Pelik anak setiap hari menangis pergi tadika. Saya call tadika utk bincang, sekali mereka lupa end call. Saya dengar..

Siap2 dari rumah anak ok saja tapi bila nampak saja sekolah dari jauh, dia dah meraung dalam kereta. Saya cuba hubungi cikgu supaya dapat bincang. Manis lembut dia layan tapi Allah nak tunjuk, dia lupa off HP. Menggigil, berpeluh – peluh Pah dengar ayat2 yang keluar dari mulut dia..

#Foto sekadar hiasan. Perkongsian Pah kali ini berkisah benar, TR4UMA ANAK PAH KE TADIKA. Salam sayang semua pembaca setia coretan page ini, kali ni Pah nak share pengalaman Pah sendiri lalui fasa anak masuk ke tadika.

Pah percaya bila akhir tahun, semua ibubapa yang ada anak berumur 4 – 6 tahun mesti sibuk mencari tadika terbaik untuk si comel kita kan. Al maklumlah pengalaman pertama mereka ke sekolah. Tahun 2016, anak sulung Pah, berusia 5 tahun dan Pah sangat teruja nak hantar tadika.

Ini adalah salah satu sebab kenapa Pah berhenti dari kerja Arab Saudi sebab nak focus pada dia. 2015, OKTOBER, Pah berhenti dari Saudi, duduk rumah mak abah di kluang sementara mahligai kecil kami masih dalam renovation di JB.

Time tu Pah pregnant anak kedua. Dalam masa yang sama, sangat busy survey tadika yang terbaik untuk anak. Habis satu kluang pusing. Of course anak sulung excitednya lain macam kan. Akhirnya Pah pilih satu tadika (centre) agak GAH namanya, kalau dengar dah tahu MAHAL.

Dan confirm – confirm kalau hantar anak ke sini expctation dia, anak akan pandai. Tapi paling Pah tak sangka bila anak menangis hampir 3 bulan setiap kali nak pergi sekolah. Siap – siap dari rumah ok saja tapi bila nampak saja sekolah dari jauh dia dah meraung dalam kereta.

Puas pujuk macam – macam cara tapi tetap menangis. Sampai teacher dukung dia dari kereta, meronta – ronta, jerit nangis. Allahhhh sebenarnya hati ni tak kuat sangat tengok macam tu. Pah cuba yakinkan anak, “ummi hantar awak sekolah je, ummi tak balik, ummi tunggu dekat bawah dalam kereta.

Hakik4tnya balik rumah siap masak – masak dulu. Jadi kalau pagi hantar pakai baju kelawar, tengah hari ambil, Pah pastikan pakai baju yang sama sebab nak dia percaya Pah. Mula – mula Pah tanya dia, kenapa pergi sekolah menangis?

Dia jawab, “Awish takut ummi tinggalkan awish balik Madinah” Maafkan ummi sayang. Ya, ummi pernah tinggalkan awish dan pergi jauh, tapi kali ni ummi janji, ummi tak akan jauh lagi dengan awish.” Hari – hari hantar dia dengan membawa kesabaran yang tinggi sangat, kadang – kadang hilang juga sabar.

Tapi itulah hakik4t yang perlu Pah terima. Ada satu hari, dia balik sekolah dia cerita, “ummi, tadi teacher suruh awish diri dekat luar kelas, lama berdiri, tak boleh masuk kelas sebab awish nangis nanti kacau kawan – kawan nak belajar.”

Terk3jut Pah dengar tapi Pah tak backing dia depan – depan. Dalam hati ni menangis sebab apalah salah budak umur 5 tahun yang baru seminggu dua dalam dunia baru mereka, tentulah ambil masa nak sesuaikan diri. Kenapa teacher tak pujuk dia? Dah pujuk ke? Seribu persoalan timbul.

Ada ketika, seharian dia tak belajar, teacher suruh dia duduk jauh dari kawan – kawan dan hasut yang lain jangan dekat dengan dia. Sedihkan.. tapi Pah tetap menangkan cikgu bila nasihatkan dia. Satu hari, Pah cuba hubungi principle sebab Pah cadang nak try tukarkan anak ke session petang, mungkin sebab dia jadi moody kena bangun awal pagi.

“Salam puan Fara (Bukan nama sebenar), saya ingat nak berjumpa dengan puan sebab masalah anak saya.’’

“Hari ni saya busy nak bawa mak saya berurut, kenapa yer Sharifah?’’

“Yelah sebab dah dekat 2 bulan dia pergi sekolah menangis, jadi saya nak minta pendapat macam mana’’

“Oklah datang esok, kita jumpa.”

