Suami kuat cemburu, suruh aku berhenti kerja. Dekat rumah dia syak aku sorok lelaki dekat dapur. Suami senyap-senyap intai dekat tingkap

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Satu hari tu, suami balik kerja tapi dia sorok – sorok tengok aku dekat tingkap sebab dia ingat aku tengah video call dengan jantan. Ada jugak baru balik kerja, masuk je rumah dia terus buka pintu dapur, dia kata ade orang menyorok..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, terima kasih andai artikel ini disiarkan. Aku gelarkan diri aku Reen jelah ye, umur aku 29 tahun sudah 4 tahun berkahwin, suami aku tua dari aku 7 tahun. Dalam perkahwinan ini aku pernah sekali bercerai tapi kami rujuk semula kerana mengenangkan rumahtangga yang masih baru dan juga mungkin ada kekhilafan dari diri aku sendiri yang aku tak sedar.

Ohh ya, kami juga belum dikurniakan cahaya mata. Aku dan suami aku berkenalan melalui kawan baik aku iaitu anak saud4ra suami aku jugak. Selepas 3 tahun bercinta, bertunang, kami pun berkahwin. Di awal perkahwinan suami aku mintak untuk aku berhenti kerja, jadi aku turut kan jugak lah.

Walaupon masa tu aku memang sayangg sangat dengan tempat keje aku sebab bos baik, enviroment tak t0xic, gaji pon ok lah untuk aku yang belajar setakat level spm ni. Aku rasa perkahwinan aku macam drama andainya takdir lakonan shukri yahya dan nina iskandar.

Suami aku sangat baik orangnya, tak pernah culas bab nafkah, pandai masak, rajin tolong aku urus kan rumah, sangat setia orang nya, penyayang jugak. Punca kami bercerai adalah suami aku yang terlalu kuat cemburu, selalu cakap aku ada laki lain, ini jugak menjadi punca aku berhenti kerjaa, sebab aku keje bahagian transport di mana aku je satu – satunya perempuan di dalam ofis sebagai kerani.

Aku selalu mintak dengan suami aku, anggap lah aku ni perempuan yang baik – baik jangan anggap aku ni murahan. Sampai tahap dia pernah tuduh aku buat maksi4t dalam tandas. Luluh sangat hati aku, tapi aku sabar sebab aku memang tak buat dan aku tak takut, pernah jugak dik4tanya aku ni menggatal dengan laki – laki dekat ofis, lillahi taala.

Aku berkerja di sana, yang ada no phone aku yang cuma, manager, exec, supervisor je. Dan masing – masing pon sudah berkahwin, aku tak pernah terfikir nak menggatal dengan suami orang, aku masih ada maruah, aku masih ingat mak bapak aku, aku ingat yang aku ni dah bersuami.

Aku pernah tukar no fon sebab dia tak percaya dengan aku, jangan kata no fon je aku tukar sebab dia, sampai facebook, instagram, aku buat account baru dan dia pon tahu password, anytime boleh buka. Twitter, dia mintak aku deactive account, pon aku buat jugak, telegram pon aku tutup sebab dia.

Jalan – jalan untuk aku menduakan suami aku memang takde dan sepanjang aku bercinta sampailah menikah, dia je laki yang satu – satunya aku ada. Jadi kesudahannya aku berhenti kerja sebab aku malas nak berg4duh, aku nak tenang je.

Sangkaan aku salah, rupanya selepas berhenti kerja lagi teruk dia buat aku. Pernah sekali dia balik kerja tapi dia sorok – sorok tengok aku dekat tingkap sebab dia ingat aku mungkin tengah video call atau apa – apa sahaja lah. Ada jugak dia baru balik kerja, masuk rumah dia terus buka pintu dapur, dia kata ade orang menyorok dekat belakang dan dia cakap aku bawak balik jantan. Ya Allah s4kitnya hati Allah je yang tahu.

Suami aku jugak tak izinkan aku pakai skin care, jadinya kulit muka aku memang kusam, minyak wangi? Lagi lahh, dia h4ramkan lansung aku pakai. Beli seluar dalam pon kena ikut kehendak dia. Dia tak fikir keselesaan aku macam mana. Kita perempuan mesti kita tahu apa yang selesa dengan badan kita dan banyak lagi yang di pernah buat kat aku, cuma kalau aku list kan memang tersangat lah panjang.

Kemuncak penceraian kami berlaku akibat suami aku tak balik ke rumah seminggu, puas aku mencari, di rumah maknya, tapi takde. Aku dipersalahkan cukup – cukup oleh keluarga mertua, katanya aku tiada adab dan tak hormat suami.

