Muka cantik mcm model tapi dekat ofis kena pulau, 2thn sabar tiba2 kwn ofis jadi baik

2 tahun Mawar sabar dipulaukan, tiba – tiba budak – budak pejabat baik dengan Mawar. Sehinggalah berlaku satu kes kecurian di pejabat, nama Mawar naik. Dia dituduh dan dipulaukan semula. Sejak dari tu Mawar berubah, badan naik mend4dak, mukanya hitam macam terbakar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, aku bukan nak cerita pasal diri aku. Ni pasal kawan aku. Kalau disiarkan alhamdulillah. Kalau tak disiarkan mungkin rezeki aku je nak luah bagi admin baca. At least ada orang sudi dengar bebanan yang aku tanggung atas nama sahabat.

Aku address dia as Mawar (bukan nama sebenar). Sebab dia cantik macam bunga Mawar. Aku cite sikit – sikit pasal fizikal dia sikit ea. Mawar ni gadis cantik. Gadis berd4rah kacukan acheh dan arab. Mata nya bentuk hazel. Bulu mata dia panjang dan lentik.

Bentuk wajah nya menawan. Mulutnya kecil tapi berbibir munggil. Bila senyum. Lesung pipit kanan nya terserlah. Membuatkan dia bertambah manis. Very ph0togenic. Dengan tinggi 165cm. Berkaki panjang. Dia seperti seorang model.

Ceritanya bermula masa Mawar baru grad. Mawar ditawarkan bekerja di dalam sebuah agensi badan berkanun kerajaan. Tanpa interview. Tanpa perlu menjalani proses – proses pengambilan pekerja seperti syarik4t lain. Rezeki Mawar walk in drop resume dan terus diinterview.

Company tersebut sangat memerIukan seorang kerani waktu itu. Company tak besar, ada dalam 30 orang staff je masa tu. Mawar terus diterima bekerja serta merta keesokan harinya. Hari pertama kerja, Mawar tidak ditegur oleh siapa – siapa dalam syarik4t tersebut.

Juga tidak diperkenalkan kepada siapa – siapa. Mawar hanya mengenali bos department nya. Dan pengarah urusan syarik4t tersebut. Sebab yang interview Mawar ni mereka berdua. Mawar dibiarkan terkontang kanting bekerja tanpa tunjuk ajar sesiapa.

Bila minta bantuan dijeling. Ajar pun terp4ksa dengan muka cemberut. Pekerja laen buat – buat sibuk. Buat – buat cakap telefon. Bila ada masalah dan kesalahan. Mawar dijerkah sekuat – kuatnya. Semua orang memulaukan Mawar.

Baik orang lelaki atau perempuan. Untuk pengetahuan semua, Mawar paling muda dan paling cantik dalam department tu. Yang lelaki mula – mula menggatal. Bila tahu yang Mawar dah ada tunang. Semua menjauhkan diri. Siap lari kalau Mawar minta tolong.

Mawar terp4ksa belajar sendiri sistem komputer. Sistem kewangan dan lain – lain berdasarkan manual operation daripada buku (tu pun selongkar stor baru jumpa). Semua benda. Dan terp4ksa cipta sistem – sistem or sop baru yang aku percaya diorang gunakan sampai sekarang.

Dipendekkan cerita, 2 tahun Mawar dipulaukan. Bercakap hanya kalau ada orang nak mintak tolong Mawar untuk kerja. Atapun kena m4ki atas kesalahan. Mawar kuat, walaupun macam tu. Dia masih lagi tegur diorang. Dia masih lagi nak kawan dengan diaorang.

Kena halau. Kena pulau pon dia senyum je. Diorang jeling pon dia senyum. Tapi akhirnya, dekat bahu aku ni lah dia nangis. Ketuk pintu rumah macam nak r0boh. Nasiblah mak aku ni kenal dia. Kalau tak dah kena kejar dengan p4rang.

