Aku malu setiap kali ada hari penting dekat sekolah, ayah tak pernah datang. Aku pernah minta ibu atau ayah kawan untuk ambilkan rep0rt kad. Pernah aku rancang dengan seorang sepupu untuk menyamar sebagai penjaga disebabkan rasa malu diperIi oleh cikgu..
#Foto sekadar hiasan. Aku nak kongsi satu kisah mengenai diri aku yang mungkin boleh jadi panduan dan pengajaran pada yang membaca, aku harap. Aku lahir dalam satu keluarga yang biasa – biasa. Ayah aku merupakan seorang anggota polis dan ibu pula hanya seorang surirumah sepenuh masa.
Sejak kecil, aku dan adik beradik terasa macam kurang kasih sayang ayah. Ayah banyak habiskan masa bekerja luar dan jarang di rumah. Sepanjang masa aku banyak bersama ibu. Setiap kali ada hari kantin, hari terbuka untuk ibubapa ambil rep0rt card, hari sukan dan hari – hari penting yang lain langsung tidak pernah ayah tunjuk muka untuk hadir.
Sehinggakan kadang – kadang aku rasa malu bila ibu bapa kawan – kawan datang untuk ambil rep0rt card, aku antara yang akhir balik. Sebabnya, report card aku tiada penjaga yang datang ambil. Pernah aku rancang dengan seorang sepupu untuk menyamar sebagai penjaga disebabkan rasa malu diperIi oleh cikgu atau ditinggal oleh kawan – kawan yang balik lebih awal kerana tiada siapa yang datang untuk ambil rep0rt card aku.
Setelah beberapa lama, aku sudah terbiasa. Kadang – kadang aku pernah minta ibu atau ayah kawan untuk ambilkan dengan beri pelbagai alasan kenapa ibu atau ayah aku tak dapat datang. Ibu sibuk di rumah urus adik – adik yang masih kecil, jadi aku faham kenapa ibu tak boleh datang. Tapi ayah?
Dipendekkan cerita, perkara sama berulang bila aku k0nvo diploma dan ijazah. Ibu hadir bersama abang dan adik aku. Kami bergambar kenangan bersama. Tapi dalam gambar tu tiada gambar ayah. Alasannya, dia sibuk dan bekerja luar. Aku akur.
Mula bekerja, aku menyertai pasukan keselamatan. Pada hari aku tamat latihan, kelibat ayah masih tidak kelihatan. Aku masih mampu tersenyum saat melambung topi istiadat ke ud4ra bersama kawan – kawan seperju4ngan. Atas minat yang mendalam mendorong aku untuk mencuba pemilihan dan kelayakan pasukan khas atau k0mando.
Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kawan – kawan aku lulus dan berjaya memakai beret kebanggaan. Aku sangat bersyukur. Namun, pada hari aku dipakaikan beret kebanggaan, tiada juga kelibat ayah. Hanya ibu dan adik – beradik yang datang.
Aku betul – betul kecewa hari tu. Tak tergambar betapa aku sedih yang teramat. Itu hari besar aku. Aku lihat seorang demi seorang bapa atau ibu memakaikan beret untuk anak mereka. Beret dikepalaku disarungkan oleh seorang pegawai tertinggi pasukan khas. Mengalir airmata ini.
Disebabkan kesibukan kerja, aku sem4kin jarang di rumah keluarga. Aku tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat aku melapor kerja. Banyak tugasan luar dan masa bersama keluarga sem4kin kurang. Aku hanya bertemu ayah setahun dua kali itu pun sekiranya aku pulang ke rumah selepas berbulan – bulan kerja luar dan membuat tugasan.
Kami berjumpa tapi jarang berkomunikasi. Dan ayah, tidak pernah sekalipun bercakap mengenai kejayaan aku yang bergelar komando – Satu – satunya dalam keluarga. Suatu hari, aku berpeluang bersemuka dengan ayah secara berdepan berdua.
Selama ini kami hanya berjumpa dan berbual biasa. Hubungan kami biasa – biasa cuma renggang disebabkan masa ayah yang selalu mencemburui kami adik – beradik. Sekarang, aku pula yang sibuk manakala ayah menghitung hari – harinya untuk pencen.
