Aku takde duit nak makan dekat pejabat, balik rumah harap ada makanan. Tapi mak kata takde lauk, mak suruh minum air je

Aku belajar tinggi – tinggi ingatkan boleh la bantu keluarga keluar daripada kemiskinan. Mak aku mintak duit untuk adik – adik, aku tengok baki dalam bank ada sen – sen je. Gaji pekerja KFC, McD jauh lebih tinggi dari gaji aku.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saje nak berkongsi rasa. Aku bekerja di sebuah negeri yang ramai ulamak. Kerja aku ok cuma masalahnya, aku bekerja dengan gaji di bawah paras minimum meskipun aku graduan lepasan ijazah.

Jujur aku cakap, gaji pekerja di KFC dan McD jauh lebih besar daripada gaji aku. Aku tak kisah dengan tekanan di tempat kerja. Lambakan kerja itu biasa. Kerja lebih masa itu juga sudah menjadi lumrah aku. Kena datang kerja pada hujung minggu tanpa gaji itu juga biasa.

Aku tidak kisah untuk k0rbankan masa aku demi kerja. Tetapi mengenangkan gaji yang sangat rendah, lama – kelamaan aku jadi tertekan kerana desakan ekonomi. Untuk tempoh 1 – 5 tahun aku tak kisah. Tapi selepas 5 tahun, gaji aku masih begini (belum stabil dan tidak tetap serta gaji masih belum cecah 2k), aku jadi taw4r hati.

Bukannya aku tak mahu berhijrah ke negeri lain, tapi tolonglah faham bahawa aku masih diperIukan oleh keluarga untuk uruskan orang tua aku yang kurang sihat. Jadi aku memang tak boleh tinggalkan ibu aku. Aku teringin nak lari cari kerja lain, tapi realitinya, kerja zaman sekarang sangat susah.

Gaji yang rendah terp4ksa aku terima tanpa banyak komplen sebab inilah realiti di pantai timur. Aku teringin nak buat part time kerja lain, dan mungkin juga berbisnes online. Tapi jujur aku tiada masa. Kerja sekarang ni malam – malam pun boss kacau aku mintak buat ad hoc task.

Hujung minggu pun call kena selalu alert. Aku ni memang takde masa nak buat kerja lain. Tambahan pula aku orang penting syarik4t. Kebetulan pula aku ni serba boleh. Lukis pelan boleh, urus media sosiaI boleh, jadi akauntan boleh, jadi HR boleh, buat design boleh, kadang – kadang aku menyesal tunjuk aku pandai.

Akibatnya, aku memang betul – betul dipergunakan oleh boss demi kepentingan syarik4t. Aku dah cuba nak berhenti supaya aku boleh job huntiing, tapi boss memang tak nak lepaskan aku. Aku cuba demand gaji tapi alasan boss, syarik4t pun tak kukuh mana.

Kawan – kawan lain pernah je cabut lari, tapi sudahnya kawan tu tak jumpa pun kerja lain sebab kerja semua susah. Ikutkan keje sini okay je. Boss pun ok je sebenarnya, tak la meny4kitkan hati. Kawan – kawan pun ok. Aku happy je keje sini.

Aku tahu keje happy pun rezeki juga. Tapi sejak akhir – akhir ini, aku jadi tak happy apabila mengenangkan gaji. Aku takde komitmen pun. Aku tiada hutang PTPTN, tiada hutang kereta atau rumah. Syukur aku memang zero hutang. Tapi aku memang langsung tiada simpanan dan aset.

Duit gaji aku tu la aku guna untuk tampung keluarga aku, bagi makan keluarga aku. Jadinya, hujung bulan confirm licin. Aku tak tunjuk aku punya susah hati. Sejak akhir – akhir ini, mak banyak minta duit untuk bayar keperluannya dan adik – adik.

Aku pula, apabila tengok akaun bank mesti akan tinggal sen – sen je hujung bulan. Aku menangis senyap – senyap. Aku rasa tak happy. Aku terp4ksa berlapar di tempat kerja. Kalau kawan – kawan ajak makan, aku selalu cakap aku dah makan. Tapi sebenarnya aku tipu.

Aku langsung tak makan apa – apa pun hari tu. Aku mampu jamah biskut je. Kadang – kadang dapat gula – gula sebiji pun aku dah happy, at least i consume some sugar for that day. Disebabkan tak cukup makan, berat badan aku susut.

Kawan – kawan tegur, eh aku dah kurus yadayada. Aku cakap aku diiet. Padahal aku takde duit nak makan. Aku tak pernah cerita kat kawan – kawan perihal ni. Balik rumah aku harap  ada la lauk untuk dimasak. Tapi mak cakap lauk dah lama takde kat rumah.

