Ayah sangat suka membantu orang. Ayah tak pernah berkira dengan harta yang ayah ada. Sampaikan adik beradik ayah yang lain pijak ayah. Namun aku pelik, kenapa orang tak hormat ayah? Sedangkan ayah baik. Kenapa muka ayah tak nampak seri macam rupa orang tua lain?
#Foto seakdar hiasan. Aku Masha, awal 20-an, single, dan sudah bekerja. Aku nak cerita pasal ayah aku. Ayah aku umurnya 60 an, alhamdulillah sihat. Ayah aku, baik serba serbi. Layanan ayah pada ibu sangat sempurna, tak pernah berkasar, nafkah untuk kami sekeluarga sentiasa cukup. Ayah, seorang yang kuat bekerja.
Ayah sentiasa berk0rban demi kami sekeluarga. Contohnya, dah berapa lama ayah pakai baju bundIe supaya kami sekeluarga boleh pakai baju baru. Baju raya, langsung tiada dalam diari ayah sedangkan setiap tahun tanpa culas, kami adik beradik dapat baju raya.
Hubungan ayah dengan manusia lain pun tip top. Ayah sangat suka membantu orang. Sifat empatinya menggunung tak kira latar belakang orang tu. Ayah tak pernah berkira dengan harta yang ayah ada.
Sampaikan adik beradik ayah yang lain pij4k ayah. Aku rasa sangat bahagia aku ada seorang ayah yang baik. Alhamdulillah.
Namun, yang aku pelik, kenapa orang tak hormat ayah? Sedangkan ayah baik. Kenapa muka ayah tak nampak seri macam rupa orang tua lain?
Then, baru aku sedar, memang ayah menjaga hubungan ayah dengan orang lain, tapi ayah lupa satu benda, ayah tak jaga hubungan dengan pencipta. Ayah tak solat.
Itu silap ayah. Ayah jarang solat lima waktu sehari. Cukup payah, cukup Iiat untuk ayah tunaikan rukun Islam yang satu itu.
Namun, ayah kerap tegur kami adik beradik supaya jaga solat. Jangan tinggal solat. Nasib baik, solat anak – anak perempuan ayah terjaga. Anak lelaki ayah? Hem, ikut ayah.
Tak solat. Bayangkan, waktu bulan puasa lepas semasa PKP 1.0, kami solat tarawikh berjemaah. Yang jadi imam, aku, ibu dan adik aku yang perempuan.
Mana ayah dan abang aku?? Hem, seorang tengok tv dengan volume yang sangat tinggi, dan sorang lagi terperuk dalam bilik. Aku sedih.
Aku belum pernah menjadi makmum ayah. Ayah tak solat, tapi, ayah selalu berzikir, bertahmid, bertasbih. Percakapan ayah, sentiasa berlapik. Allahuakbar, Alhamdulillah, sentiasa ada di mulut ayah.
Aku pelik, kenapa Allah hukvm ayah, dengan tidak mendatangkan rasa keinginan untuk solat dalam diri ayah?.
Aku pernah tegur ayah. Aku tegur ayah dengan sebaik boleh. Menitik air mata aku. ”ayah, solatlah, sampai bila ayah tak nak solat? Sedangkan solat itu adalah garis pemisah antara muslim dan k4fir? Ayah solatlah..” ujar aku pada ayah.
Di mata ayah aku nampak ada bibit – bibit air mata. Ahh sudah aku jadi serba salah. Kata ayah, memang ayah nak solat, tapi ayah taktau kenapa Iiat sangat ayah ni, ayah tau akan d0sa orang yang tak solat, tapi, ayah jadi malas nak solat. Pinta ayah pada aku, teruskanlah doakan ayah.
Aku ingat ayah sudah mula kesal dan mau untuk cuba solat. Eh, malah m4kin menjadi – jadi ayah tak solat. Bahkan waktu solat ayah tak hormat langsung. Waktu maghrib, isya’ ayah buka tv kuat sangat.
Mengganggu kami yang solat ni. Aku cemburu dengan ayah kawan aku. Ayah mereka melarang mereka buka tv waktu maghrib semata ingin menghorm4ti waktu solat. Setiap kali aku, adik dan ibu datang bulan, rumah kami langsung tiada yang solat. Kosong.