“Thanks puan Fara, saya dah puas pujuk awish yang saya takkan tinggalkan dia lagi, puan tolonglah saya pujuk awish. Suruh cikgu – cikgu pun bantu bagitau dia yang saya tunggu dia dekat bawah, saya tak balik.”

“Ok, insyaAllah Sharifah, jangan risau tau, teacher – teacher semua faham, nanti kita jumpa ok.’’ Baik tetul nada dia, lembut sangat.

Tetibaaaaaaaaa Allah nak tunjuk sesuatu di sebalik kelembutan suara dia!!!! Sebelum Pah letak telefon, Pah terdengar dia berbual dengan husband dia! Dia tak end call!! Menggigil, berpeluh – peluh Pah dengar ayat – ayat yang keluar dari mulut dia.

“Siapa tu? Suami dia tanya.

“ibu awish.’’ Dia jawab dengan nada yang kurang sedap. Husband dia pun incharge tadika tu juga.

“Nangis lagi ke pegi sekolah?’’ Suami dia tanya.

“iyerlahhhhhhhhhhh, hari – hari nangis, pastu boleh pulak ibu dia suruh kita pujuk – pujuk anak dia, eh kita pulak disuruh – suruh!!!! Dia pujuklah sendiri anak dia!!!!!! Ni esok tak taulah apa lagi dia nak, sebok nak jumpa.’’

Dengan nada mengejek – ejek, suara tinggi, nada marah. Tengah masih dia membebel, tetiba tuuuttt tuuutttt… Allahhhh kredit Handphone Pah abiss. Pah nangis semahu – mahunya. Ya Allah, apalah salah anak aku. Pah cerita dekat mak Pah sambil menahan sedih dan geram.

Pah terus siap – siap nak keluar sebab nak jumpa dia dekat sekolah time tu jugak. Mak nasihatkan tapi Pah berdegil, tak kiralah apa nak jadi aritu. Rasa dah lama menahan sabar. Sampai sekolah, takdir Allah, Allah tak izinkan Pah jumpa dia, dia baru saja keluar.

Pah duduk dekat tangga menangis. Mak pujuk, betul apa mak cakap. Kalau Pah tanya principle pasal hal telefon tu, nanti awish akan jadi m4ngsa keadaan dekat sekolah. Ikutkan hati nak berhentikan tapi memandangkan dah bayar mahal, 2k++, Pah akur dengan nasihat mak. SABAR.

Setiap kali nak hantar sekolah, Pah pulak yang nangis. Mengandung pulak masa tu memang em0si sangat. Doa dan doa tak putvs – putvs akhirnya dah tak nangis lagi. Tapi masih tak happy balik sekolah. Tak suka environment sekolah tu.

Sabarlah nak, sikit masa saja lagi. Sampailah hari akhir sekolah, penyampaian sijil, Pah balik tanpa bercakap apa – apa dengan principle tu. Tapi Pah dah maafkan perbuatan dia. Jadi, apa yang Pah nak cuba kongsikan tak semestinya tadika yang brand – brand mahal ni bagus, dan bukan semua tak bagus, semuanya berg4ntung pada owner dan cikgu – cikgu.

Jujur Pah boleh cakap semua cikgu – cikgu dekat tadika tu tak berkualiti, dan ownernya hanya mulut manis. Awish pernah cerita yang ada cikgu gunakan perkataan yang biadap dalam kelas.

“Ummi, tak baik kan kalau kita cakap b0ngok dan pergi m4mp*s kan?”

“Siapa cakap macam tu??”

“teacher cakap dekat kawan awish’’. Allahualam.

Setahun anak Pah di tadika tu, nak masuk 6 tahun masih tak pandai membaca!! Boleh imagine tak macam mana Pah punya susah hati dan gelabah. Sebulan RM330 bayar selama setahun tapi hampa. Budak yang cerdik, cekap, senang tangkap, cepat hafal, tapi pelik dia masih tak boleh baca.

Pah pulak setahun tu memang tiada ajar dekat rumah sebab bulat – bulat serah dekat tadika, tambah pulak em0si pregnant asyik letih saja. Lepas tu dah busy dengan baby baru. Pening jugak kepala risau sebab bila awish masuk darjah 1 nanti ada exam LINUS.

Dalam masa busy nak pindah ke JB Pah sekali lagi tr4uma nak cari tadika 6 tahun. Allahhh tolong aku Allah, tolong anak aku Allah. Akhirnya Allah gerakkan hati Pah pilih Little Caliph kawasan Pah tinggal. Hari pertama orentasi bersama parent Pah rasa seronok sebab happy dan excited sangat.

