Ayah hanya pemandu bas. Satu hari, ayah bawa saya jumpa mak tiri, janda anak 10. Lepas beberapa tahun, ayah kahwin isteri ketiga

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Dua bulan ayah koma, akhirnya ayah pergi. Ketika itulah mak tiri nombor 2 naik h4ntu. Masih terbayang saat orang angkat jen4zah ayah masuk ke liang Iahad. Mak tiri kedua saya mengherdik, mengh1na, dan mencaci jen4zah ayah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya Cahaya, bukan nama sebenar. Saya ada cerita yang ingin saya kongsikan sekadar sebagai pengajaran buat lelaki dan para suami di luar sana. Saya anak tunggal dalam keluarga. Sama seperti keluarga yang lain, saya berasa bahagia, tetapi semuanya berubah setelah ayah buat keputusan untuk berkahwin dua (poligami).

Saya masih terbayang saat kali pertama ayah bawa saya berjumpa dengan mak tiri. Masa itu, ayah saya bekerja sebagai pemandu bas mini di sebuah negeri di Malaysia. Ayah menyuruh saya dan mak ikut buat kerja. Dan di saat menaiki bas itulah saya melihat mak tiri serta kakak tiri, abang tiri, dan adik tiri dalam bas itu.

Ya, ayah saya berkahwin dengan seorang janda anak sepuluh. Sebagai seorang anak tunggal, saya lah yang paling terkesan. Tanpa saya sedari, air mata mengalir tanpa henti kerana saya sedih. Pada waktu itu, saya masih berumur 10 tahun. Maaf kalau saya tak pandai nak karang cerita sebab saya tulis apa yang ada dalam fikiran saya sahaja.

Sejak dari hari itu, kehidupan kami berubah. Ayah banyak menghabiskan masa bersama mereka kalau nak dibandingkan dengan sini. Mungkin sebulan cuma sekali sahaja ayah tidur di rumah mak saya. Mak seorang wanita yang luar biasa sabarnya.

Apa sahaja, mak lalui dengan tenang tanpa bermusvhan dengan madunya. Mak layan dengan baik sekali. Masih aku ingat pada hari itu, di mana mak tiri saya datang ser4ng mak buat kali pertama dan di situlah kebencian mula terbit dari hati.

Ceritanya, masa itu ayah saya tidur tiga hari tak pulang ke rumahnya. Pagi itu, aku baru bangun, aku nampak ayah tengah bergelut dengan mak tiri saya. Saya masih tak faham apa yang berlaku sehinggakan saya nampak dia ambil air panas dalam mug, dia siram ayah saya.

Saya terus beritahu mak, terus mak saya berg4duh. Bermacam – macam ayat meny4kitkan yang aku dengar, yang tak mampu aku ceritakan semuanya di sini. Salahkah ayah tidur tiga hari di rumah? Soalan itu buatkan saya tertanya – tanya sehingga sekarang.

Saya masih tidak faham kenapa mak tiri saya tersangat dengki dengan saya. Sedangkan dia yang ambil ayah saya, bukan saya yang ambil ayah beliau. Serba – serbi dia dengki terhadap saya dan mak. Kalau nak diceritakan kesemuanya, saya masih tak mampu nak ceritakan.

Mak mend3rita selepas ayah kahwin lain. Mak banyak makan hati, mak banyak mengalah sebagai bini tua. Saya melihat keadaan itu satu persatu. Dari segi nafkah, sememangnya di sana yang lebih dari mak. Daripada saya tidak boleh tidur tanpa ayah, sekarang saya menjadi seorang yang benci – benci untuk melihat wajahnya mahupun bunyi motornya.

Saya skip ceritanya sebab saya tak mampu nak ceritakan semuanya. Ayah saya berkahwin tiga, dan yang ketiga itu saya namakan sebagai Ina, bukan nama sebenar. Ayah berkawan dengan Ina sejak saya berumur belasan tahun lagi. Mak reda ayah berkawan dengan Ina, dan saya juga merestuinya kerana Ina terlalu baik.

Ayah saya berkahwin dengan Ina tanpa pengetahuan bini keduanya. Ayah saya menyuruh saya dan mak merahsiakan kerana bini kedua ayah saya agak agresif. Berpuluh tahun berlalu sehinggalah Malaysia dilanda wabak kovit19. Ayah dijangkiti kovit di rumah Ina dan kemudian ayah pulang ke rumah saya.

