Ayah minta RM30 ribu dekat mak jika mahu diceraikan

Selama 15 tahun rupanya ayah tipu mak, dia masih lagi berhubung dengan ‘bekas’ isteri yang konon telah diceraikan. Aku bawa mak aku ke mahkamah untuk buat permohonan fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada rekod jenay4h cabuI sewaktu kami kecil. 

#Foto sekadar hiasan. Ramai lelaki seronok bila bercakap tentang topik poIigami. Seronok bila punyai isteri lebih dari seorang. Seronok memikirkan nikmat batin yang boleh dirasai. Wahai lelaki, bacalah kisah ini moga menjadi panduan dan pedoman di hari muka.

Aku seorang anak lelaki, dan hari ini akan aku kongsi kisah hak1kat sebenar poIigami kepada anda semua terutamanya lelaki. Perihal poligami bukan hanya sekadar berkahwin lebih dari seorang, tetapi ia jauh lebih berat dari itu.

Kisah ini adalah berkenaan ayah aku. Pada tahun 1998, ayah aku kant0i dengan mak aku bahawa dia mempunyai perempuan simpanan. Pada masa tersebut dia sudahpun ada seorang anak dengan perempuan tersebut. Mak aku pada waktu itu sibuk menjaga kami adik beradik yang masih kecil, dan mungkin kerana mak aku sibuk menjaga anak – anak lalu ayah aku ambil kesempatan untuk menikah lain.

Walaupun masa itu aku berusia 7 tahun, aku masih ingat saat mak aku bawak semua adik – adik beradik aku, ada yang berdukung, ada yang dalam str0ller pergi rumah perempuan itu. Lebih meng3jutkan, rumah perempuan itu hanya jalan kaki saja jaraknya! Dekat! Mungkin dalam 200 – 300 meter sahaja jaraknya. Semestinya mak aku terk3jut dan kecewa dengan tindakan ayah aku untuk bernikah lain walhal rumahtangga dijaga elok, hari – hari masak, kemas rumah dan jaga anak – anak. Apa lagi yang ayah aku mahu?

Setibanya di rumah perempuan itu, ayah aku ada dalam rumah perempuan itu maka mulalah mak aku meng4muk sehinggalah ayah aku melafazkan cerai terhadap perempuan tersebut secara lisan dan bertulis. Mak percaya bahawa ayah tidak lagi berhubung dengan perempuan tersebut dan cerita ini berakhir di sini. Sejak dari peristiwa tersebut, perniagaan ayah tidak menjadi dan bankrup. Tiada wang yang mencukupi kami terp4ksa pindah ke rumah nenek ( mak kepada ayah ) buat sementara waktu. Mak berniaga kuih dan nasi lemak setiap pagi ayah pula mula bekerja sebabai pemandu teksi untuk mencari duit belanja demi anak – anak.

Hari – hari si ayah keluar mencari rezeki namun bila pulang malam hanya sedikit saja duit belanja yang ada untuk mak. Mak bersabar kerana begitulah suami isteri, susah senang bersama, perlu bertoIeransi. Lagipun duit pendapatan jual kuih dan nasi lemak juga ada sedikit untuk meringankan beban keluarga. Tahun berganti tahun, ada sahaja yang tidak kena. Teksi ayah kerap r0sak dan sewa teksi semak1n tertunggak. Selalu juga mak keluarkan duit simpanannya untuk bantu ayah bayar sewa tertunggak, kos baiki atau kos deposit keluarkan teksi baru. Mungkin Allah nak dug4, mak bersabar lagi.

15 tahun kemudian (2013)

Rezeki si ayah nampaknya semak1n sempit, teksi yang dibawa semak1n kerap rosak walaupun sudah bertukar – tukar kenderaan. Wang tidak juga pernah cukup diberikan sehingga terp4ksa meminjam pak long, pak ngah dan adik beradiknya yang lain.

Kadangkala ayah kata terima job outstation, mungkin hantar orang ke Penang, Kedah atau mana – mana tempat lain. Jadi dia tidak pulang dan bermalam di sana. Jika tak cukup duit, dia akan minta mak keluarkan simpanan mak untuk dipinjam. Si emak pun berilah duit untuk kos minyak dan hotel untuk dia bermalam di sana.

Sehinggalah, satu hari emak mendapat berita dari makcik – makcik (gossip girls) yang mereka pernah lihat si ayah bersama dengan perempuan lain (perempuan yang diceraikan 15 tahun lepas ). Retak seribu hati si emak. Sepanjang 15 tahun sudah berlalu rupanya si ayah ini masih Iigat menipu dan berdusta. Maka tidak hairan rezekinya sempit dek berdusta tak sudah. Dan bertambah kecewanya hati si emak, perempuan itu tinggal di daerah yang sama dan mendapat tahu sudah punyai 2 – 3 orang anak pula. Bila dia rujuk semula? Tidak cukupkah mak dah beri dia peluang untuk tidak menipu lagi?

