Ayah aku kahwin dua, bila aku kenal mak tiri baru aku tahu kenapa ayah kahwin dua

Mak aku bekerjaya dan gaji pun lagi banyak dari ayah aku. Sebab tu mak fail dalam bab masak dan kemas rumah. Ayah plak nak kena layan macam raja. Ayah gunakan alasan mak tak pandai uruskan hal rumahtangga nak kahwin lain..

#Foto sekadar hiasan. Ayah aku kahwin dua. Ayah aku ni cerewet. Nak dijaga macam raja. Mak aku bab – bab masak dan jaga rumah ni agak fail lah. Bukan fail sangat pun. Cuma jenis yang ayah aku tak suka. Aku pun kadang – kadang – kadang rasa geram gak tengok rumah aku. Haha.

By the way, adik beradik kami ramai perempuan. So kami – kamilah yang bertanggungjawab buat kerja rumah semua. Mak aku pun kerja besar. Besar dari ayah aku, jadi dia bukan ada masa sangat nak setel rumah. Tapi masalahnya, ayah aku ada mentaliti yang kerja rumah ni kerja perempuan.

Tak pernah sekali pun dia tolong kami buat kerja rumah. Pastu dia rajin gak komplen. Adoi. Aku kadang – kadang nak marah ayah, aku pikir kami ramai perempuan. Dengan mentaliti orang sekarang, rumah sepah pun salah kami yang perempuan ni.

Tapi masalahnya, kadang – kadang sampai lebih. Mak aku gaji besar, jadi banyak mak aku yang beli barang. Ayah aku bayar bil, yuran camtu je. Sebab mak aku tak bagus sangat bab – bab hal rumah, ayah aku jadikan ni alasan kahwin lain.

(Padahal aku rasa ayah aku sendiri salah dalam hal ni, dia sendiri tak cukup bagus. Bab – bab belanja keluarga pun dia berkira.) Pastu ayah aku kawin lain, mak tiri aku ni bagus. Rumah bersih, masak sedap. Memang jenis yang ayah aku suka la.

Tapi aku kesian kat dia. Sebab per4ngai ayah aku yang layan perempuan macam tu. Ayah aku baik. Agak bertanggungjawab. Tapi ayah aku suka mengeIat. Dia nak senang je. Kesian aku tengok mak – mak aku. Time raya yang lepas, mak – mak aku buat rumah terbuka.

Time rumah aku buat, ayah aku lepak umah mak tiri. Datang time da nak dekat waktu tetamu datang and tolong sikit – sikit je macam beli ais, pinggan poIiste0n camtu. Pastu layan tetamu. Kami la yang bertungkus lumus setel semua yang boleh.

Pastu time mak tiri aku punya turn rumah terbuka, dia lepak rumah kami pulak. Tapi time tu sebab rumah kami pun ada tetamu. So bukan salah sangat lah kot. Tapi aku still tak setuju sangat. Sebab perkara – perkara macam ni da banyak kali berlaku.

Rumah – rumah kami ni macam hotel. Nak check in check out suka hati. Time tidur je ikut turn. Rumah aku takde makanan balik rumah sana Mujur mak tiri aku memang pandai buat kerja – kerja macam ni. Tapi sian gak kat dia.

Sebab dia sorang je. Takde anak pon. Macam kami ramai. Tapi yang bagusnya mak tiri aku ni, dia tak mengungkit, tak komplen. Dia layan je abah aku. So kadang – kadang bila aku rasa nak marah kat ayah aku, aku fikir dia.

Mungkin aku ni hati busuk, berkira. Aku pun tak tahu la. Mak aku pun salah gak mungkin, sebab dia pun tak pandai nak jaga. Tak macam mak tiri aku. Entahlah. Aku cuma harap, aku tak dapat laki macam ayah aku. Dalam hati ni rasa nak marah sangat kat dia.

Tapi payah la, sebab orang laki ni eg0. Tak nak cakap dia salah. Aku harap ayah aku bertaubat dan berubah. Dan layan mak – mak aku dengan lebih baik. Aku harap kaum – kaum lelaki kat luar sana pun kena faham betapa susahnya kaum perempuan sekarang ni. Dilayan macam ni.

Bukan senang untuk mak aku ni nak poIigami. Lagi pulak bila ayah guna alasan yang isteri dia tak cukup bagus. Walaupun banyak kurang, tapi mak aku ni kira kuat la sebab cuba sabar dengan ujian dia. Semoga mak aku terus kuat.