Mak cakap minum air je. Kalau ada rezeki lebih, aku dapat la masak nasi putih berlauk telur. Itu pun dah cukup mewah dah untuk kami sekeluarga. Aku syukur je. At least aku ada rumah untuk berteduh (rumah ayah). Aku ada kerja untuk cari rezeki.

Cuma tulah, gaji aku rendah sangat. Gaji aku sangat tidak bermaruah untuk lepasan degree. Untuk lepasan SPM pun masih tidak bermaruah sebenarnya. Gaji aku sangat tidak bermaruah untuk segala sumbangan aku kepada syarik4t.

Mesti ada yang terfikir, kenapa tak report kepada pejabat buruh? Jujurnya aku pernah dah report masa aku kerja kat company lama dulu. Aku report dulu sebab gaji aku tidak dibayar. Tapi jawapan pejabat buruh sangat menghampakan.

Dia kata, kalau takde offer letter dan takde hitam putih, diorang takleh buat apa. Samalah macam company aku sekarang. Aku kerja sini takde offer letter, takde black and white. Jadi aku memang takleh nak mengadu ke pejabat buruh.

Oh ye, btw gaji rendah macam aku ni sangat common di pantai timur. Even yang kerja dengan gov sector atau badan berkanun negeri pun masih ada yang dibayar gaji tidak bermaruah (terutamanya staf tidak tetap atau taraf PSH).

Aku taktaula nak ngadu kat sape. Aku pernah mengadu kat menteri besar tapi menteri besar bukan nak ambil port sebab dia fikir senang dia je. Aku pernah email kat mb tapi mb tak baIas hmm. Tapi yelah aku sedar diri. Aku bukan siapa – siapa.

Kawan – kawan, tolong doakan aku dapat kerja kerajaan. Btw dah lebih 10 tahun aku mohon kerja kerajaan tapi tak pernah sangkut. Nak dapat exam online pun punyalah susah padahal result aku bagus je, aku penerima biasiswa tau zaman belajar.

Adik aku yang ada PMR je pula banyak dapat exam untuk masuk sektor kerajaan. Aku yang degree ni nak dapat 1 exam punyalah susah. Mungkin zaman sekarang, belajar tinggi – tinggi dah tak relevan untuk kerja kerajaan sebab peluang banyak untuk taraf pmr dan spm je.

Apabila tengok baki dalam akaun bank, sedar – sedar air mata aku mengalir. Aku sentiasa cuba jaga solat awal waktu. Orang kata, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, insya-Allah rezeki tu akan terbuka luas. Aku selalu minta ibu doakan aku.

Tapi itulah, mungkin rezeki aku masih tersekat di langit. Aku sangka baik dengan Allah. Mungkin it’s not yet. My time to shine is about to come, but not today. Kalau aku sedih sebab duit, aku str3ss dan menangis. Kadang – kadang sampai tertidur dalam air mata.

Esok pagi aku kuatkan semangat balik. Kalau aku berhenti kerja, bukan mudah nak dapat kerja lain. Keluarga aku ni dah la susah. Aku ni belajar tinggi – tinggi ingatkan boleh la bantu keluarga keluar daripada kemiskinan. Tapi aku nampak aku macam ulang cycle yang sama je. Ijazah aku tu macam useless.

Jadi, aku faham je kenapa adik – adik sekarang ramai tak nak sambung belajar. Sambung belajar pun tak menjamin apa – apa kerja. At the end nanti belajar pandai – pandai pun last – last jadi macam aku, kerja dengan gaji tak bermaruah.

Hutang kena bayar tapi gaji lagi rendah daripada bangla. Mujurlah aku ni takde hutang PTPTN sebab dapat biasiswa dulu. Terima kasih sudi baca. – Ohayu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zawani Mohd Zabidi : Dah boleh pelan – pelan cari kerja lain . Tak perlu pon ikut apa yang bos u nak. Boss – boss ni memang suka staff yang multitasking sebab dia boleh bayar gaji rendah untuk 2 – 3 orang punya kerja. Dia nak lepas ke taknak lepas ke. Once u dah tender resign letter, notis berjalan. Cukup masa angkat kaki. Moga dimurahkan rezeki ya .

Hafiz Husna : Saya orang Kelantan saya belajar di peringkat degree dekat Perak. Saya bekerja dekat Johor dan Labuan. Begitulah cara nak hidup kena keluar dari comfort zone. Sepanjang jadi jurutera, 4 tahun pertama saya jadikan base dan network untuk diri.

Selepas 3 tahun kerja saya lengkapkan diri dengan sijil profesional dan sijil kompetensi. Kerja 4 tahun dekat company A kemudian saya lompat ke company B. Lompat dalam keadaan diri miliki banyak nilai tambah memang mudah dapat kerja. Dengan gaji yang tinggi saya dapat membantu adik – adik saya yang masih belajar. Dengan gaji yang tinggi juga dapat membantu adik saya bila s4kit.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.