Anak dah m4kin besar, mak mertua mula suruh suami tambah anak. Suami sekarang bagi hint nak kahwin lain sebab nak anak ramai

Suami tak mampu, aku tengok wallet suami kosong, aku selit duit. Dekat mall, aku bagi suami duit siap – siap sebelum bayar dekat kaunter, supaya suami tak malu. Alih – alih suami nak kahwin lain, alasan nak anak ramai..

#Foto sekadar hiasan. Aku dah buntu, aku dah tak tau nak mengadu pada siapa lagi. S4kitnya hati seorang isteri nak ditusvk sembilu.. bila suami tak pernah memahami, jauh lagi cuba untuk mengerti. Aku perkenalkan diri as P, dan suami aku L.

Sebelum ni aku pernah putus tunang, sang lelaki tarik diri saat akhir lepas beria – ia menambat hati aku. Berianya sampai datang rumah berkali – kali, bila tiba masa.. senyap seolah melarikan diri. Mujurlah kad undangan belum lagi dicetak.

Tapi aku bersyukur kehilangan dia. Sebenarnnya kalau diperhatikan memang dia kaki beli belit dan pisau cukur jugak orangnya. Then dalam masa aku tengah rawat Iuka aku dek putus tunang, aku solat tahajjud, solat hajat semoga diberi kekuatan.

Yup its hit me hard. Dan yang memburukkan keadaan, aku disih1r oleh mak bekas tunangan aku. Sih1r dia penyebab aku jadi s4kit kepala, huru hara dalam hati aku sampai la bila aku berkahwin, aku jadi benci dengan suami aku sendiri, L.

Alkisahnya nak bermula jodoh aku dengan si suami, L. Selepas putus tunang, aku terfikir untuk tidak percayakan lelaki lagi. Bagi aku semua lelaki sama, kaki belit, k3jam, mengambil kesempatan dan semua yang negatif.

Sebabnya latar belakang aku dari keluarga yang bercerai – berai, br0ken family orang cakap. So boleh dik4takan aku ni hidup dalam kekurangan kasih sayang, lebih – lebih lagi kasih sayang seorang bapa dan perasaan benci dan tak suka lelaki ketika aku membesar terbawa – bawa atas sejarah hitam keluarga aku.

Tak lama selepas putus tunang, aku hidup seperti biasa. Bekerja di salah sebuah syarik4t di ibu kota. Memang setiap bulan aku akan kirimkan duit pada arw4h mak aku, bagi aku memang keberkahan kau akan dapat bila kau dahuIukan mak kau.

Bulan berganti bulan dan sampai satu saat hati aku disuntik rasa inginkan zuriat. Niat nak berkahwin tak muncul, tapi rasa nak ada zuriat menjentik – jentik hati. Bukan tiada yang cuba dekati tika aku single cuma aku malas melayan dan tidak memberikan respon yang baik.

Dan suatu hari arw4h mak aku menelefon, katanya dia ada memberikan nombor telefon aku pada ayah seorang jejaka, iya aku sedar memang mak aku berusaha menjodohkan aku. Mana taknya.. dengan umur aku mencecah angka 3, aku masih lagi sendirian.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku berkahwin dengan jejaka tersebut, suamiku kini, L. Umur aku lebih tua 3 tahun dari sang suami dan sebelum ke perhubungan halal, berkali – kali aku bertanyakan soalan bolehkah dia menerima aku yang lebih tua sedikit berbanding dirinya.

Aku 31, dia 28 tika itu. Dan dia meyakinkan aku bahawa umur bukanlah sesuatu yang penting. Dan aku juga terangkan padanya, memang aku jenis kepala angin dan garang orangnya. Katanya dia boleh menerima aku katanya.

Perkahwinan kami bahagia.. seperti pasangan lain, normal la dilanda badai taufan, seketika tenang seketika bergelora. Cuma beberapa bulan aku berkahwin, aku disih1r dan akhirnya aku terp4ksa meletakkan jawatan. Gaji aku boleh dik4takan lumayan dan gaji suami tidak mencecah 1/3 gaji aku.

Untuk pengetahuan semua… segala perbelanjaan kahwin, hantaran, kelengkapan, pakaian lelaki semuanya menggunakan duit aku, yang mana suami tiada simpanan dan aku ok… disebabkan sifat aku yang tidak pernah mata duitan.

