
Rupanya ayah diam-diam dah nikah di Siam. Setelah bertahun ibu dan ayah berpisah bilik, satu hari, ibu tiba-tiba dapat masuk bilik ayah. Kami nampak ada kerusi bertentangan dengan tingkap dan ada sebuah tangga kecil. Bilik itu berselerak dengan kain batik, pelincir, minyak urut dan barang-barang mengaibkan..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Saya nak luah sikit pasal keluarga saya. Kami ni lima beradik, Along, Angah, Acik, Alang dan Usu. Ibu dengan ayah dulu kerja kerajaan. Sekarang dua – dua dah pencen. Rumah yang ibu dengan ayah duduk sekarang atas nama diorang berdua.
Sejak awal kahwin, ibu yang banyak keluarkan duit untuk belanja rumah. Berapa yang ayah keluarkan, kami sendiri tak tahu. Dari kami kecil lagi ayah macam sengaja jauhkan diri daripada kami. Kalau tak ada benda yang perlu dicakap, memang dia tak bercakap.
Kami adik beradik membesar tengok sendiri macam mana keadaan rumah tangga ibu dengan ayah. Tak ada angin tak ada ribut, tiba – tiba ayah pindah tidur ke bilik sebelah. Sejak tu, walaupun duduk serumah, kami pun jarang nampak dia. Dia dengan hal dia sendiri.
Barang dapur, barang keperluan rumah, ibu yang pergi beli. Ibu pergi pasar sorang – sorang, balik masak untuk ayah dengan kami. Sekarang kami adik beradik yang bergilir – gilir bawa ibu pergi pasar. Dah lebih kurang 15 tahun macam tu. Kami pun dah berumah tangga, tapi ibu dengan ayah masih macam dulu juga.
Kesihatan ibu makin lama makin merosot. Ibu pun makin panas baran. Silap sikit, dia cepat terasa, kadang – kadang sampai mengamuk. Kami tak salahkan ibu. Pada kami, mungkin dah terlalu lama ayah abaikan dia. Bab nafkah zahir batin, dah bertahun – tahun ibu hidup macam tu.
Satu hari, Along terjumpa akaun TikTok seorang perempuan muda. Banyak video ayah kami dekat akaun dia. Gambar atuk kami pun ada. Along rasa macam ada sesuatu antara perempuan tu dengan ayah, jadi Along tunjuk dekat ibu.
Memang ibu menangis. Dia sedih, dia marah. Bila ibu tanya ayah pasal perempuan tu, ayah tak mengaku. Beberapa hari lepas tu, ibu perasan surat nikah dia dengan ayah dah hilang. Bila ibu tanya pasal surat tu, selamba je ayah jawab,
“Awak kan dah tahu saya dah nikah. Buat apa nak surat nikah? Nikah di Siam tak perlu nak bagi surat apa-apa kat awak.” Terkejut ibu sampai dia urut dada sambil beristighfar. Ibu cuma tanya mana perginya surat nikah dia sendiri. Itu je yang dia nak tahu. Ayah pula yang mengaku dia dah nikah lain.
Lepas tu, keadaan dekat rumah lebih kurang sama juga. Cuma ayah makin bebas keluar masuk ikut suka dia. Kadang – kadang berhari – hari dia tak balik. Kami adik beradik pun dah tak kisah sangat dia nak balik bila. Dah lama sangat ayah abaikan kami sampai kami rasa macam dah kena buang.
Satu hari, mungkin Allah nak tolong ibu, pintu bilik ayah boleh dibuka. Bila kami masuk, kami nampak ada kerusi menghadap tingkap. Ada tangga kecil juga. Dalam bilik tu bersepah kain batik, pelincir, minyak urut dan beberapa barang lain yang segan kami nak sebut.
Ibu kata ayah bawa perempuan masuk rumah. Kami pun diam – diam pasang CCTV dekat dalam rumah. Dua minggu kami tengok, tak ada apa – apa pun yang mencurigakan. Masa tu kami ingat mungkin ibu risau sangat sampai fikir yang bukan – bukan.
