungan cuma hanya “update” saja, aku perkenalkan diri aku Daun (34). Alhamdulilah aku dah mendirikan rumah tangga bersama Melur dan tahun depan kami bakal timang cahaya mata.

Jodoh aku dan Bulan sudah berakhir, aku pernah terlalu sayangkan bulan sehingga aku biarkan maruah diri aku dipij4k seperti kain buruk. Sepanjang perkahwinan aku sentiasa bersabar tidak pernah m4ki atau naik tangan namun di mata bulan aku sentiasa salah.

Perkataan kegemaran Bulan setiap kali berg4duh dengan aku “b*d*h” “tak guna” “miskin”. Untuk tinggal di ibu kota bukan mudah memerIukan belanja yang banyak, jadi selepas membayar komitmen dan berikan kepada Bulan aku hanya tinggal RM200 untuk minyak tol tidak termasuk makan kerana jika aku beli makanan pasti aku tidak akan cukup duit untuk minyak tol.

Aku tidak ada isu nak berlapar kerana di pejabat ada maggi untuk staff, jadi aku lah tukang habis maggi itu. Kadang – kadang segan, namun apa daya. Jika aku minta pada Bulan sedikit pasti dia akan kata “laki b*d*h mintak duit isteri” ketika itu aku rasa mungkin salah aku kerana tidak beri nafkah cukup.

Aku ini susah nak menerima pemberian orang, tapi jadi Melur bijak.. Kadang – kadang dia akan beli makanan lebih dari satu dengan alasan mahal kalau order satu saja, kadang – kadang aku rasa serba salah. Jadi ada masa dia beli makanan untuk aku, aku akan selalu minta QR tapi ada saja alasan yang diberi nanti.

Melur pernah cakap biar tak ada duit beli baju jangan tak ada duit beli makanan sebab aku berkerja perIukan tenaga. Jika aku tolak untuk tidak mahu dibelikan untuk aku, pasti akan monyok saja mukanya. Akibat bulan terlalu str3ss di tempat kerja dia ambil keputusan untuk berhenti tanpa beritahu aku. Reaksi aku?

Aku tidak marah atau bertanya kenapa. Aku cuma berdiam maka bermula masa aku membayar semua komitmen aku + bulan. Pernah sekali aku terlepas membayar duit pinjaman belajar dan duit ASB, sebakul m4kian aku dapat, jika aku menegur untuk bercakap elok elok nanti m4kin teruk.

Tidak lupa perkataan “cerai” tidak pernah lekang di mulutnya, aku cuma bertahan kerana anak – anak yang aku sayang sangat, tapi aku juga manusia, aku rindu untuk berkasih sayang dengan isteri. Aku tidak pernah kisah soal batin. Cukuplah berikan rasa seperti aku dihargai, contoh bila aku balik rumah sambutlah aku dengan senyuman, jika mahu bebel bagi lah aku lepaskan lelah dahulu.

Ya, aku tahu penat jaga anak – anak disebabkan itu tidak pernah aku bising balik rumah bersepah, pinggan tak basuh dan baju tak bercuci, walaupun dah tak kerja, setiap kali aku cuti aku yang akan buat semua itu, tugas Bulan hanya masak saja.

Itu belum masuk episod bawa lari anak – anak balik rumah mak dia di Johor, sudahlah keluar rumah tidak beritahu lepas itu aku pula kena jemput. Kalau sekali dua atau dekat tak apa lah juga, inikan berkali – kali dengan jauhnya. Bapak mentua aku dah lah tak berkenan dengan aku sebab aku ni miskin, tidak mampu beri anaknya hidup mewah sedangkan keluarga bulan lebih kurang sama je dengan aku.

Padahal untuk penuhi segala kehendak anak dia sampai aku sanggup hutang sana sini. Bukan aku tidak pernah jujur aku tak mampu, tetapi nanti mulalah mulutnya akan keluar perkataan yang kurang enak. Aku tahu hubungan aku dan Melur salah, jadi aku ambil keputusan untuk berpisah dengan Melur demi baiki perkahwinan aku dan Bulan, aku cuba menjadi terbaik tapi sayangnya pengakhirannya aku masih lagi suami yang “b*d*h” “tak guna” dan “miskin”.

Sepanjang Melur tidak bersama dengan aku, kami ibarat orang asing di office tidak bercakap langsung. Jika bertembung dengan aku Melur sanggup patah balik atau dia akan berjalan laju tanpa pandang aku langsung. Disebabkan jarak kedudukan meja aku dengan meja Melur agak dekat, jadi aku dapat dengar apa Melur berbual dan dengar ketawanya, aku akui aku rindu sangat nak ketawa dan bersama melur lagi.. jika diberi peluang ada banyak benda aku ingin kongsi bersama Melur.

Kerana Melur adalah pendengar setia, tak kira hari aku buruk atau baik Melur akan sentiasa mendengar, aku pernah cuba untuk buat perkara yang sama dengan Bulan tapi Bulan akan sentiasa merendahkan aku.. Contoh jika aku beritahu yang bos puji aku sebab berjaya siapkan projek diberi, nanti yang dibalas hanya, “itu je baik tak payah citer” jadi sejak itu aku lebih pilih untuk pendam saja.

Ibu, adik atau sesiapa akan bertanya bagaimana perkahwinan aku ini boleh berakhir? Aku hanya diam saja, salah aku kerana berikan ruang pada orang ketiga. Sepatutnya aku jujur pada Bulan yang aku sudah taw4r hati. Bulan dan aku hanya berbaik demi anak – anak, mungkin orang akan kata awal perkahwinan semua bahagia nanti lama – lama dengan Melur mesti sama saja.. tetapi aku terima sebab itu rahsia Tuhan dan aku cuma doa biarlah ini perkahwinan terakhir ku.

Jika ditanya aku jika boleh dipatahkan waktu, aku mungkin pilih tidak mahu berkenalan dengan Bulan. Mungkin berkahwin dengan aku adalah satu kesalahan terbesar dalam hidup dia. Sebelum masuk mahkamah, Bulan pernah minta peluang untuk berbaik tetapi apa yang aku ucapkan pada Bulan ketika itu,

“Saya minta maaf jadi suami gagal penuhi kehendak awak, maafkan saya sebab miskin saya cuba untuk jadi terbaik untuk family kita, Tapi sepanjang perkahwinan kita, saya hanya seorang suami yang ‘miskin’ ‘tak guna’ & ‘b*d*h’ halalkan minum saya dan saya minta maaf untuk yang terkurang sepanjang kita hidup bersama”. Bulan menangis..

Aku dapat hak penjagaan anak – anak kerana Bulan tidak berkerja, buat masa ini hubungan anak – anak dengan Melur masih lagi di dalam sesi suai kenal dan puas juga aku pujuk untuk Melur bahasakan dirinya ibu dengan anak – anak. Namun Melur hanya jawap anak – anak hanya ada seorang ibu saja yang melahirkan mereka, saya tak nak mereka panggil kerana terp4ksa, biarlah ia dibuat dengan ikhlas. Tapi minggu lepas anak aku nombor 2 panggil Melur ibu nampak sangat riak muka yang happy dan excited dari Melur. – Daun (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Anie Alja : It’s okay DAUN… lepaskan bulan. Tak tenang hidup dengan isteri tak hormat somi. Ya, kau lemah, kau miskin… tapi kau ada harga diri sebagai seorang somi. Kau kata kau dah cuba yang terbaik tapi terbaik pada kita, tetap tak cukup pada orang lain. Glad you find ur way out of this misery… harap Melur kekal baik manis dan hormat awak seadanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :