Bila saya bagi bantuan barangan makanan, keluarga suami complain suruh bagi duit

Waktu mula – mula dulu saya naif selalu bagi duit dekat adik beradik suami. Tapi saya nampak diorang ambil kesempatan dan saya tukar bagi barang makanan. Rupanya mereka tak puas hati nak juga duit. Baru – baru ni anak saud4ra demand nak masuk kolej swasta tapi tak nak ambil PTPTN nak suruh suami bayar..

#Foto sekadar hiasan. Sejak akhir – akhir ni ramai yang confess pasal keluarga mertua dan ipar duai. Saya terbuka hati nak kongsi cerita tentang ipar duai saya. Selalunya saya jadi silent reader saja. Suami saya ada berbeIas adik beradik.

Ramai yang tak bersekolah sebab mertua bukan dari kalangan orang senang dan kebanyakan mereka terus berkahwin pada usia beIasan tahun. Dalam ramai – ramai hanya 2 – 3 beradik saja yang berkerjaya dan ada ijazah termasuk suami saya.

Memandangkan saya dan suami kawan sekampung, saya saksikan sendiri bagaimana suami saya pada usia mudanya ik4t perut dan kerja keras untuk sara dirinya demi mendapatkan pendidikan dan masa yang lebih baik. Adik – adik dia yang lain kurang bernasib baik.

Saya faham, rezeki kita tak sama. Masing – masing ada cara tersendiri untuk bina kehidupan mereka. Yang saya tak tahan, suami saya selalu dipergunakan oleh adik – adik bahkan anak sed4ra sendiri. Kalau bab pinjam dan minta duit tu dah jadi senario biasa.

Tiap – tiap bulan ada saja yang datang meminta. Bukan sikit pula jumlah yang mereka minta. Suami saya pernah ajak kerja di kebun kami tapi mereka tak nak. Ada suatu hari suami saya offer kerja tukang cuci di sekolah. Itu pun mereka tak ingin.

Macam – macam alasan mereka bagi. Dulu sewaktu saya masih naif, saya selalu sedekahkan duit kepada anak – anak sed4ra suami yang masih kecil mahupun yang dah remaja. Tapi sejak mereka ambil kesempatan sumbangan saya, saya berhenti.

Saya tukar kepada membelikan makanan dan barangan. Sampai lah ada antara mereka yang complain. Katanya kalau dapat duit cash boleh bayar sewa rumah. Kalau dapat barang tak boleh buat apa – apa. Sejak kejadian tu, saya tak beri apa – apa langsung.

Sekarang mereka t4rget suami saya pula sebab dah tak berani dengan saya. Anak sed4ara yang seorang tu pula jenis tak sedar diri. Maaf kalau bahasa saya kasar. Tapi dia bukan anak orang senang. Maknya kerja jual pisang goreng.

Ayahnya (adik suami) pula tak ada kerja tetap. Kadang – kadang dia turun kutip pucuk paku kat semak belakang rumah mertua dan jual kat pasar. Bila nak sambung belajar diploma, anak sed4ra sangat bongkak dan tak nak apply pinjaman.

Katanya nanti hidup berhutang. Muda lagi dah fikir macam tu. Masalahnya dia apply diploma swasta. Saya cadangkan masuk Tingkatan 6 yang lebih berbaloi pun dia tak nak. Mak dan ayah dia pula tak ada kerja tetap. Siapa yang nak bayar kos pengajian?

Laju saja dia tunding jari kat suami saya. Ayah ***** kan ada katanya. Dah kenapa pula suami saya nak kena tanggung anak orang lain? Sedangkan anak sulung saya sendiri buat pinjaman dengan JPA walaupun kami (ibu bapanya) kerja makan gaji.

Untuk anak sed4ra tu, kalau hulur duit sesekali tu saya boleh terima. Kalau minta ditanggung, itu dah meIampau! Mujur suami saya sendiri bertegas dan akhirnya tak jadi dia nak pau suami saya. Pernah juga anak sed4ra suami yang lain nak berulang alik dari KL ke kampung.

Dia punya demand tak nak naik bas tapi nak naik flight. Katanya naik bas pening kepala dan perjalanan sampai 8 jam. Pernah dia merisik – risik dengan saya macam mana nak beli tiket flight dan nak teroka KLIA2 tu. Pernah juga dia minta duit tambang dengan suami saya.

Panas hati saya bila dengar permintaan dia! Sedangkan anak sulung saya berulang alik dari KL dengan bas saja. Harga tiketnya tak sampai pun RM50. Anak sulung saya pun sejenis m4buk juga bila naik bas. Tapi dia pandai handle.

