Tak sangka selama ni aku bercinta & hampir kahwin dgn suami kawan baik sendiri

Sejak aku lanjutkan pelajaran hubungan aku dan Suraya terputvs. Satu hari lelaki yang pernah aku suka masa dekat sekolah, tegur aku di fb. Dia cakap dia suka aku dan ajak aku kahwin. Aku bahagia sangat, sampailah lelaki tu bagitahu yang dia tahu di mana Suraya..

#Foto sekadar hiasan. Ini kisah aku dan aku mohon nasihat serta kata – kata semangat supaya aku terus kuat. Maaf andai penulisan aku membosankan. Aku tak pandai mengarang. Nama aku Rose, aku seorang perempuan dan Suraya sahabat terbaik aku.

Kisah kami bermula lebih kurang 20 tahun yang lalu semasa kami di tingkatan 4. Tahun 2000.Aku dan Suraya berkenalan semasa minggu orientasi di Sekolah Menengah Teknik. Dia gadis comel bermata bundar. Aku pula biasa – biasa sahaja.

Kami rapat memandangkan kami sebilik walau berlainan kelas. Setiap aktiviti di asrama kami selalu berdua. Walaupun banyak perbezaan, tapi kami tetap BFF. Aku di kelas engineering. Suraya pula pelajar sijil kemahiran. Aku atlit sekolah, Suraya takut berpanas.

Walaupun begitu, kami serasi menjadi sahabat. Selain cantik Suraya juga lemah lembut dan pemalu, dia gadis intr0vert. Sikap yang berIawanan dengan aku. Walaupun begitu, kami saling melengkapi. Tapi jangan salah faham. Aku sayang Suraya sebagai sahabat.

Naluri aku tak s0ngsang okay.. Di kelas aku rapat juga dengan seorang pelajar lelaki, Epul. Dan di sini lah bermulanya segala kekusutan. Aku pernah confessed perasaan aku kat Epul. Lama juga aku syok sendiri, bestfriend aku Suraya pun tak tahu, ingatkan Epul pun ada perasaan pada aku.

Aku bagi surat cinta tapi dia tolak. Rupa – rupanya dia rapat dengan aku sebab Suraya. Dah macam filem kuch kuch hotahai kan. Tapi itulah kenyataan. Epul kata aku tak menepati ciri – ciri wanita idaman dia. Tapi aku tak kisah lah. Aku jadi posmen untuk mereka pun ok je.

Dua – dua kawan aku. Mula – mula Suraya jual mahal. Tak nak layan Epul. Tapi akhirnya love puppies berputik jua. Setahun mereka bercinta. Sampailah habis SPM dan Suraya juga berjaya graduated sijil kemahirannya. Selepas itu senyap cerita tentang Epul.

Suraya juga tak pernah bercerita tentangnya. Aku pun tak pernah tanya. Keputusan SPM Epul pun aku tak tahu. Aku sambung belajar di maktab perguruan. Suraya pula bekerja sebagai pembantu taska. Masa tu kami Cuma berutus surat je.

Sekali sekala aku call Suraya bertanya khabar. Aku belum ada hp lagi masa tu. Suraya je. Call guna public phone. Macam pasangan bercinta pulak. Nak jumpa memang tak dapat memandangkan kami berada di negeri berlainan.

Tahun ke 2 aku di maktab kami terputvs hubungan. Mungkin kerana kesibukan masing – masing. Masa berlalu. Tahun 2010. Aku dah jadi cikgu di negeri utara Semenanjung. Masa tu baru berjinak – jinak dengan FB. Tak sangka aku jumpa semula dengan epul.

Dia bagitau aku dia single. Dan dia ajak aku kahwin. Aku tanya dia tentang Suraya jawapan dia lost contact. Saiful kerja sendiri. Berniaga buah – buahan di negeri yang sama dengan aku. Sejak hari itu aku rapat semula dengan epul.

Memandangkan aku pun masih single, asyik terputvs je. Memilih sangat mak aku cakap. Tapi kami cuma bertelefon dan sms saja. Sesekali hujung minggu menonton wayang. Bahagianya bercinta macam anak remaja. Sehinggalah pada suatu hari, epul kata dia jumpa Suraya.

Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati aku. Epul bagi alamat dan suruh aku pergi sendiri. Katanya dia tak mahu ganggu pertemuan semula aku dan Suraya. Dipendekan cerita, aku ke rumah Suraya. Suraya ada 3 anak. 5 tahun 4 tahun dan baby 6 bulan.

Dia suri rumah. Masih comel dengan mata bundarnya. Dan sedikit berisi dia surirumah sepenuh masa. Katanya sejak Epul bagitahu dah jumpa aku, setiap hari dia minta Epul bawa dia jumpa aku tapi katanya Epul selalu busy. Suraya tak boleh memandu.

Rupa – rupanya Epul suami dia. Mereka dah berkahwin 6 tahun. Allahuakbar. Selepas pertemuan itu, malamnya Epul call aku. Bertanya tentang Suraya. Tanya aku sudi tak bermadukan Suraya. Aku cuma cakap walau Suraya sudi sekalipun aku tak kan terima. Aku tak sanggup.

Alasan Epul Suraya membosankan, Suraya tak pandai bergaya, tak pandai bergaul, tak membantu kewangan. Dan beribu alasan dia ceritakan Kekurangan Suraya. Kasihan sahabatku. Aku tetap menolak dan Epul ugvt aku. Untuk bagitahu Suraya tentang surat yang aku tulis semasa zaman sekolah kami.

