Rajuk seorang ibu setelah 18 tahun pendam dengan perangai pilih kasih kakak

Sepanjang 18 tahun kakak berkahwin tak pernah sekali pun kakak beraya dekat rumah kami tak kira raya puasa atau raya haji. Apa yang buat emak sangat terasa, baru – baru ni kakak janji nak datang rumah, mak seronok terus siap pergi beli barang nak masak tapi akhirnya kakak call kata tak jadi. Kakak boleh datang rumah adik beradik ipar tapi tak boleh jenguk mak, padahal rumah dekat sangat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Maaf kalau kisah yang saya nak cerita ni akan menyinggung mana – mana pihak. Kisah ni terjadi dalam keluarga saya sendiri. Terjadi pada kakak saya yang sulung. Kakak saya telah berkahwin selama 18 tahun. Dia sekarang tinggal di rumah keluarga mertuanya dari sejak dia berkahwin. Sejak berkahwin hingga sekarang, sekalipun dia tak pernah beraya bersama kami.

Raya puasa mahupun Raya Haji. Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ni mak mampu bersabar sekian lama. Katanya tak mahu bising sebab tak nak kakak dan suaminya g4duh. Tapi Allah sedang mendug4 mak saya kalini. 18 tahun memend4m kecewa. Raya kalini, mak saya sangat – sangat kecewa.

Akhirnya kesabaran seorang ibu tiba dipenghujung. Segala kekecewaan diluahkan di wassap. Kakak hanya membaca, tapi tak baIas. Saya tau mak tak mampu lagi menahan kecewa dan mak sudah habis kata – kata apabila soalan yang sama sering diaju pada mak tiap kali raya. Orang sekeliling akan bertanya kenapa jadi macam tu? Kenapa kakak tak balik? Ada seIisih faham ke?

Dan jika orang tak tau, orang akan berfikir mak yang bermasaIah sehingga buat kakak tak balik beraya. Hak1katnya bukan macam tu. Tiap kali kakak bersalin, mak akan pergi tengok dia, kakak kata nak bisnes, saya dan mak belikan barang permulaan bisnes untuk dia. Semua kami lakukan sebab kami sayang pada kakak.

Mari saya ceritakan kisah yang membuat mak selalu kecewa. Kakak memang tinggal bersama mertuanya. Adik beradik suaminya memang kerap balik ke kampung. Seminggu sekali mereka akan balik ke kampung mereka. Tapi apabila kakak balik ke Kuala Lumpur, dia akan terus ke rumah ipar – ipar dia walaupun mereka selalu berjumpa. Kakak akan datang ke rumah mak beIah malam dan balik pada awal pagi atau tengahari. Dan akan pulang pada tengah bulan raya atau penghujung raya. Itu pun hanya semalam. Datang dalam pukuI 10 malam, siang pukuI 10 pagi atau 2 petang dah balik.

Mak kata kakak balik tengok mak seperti orang makan kenduri atau melawat kawan sahaja. Tiap kali nak balik umah mak, kakak akan bagi alasan duit tak ada, suaminya sibuk. Tapi bila ke rumah ipar – iparnya tak ada pulak masaIah. Kami bukan tak tau kakak selalu ke rumah ipar – iparnya, kakak tak pernah singgah rumah mak. Walaupun jarak rumah ipar – iparnya ke rumah mak tu terIampau dekat. Mak tahu semua. Tapi mak pend4m kecewanya sebab mak taknak kakak g4duh dengan suaminya.

Teringat peristiwa tahun lepas, kakak sms mak, kata nak datang umah. Allah, semangat mak terus start keta beli barang nak masak. Mak masak banyak lauk. Gembira seorang ibu, bila anak nak balik. Tapi, tiba – tiba kakak bagitau tak jadi datang. Mak menangis dan tak bercakap 2 hari. Sedih sangat – sangat tengok mak masa tu. Tapi mak masih bersabar.