Suami cuma sumbangkan RM2k untuk hantaran, dan selebihnya dibayar secara bulanan kepada aku sehingga cukup RM4k, iaitu separuh dari jumlah hantaran kahwin. Aku menerimanya sepenuh hati tanpa mempersoalkan status kewangan dirinya, bagi aku cukuplah sama – sama bersusah payah dan saling menghargai.

Sampaikan bila aku check walletnya kosong, malam sebelum dia pergi kerja, aku akan selitkan 2 – 3 keping duit belanja harian tanpa pengetahuan L. Lebih lagi, bila di pasaraya untuk beli barangan dapur.. aku akan gunakan sepenuhnya duit aku kerana faham situasi kewangan dia yang kurang stabil.

Tapi aku masih jaga air muka dia.. aku akan bagi cash untuk dia bayarkan di kaunter. Kehilangan pekerjaan akibat disih1r, cukup memberikan aku t4mparan hebat. Sebab aku rasa tak berdaya, tak berdaya menghantar wang bulanan pada arw4h mak.

Aku rahsiakan pada mak perihal sebenar berhenti kerja, sebab arw4h ada peny4kit d4rah tinggi dan str0k. Arw4h mak menyangka aku berhenti kerana mengikut suami ke negeri lain. Situasi yang menghimpit buat aku down, menangis dan terus menangis.

Dunia aku rasakan gelap seketika. Tapi Allah rupanya menyayangi diriku, dia hadirkan kami zuriat tepat pada masanya. Dunia aku kembali ceria dan rezeki kami sem4kin bertambah dan bertambah. Alhamdulillah. Seterusnya kami dikurniakan seorang lagi cahayamata, kini lengkaplah sepasang.

Perihal kewangan, alhamdulillah jauh lebih baik dengan suami aku seorang sahaja yang bekerja. Bagi aku rezeki anak – anak. Dan benarlah kata – kata ‘Seorang perempuan diuji apabila dia tak punya apa – apa, tapi seorang lelaki diuji bila dia punya segalanya’.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah seorang yang tiada rupa. Suami aku mula brainwash dan beri hint untuk kahwin lagi. Katanya suka anak – anak ramai. Walhalnya segala kerja rumah aku seorang yang berhempas pulas, dengan anak – anak kecil lagi. Aku tidak minta baIasan, cukup pengertian.

Dia dengan telefon 24 jam, bila aku merajuk dan menafikan untuk melayan dia, aku disamakan seperti isteri derh4ka. Lama – lama isu yang sama jadi faktor perg4duhan antara kami. Seolahnya perasaan aku tak penting bagi dia.

Seolahnya bila diminta, terus on tanpa nak pedulikan r3muk redam hati seorang isteri. Katanya isteri hanya perlu serve, dia yang menyediakan segala – galanya, dia dah berikan sekucupnya kepada keluarga kami. Adakah dengan kebendaan, tanpa mempedulikan perasaan seorang isteri… kau boleh bahagia dan rasa dihargai?

Sem4kin lama aku sem4kin memendam rasa.. dan masa terus berlalu. Dan dengan keadaan demikian, aku katakan cukuplah dengan dua cahayamata… bagiku aku sudah cukup bahagia. Satu hari mak mentua aku datang, seperti biasa hubungan kami memang baik dan tidak pernah ada masalah.

Dan mak mentua sudah cukup maklum yang aku hanya hendakkan dua orang anak sahaja. Tapi ketika ketiadaan aku, mak mentua bertanyakan suami… tak berhasrat lagikah menambah bilangan anak? Dan sejak itu, suami aku brainwash aku untuk menambah bilangan anak.

Hari – hari aku yang gembira, aku tetap disuakan soalan menambah bilangan anak. Aku dengan tenang menjawab, cukuplah dua. Sebabnya aku tahu setakat mana had kesabaran aku dan bagaimana aku mengendalikam emosi yang tak stabil. Tak begitu bagus.

Bila terus diasak dan diasak.. aku mula jadi str3ss. Aku jadi marah – marah. Aku sebagai isteri, wajar difahami jiwanya oleh sang suami. Aku isteri, betapa lelah dan kacau bilau emosinya bila suaminya outstation dengan lelah menguruskan anak dan rumahtangga.

