Diam – diam aku belajar berenang dengan ayah di sungai. Bila dah pandai berenang, aku berani pergi ke tempat yang dalam. Aku tinggalkan Aziz, kawan baik aku di tepi sungai. Satu hari kami perasan selipar Aziz terapung, tapi dia dah takde. Aku pembunvh rakan baikku..
#Foto sekadar hiasan. Ni kisah aku 18 tahun lepas, masa aku umur 11 tahun. Budak kampung, banyak aktiviti sehari – hari yang dulu terasa puas buatnya. Tapi bila bertambah usia, kadang – kadang terasa rindu. Mandi sungai (sungai belakang rumah je), tolong ayah di kebun, kutip pucuk paku, menanam, kadang – kadang memberi makan lembu dan kambing, kutip botol kaca, jual kuih yang mak buat.
Mestilah bila kat kampung ni, nakal anak – anak tu benda biasa, tahu nak main je. Lebih – lebih lagi aku ada 3 orang abang, ada sorang adik perempuan tapi jarak usianya 7 tahun. Jadi kebanyakan masa main aku berteman abang – abang.
Oh lupa nk bagitahu, aku ni perempuan. Dalam geng – geng abang, ramai lelaki yang seusia diorang. Tua dalam 2 – 4 tahun. Walaupun kami bermain secara berkumpulan, tapi aku lebih rapat dengan sorang budak lelaki, muda 2 tahun dari aku.
Aku kenalkan, Aziz. Aziz ni dia adik kepada kawan abang aku. Sebab kami paling muda, kalau main mesti kami akan jadi m4ngsa. Part main yang tak best mesti dapat kat kami. Contoh kalau main sembunyi – sembunyi, biasanya kami akan jadi pencari.
Pencari ni ramai tak nak sebab penat nak cari sekitar kawasan luas. Kalau mandi sungai pulak, biasanya abang – abang tak akan bagi main kat kawasan dalam, bagi kami main kaki – kaki air je sebab diorang malas nak jaga kami ni.
Alasan diorang, kami pendek tak tahu berenang. Aku dan Aziz berdend4m, bertekad nak belajar berenang. Dan di sinila bermula kisah yang sampai sekarang aku teringat – ingat. Aku sering diser4ng anx1ety, aku fikir ini salah aku, kalau la aku tak.. mungkin ni takkan jadi.
Aziz Iemas. Macam yang aku bagitahu, kitorang selalunya main air kat kaki je, bila masa la nak belajar berenang kan. Tapi sebab rumah aku ni tepi sungai je, bila – bila masa je lapang, aku akan curi – curi masa minta ayah aku ajarkan aku berenang.
Sampaila akhirnya aku pandai berenang, pandai apungkan diri. Dan aku lulus untuk berenang sekali dengan abang – abang aku. Aku seronok sangat. Baru aku tahu kat bahagian dalam ni ada ikan – ikan kecil kat celah batu dan diorang selalu main tangkap lepas guna bubu buatan botol plastik.
Aziz mintak aku ajarkan dia berenang. Tapi aku cakap nanti. Sebab aku seronok sangat dengan ikan – ikan kecil tu. Aku seronok tengok macam – macam t4ktik berenang yang geng abang – abang buat. Aku lupa berapa kali aku tinggalkan Aziz sendiri kat tepi sungai.
Berapa kali juga entahla aku tolak permintaan Aziz untuk ajarkan dia berenang. Sampaila satu masa, tengah seronok kami main dalam sungai (aku kurang pasti apa yang kami mainkan hari tu) Aziz dih4nyut air sungai. Kami tak pasti sejak bila Aziz Iemas, sedar – sedar bila salah seorang geng abang perasan selipar Aziz di tepi sungai tapi kelibatnya tak kelihatan.
Banyak hal yang aku lupa waktu tu. Yang aku ingat aku sangat berdebar semasa ikut cari Aziz di tepi – tepi sungai. Aku gugup bila tengok abang Aziz kene marah dengan ayahnya sebab gagal jaga adik. Aku hanya mampu diam.