Satu hari, Mawar cakap dengan aku, yang budak – budak office dia dah start cakap elok – elok dengan dia. Dah start berbaik – baik dengan dia. Dia rasa benda tu macam miracle Allah bagi. 2 tahun kena pulau. Kalau aku berhenti dah wei.

Tapi aku tahu Mawar kuat. Dia cakap Allah dah makbulkan doa dia. Dia cakap, budak – budak opis dia rajin belikan dia makanan. Kadang – kadang masak untuk dia. Dia happy babe. Happy giIa. Ketuk pintu rumah aku macam nak r0boh.

Nak bagitaw yang budak – budak opis dia dah baik. Sebulan lebih diorang baik – baik dengan dia. Bagi makan. Bagi hadiah apa semue (tiba – tiba. Aku rasa tak sedap hati). Satu hari, ada dengar kes kecurian berlaku dekat office dia.

Semua orang tuding jari dekat Mawar sebab diorang cakap. Diorang dah kerja lebih dari beIasan tahun tak pernah lagi ade kes curik. Sejak dari itu Mawar dipulaukan semula. Semua orang tuduh dia jadi pencurik. Sekali lagi, dia ketuk pintu rumah aku.

Tapi kali ni slow je. Dia pandang aku. Dia mengeluh. Lepas tu dia cakap. “aku dah penat.” terus dia tido. Dia tak nangis. Aku pelik. Sejak dari haritu. Mawar yang ceria. Dah berubah karakter 360 darjah. Dia dah tak senyum. Dia dah jadi perengus.

Asyik nak marah. Beberapa kali dia m4ki orang, memang berubah sangat. Sump4h! Aku nampak dia macam orang laen. Tapi aku positif. Aku salahkan budak – budak office dia yang buat dia jadi macam ni. Effect psik0logy lah konon.

Mawar dah start tak makan sangat. Aku kawan dengan dia berbeIas tahun tapi aku tak pernah tengok dia tak makan. Sebab dia sangat suka makan!! Kalau keluar dengan dia. Mesti menguyah. Tapi sejak dari haritu, setiap kali maghrib dia akan munt4h.

Doktor cakap kesan gastric sebab perut kosong. Dia tak lalu makan. Tapi yang lawaknya apa taw? Badan dia m4kin naik dari hari ke hari macam kena pam! Orang tak makan wei. Kalau makan banyak tu orang heran lah. Muka dia m4kin gelap.

Macam orang kawat tu. Yang peliknya. Badan dia maintain putih. Dandia tak pernah tukar skincare pon. Dari dulu macam tu. Korang bayangkan. Hitam macam kena bakar muka dia. Aku sedih. Tapi dia ok je. Dia macam tak kisah. Dia cakap ujian Allah nak bagi.

Sebab dulu dia bangga dengan kecantikan dia. Orang da start mengata. M4kin hari m4kin gemuk sampaikan berat Mawar mencecah 86kg. Selama aku kawan dengan dia. Berat nak capai 60kg pon susah. Masalahya naik tanpa sebab!

Makan sikit dari biasa. Kadang – kadang tak makan. Aku bila dok sorang – sorang aku menangis tengok kawan aku macam ni. Orang h1na. Orang m4ki. Orang da start geIar dia nenek kebayan lah. Apa lah. MentaI dia dah breakdown.

Dia start rasa dia buruk. Dia start percaya orang cakap dia nenek kebayan sume. Dia percaya yang dia macam tu. Dia percaya yang dia buruk. Tahun seterusnya. Dia m4kin teruk. Dia start cakap sorang – sorang. Ketawa sorang – sorang.

Tiba – tiba dia menangis dan tiba – tiba dia ok. Sump4h! Aku tak fikir benda laen masa tu. Aku fikir kawan aku dah breakdown sangat – sangat. Ada tahap aku rasa kawan aku bakal masok hospitaI orang giIa. Company bagi dia cuti tanpa gaji.

Duduk rumah tak nak mandi. Peri0d dia tak berhenti – henti. Tak nak cakap dengan orang. Termenung. Lepas tu gelak. Lepas tu tiba – tiba nangis. Mak ayah dia dah risau. Dorang bawak dia jumpa pakar mentaI tu lah. Ps1kiatri. Tak jalan.