Dia sentiasa ada bekalan ubat m4buk yang dia beli kat kIinik. Kesian juga bila setiap kali saya sambut dia balik, satu badan dia bau minyak angin cap kapak. Lepas masuk rumah, terus dia “pengsan” sebab m4buk tak hilang lagi.

Dalam masa yang sama saya bersyukur dikurniakan anak yang tak banyak demand dan sanggup hidup susah walaupun ibu bapanya mampu berikan yang lebih baik. Saya memang nak ajar dia. Bersusah susah dulu, bersenang – senang kemudian.

Nak cerita bab ipar duai perempuan pula. Kalau bab gelang emas, mereka yang terpaling kaya. Kalau hari raya atau hari berkumpul, mereka selalu show off gelang emas baru. Padahal di sebalik show off tu, suami mereka selalu datang rumah minta pinjam duit.

Saya tak ada gelang emas nak tunjuk. Tapi saya ada kereta dan rumah yang selesa, makan pakai anak – anak yang terjaga. Itu lah definisi ‘hidup senang’ bagi saya. Biar lah saya tak ada gelang emas walau seurat pun. Janji suami saya tak ke hulu ke hilir minta pinjam duit dengan ahli keluarga.

Maafkan saya kalau bahasa yang saya gunakan untuk luahan ni kurang sesuai atau kasar. Tapi itu lah realitinya. Saya tak berniat nak perkecilkan hidup ipar duai. Rezeki masing – masing. Tapi sebolehnya kita kena ukur baju di badan sendiri.

Hidup mestilah ada maru4h. Selagi kudrat masih ada, tak salah untuk berusaha. Kalau dah usaha sehabis baik, tapi rezeki masih belum mengetuk pintu, baru lah minta tolong dengan orang. Apa – apapun, jangan terlalu berharap dengan ihsan orang lain. – Aida (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Lau Siu Hong : Buat satu buku hutang setiap kali datang pinjam tulis tarikh dan jumlah yang dipinjam. Tanya dia juga bila boleh bayar, tulis tarikh pembayaran tu. Lepas tu suruh tandatangan. Lain kali nak pinjam tunjuk je buku tu selagi tak bayar yang lama jangan bagi pinjam. Paling senang tak payah bagi pinjam cakap terus terang je.

Nor Ariffin : Beli emas untuk menayang tu niat dah salah. Saya memang suka beli emas dalam bentuk barang perhiasan, tak terniat pun nak menayang, saya anggap ia sebagai aksesori, perempuankan suka berhias – hias. Tak salah ada duit lebih beli emas, sebab ia boleh diguna jika tak suka simpan duit dalam bank.

MiszSolehah Ainul
Definisi “hidup senang” kita sama sis. Faham sis bukan taknak bantu dye, tapi sebab nak bantu la sis tak suap dye sentiasa. Melainkan ade sebab2 tertentu tak boleh keluar carik rezeki, contoh sakit, tak ckup sifat.. tapi kalau dah sejak azali kite kenal dye dgn sifat pemalas, mmg jangan harap la kite nak bg muka. Sesekali tolong takpe dgn bg sumbangan barang semua, tu pon sbb fkirkan anak2 mereka yg kdg2 mereka pon xnak fkir.

Aisy Naura : Miskin adalah takdir, tapi PEMALAS dan MENGAMBIL KESEMPATAN adalah pilihan sendiri! Bagus tt dan suami bertegas, jangan dilayan sangat. Nak kesian, tengok jugak lah usaha yang tuan punya badan buat.

Kalau dah sampai jadi PARASIT, cakap goodbye je. Kaki tangan ada cukup sifat sila usaha sendiri. Tt dan suami boleh hidup senang pun usaha sendiri kan. Bukan celik – celik hidup senang, bulan – bulan kene kerja juga baru ade duit.. eh pantang orang pemalas jenis tau meminta ni. Pastu take for granted.

Sharifah Anis Sabarina : Spesis cendawan ni memang banyak. Depan mata saya pun ada. Tukang backing ada, lagi bercendawan lah. Muka serupa tembok, hak orang tak sedar diri guna dan rosakkan sesuka hati. Kalau ditegur, ‘takpe lah, pahala’.

Yang empunya hak tak mampu dah nak cakap apa – apa. Yang tua lagi backing – backing. Melainkan tunggu la kifarah sampai. Dah ada pun, masih tak buka – buka mata lagi. Lepas tu pandai petik pulak nasihat – nasihat ceramah. Sendiri buat tu tak nampak. Haih.. Banyak lah drama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?