
Aku sekarang rasa tak nak balik rumah, rasa nak nangis tengok mak, geram tengok muka bapak. Aku jijik bila bapa mesra – mesra dengan emak. Perempuan kelab tu umur sama aku! Bapak aku dah 50-an. Emak mesti tak percaya..
#Foto sekadar hiasan / AI. Macam mana aku nak beritahu emak dan adik beradik pasal skandal bapak dengan GRO karaoke? Aku sudah buat siasatan tentang perempuan itu, tempat dia bekerja dan tinggal, serta sudah ikut intip aktiviti mereka semata – mata untuk sahkan betul atau tidak bapak ada skandal.
Hasil cerapan maklumat memang SAH bapak ada skandal. Waktu malam bapak akan jumpa di kelab, bila siang bapak jumpa waktu pejabat. Bapak memang pandai sorok kegiatan dia. Tapi pandai – pandai pun tetap terkantoi dengan aku juga.
Mula – mula memang aku tak boleh nak percaya, tapi bila sudah ada macam – macam bukti ni… dah tak boleh dinafikan lagi. Arghhh tertekannya. Aku rasa tersepit antara nak bagitahu atau tak dekat mak aku. Selama ini depan emak, depan kami, anak – anak memang pijak semut pun tak m4ti.
Sikap bapak memang romantik dengan emak. Aku selalu cakap dalam hati, bertuahnya ada suami macam bapak dan aku bercita – cita nak cari suami macam bapak. Sebab tu aku tak percaya, tapi sekarang. Kalau aku cerita dengan emak, dah tentu emak tak percaya, silap – silap aku yang dituduh pandai buat cerita.
Bapak keluar malam, emak tak pernah risau sebab emak memang percaya sangat dengan bapak. Pendek kata semua maklumat tentang bapak dan perempuan tu ada dalam tangan aku. Perempuan kelab tu muda lagi, sebaya dengan aku, dalam umur 25 tahun, sedangkan bapak pula sudah 50-an.
Entah – entah dah sebaya bapak perempuan tu. Yang herannya, perempuan itu tinggal dengan keluarga dan yang tak boleh diterima akal, keluarga dia tahu pekerjaan perempuan tu dan mereka tak kisah pun. Mana aku tahu? Aku ada pengintip di kawasan dia tinggal dan aku ikut sama perhatikan.
Orang di kawasan itu pun sudah tak larat hendak tegur emak perempuan tu, tapi emak dia tidak kisah, yelah, perempuan tu yang menyara keluarga, asalkan ada duit tak kisah halal h4ram. Dari apa yang aku perhatikan, keluarga mereka pun bermasalah.
Mula – mula dulu aku fikir mungkin bapak hanya nak tolong perempuan itu. Tapi bila aku dah nampak dengan mata kepala sendiri dan intip bapak bawa perempuan itu ke bilik hotel. Bukan sekali tapi banyak kali, aku rasa ini dah lain dah. Dah lama aku ikut penipuan bapak ni, meluat bila tengok bapak berlakon baik depan emak.
Sebab fikirkan emak saja.. Tapi sekarang ni dah tak tertanggung rasanya.. Malu dengan kawan – kawan dengan perbuatan bapak aku tu. Apa yang patut aku buat? Apa tindakan yang aku perlu ambil? Aku seboleh – bolehnya tak nak tengok muka bapak dan emak.
Rasa nak menangis bila tengok muka emak yang naif. Rasa geram tengok muka bapak, apatah lagi bila tengok bapak bermesra dengan emak. Kesian emak kena tipu. Hari ni pun aku nak duduk lebih lama di pejabat, rasa janggal duduk depat rumah. Aku takut tak mampu nak sabar, boleh meletus.
Waktu siang di pejabat ramai orang dan aku sibukkan diri supaya tidak terasa sangat masalah ini. Tapi bila sudah sunyi, aku mula berfikir lagi. Aku kalau boleh tak mahu adik – adik tahu tentang bapak. Seorang hendak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, seorang lagi sedang juga masih di sekolah menangah. Kedua – duanya lelaki.
Aku seorang perempuan dan anak sulung. Aku takut kalau adik – adik tahu, akan hilang rasa hormat dekat bapak. Aku takut bila emak tahu, keadaan akan berubah. Sudah pasti emak akan sedih. Aku takut adik – adik member0ntak. Aku takut pelajaran mereka terabai. Aku takut semuanya tidak sama seperti sebelumnya.
Nak bercerita kepada tunang, dia pun jauh di luar Malaysia. Yang tahu cerita ini cuma kawan – kawan rapat aku sahaja, tetapi masing – masing ada komitmen keluarga. Aku rasa betul lah aku patut bersemuka dengan bapak. Tapi tulah, aku perIukan kekuatan. B
iar lah aku sahaja yang tahu, sekurang – kurangnya aku kenal diri aku dan aku masih mampu kawal diri aku, tetapi jangan adik – adik aku tahu, mereka tak boleh terima, tambahan dalam keadaan masing – masing str3ss dengan peperiksaan. Nanti kesian emak hendak tanggung per4ngai bapak dan per4ngai adik – adik lagi nanti. Mesti emak kecewa.
Mesti emak tak sangka kenapa baru sekarang, kenapa tidak dari dulu. Kalaupun bapak mampu, kenapa tak buat cara yang baik, sekurang – kurangnya carilah perempuan yang elok, yang sesuai untuk kami panggil makcik. Serabutlah kepala. Kalau terjadi apa – apa pada emak, aku tidak tahu boleh atau tidak aku maafkan bapak. Aku penat, str3ss pikir masalah ni. Rasa terbeban.
Komen Netizen :
Baiduri Othman : Kalau saya di tempat anak sugar daddy memang saya terIuka. Dah semestinya kecewa tengok ayah saya buat maksi4t. Yalah kita bagi nasihat kat orang senang je bunyi. Easier said than done. Apa – apa pun sebagai anak – kita harus supportive kat ayah dan bimbing dia bila dia buat silap.
Of course diiringi dengan doa memohon kepada Allah swt. supaya ayah kita bertaubat. Bincang baik – baik dengan ayah. Bawa adik beradik sekali tapi jangan libatkan ibu korang. Mana tau sejuk hati ayah. Jahat – jahat pun ayah korang jugak kan. Buatlah sesuatu yang boleh ayah korang appreciate korang dan boleh buat dia tak nak buat kerja tu lagi.
Little Secret : Perkara ni mungkin mudah diselesaikan kalau tak membabitkan mak ko tapi realitinya mak ko kena tahu hal ni. Nak selesaikan perkara ni macam kata orang tua – tua. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak berselerak.Apatah lagi dalam usia emas mak pak ko tu..
Dan aku rasa daripada apa ygan ko citer tentang mak ko… memang susah la nak yakinkan dia. Aku rasa korang adik badik perlu berbincang dan semuka dengan bapak ko… first step la.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.