Saya tamp4r isteri sbb sibuk tanya tentang solat, saya rasa terh1na. Harap dia benci saya dan kami bercerai

Perkahwinan saya diatur oleh keluarga sedangkan waktu tu saya ada kekasih yang jauh lagi cantik dari isteri. Macam – macam saya buat bagi dia benci saya dan boleh bercerai. Saya masih h4nyut dengan kekasih saya hingga satu hari saya kemaIangan sampai tak boleh bangun. Waktu tu, kekasih saya minta putus dengan alasan saya ni suami orang!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca yang saya horm4ti. Saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakan kisah ini pada semua supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berd0sa saya selama ini.

Saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan Iampau yang cukup menyedihkan. Harap yang membaca ni tidak bosan mendengarnya. Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang amat baik.

Dan setia namun saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.

Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya, seorang yang tidak pandai bergaya tetapi kuat pegangan agamanya. Dia seorang yang bertudung labuh, bersopan santun, baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan perkahwinan kami ini segala – galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat mencintai antara satu sama lain. Cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosiaI sedikit dan tidak menutup aur4t.

Selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya sebab dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu. Bayangkan sepanjang kehidupan kami, saya selalu sahaja mencari jalan untuk meny4kitkan hatinya.

Dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya. Tapi rupanya isteri saya ini adalah wanita yang sangat penyabar. Pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan isteri saya akan membenci saya tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik, dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah pasti dia akan menyambut dengan mesra dan bertanya, “Abang dah makan? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Pernah suatu hari saya menamp4r mukanya apabila dia bertanya pada saya, ”Abang dah solat? Abang tak pernah solat ke?” Paannggg..!! Satu tamp4ran kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram, marah, dan rasa terh1na bercampur eg0 yang menggiIa.

Bengk4k pipinya, dia menangis teresak – esak. Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya tetapi tak! Dia masih bersabar dan melayan saya sebagai suaminya. Pernah juga dia ingin bermanja dengan saya, dia bawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.

Masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone. Ketika dia ingin menyuapkan nasi ke mulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai.

Lepas peristiwa itu pun saya bertambah lupa d4ratan, saya banyak habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan – kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih s4kit hati dan tinggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar.

Saya pernah je men3ndang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah. Apa je yang saya tak buat pada isteri, tapi apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Hinggalah pada suatu hari saya telah diberikan baIasan oleh Allah dan saya kira itu adalah baIasan apabila saya terlibat dengan kemaIangan. TuIang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.

B3rak k3ncing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji mahupun geIi. Dialah yang memandikan saya, menggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya. Bila saya meng3rang s4kit kerana kaki yang bengk4k di tengah malam berdenyut – denyut s4kitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur.

Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan s4kit sehingga saya rasa lega dan tertidur tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi sebab dia risau saya meng3rang kes4kitan lagi. Isteri sayalah yang menyuapkan saya makan, dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya dah kenyang.

Dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali, sewaktu saya terlantar s4kit tiada siapa pun dari teman – teman yang setia berjoIi dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat. kekasih saya, lagi lah.

Apabila dapat tahu saya kemaIangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputvskan. Kononnya saya suami orang, huh. Sekarang baru dia kata saya suami orang, dulu dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya.

Ketika itulah barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan d0sa yang telah saya lakukan. Ye, saya kasar, k3jam dan zaIim kepada isteri yang menyayangi saya. Besarnya d0sa saya, amat menyesal rasanya. Ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih, isteri saya pula jatuh s4kit.

Badannya menjadi kurus kering, tiada selera makan, hanya terbaring, tak bermaya. Kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati, str3ss. Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Kesihatan isteri saya m4kin teruk, mukanya m4kin pucat tetapi dia tetap senyum. Saya menangis sepuas – puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan terhadapnya, dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya, ”Abang saya dah lama maafkan abang. Saya sayangkan abang.”

Berderai airmata saya h4ncur hati saya, pilu bercampur sebak yang amat sangat, diikuti dengan perasaan menyesal. Dipendekkan cerita, selepas itu isteri saya dimasukkan ke dalam wad kec3masan. Kini giliran saya menjaganya setiap hari.

Saya beIai rambutnya saya kucup dahinya sambil airmata ini tidak berhenti – henti mengalir. ”Jangan menangis bang, bukan salah abang. Mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang.” Berd3ntum! Seolah – olah hati saya disamb4r haIilintar.

Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terp4ksa menenangkan saya. Malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri, ternyata pujian itu bagaikan sump4han untuk saya.

Isteri saya ada berkata, dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya untuk menghadap ilahi sem4kin hampir. Saya mer4ung, merayu kepadanya agar tidak meninggaIkan saya tapi katanya setiap yang hidup pasti akan m4ti dan dia meminta saya menjaga diri baik – baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.

Saya menangis sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata – kata terakhir itu. Tepat jam 3.00 petang setelah dua minggu berada di hospitaI, isteri saya telah pergi meninggaIkan saya selama – lamanya dengan bebanan d0sa dan jutaan kesalan yang men3rjah hati ini saya mer4ung semahu – mahunya.

Menyesal di atas kekasaran yang pernah saya lakukan. Jiwa saya tak tenteram, apakah Allah akan mengampunkan d0sa saya ini? Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah.

Tolonglah saya amat mend3rita, jiwa saya tersiksa. Mungkin ini hukvman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya, ”abang, jagalah diri baik – baik. Jangan lupa tunaikan solat, berbuat baik, takutlah kepada Allah dan jika bertemu dengan insan bernama isteri, jangan berkasar dengannya sayangiIah dirinya.”

Sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir dia ada meninggaIkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati. Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikm4ti. Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya.

Di dalam nota itu dia menulis, “abang, dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu. Dahulu, saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah. Saya teringin sangat nak makan bersama abang, mendengar cerita abang, menyambut abang pulang dari kerja, bergurau dan bermanja dengan abang, memeIuk abang ketika tidur tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya.

Jaga diri, sayang abang selamanya.” Saya harap para pembaca tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih. Saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yang bergeIar suami.

SayangiIah isteri anda, selama mana anda berpeluang untuk berbuat begitu. Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan. Pasti anda akan menyesal tak sudah.

Komen Warganet :

Sist Diana : Ya Aĺlah sedih sangat kisah sang isteri yang dah pergi. Sampai menitis air mata aku baca artikel ni. Hei buat lelaki yang bergelar suami, sayangiIah isterimu cintailah isterimu bahagiakanlah isterimu jangan pernah kau s4kiti hati dan jiwa raga isterimu. Kerana isteri adalah amanah dari Allah swt yang harus kau jaga bukan untuk kau persia – siakan.

Lina Wati : Dapat isteri yang baik tapi suami curang di belakang isteri bagaimana pula. Sanggup meny4kitkan hati isteri, sikap suami seperti di atas. Bila dah kehilangan orang yang tersayang baru nak menyesal dan kesal bila dah terlambat. Jadi hargaiIah isteri sementara masih ada di sisi.

Aida Aida : Memang sedih. Tetapi kebanyakan lelaki tidak. Menghargai peng0rbanan isteri selama ini. Yang ada di mata dan di fikirannya, insan lain. Kononnya boleh membahagiakn dirinya. Ingatlah itu semua sya1tan dan ibIis belaka untuk mengaburi mata dan hati kita

Nur Dyman : Mungkin itu suatu pelajaran buat kamu. Biar kamu selalu menghargai perasaan prempuan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.