Dia kerap di rumah dan membuat kerja – kerja kebun pada masa terluang. Aku tak tahu bagaimana nak bermula. Nak Tanya kenapa ayah tak datang ke majlis penganugerahan beret k0mando tapi tak terkeluar dari mulut. Aku sayang ayah.
Ayah tak pernah pukuI atau marah aku. Ayah didik aku sebaiknya. Aku hulurkan pada ayah, lencana pasukan k0mando yang aku terima dan berkata, “Ayah, inilah lambang yang pegawai abang bagi masa hari tamat latihan k0mando hari tu..”
“Nak ayah simpan ke?”. Aku mengangguk. Ayah hanya diam dan menyimpannya dalam beg sandang yang selalu dibawanya ke mana – mana. Aku sedih. Langsung tiada respon dari ayah. Selepas peristiwa itu, aku m4kin sibuk.
Dan sibukkan diri. Aku sem4kin jarang di rumah. Aku banyak bertugas di luar kawasan. Dan berkursus yang kadang – kadang memakan masa berbulan. Cuti panjang baru aku balik sesekali. Cuti perayaan aku lebih senang dahuIukan kawan – kawan yang berkahwin kerana tidak mahu mereka hilang masa bersama anak – anak.
Ini kerana kami adik beradik sendiri boleh dikira berapa kali ayah ada pada pagi raya. Aku tak mahu kesibukan menghalang kawan – kawanku yang sama tugas abaikan keluarga. Biarlah aku berk0rban. Beberapa hari sebelum aku dikehendaki mengikuti operasi khas di luar kawasan, ayah diberitakan kurang sihat.
Kata ibu, ayah s4kit – s4kit d4da. Aku bercadang untuk balik. Namun, kesibukan disebabkan persediaan operasi dan sebagainya membuatkan aku terlupa dan hari sem4kin suntuk. Aku tidak sempat balik. Oleh disebabkan operasi yang aku sertai itu memakan masa lebih kurang sebulan, aku bercadang untuk balik selepas itu.
Aku bagitahu ayah. Ayah faham dan dia tidak mahu aku risaukan dia. Hanya selepas seminggu aku pergi, semasa bertugas, lebih kurang jam 9 malam, aku dapat panggiIan kec3masan. Ayah disahkan meningg4I dunia akibat ser4ngan jantung.
Aku memohon kebenaran pegawai atasan untuk bercuti dan diluluskan serta merta. Abang memberitahu, kami sekeluarga bercadang menunggu aku tiba sebelum mengebvmikan jen4zah selepas solat Zohor. Rakan sekerja menghantar aku ke lapangan terbang sekitar jam 11 malam.
Disebabkan jarak tempat bertugas dan lapangan terbang yang agak jauh. sewaktu tiba di lapangan terbang, kaunter tiket telah tutup. Aku tidak dapat menahan kesedihan dan menangis di surau. Aku keseorangan. Penerbangan paling awal ke Kuala Lumpur adalah pada jam 10 pagi keesokan harinya.
Setengah jam sebelum berlepas, pramugari mengumumkan bahawa penerbangan ditunda 9 jam disebabkan isu teknikal. Penerbangan lain penuh. Aku tahu, aku sudah terlambat. Aku hubungi abang dan meminta disegerakan jen4zah dan tidak perlu tunggu aku tiba.
Aku hanya tiba di tanah perkubvran selepas 24 jam selepas jen4zah arw4h ayah dikebvmikan. Semacam aku memang terhaIang untuk berjumpa dengan ayah. Sebagai seorang anak lelaki, aku tidak sempat menguruskan jen4zah ayah.
Mandikan, kafankan, solatkan dan kebvmikan ayah. Aku betul – betul ralat dan sedih. Ya, semuanya sudah tersurat. Aku redha. Selepas semuanya selesai, aku bertemu dengan rakan – rakan arw4h yang menziarahi kami. Sewaktu berbual mengenai kebaikan arw4h dan kisah lama, seorang rakan arw4h memberitahu.
Arw4h pernah menunjukkan pada mereka lambang pasukan k0mando yang aku beri pada ayah. Juga gambar aku yang digambarkannya segak memakai beret k0mando. Arw4h pernah memberitahu betapa bangganya dia dengan aku pada rakan yang ditemuinya. Bangga punya anak seperti aku. Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu. – Mr K
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.