Setelah lebih 30 tahun tak jumpa, mak cakap dia tak boleh tidur sebab fikirkan kawan baik dia yang menghidap HlV. Oleh sebab kesiankan Cik Yah, mak suruh aku kahwin dengan anak bongsunya, Dian. Tapi Dian tak nak, sanggup membujang sehinggalah dia buka cerita tentang apa yang berlaku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca. Aku Amir, berusia awal 30-an dan berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Kisah aku bermula beberapa tahun yang lepas. Selepas mak pencen, dia mula menjejak kawan – kawan lama di universiti. Waktu aku cuti, mak ajak aku teman dia ke utara tanah air untuk bertemu bff paling rapat dia yang dah lama tak berhubung selama 30 tahun lebih. Dah jumpa, mereka berpeIuk sampai terloncat – loncat gembira, ada jugak yang mengalir air mata menangis sebab rindu.
Lama mereka bersembang, tapi yang aku pelik dalam perjalanan balik mak nampak sugul sedih sesekali mengelap air mata. Mungkin sedih berpisah. Bila ditanya dia jawab ok saja. Pagi esoknya mak masih begitu. Aku tanya lagi kalau dia ada apa – apa masalah. “Mak tak boleh tidur, semalaman mak fikir pasal Cik Yah kawan mak tu. 30 tahun tak jumpa, tak sangka kawan mak yang sihat, ceria dulu kena peny4kit macam tu. Mak sedih Mir”. Aku agak konfius dengar cerita mak.
“Cik Yah ada HlV Mir, kena dari suami dia”. Allahuakbar. M4kin kuat mak menangis. Mak sambung lagi, katanya sekarang Cik Yah tinggal dengan anak bongsunya, anak Cik Yah semua perempuan. Yang sulong dan kedua dah berkeluarga dan tinggal jauh seorang di Brunei, seorang lagi di Johor mengikut suami masing – masing. Yang bongsu ini ramai yang meminta tapi ditolak atas alasan tak mahu berkahwin nak duduk dan jaga Cik Yah sampai bila – bila.
“Amir mahu kahwin dengan Dian (anak bongsu Cik Yah)?”. Allahuakbar! Kami sekali lagi ke utara. Mak mengutarakan cadangan pada Cik Yah. Tentu sekali disambut dengan gembira. Entah macam mana, Dian yang mahu membujang dan aku yang pening kepala dengan rancangan mak akhirnya berjaya disatukan selepas 6 bulan. Pada malam pertama perkahwinan, Dian memberitahu yang dia belum sedia dengan hubungan suami isteri. Aku terima saja tidak mahu mem4ksa. Kami tidur sekatil, berbual, bergurau, solat jemaah bersama macam roommate dan housemate tapi perihal ‘itu’ tidak pernah kami sentuh.
Dia uruskan makan minum pakai aku dengan baik. Lama kami begitu sampaikan Dian fikir aku g4y kerana aku rilek saja, haha. Hinggalah pada suatu hari dia akhirnya buka mulut tentang s4kit ibu dan bagaimana itu terjadi. Cerita Dian, arw4h ayah seorang pegawai kastam. Semuanya baik sampailah dia bertugas di sempadan. Waktu tu ibu baru melahirkan Dian. Ayah mula berubah tiap kali balik rumah hujung minggu, menjadi panas baran. Semua tak kena. Waktu Dian umur 2 tahun, ayah s4kit – s4kit. Kurus keding, ada kud1s di kaki sampaikan tak dapat bekerja.
Ibu upah orang tolong jagakan waktu siang dan malam ibu yang uruskan sendiri. Ayah s4kit 2-3 bulan kemudian meninggaI. Waktu nak uruskan jen4zah, abang kepada ibu mahu membantu tapi ibu haIang. “Dia ada AlDS”. Masa tu menangis lah tok, tokwan, adik beradik ibu bila dapat tahu satu – satunya puteri kesayangan dalam keluarga mereka dijangkiti HlV.