Tapi, raya kali ini mak mungkin tewas dengan kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila dapat tau kakak balik sini, tapi trus ke rumah ipar – iparnya. Itupun saya yang tertengok di ig iparnya yang kakak ada di sini. Pastu saya tanya kakak, ada kat sini ke? Baru dia kata ye ada kat sini. Rasanya kalau saya tak tanya, maybe dia akan terus balik rumah dia seperti selalu. Masa ni la Allah uji mak. Mak dah terusik sangat – sangat. Lalu mak hantar wasap pada kakak. Luahan kekecewaan mak pada kakak.

Kakak tak baIas. Esoknya kakak call mak nak jumpa mak. Tapi mak tak baIas. Dan trus off HP. Kemudian mak call saya, minta sampaikan pada kakak, anggap mak dah tak ada sambil menangis. Mak kata tak perlu datang tengok mak kalau hanya sekadar datang makan kenduri. Mak terus letak telefon. Saya turut nangis lepas tu. Saya tau mak kecewa. Lama dia pend4m. 18 tahun. Saya tau mak mampu bersabar lagi. Tapi mungkin tekanan dari orang sekeliling yang selalu bertanya pada mak pasal kakak.

Kini, saya tengah cuba baikkan mak dengan kakak. Saya tak tahu nak bermula dari mana. Tapi, saya akan cuba. Namun di satu sudut lain, mak mungkin berjaya didik kakak menjadi seorang isteri yang taat pada suaminya walaupun saya tau jauh di hati kakak, dia pun kecewa dengan keadaan yang berlaku. Tapi dia tak mampu bersuara. Saya harap kisah saya ni jadikan la pengajaran pada semua anak dan menantu.

Pada para suami, jika kamu benar – benar anggap mertua itu seperti mak kamu. Kamu tak akan sanggup buat mertua kamu macam tu. Jangan jadikan alasan syurga isteri di kaki mu hingga kamu sanggup buat isteri kamu macam tu. Jangan jadi suami yang hanya pentingkan diri sendiri. Anggap la mertua itu seperti ibumu, nescaya kamu tak akan sanggup buat macam tu pada mertua mu. Cuba letak diri kita di tempat mertua, apa kita akan rasa jika anak – anak kita pulak buat perkara yang sama pada kita bila mereka dah kahwin nanti. Ingat akan kifarah dari Allah.

Pada para isteri pulak, jika kalian melalui situasi yang sama seperti kakak saya, saya harap kalian bersuara la. memang syurga pada suami mu, kamu harus taat pada suamimu, tapi ingatlah akan jasa seorang ibu. Tidak salah kamu berani kan diri luah apa yang kamu rasa pada suami mu. Bukan dengan niat nak menent4ng suami. Tapi dengan niat nak suami tahu apa kita rasa. Jikalau kamu hanya berdiam, suami akan anggap kamu setuju dengan apa yang berlaku.

Meluahkan bukan bermakna kita nak kurang ajar. Luahkan isi hati kita dengan cara paling lembut pada suami. Sentiasa berdoa pada allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suamimu masih bersikap begitu, jangan berhenti berdoa pada Allah, solat tahajud dan solat hajat pada Allah agar melembutkan hati suami kita.

Kepada para mertua yang mengalami nasib yang sama seperti mak saya, saya doakan agar acik semua bersabar la akan dug4an Allah ini. Saya yakin, seorang anak tak pernah lupakan maknya. Cuma mungkin mereka jugak ters3pit dengan keadaan. Sentiasa doakan mereka. Walaupun saya tahu, walau anak kita sudah tua sekali, seorang ibu tetap melihat anak itu seperti kanak-kanak. Saya tahu naluri seorang ibu yang sangat rindukan anak dan cucunya. Kalau boleh, seorang ibu nak luangkan sepenuh masa bersama anak dan cucu. Berdoa la, kerana Doa seorang ibu tiada hijabnya.

Akhir kata, saya harap kisah ni dapat dijadikan pengajaran pada semua. Saya share kisah ni bukan nak a1bkan sesiapa. Tapi terpanggil untuk share supaya ambik sedikit iktibar dlm kisah saya ni. Doakan saya berjaya menyatukan kembali mak dan kakak saya. Rajuk seorang mak tak akan lama. InnshaAllah. – Anak mak