Masa nak ke toilet Pah melintas satu kelas semua budak – budak 4 – 6 tahun dengan beberapa teacher. Mereka asingkan ibubapa dengan anak – anak untuk taklimat. Pah rasa terharu dan airmata mengalir bila ada seorang teacher sedang peIuk seorang budak comel tengah menangis sambil berzikir.

Ya Allah, bila imbas kembali kena diri luar kelas sebab menangis, sedihhhnyaaaaaa, kesiannya anak aku. Sampai hati cikgu tu, padahal kalau pujuk mesti diam. Alhamdulilah, Pah dapat pilih tadika yang terbaik untuk 6 tahun.

Tak menangis lagi dah pergi sekolah. Semua teacher sayang dekat dia. Macam – macam pujian dapat. 3 bulan berlalu, positif progress pelajaran tapi masih merangkak – rangkak membaca. Pah kena cari jalan macam mana nak bantu.

Nasiblah Pah jumpa satu centre yang ada buat program membaca. Dalam masa 3 bulan saja dah boleh membaca cerita pendek. Alhamdulillah.. Terima kasih sudi membaca tau, moga Pah dapat share sesuatu yang bermanfaat.

Pah tiada niat nak burukkan mana – mana pihak tapi Pah pengalaman sendiri. Moga anak – anak kita semua membesar menjadi anak soleh dan solehah serta boleh banggakan ibu bapa, negara dan agama. Aamiin… Lots of love, – Sherifah ismail (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suffi Zahri : Bersepah tadika yang fokus nye adalah nama dan duit semata – mata. Sepupu saya penah keje kat 1 tadika di utara. Nak tau ape kelulusan die? PMR. Tu pnu failed. Memang slow budaknye sampai tahap nak sebut body part in English pun tak tahu.

Dia bukan pembantu tadika ye. Dia cikgu. Takpe la mungkin ada je tadika – tadika yang tak pentingkan kelulusan cikgu. Yuran bulanan boleh dik4takan mahal jugak. Tapi makan budak – budak bercatu. Kadang – kadang makan nasi dengan sup kaki ayam je, budak – budak nak tambah nasik, tak kasi.

Paling best, bab latihan. Sepupu saya kene tulis sendiri latihan dalam buku rampaian biase tu. Untuk setiap budak ye. Saya tanye la, takkan buku latihan pun takde? Die cakap iyeee.. boss pun kedekut. Nak print tak boleh, nak guna kertas tak boleh.

Depan parents, wahhh lemah lembut, masuk bakul kemahennn. Tapi dengan cikgu – cikgu, m4ki sedap mulut. Sepupu saya tu kata kadang – kadang dia macam nak je nasihat parents takyah la anto anak kat situ sebab ada parents yang PM dia.

Komplen yang yuran nak cepat – cepat, tapi hasil tak nampak. Saya kadang – kadang terpikir. Apa yang parents akan rasa kalau dia bayar yuran mahal – mahal kat tadika yang gah untuk anak belajar. Tapi cikgunye takde kelulusan pun.

Tidaklah saya ni nak rendahkan sepupu saya tu tapi saya cuma teringin tahu adakah parents akan pilih tadika tu kalau dia tahu level cikgu – cikgu tu setakat mana. Saya pernah ada pengalaman ngeri masa di prasekolah. Cikgu tu sangat garang.

Dalam banyak – banyak, guru saya jumpa dari prasekolah sampailah tingkatan 6 atas, tu cikgu paling bengis. Dia marah bukan marah sayang tau, marah menyampah kat budak. Tak salam civm tangan dia betul – betul, dia hoikan saya sambil jerkah. Tr4uma betul nak ke sekolah. Last sekali saya tumpang masuk darjah satu. Happy je. Hujung tahun baru masuk prasekolah balik.

Nurul Mohd : Tapi kan.. Puan dah d3ra em0si anak kerana puan nak jugak dia stay sebab puan kata puan dah spend rm2k. Kesian dia. Maaf la puan. Saya berkata begini sebab anak saya dan kawannya juga penah diletakkan dalam bilik store kerana kata cikgu, sebagai denda.

Bukan salah cikgu. Salah owner kerana tamak. Masa anak saya masuk, ratio cikgu dan anak ialah 1:4. Selepas 2 bulan.. ratio jadi 1:6. Cikgu – cikgu tertekan. Owner tamak sebab duk ambik budak tanpa kira kapasiti. Saya keluarkan anak saya immediately. Dan saya sound owner pre school tu. Tamak, tak padan dengan luaran.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?