Malah keperluan dirinya tak pernah aku abaikan. Sem4kin anak – anak kami membesar, aku sem4kin berikan perhatian selayaknya pada suami dan aku ceria. Tapi rentetan isu menambah bilangan anak, bagaikan api yang membakar.

Suami seolahnya memberi hint, dia akan kahwin lagi satu. Alasannya nak tambah anak. Padahal aku tahu, dia sentiasa berimpian nak berpoligami. Isu berpoligami… bagai taufan yang memporak perandakan rumahtangga. Aku lihat, pasangan lain yang suaminya tak kalut nak tambah cawangan, hanya fokus pada seorang.. kekal aman tanpa taufan.

Bagi aku, bila L suarakan hal poligami, hati aku bagai dit0reh – t0reh pisau t4jam. Takkah dia menghargai aku, mengerti bahawa dengan kata – kata cukup buat hati aku berd4rah. Aku melahirkan zuriat untuk dia, sering keletihan menyusukan anak kami hingga tak cukup tidur, menyiapkan semua keperluan dalam rumah, makanan sedia terhidang bila L pulang dari kerja.

Dulupun awal perkahwinan, aku setia menyediakan bekal setiap pagi untukya ke tempat kerja. Susah payah kami selama ini, jatuh bangunnya, masalah di tempat kerja, aku yang memberikan dia semangat agar terus bertahan dan bangkit.

Aku tak kisah tidur beralaskan toto, aku tak kisah keluarkan duit deposit rumah lebih RM3000 waktu pindah masuk ke rumah sewa, awal perkahwinan kami. Bila kami dilimpahi rezeki, aku cuma minta pengertian dari seorang suami.

Walaupun suamiku berduit, tak pernah aku meminta bukan – bukan, yang aku pentingkan hanya simpanan untuk anak – anak. Jika aku bertegas dalam soal perbelanjaan kewangan L, dia mula akan cop aku nak kawal dia, katanya aku buat dia seolah budak – budak.

Padahal aku mahu yang terbaik untuk dia. Dia cukup boros dan memang tiada simpanan. Dan rentetan sering dim0mokkan perkataan poligami tanpa rasa empati dari L, sem4kin hari aku sem4kin taw4r hati. Aku ingin lari jauh, tapi kaki aku seolah terkunci, demi anak – anak. Aku kini belajar untuk melepaskan perasaan sayang dan cinta.

Biarpun r3muk di hati, aku katakan tiada sayang lagi. Kalau seorang suami yang mencintai isterinya, tergamakkah L melontarkan perihal poligami dan mengabaikan perasaan s4kit di hati aku? Aku anggap keberadaan aku hanya sebagai isteri atas nama.

Aku belajar untuk melepaskan dia pergi, hingga satu saat andainya benar dia memadukan aku. Aku perlu cukup kuat untuk pergi dan mulakan hidup baru. Aku perlu jaga hati aku agar tidak lebih terIuka lagi. Aku tidak ingin lagi menangis untuk seorang L yang tidak pernah mengerti dan menghargai perasaan aku.

Aku perlu bersedia dari segi kewangan, emosi dan mental bila hari itu tiba. Terkadang kita perlu pergi bukan kerana benci, tapi demi harga diri. Kepada L, bila kau baca luahan ini, cukuplah kau mengerti, walau hakik4tnya must4hil bagi diriku. Aku doakan semoga sinar bahagia menanti untuk diriku dan dirimu jua walau suatu hari kita bukan lagi suami isteri. – P (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Faraa Bella : Ni mesti si suami jarang involve dalam pengurusan anak – annak. Tu yang beriya nak tambah bini, sebab dia tau nikmat tambah anak je. Nikmat jaga anak dia lempar bagi bini handle. Choooi sungguh jantan camni. Bagi dia handle anak 2 orang tu sorang – sorang selama 8 jam. Tengok giIa dia pergi sampai lagu mana.

Aziha Nuril : Aku tak faham lelaki bila wife dia surirumah, dia macam ‘ugvt’ isteri dia yang dia dah sediakan segalanya, jadi wife ni ibarat hilang hak lain. Bila dia balik kerja macam dia sorang ja penat sebab dia ja kerja. Dia pandang wife bila tak kerja, bersenang lenang kat rumah. Sediakan semua keperluan tu, tanggungjawab. Kenapa nak kena macam pertikaikan, sebut – sebut. Lepas tu sikit – sikit ugvt dengan poligami. Sampah betul.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.