Ibu pun banyak kali dah tegur ayah. Tapi setiap kali ibu tegur, akan berlaku lah sedikit salah faham. Aduh. Ibu hanya mampu mengadu pada aku. Aku penat. Aku sedih.
Disebabkan ayah tak solat, sekarang ayah lebih jadi pemarah, eg0, dan cepat meIenting. Ayah tak pernah aku nampak tenang seperti mana orang – orang berumur di kampung aku.
Aku dah patah semangat untuk tegur ayah. Aku penat nak berdoa untuk ayah. Sebab tiada langsung perubahan dalam diri ayah.
Aku jadi benci bila ayah sebut kalimah – kalimah zikir. Bagi aku ayah tak layak berkata demikian. Aku tak dapat terima bila ayah tegur aku, dengan memasukkan ceramah – ceramah ustaz, atau hadis – hadis nabi. Entah. Aku tahu, aku berd0sa. Aku derh4ka pada ayah.
Aku sebagai anak tak boleh ada perasaan begitu. Aku sedar, walau apa pun, ayah tetap ayah aku. Ayah yang akan jadi wali aku.
Macam mana ni, apa aku nak buat lagi, aku nak seIamatkan ayah. Aku selalu doa suapaya Allah jangan ambil nyawa ayah aku, selagi Allah tak redha akan ayah.
Aku doa, agar ayah diberi taufik, kesempatan untuk taubat nasuha.
Pembaca, mungkin ada antara doa doa kalian yang Allah makbul, aku mohon, tolonglah doakan agar Allah beri kesempatan untuk ayah kembali ke jalan yang benar, hati ayah aku lembut untuk menerima teguran ibu dan anak – anak.
Dan, kalian tolong doakan agar aku diberi kesabaran dalam perju4ngan aku untuk menyedarkan ayah aku bahawa solat itu penting. Solat itu penentu, sama ada kita muslim atau k4fir.
Niat aku bukan untuk a1bkan ayah aku. Niat aku nak cari cara apa lagi yang boleh aku buat untuk selamatkan ayah. – Masha (Bukan nama sebenar)
Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang berbeza. Kepada penulis teruskan berusaha, beri nasihat dan yang paling utama adalah doa. Semoga dibukakan pintu hati si ayah untuk kembali sujud kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Komen Warganet :
Nor Rosli : Sedihnya baca, teruskan berdoa confessor. Selalulah bertahajjud minta dengan Allah. Solat ni kan benda pertama yang akan ditanya nanti. Solat ni kan, tanda kita mengakui kita ni h4mba Allah. Semoga ayah confessor di beri hidayah dan semoga kita semoga juga diberi hidayah dan sentiasa istiqamah. Be strong confessor, jangan hilang hormat dengan ayah, jangan sesekali banding – bandingkan ayah. Kita tak tahu pengakhiran setiap manusia macam mana…
Aziatul Idayu : Teruskan berdoa untuk ayah awak Begitulah kita sebagai anak nak yang terbaik untuk ibu dan ayah. Kalau budak – budak mungkin boleh marah kalau tak solat, ni orang tua tak akan nak marah plak kan. Guna pendekatan, ajak ayah solat sama – sama setiap kali solat dan hampar sejadah untuk dia, ajak ayah jadi imam. pasti dia tak menolak. Amal ayat pelembut hati dan solat hajat, sebut nama penuh ayah dalam doa. Semoga dilembutkan hati ayah awak untuk solat
Azrul Hassan : ‘Manusia tak boleh ubah manusia lain, sebab hanya Allah yang boleh lakukannya. Yang manusia boleh buat, adalah berusaha.’ – Ustaz Abdullah Al Amin. Jadi, teruskan berusaha, dan berdoa. GoodLuck!
Lijah Seman : Mak Lijah doakan ayah Masha nak solat macam org lain. Masha terus minta dengan Allah, merayulah, merintihlah agar Allah bukakan pintu hati ayah. InsyaAllah, Allah dengar doa dari seorang anak yang baik, yang solehah. Dia dah ada ciri – ciri seorang muslim yang baik, seorang ayah yang bertanggung jawab. Nak berzikir, pandai guna hadis. Adalah satu hari nanti Allah buka pintu hati dia.
Ismahanim Binti Ismail : Sama – sama kita doakan ya dik. Jangan pernah putvs asa, awak anak yang sangat baik.