Dia boleh gelakkan doktor tu dan cakap. “kau tak layak nak sembuhkan aku. Kau bukan siapa – siapa.” Lepas tu, yang buat parents dia terfikir nak bawak dia jumpa rawatan Islam sebab. Kawan ayah dia datang rumah. Melawat. Pakcik tu ada belajar sikit – sikit pasal ilmu rawatan ni.

Pakcik tu cakap dengan ayah dia. “Kes berat ni. Ni bukan masalah mentaI. Ni macam kena sesuatu ni.” terus pakcik tu tulis alamat semua. Suruh ayah dia bawak. Secepat mungkin. Aku ikut sekali masa pergi berubat tu. Sebab ayah dia percaya aku.

Aku dah macam family dah. Laluan nak ke rumah tu bukan main susah. Mawar diam je dalam kereta. Sampai je depan rumah ustaz tu. Dia dah gelisah. Masa suruh keluar dia menangis. Kitorang p4ksa dia keluar. Dia jerit – jerit tak nak masok.

Jumpa je orang yang berubat tu. Dia diam. Dia tenung je orang tu. Macam nak makan. Lepas tu dia menyeringai beb. Meremang bulu tengkuk aku. Ustaz tu lepas sembang sikit – sikit dengan ayah Mawar, tak cakap banyak. Dia pergi dapur. Lama jugak.

Bini dengan anak dia yang layan kitorang. Dia buat masak air apa tah. Dia bawak ke depan. Mawar masih diam lagi. Tenung je orang tu. Air tu aku tengok ada macam daun – daun, akar apa tah. Tak de lah aku tanya. Tapi warna air dia macam air lumpur.

Bapak nak munt4h. Bau dia pon. Aku ni dah start was – was. Betul ke orang ni. Kang jumpa ustaz temberang lagi p4rah si Mawar ni. Dia tapis air tu. Dia baca – baca hembus dalam air keruh tu. Dia suruh Mawar minum. Mawar tutup rapat mulut dia.

MenggeIupur kawan kena p4ksa. Aku dengan adik dan mak Mawar kena pegang kaki dia. Ayah Mawar peIuk dia dari belakang. Wife ustaz tu tekan paha dia. Kena p4ksa minum. Selang dalam 5 minit lepas tu. Dia ada tunjuk tanda – tanda nak munt4h.

Besen yang dah memang tersedia sebeIah ustaz tu disua depan muka Mawar. Munt4h keluar habis Mawar. Ustaz tu tanya. Ada lagi? Mawar geleng. Ustaz cakap bohong! Dia p4ksa minum lagi. Kena repeat pegang sebab Mawar menggeIupur.

Lagi sekali dia munt4h. Semua orang terk3jut tengok isi dalam besen tu. Ada rambut. Ada jarum peniti. Ada macam cebisan daging. Benda yang aku tak boleh describe. Aku dah pucat dah. Lepas da selesai semua. Mawar dah pengsan.

Ustaz tu terangkan dekat ayah Mawar. Ada orang iri hati dengan Mawar. Dia kena sih1r. Ayah cakap lah. Iri hati kenapa? Ada sesuatu dekat Mawar yang dia tak suka. Ustaz tu cakap biasalah. Manusia penuh hasad dengki. Ayah Mawar tanya lagi.

Dapat sih1r ni daripada mana. Daripada makanan. Ada orang bagi dia melalui makanan. Ustaz tu tak nak bagitahu siapa. Cuma ustaz tu cakap. Dalam persekitaran dia jugak. Expect bole tahu siapa? Aku tahu budak – budak opis dia jadi baik tiba – tiba tu.

Tapi tak nak syak. So redha je lah. Setiap minggu pergi jumpa ustaz tu sampai lah Mawar sembuh. Alhamdulillah Mawar ok. Oh lupa nak cakap. Effect dari sih1r tu. Mawar putvs tunang dengan tunang polis dia tu. Tak tahu mana silap. Putvs. Anggap saja tak de j0doh.