Kononnya bukti aku masih berharap padanya. Sms – sms kami. Gambar – gambar kami berdua. Walaupun tak ada yang over pun. Tapi cukuplah buat Suraya benci aku. Kata Epul dia akan bagitahu Suraya aku yang kacau dia dulu.

Sump4h, kalau aku tau epul dah berkahwin aku takkan layan dia. Selepas itu aku diam. PanggiIan dan sms epul aku abaikan. Fb nya aku bl0cked. Aku tak mahu terlibat dengannya lagi. Satu hari Epul call aku. Berkali – kali. Seperti biasa aku abaikan.

Tetapi, smsnya “Aku Suraya, tolong jawab”. Itulah kali terakhir aku dengar suara Suraya. Mem4ki aku. Hilang sifat lemah lembutnya. Dia kata aku per4mpas. Kawan makan kawan. Sanggup g0da suami kawan. Dari awal perkahwinan lagi Suraya tahu Saiful curang.

Cuma belum tertangkap siapa kekasih gelap suaminya. Rupa – rupanya aku sahabat baiknya sendiri. Speechless aku jadinya. Berat tuduhan itu. Tapi, Aku Cuma mampu minta maaf. Suraya minta aku jauhkan diri dari kehidupan mereka.

Dan aku bukan lagi sahabat dia. Katanya dia benci aku. Sungguh, aku tak salahkan Suraya. S4kitnya dicurangi, kalau aku jadi dia mungkin lagi teruk tindakan aku. Aku benci Epul, suaminya. Sampai hari ini aku takkan maafkan Epul yang merosakan persahabatan Suraya dan aku.

Aku benci Epul kerana curang terhadap Suraya. Mungkin ada yang anggap aku kecewa kerana cinta dengan Epul tak kesampaian. Tidak, aku tak kisah sikitpun. Cinta aku dan Epul takde makna apa pun. Sebulan dua je kot. Aku Rindukan Suraya, dia sahabat terbaik yang pernah aku ada.

9 tahun terpisah. Jumpa semula dan akhirnya terus menghilang. 2021, 10 tahun berlalu, kini aku dah ada suami dan seorang anak pun, Alhamdulillah, syukur. Tapi jauh di sudut hati aku masih berharap Suraya masih ingat akan persahabatan kami. Apa khabar mereka sekarang? Aku tak tahu. Suraya, maafkan aku.. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nazrah Zara Mohd : Tak mampu nak cakap apa – apa. Cuma I mampu doakan supaya Suraya baca dan terbuka hati terima kenyataan bahawa suami dia yang curang dengan dia. Bukan you yang mulakan. Epul tak jujur dengan Suraya, dia sendiri gagal kemudi rumah tangga.

Tak bantu dari segi kewangan? Isteri dia Suri rumah. Dia expect apa sebenarnya dari isteri dia ya? Dia patut belikan isteri dia baju cantik – cantik kalau nak isteri bergaya. Bukannya k0ndem isteri itu bosan dan tak pandai bergaya.

Allah dah tunjuk dah per4ngai sebenar Epul itu dekat you Puan. Kalau you kahwin dengan dia, silap – silap dia pergi buat hal dengan orang lain. You cantik dan bergaya, berjaya lagi. I terfikir, adakah Epul ini nak ambil kesempatan atas you sebab you punya kewangan kukuh?

Nasib baik you bijak dan tak setuju hendak dimadukan. I doakan Epul berubah. I doakan Suraya sedar tentang sikap suami dia yang sebenar. I doakan juga supaya rumah tangga you diIimpahi rahmat ALLAH.

Madamme Que : Samdol punya Epul. Dulu – dulu kemain giIakan Suraya sebab comel. Dah beranak 3,ko cakap tak cantik la, tak pandai melawa la.. cis. Ko yang buatkan dia gemuk. Dah ko buat dia ngandung berderet – deret. Boleh plak komplen itu ini.

Tak sedar diri punya jantan. Ada hati nak berbini 2 padahal tak mampu. Ntah – ntah si Epul ni nak gunakan confessor je, maklumla kerja tetap senang nak buat loan. Mujurla confessor bijak dan tak buta dek cinta. Moga Suraya sedarla kejahatan si Epul tu.

Nor Ariffin : Tak pe lah dik. Tak payah kenangkan sangat kawan yang dah terputvs tu. InshaaAllah, satu masa nanti, Suraya mungkin mengetahui kebenarannya bahwa Epul yang menipu bukan TT. Teruskan hidup TT bersama keluarga, move on. Jaga famili baik – baik.

Farhana Rosli : Tak guna sungguh Epul itu. Hanya mempergunakan perempuan untuk nafsu sy4hwatnya dan duit. Sungguh tidak berguna. Sc4mmer begini memang wujud dan ramai sekarang. Dunia akhir zaman. Ramai lelaki yang sudah tidak tahu menjadi lelaki. Berhati – hati lah wanita.

Noor Atthiya Tieya : Saya karekter sebijik sama macam kwn sis ni, cuma takde la lawa pun, biasa – biasa jea.. Surirumah gak, beza suami saya yang cikgu. Doakan hubungan kami kekal hingga akhir hayat. Diuji dengan macam – macam, sampai saya pernah nak mengalah dan berundur.

Tapi suami berkeras nak pert4han rumah tangga. Anak 4 orang 2 orang aut1sm. Sekarang diuji dengan sih1r plak. Dah 3 perawat jumpa semua cakap kena sih1r, saya dan suami. Doakan kami kuat semangat nak Iawan semua ni dan sembuh seperti sediakala.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.