Aku tahu itu salah aku tapi aku tak tergamak untuk bercerita pada sesiapa. Kalau la mereka tahu, aku yang tinggalkan Aziz sendiri bermain di gigi air. Kalau la mereka tahu aku sombong tak ajarkan dia berenang. Kalau la aku tak belajar berenang, kalau la aku ajarkan dia berenang, mungkin Aziz masih ada sekarang.
Terlalu banyak kalau dalam fikiran aku. Aku terasa sangat down. Berminggu aku menangis. Langsung tak kuat untuk aku tengok sungai. Hingga aku minta ayah untuk hantarkan aku ke sekolah berasrama supaya aku keluar dari kawasan tu.
Ambil masa bertahun juga sebelum aku dapat jejakkan semula kaki ke dalam air. Kadang – kadang, ketika aku terhimpit dengan masalah sendiri, ketika em0si kacau, aku akan terimbas kembali memori dengan Aziz. Entahla, aku penat dengan perasaan tu.
Aku tahu aku tak akan mampu ubah apa yang dah jadi tapi aku tak mampu kawal perasaan aku. Doa aku semoga aku dapat bertemu lagi Aziz di syurga. Aziz mungkin akan di syurga tapi aku ni belum pasti di mana. – Tenanglah wahai hati (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Has Niza : Semoga confessor diberi kekuatan dan pulih dari tr4uma dan rasa bersalah. Dah sampai masa ajaI dia tak ada siapa boleh lambatkan atau cepatkan. Semuanya kuasa Allah. Ramai je orang yang pandai berenang pun tewas juga bila sampai waktunya. Kalau still rasa tr4uma tu maybe boleh jumpa dengan pakar psik0logi untuk rawatan.
Farah Ant : You have no control over it. Not even your brother. Not even Aziz’s brother. Heck, not even the adults. Such is called accid3nt. Biar ada gambaran untuk awak Iupuskan terus rasa bersalah awak. Misalnya awak berada di sisi Aziz ketika itu.
Apa je seorang budak perempuan kecik boleh buat? Awak cuma tahu berenang. Bukannya ada kemahiran menyelamatkan m4ngsa Iemas. Sedangkan orang dewasa pun belum tentu berkemahiran. Orang Iemas ni akan panik dan tarik je apa – apa yang berhampiran.
Sebab tu perlu kemahiran supaya yang nak menyelamatkan tak ikut Iemas jugak 2. Misalnya awak ajar Aziz berenang. Tak jamin juga dia tak Iemas. Boleh jadi crammed ke, tertarik arus ke, atau letih ke. In fact, awak dan abang – abang awak yang tahu berenang pelbagai gaya tu pun masih boleh Iemas.
Cuma untuk Aziz, dah memang sampai waktunya dan takdir dia pergi cara begitu. Gitulah. Dah ajaI dia. Bukan salah awak atau sesiapa pun.
عزيزه اتن : Allahu.. Anak, berhenti salahkan diri sendiri. Itu memang takdir Aziz dan dia sedang bahagia di sana. Dia memang ahli syurga, sebab dia meninggaI dunia kerana Iemas, umur pun masih kanak – kanak . Memang susah untuk melupakan tragedi yang kita rasa kita penyebabnya.
Move on.. Ingat satu je.. Semuanya yang berlaku kerana itu kehendak Allah. Doa yang baik – baik je. Semoga Allah merahm4ti kamu dunia akhir4t.
Norsuriati Mustapha : Untuk confessor, Belajar untuk menerima takdir dan redha di atas apa yang berlaku. Berhenti salahkan diri sendiri. Selagi perasaan bersalah itu still ada, confessor akan keep blaming diri sendiri.
Belajar untuk melepaskan. Terima takdir dan redha dengan sepenuh hati. Doakan yang terbaik untuk arw4h. InsyaAllah, perasaan bersalah akan berkurang. Saya doakan, semoga confessor tabah dan kuat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.