Sedangkan dia marah m4ki hamun aku pon aku diam. Jadi di mananya aku tak hormat suami? Sedangkan suami aku pukuI aku sampai Iebam badan dan muka, aku takde baIas sikit pon. Suami aku m4ki h1na aku, cakap aku tak cantik, aku ni tak diajar betul – betul dengan orang tua. Aku hanya diam, sebab kalau aku meIawan m4kin teruk jadinya.

Tapi sejam atau 2 jam selepas berg4duh, dia akan pujuk aku balik, dia rase bersalah. Betul – betul aku cakap, lelaki macam airil dalam cerita andainya takdir tu memang wujud. Terlalu obses dengan isteri sendiri, tapi cara sayangnya tu salah dan melampau, setia dan sayang, tapi kuat cemburu, kuat m4ki hamun, rajin naik tangan.

Selepas hampir 9 bulan kami tidak sebumbung, aku dah berkerja dan talak juga telah jatuh masa tu, suami aku sangat bersungguh dalam pujuk aku semula, dia janji dia akan berubah, dia izinkan aku kerja, dia bayarkan deposit kan jugak untuk kereta baru aku.

Tapi janji tinggal janji, ulang semula. Seperti membaca buku yang sama, skrip yang sama. Aku sungguh menyesal sebab rujuk dengan dia, bukan setakat rujuk, menyesal jugak kenal, dia je satu – satunya jantan yang pernah naik tangan kat aku. M4ki hamun aku teruk – teruk macam tu. Nak tulis apa yang dia m4ki aku pon luluh hati rasanya.

Aku sungguh sayang sangat dengan suami aku tapi aku benci perbuatannya terhadap aku selama ini. Dan aku jugak sangat malu sekiranya peceraian berlaku lagi, sesungguhnya aku dalam dilema, memikirkan orang tua aku. Mesti malu kalau anak perempuan dia ni bercerai lagi.

Dalam masa yang sama, aku jugak bersyukur sebab belum dikurniakan zuriat, mungkin ini hikmahnya, andai kata kalau aku bercerai sekali lagi, aku tahu apa yang akan jadi kalau aku rujuk semula, atau berhubung atas dasar anak. Tapi bila semua ni akan berakhir??

Apa lagi yang aku mampu buat, aku sangat sayangkan suami aku, puas aku berdoa mintak Allah lembutkan hati dia, mintak sentiasa fikir yang aku perempuan yang baik. Perkahwinan aku sangat t0xic. Aku sangat – sangat tertekan, aku cuma fikir, mungkin kalau aku m4ti atau aku tarik nyawa sendiri semua ni akan berakhir.

Sungguh aku tak mampu hadap suami aku, aku tak mampu hadap mulut orang bercakap tentang penceraian aku lagi. Aku tak kuat, aku malu. – Reen (bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Faranisyah Hakim : Sebagai ibu kepada anak anak perempuan yang sedang meningkat dewasa, saya tak malu anak bercerai kalau dia did3ra ( tapi Nauzubillahuminzaalik, mintak dijauhkan). I rather biarkan orang nak cakap apa dari berlaku apa apa yang h4rmful kat my daughters.

Penat membela dengan baik bertahun – tahun, tiba – tiba nak dibiarkan Iebam – Iebam di tangan suaminya, memang idok ler. Silap – silap menantu aku tu yang Iebam – Iebam aku kerjakan. Jangan main – main dengan emak – emak ye. Kita besarkan anak – anak supaya dia jadi manusia yang berguna pada orang lain dan menyumbang pada masyarakat.

Bukan untuk dibuIi manusia lain. Tapi terpulang lah pada adik, kalau boleh.. dapatkan pandangan dari keluarga. Tak usah fikir mereka malu ke apa tanpa dapat info apa – apa dari adik.

Sherry Na : Berpisahlah kalau dah tak ada sakinah dalam rumahtangga. Memang silap besar kamu rujuk semula sebab per4ngai macam tu selalunya sampai ke akhir hayat takkan berubah sebab dah jadi tabiat. Sebenarnya dia perIukan sesi kaunseling dengan pakar sebab kelakuan dia tu one of mental illness. Kena makan ubat.

Tak payahlah fikir malu keluarga ke apa. Yang hadap dia setiap hari tu kamu. Yang Iebam kena pukuI tu kamu jugak. Sayang diri sendiri dulu sebelum nak ambil kisah pandangan orang yang tak duduk di tempat kamu. All the best.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.