(Kalau korang tanya kenapa tak cerai, diorang pernah dan sebab kami adik beradik jugak diorang rujuk balik.) Aku sendiri pun pening. Bila mak aku buat per4ngai, aku kadang rasa nak marah. Tapi aku paham bukan senang nak ada kat tempat dia.

Jadi  aku cuba sabar. Ayah aku ni pun satu. Sampai bila lah dia nak tak sedar diri macam ni. Suruh sembahyang jemaah kat masjid pun susah pastu pandai nak syarah tentang tanggungjawab wanita. Kadang – kadang rasa nak peIangkung dua – dua.

Buat s4kit jiwa layan kerenah dua – dua. Hemmm.. Tapi sekurang – kurangnya daripada perkara – perkara macam ni buat aku fikir dan belajar banyak menda. InsyaAllah. Tujuan aku tulis ni bukan nak suruh korang hent4m aku atau ayah aku atau mak aku atau sesiapa je, aku cuma harap sekurang – kurangnya ada orang boleh refIect dengan apa yang aku tulis ni.

Kahwin ni kerja sama – sama bukan kerja sorang – sorang. Belajar – belajarlah ada comm0n sense, bertanggungjawab dan buat baik kat orang lain. Dengan memberi, kita akan dapat lebih. InsyaAllah. Okaylah. Assalamualaikum. – Anak

Komen Warganet :

Asiah Al-yahya : Hurmmm…. Sebab mentaliti kaum Adam yan macam ni la.. Aku jadi fed up dengan lelaki, sekarang ni perempuan kalo tak ada laki pun leh hidup. Sebab sume perempuan mahir boleh buat, bukan sebab perempuan TERLALU berdikari. Tapi sebab lelaki yan TAK sedar diri / tanggungjawab, Yee tahu.. Bukan sume, tapi daripada 10, 8 orang kot per4ngai macam nih.. S4kit je hati.

Laila Nazirah : Alasan sorang lelaki, kalau dia fikir tanggungjawab sebagai lelaki. Dia takkan guna duit isteri. Walaupon susah macam mana pon seorang lelaki mesti fikir untuk elakkan guna duit isteri sebab tu memang tanggungjawab sorang suami. Kalau tak jangan jadi lelaki. Bab kahwin dua semangat bab nafkah banyak alasan.

Yang penting usha, wanita plak apa pon jangan abaikan family. Rumah yang bersih pennting untuk keharmonian rumah tangga. Tak payah g4duh tugas sape. Bagi saya sebagai wanita saya rela sebab memang diajar itu tugas isteri kalau dapat suami yang mmbntu Alhamdulillah. Biar rumah kecil tapi bersih. InshaAllah, biar tak pandai masak janji kita usaha bagi yang terbaik untuk family kita.

Fathanah Jamilah Hisham Zuhudy : Life dia ni menarik. Kalau tambah benda yang fun sikit. Gi enj0y hoIiday ke sesama the whole family tapi pastikan bapak la yang bayar. Haha. So at least bapak kasi duit. Mak – mak buat kerja masing – masing. Anak – anak jalankan tanggungjawab sebagai anak. Dah nak buat macam mana. Sampai ke tua masing – masing gitu per4ngainya. Yang penting takde buat jahat.

Tapi rasanya carila jalan untuk kembali kepada Allah. Tadi dengar kat radio ikim, paling penting jinakkan diri dengan masjid. Bukan senang. Tapi inshAllah. Sikit – sikit. Slow – slow. Konsisten. Pasti ade kejayaan dan hasil. Solat jemaah. Doa. Semoga bahagia!

Mashinoda Mashi : Tak bole la nak salahkn mak ko. Macam aku banyak kerja umah laki aku buat sebab aku ni banyak s4kit. Baru basuh pinggan, da kud1s – kud1s jari. Baru sapu habuk, da bersin – bersin. Tangan kene minyak panas, Iuka lambat baik jadi bern4nah. Kene gig1t nyamuk pun jadi kud1s. So mungkin mak ko tak berkemampuan bukan tak nak tapi tak boleh.

Ko kata gaji parent ko besarkan. Amik la orang gaji so masing – masing tak merungut. Ayah ko pun jaid camtu sebab didikan kat umah. Manjakan sangat anak laki tak bagi wat keje umah. Mak tiri ko memang bagus pandai kemas umah masak sume tapi sebab dia sorang kot. Da ade anak kang tengok la umah sepah ke tak.

Ismaratul Aisya : Maaf, ayah kamu memang patut kene hent4m sebab tak bertanggungjawab. Kalau nak isteri uruskan semua kerja rumah jangan izinkan isteri kerja dan bagi duit poket. Kalau setakat nyembang lembu pun boleh kawen.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.