Tapi satu pagi tu Acik rasa tak sedap hati. Dia keluar senyap – senyap dan menyorok dekat luar, di belakang bilik ayah. Tiba – tiba dia nampak seorang perempuan buka tingkap bilik ayah dan turunkan tangga. Acik cuba rakam, tapi perempuan tu perasan.
Dia bagitahu ayah yang masa tu tengah tunggu dalam kereta. Lepas tu dia dengan ayah sama – sama kejar Acik. Ayah mengamuk lepas kejadian tu. Kami buat laporan polis. Polis bagitahu kami yang perkara tu tak boleh diambil tindakan sebagai kes ceroboh sebab perempuan tu isteri ayah.
Bila ibu tahu apa yang jadi, sekali lagi ibu terduduk. Dari sebelum ibu putus haid lagi ayah dah abaikan dia. Berbelas tahun ibu tidur sendiri. Tergamak ayah bawa perempuan tu masuk bilik dia sedangkan ibu ada dekat bilik sebelah.
Itu yang buat ibu rasa terhina sangat. Ayah boleh bermesra dengan isteri baru dalam rumah tu, ibu pula dia biarkan tidur sorang – sorang. Kami yang jadi anak ni pun malu dengan perbuatan ayah. Ibu pergi buat laporan dekat pejabat agama.
Dari sana ibu disuruh ke mahkamah. Bila dah ke mahkamah, kena pergi balik ke pejabat agama. Ke sana ke sini ibu nak uruskan hal ni, makin terhina dia rasa. Baru – baru ni ibu dah lantik peguam untuk tuntut nafkah yang tertunggak berbelas tahun tu. Tapi kata peguam, peluang ibu agak tipis.
Sejujurnya kami dah tak tahu nak buat apa lagi. Semua urusan perlukan duit. Perempuan tu dah sampai masuk ke rumah kami sendiri. Bila kami cuba cari jalan untuk bantu ibu, kami rasa macam undang – undang pun tak menyebelahi kami.
Kalau ibu yang mohon cerai, apa yang ibu difahamkan, tak banyak hak yang dia boleh tuntut. Ibu yang hidup dengan ayah dari masa ayah tak ada apa – apa sampailah sekarang. Yang kami susah nak terima, perempuan yang baru masuk dalam hidup ayah tu pula, setakat yang kami faham, bakal dapat hak yang sama dengan ibu.
Saya rasa tak ada isteri yang sanggup berada di tempat ibu saya. Kalau ada yang pernah lalui hal macam ni atau ada cadangan apa lagi yang kami boleh buat untuk ibu, saya hargai sangat pertolongan korang. Saya akan baca komen korang semua. Saya cuma berharap ayah sempat minta ampun dan maaf dekat ibu. Ibu sendiri dah cakap, tak ada lagi ruang untuk dia maafkan ayah. Bertahun-tahun dah ibu tanggung semua ni. – Angel (bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Shida Samsudin : Ada lawyer yang memang buat kerja asal boleh. Kadang – kadang siap berpakat dengan pihak lawan. Terjadi dalam family saya juga. Ada pula lawyer nak duit tak nak buat keje. So carilah peguam lain dapatkan pandangan. Harta sepencarian dari mula – mula kahwin sampai sekarang mesti lebih banyak dan boleh dituntut
Rosilawati Binti Mohamed : Ibu tt ada harta paling berharga. Iaitu 5 anak yang ada bersama – samanya. Ibu ada pencen sendiri. Jadi yang lain – lain tu ikut rezekilah nanti. Redha aje . Yang penting carilah jalan bahagia dan ketenangan.
Jangan sukarkan hidup dengan ikatan yang hanya menghadkan pergerakan dan perbuatan. Dalam keadaan itu tak nampak jalan pahala dan kebaikan. Hujung – hujung usia dah. Carilah damai di hati.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.