Puas saya memujuk ayah supaya pergi ke hospitaI, tetapi ayah berdegil sehinggalah di suatu pagi, oksigen ayah mulai turun dan saya menghantar ayah ke hospitaI. Ayah masuk wad kovit tahap 4 dan pakai oksigen. Alhamdulillah, ayah boleh keluar wad. A

yah balik ke rumah tetapi ayah dah tak seperti dahulu lagi. Memori ayah banyak yang ayah dah lupa, termasuk nombor. Tangan ayah jadi lembik sebeIah, ibarat seperti lumpuh. Dan di sinilah bermulanya cerita pertama. Ayah melalui hari – hari s4kitnya di rumah saya.

Ayah tak makan berbulan – bulan. Badannya sedia kurus menjadi lebih kurus. Mak – mak tiri langsung tak menjenguk ayah saya. Hari – hari ayah tunggu di luar rumah dengan harapan bini – bininya datang, tetapi sebaliknya tidak. Kesian ayah pada waktu itu.

Maklah yang k0rbankan semuanya, menerima semua kehendak Tuhan. Selepas sembuh, ayah mahu pergi kerja. Waktu itu, ayah bekerja sebagai pemandu lori. Ayah pergi kerja tetapi tangannya tidak boleh menulis seperti dahulu. Saya lah yang menulis semua kerja – kerja ayah.

Ayah pergi cucuk vaksin yang kedua dengan harapan ayah dapat pergi ke negara jiran kerana ingin bersiar – siar. Siapalah kita hendak meIawan takdir Tuhan. Sebulan selepas cucuk vaksin, petang tersebut ayah balik rumah. Katanya, “Ayah tak kerja hari ni, lori rosak.”

Ayah makan makanan yang dibelinya, ayah cakap ayah tak sihat, s4kit d4da banyak hari dah. Lalu, ayah pulang ke rumah Ina. Malam itu, ayah telefon. Ayah cakap ayah s4kit d4da sangat, dan ya, ayah kena ser4ngan jantung. Pagi itu saya hantar ayah.

Ubat cair d4rah dimasukkan dalam badan ayah sebanyak tiga botol tetapi tidak berkesan. Doktor ambil keputusan untuk menidurkan ayah dengan persetujuan saya serta mak. Sebagai anak tunggal, luluh hati saya. Waktu itu, saya tak mampu nak keluarkan sepatah pun perkataan.

Hanyalah air mata mengiringi zon merah, dan ayah dihantar ke hospitaI besar di sebuah negeri. Diringkaskan cerita lagi, bini kedua ayah yang uruskan semua urusan ayah di sana. Dan di sinilah bermula tragedi yang tak dapat aku maafkan.

Kawan ayah yang bawa ayah pergi menikah di Thailand dan kawan itulah yang membocorkan rahsia yang lama kami simpan selama berpuluh tahun. Lama ayah koma di hospitaI. Dua bulan ayah koma. Masih teringat di mana hari itu ada anak yatim datang buat wakaf tanah.

Aku buat wakaf itu atas nama ayah dan aku menyuruh anak yatim itu mendoakan semoga ayah dimudahkan sakaratul m4utnya. Allah lebih menyayangi ayah. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang itu juga. Hilang arah, gelap, menggigil tangan pada waktu itu.

Aku tidak tahu bagaimana cara untuk meluahkan perasaan sama ada ingin ketawa atau menangis. Aku jadi blur pada waktu itu. Mak tiri nombor dua saya datang ambil, dan kami terus ke hospitaI. Di situlah segalanya bermula. Mak tiri (2) cakap ayah saya meninggaI sebab terkena nasi kangkang.

Urusan pengebvmian ayah berjalan sangat laju. Kami kebvmikan ayah pada malam itu juga. Masih terbayang saat orang angkat ayah nak masuk ke liang Iahad. Di sinilah mak tiri (2) saya mengherdik, mengh1na, dan mencaci m4yat ayah saya.
“Inilah manusia penipu,” katanya.

Saya marah tetapi saya tak mampu nak buat apa – apa. Seolah – olah seperti ayah sedang memeIuk saya dan meminta saya bersabar. Buat ayah, saya sedia memaafkan. Apa jua, ayah tetap ayah saya. Jika tiada ayah, tiadalah saya di dunia ini.

Buat kamu, saya mendoakan semoga kamu mendapat baIasan yang setimpal dengan apa yang kamu fitnah selama ini. Sekian cerita dari anak tunggal. – Cahaya (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Tun Ramos : Setiap orang ada kisahnya. Kisah anda sangat sedih sebab dapat ayah sebegitu. Semoga anda bertambah kuat dan tenang menghadapi ujian kehidupan di dunia ini.

Amelia Arissa : Biasanya yang kedua ni dia ambil orang punya boleh, acah – acah yang pertama kena redho lah, takdir lah, jodoh lah, sekadar berkongsi bla bla bla. Tapi bila orang lain ambil dia punya, dia punya ribut punya mer0yan ya Allah lagi d4hsyat lagi huru hara dari yang pertama.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.