Pada waktu itu, aku pelajar tahun akhir di salah sebuah Universiti. Serabut juga kepala otak memikirkan emak yang sedih kerana ditipu suami selama lebih dari 15 tahun. Emak yang tidak pernah kisah bersusah bersama, menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, masak hari – hari, mengasuh anak – anak, menyiapkan pakaiannya hari – hari. Mak tak pernah makan malam sebelum ayah pulang.

Begitu setianya emak, begitu butanya ayah. Selepas mendapat tahu, maka hari – hari mak ayah berg4duh. Ayah juga pernah pukuI emak sehingga Iebam – Iebam. Abang – abang aku kerja, jadi akulah yang lebih fIeksibel untuk pulang ke rumah menenangkan dan meIindungi emak. Pointer drop sikit demi sedikit nasib baik tahun akhir, dapat juga grad 2nd class.

Pernah sekali aku berm4ki – m4kian dengan ayah aku dan hampir bertumbvk namun pak cik aku sempat menarik aku ke rumahnya untuk ditenangkan. Kini si ayah semak1n terdesak duit, rupanya dia banyak berhutang, hutang kawan – kawan, hutang adik – beradik, hutang along dan c3ti pun ada. Duit itu kami semua tak tahu ke mana. Barangkali untuk menyara keluarga sebelah sana. Lebih mengeruhkan keadaan, perempuan itu mem4ki, menfitnah mak aku di Facebook. Mak pernah terbaca mesej antara dia dan ayah. Barangkali jika dia kata dia outstation, sebenarnya dia tidur di rumah sana.

Kes semak1n meIarat, aku bawa mak ke mahkamah syariah. Mereka dipanggil untuk kaunseIing. Mak kemudian, membuat permohonan fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada rekod jenay4h cabuI sewaktu kami kecil. Namun didiamkan kerana bimbangkan anak – anak membesar tanpa ayah. Kami cari rumah sewa kerana bimbang si ayah akan bertindak giIa memberi tekanan kepada emak. Dalam tempoh setahun, si ayah memujuk si emak untuk pulang semula ke rumah lama. Si emak tidak berbincang dengan anak – anak terus pulang ke sana. Kes fasakh ditarik semula.

Dalam tempoh ini, emak cuba untuk lupakan hal si ayah dan bini keduanya itu.

Si ayah tidak bekerja sudah lebih setahun. Kami anak – anak yang memberikan sedikit duit belanja semampu kami. Emak pula ligat menjual kuih karipap, kaswi dan kuih raya untuk cari rezeki buat keluarga. Si ayah mula berkopiah dan sering ke masjid.

Namun, sering juga dia meminta wang untuk bayar c3ti. Masalahnya, duit yang dipinjam itu tak pernah pun mak rasa dan tak tahu menahu jika tiada orang beritahu. Pasti untuk perempuan sund*I itu. Dia minta bukan sedikit tetapi RM7,000. Dia mula naik giIa, menghaIau emak dari rumah itu, sedangkan rumah itu batu batanya semuanya hasil titik peluh mak berniaga. Dia tidak bekerja, dan terus menipu saja. Katanya ber4mbus engkau. Dan bila mak minta dilepaskan, dia kata berikan duit sebanyak 30 ribu dahulu baru dia akan lepaskan mak. Video ada dirakam oleh emak sebagai bukti. Aku pun pelik dengan ayah aku ini. Kenapa dia masih nak menzaIimi mak, mengan1aya mak? PergiIah ber4mbus dengan perempuan sund*I tu.

Dia mula menyuruh abang sulungku membuat pinjaman peribadi. Katanya akan bayar semula RM300 sebulan. Sedangkan, duit belanja emak, RM50 sebulan pun dia tidak beri. Dia mula men3ngking n3ngking. Sifat sebenar dia sudah mula ditonjoIkan. Kopiah di kepala hanya sandiwara. Kali ini aku bertumbvk dengan dia. Akhirnya, aku ke mahkamah buka semula kes fasakh, dan mahkamah membenarkan untuk bawa mak keluar. Kes akan dibicarakan bulan hadapan, doakan agar kali ini kes selesai noktah.

BerpoIigami itu memang sunnah nabi. Tapi banyak yang perlu dititikberatkan. Isteri yang baik, hargailah. Jangan kita hidup dengan menipu isteri atau suami. Allah itu Maha Adil. Jangan memandang enteng isu poIigami hanya nampak seronok sahaja.

Ini kisah benar, aku saksi satu per satu nikmat Allah tarik dari ayah aku. Kini, dia hutang keIiling pinggang, c3ti aIong sedang mencari. Rumah yang lama sudah dituntut tuan tanah, kereta, simpanan langsung tiada. Isteri yang selama ini yang menyokong sudah tiada, anak – anak sudah pun beri peluang namun masih yang sama, memudar4tkan. Kami anak – anak lelaki perlu Iindungi emak. Kerana dia syurga, dia segalanya. Aku hanya minta mak aku dilepaskan dari siksaan ini. Emak juga ada hak hidup bahagia selepas bertahun hidup tersiksa.

Jika kau kata berpoligami murah rezeki, aku kata tidak. Banyak lagi cara lain untuk murah rezeki.

Sekian. – Adam