Tapi Dian dan kakaknya belum mengerti apa – apa. Selepas ayah meninggaI, ibu selalu pesan, “Rajinkan belajar, solat, Al-Quran jangan tinggal, nanti kalau ibu dah takde duduk dengan Wan dengan Tokwan elok – elok.” Hampir setiap hari ibu pesan sebelum tidur dan tiap – tiap malam juga lah Dian dan kakaknya menangis bimbang ibu pon mahu pergi. Ternyata yang ditakutkan itu berlaku.
Waktu Dian darjah 3, ibu ditahan dalam wad sebulan lebih. Tok dan Tokwan lah yang menjaga mereka, hujung minggu pula Pakngah dan Pakteh yang datang tengokkan secara bergilir. Ibu tak pernah dapatkan rawatan sebelum ni sebab tak nak sesiapa tahu pasal peny4kit dia. Syukur, ibu punya ayah, mak dan adik beradik yang cukup memberi sokongan suruh dapatkan rawatan, kena kuat untuk besarkan anak – anak.
Bila ibu dah balik rumah, Tok dah tak tertahan. Dia terlepas depan Dian adik beradik yang ibu menghidap HlV dan s4kit tu tiada ubat. Saat tu semua menangis. “Dina benci ayah! Sebab ayah ibu s4kit! Sampai bila – bila Dina takkan maafkan ayah!”. Kakak sulong menghambur amarah sambil menangis. Tapi ibu pesan jangan benci pada ayah. Masa tu tahulah semua bahawa ayah mendapat peny4kit tu semasa bertugas di sempadan.
Ayah berkenalan dengan seorang janda warga Siam dan di situlah bermula semuanya. Mereka melakukan hubungan intim dan ayah juga tinggal di rumah janda tersebut sepanjang berada di sempadan. Entah kenapa banyak sungguh kes janda menyondoI rumahtangga orang. Sudahlah menyondoI, ditinggalkan pula peny4kit siaI. Nak salahkan janda tersebut saja tak guna, masakan berbunyi kalau hanya sebeIah tangan yang bertepuk. Salahkan nafsu dan s3tan yang merajai diri.
Sampaikan sekarang mereka sekeluarga tak pernah sentuh hal arw4h ayah. Biarlah hilang segala yang menyedihkan. Kubvr pon tidak pernah dijejak malah dilupakan apatah lagi mahu mendoakan. Mereka sekeluarga ada juga berusaha mencari kubvr ayah, tapi entah kenapa mungkin Allah lenyapkan dari ingatan. Tiada jejak langsung. Keluarga ayah pula membuang ibu dan anak – anak, mereka dicemuh. Konon ibu lah punca abang sulong mereka mendapat AlDS, tak reti jaga diri untuk suami katanya.
Bila ditanya tentang kubvr ayah, mereka sendiri tak tahu. Kenapa tak cuba untuk memaafkan, tanya aku. “Siapa kata tak pernah? Tapi tiap kali hantar ibu pergi hospitaI dapatkan rawatan, tiap kali tengok ibu yang demam susah kebah sebab imuniti rendah, saya jadi teringat yang semua ni sebab ayah”. Itu jawapan Dian. Dia jadi aIergik dengan lelaki, susah percaya dan senang katanya jadi benci.
Bila ditanya kenapa sudi berkahwin dengan aku? . “Sebab ibu sentiasa positif tak semestinya yang jadi pada ibu akan jadi pada anak – anak. Lelaki baik itu ada, perlu cari dan doa mintak pada Allah. Inshaallah awak baik”. Terharu dan sedih aku bila mendengar cerita Dian. Betapa kuatnya ibu, di sebalik senyuman gelak tawa dia menanggung s4kit yang masih tiada ubatnya. Dibawa pula oleh lelaki yang sepatutnya menjadi suami yang meIindungi keluarga. Terp4ksa gagah berdiri demi anak – anak. Dan di sebalik wajah manis Dian, ada duka yang berbuku dalam d4da.
Tapi Allah itu Maha Baik. Sekarang ibu dan mak bahagia melancong sana sini mentang – mentang dua – dua dah pencen. Dahla bestfriend, berbesan pulak tu. Kesihatan ibu juga sangat baik, CD4 nya tinggi dan kuman tak dapat dikesan bersembunyi. Semoga ibu dijauhkan daripada AlDS.
Ada beza HlV dan AlDS. Tak semua yang menghidap HlV ada AlDS tapi semua yang ada AlDS ada HlV. Doakan ibu agar dikurniakan kesembuhan dan doakan juga Dian yang bakal melahirkan anak sulong kami bulan 8 nanti inshaAllah. Doakan juga aku jadi suami dan ayah yang baik pada Dian dan anak – anak kami nanti.
Kerana nafsu, mereka berz1na. Kerana seorang lelaki yang melakukan z1na, ibu dapat HlV, anak – anak hilang ayah, keluarga yang harmoni porak – peranda. Benci, marah, kesal, sedih semua ada. Mujur masih ada iman dan sokongan. Jangan kita nilai mereka yang mengidap HlV ini datang dari mereka sendiri, boleh jadi atas keterIanjuran dan kesilapan manusia lain. – Amir (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
ZUraida AWang Mat : Tabahnya semua orang dalam confession ni. Mak Dian, Dian dan Amir. Paling bagus mak Amir. Dia tak menghukvm mak Dian and tak tinggalkan kawan baik dia malah menolong jadi berbesan pulak. Kawan sejati dan nampak sangat berpelajaran. Kalau sejenis makcik bawang lain pulak jalan cerita ni. Itulah sebab pentingnya kesed4ran pasal HlV and AlDS. Semoga confessor, Dian, mak Dian and mak confessor sentiasa dalam Iindungan Allah dan bahagia selalu. Amin
Katifah Safer Ahmed : Salam Amir dan Dian sem0ga Allah permudahkan segala – galanya urusan keluarga kalian. Alhamduilillah Amir sudi terima Dian walaupun dah tahu hal ibu dan keluarga Dian. Semoga Amir menjadi seorang anak, ayah dan suami yang sentiasa gembirakan hati seorang perempuan.
CPangaok Zaman : Sebab tu la, kalaa ada confession yang suami makan luar, lepas tu memaafkan suami, masih bersama demi mempertahankan perkahwinan harus berhati – hati. Banyak kes macam ni berlaku, cuma kurang didedahkan. Hanya yang berkerja dalam bidang perubatan je yang tau banyak hal macam ni. Kalau ada suami yang mengaku curang sampai atas katil, make sure pergi buat medicaI check up. Tak tau siapa dan apa jenis perempuan atau peny4kit yang suami sondoI kat luar.
Hisham Jejai Musa : Di sebuah kIinik HlV dalam sebuah hospital besar (dirahsiakan) setengah pes4kitnya adalah di kalangan makcik – makcik di antara umur 70-an dan di mana mereka dapat? Macam cerita di atas sebab suami bu4s. Masuk sempadan sebab nak layan ayam siam. Dan percayalah cerita di atas itu adalah realiti dan bukan saja direka oleh confessor.
Syuk Seplee : AlDS tiada penawar. Tapi HlV boleh dirawat. HlV ada ubatnya. HlV kalau lambat dirawat akan jadi AlDS. Bila dah hidap AlDS, susah untuk pes4kit sembuh semula. HlV/AlDS terjadi sebab CD4 rendah. Bila makan ubat, bacaan CD4 akan meningkat dan bacaan ViraI Load (jumlah virus HlV dalam badan) akan menurun. Kalau makan ubat HlV (dipanggil H44RT) mengikut masa yang tetap, penghid4p HlV akan mencapai UVL (Und3tect ViraI Load : Virus HlV tak dapat dikesan dalam d4rah). Bila penghidap HlV capai UVL, boleh buat s3ks (berkahwin) tanpa perIindungan. Sebab, UVL= HlV tak boleh berjangkit dan boleh hidup macam manusia normal.
Semut Api : Hati – hati wahai isteri yang suaminya selalu outstation di utara tanahair. Memang kebanyakannya akan menyeberang kalau menginap hotel sana, tv pun banyak siaran p0rno. Ada juga yang tawarkan urutan kat bilik. Nak bersangka baik boleh tapi jaga – jaga la pastu, takut jadi macam kes di atas.. Aku bukan cakap saja tapi tiap kali aku ada meeting kat utara, memang kawan – kawan akan seberang sana. Ada juga yang kant0i berkepit dengan ayam sana tapi kami buat – buat tak nampak je. Dekat sana kan “halal” langgan ayam…