Lepas cuti tanpa gaji. Mawar kembali masuk office. Tapi dengan surat resign. Dia resign 24 jam. Nasib company tak charge apa – apa penalti dekat Mawar sebab dah breach kontrak. Tak lama lepas tu. Mawar diintai oleh a few ph0tographer untuk masuk bidang modelling pulak.

Rezeki Mawar m4kin meIimpah ruah. Kawan – kawan lama Mawar follow Mawar dekat ig. Disebabkan Mawar ph0togenic, banyak tawaran yang Mawar terima. Tapi Mawar tak dapat terima semua sebab ade a few requirements yang tak suit dengan Mawar contohnya nak model bersaiz s/m.

Biasanya Mawar akan ambil job model make up ataupun tudung sebab separa badan gambar diambil. Followers sem4kin ramai. Setiap likes pada gambar sudah masuk ribuan. Nama Mawar sem4kin diintai oleh make up artist.

Siapa sangka, ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya hujan ditengahari. Wajah Mawar tiba – tiba dinaiki biji – biji halus yang banyak. Secara tiba – tiba. Serentak. Diikuti p4rut – p4rut dan kulit yang mengelupas teruk. Muka sahaja.

Badan dan lehernya bersih. Pipinya sem4kin cengkung. Badan Mawar sem4kin kurus. Matanya lebam. Mulanya ingat perubahan h0rmon. Dari kIinik ke pakar kulit. Dari ubat farmasi ke antibiotik dari pakar. Sume dah try. Spa mana ja Mawar tak pergi?

KIinik dermat0logy mana je Mawar tak singgah? Duit simpanan habis beribu untuk berubat wajah sahaja. Yang anehnya. Bila wajahnya elok. Biji halus – halus hilang. Parut – parut sume hilang. Hanya bertahan seminggu dua sahaja.

Tiba – tiba biji – biji halus tu akan naik mend4dak. Secara serentak. Bayangkan. Bila elok sahaja. Surut dan licin. Tiba – tiba biji – biji wajahnya akan naik mend4dak secara tiba – tiba. Mawar dah putvs asa. Perkara yang sama berulang licin seminggu dua.

Naik mend4dak. Sehingga 3 tahun lamanya. Aku sampai dah lupa macam mana muka licin dan cantik Mawar. Mawar dah tak dapat offer modelling ataupun make up. Rezeki Mawar tertutup macam tu je. Tapi Mawar ni positif betul. Dia cakap semua tu rezeki. Dah tak de rezeki dia.

Satu hari aku dengan Mawar singgah ke masjid. Berhenti solat. Tiba – tiba ada satu makcik ni tahan Mawar dan pegang tangan Mawar. Dia cakap. Anak. Pergi berubat. Mak cik nampak muka awak gelap sangat. Awak ada mimpi aneh – aneh tak?

Mawar cakap ada. Dia mimpi jatuh bangunan yang sama. Berulang – ulang. Dekat bawah tu. Ada banyak ular. Astaghfirullah. Aku sendiri tak tahu dia ada mimpi macam tu. Aku ajak dia pergi berubat. Dia gelak ja. Dia cakap makcik tu karut.

Jenuh aku pujuk wei. Terus aku google pusat perubatan Islam berhampiran area KL ni. Sekarang zaman IT kan. Aku tak bagitau lah mak ayah dia takut diorang risau. Aku pergi berdua ja. Rupanya. 3 tahun yang Mawar tersiksa selama ni.

Angkara dengki khi4nat seorang kenalan lama beliau. Sahabat kolej lama. Ustaz tu berdialog dengan benda yang ada dalam badan Mawar selama ni. Benda tu cakap. Tuan dia tak puas hati sebab suami dia dok puji – puji kecantikan Mawar dan selalu tengok update Mawar.

Suami tuan dia pernah suka dekat Mawar masa kolej dulu. Tapi Mawar tolak sebab Mawar dah berkawan dengan bekas tunang dia masa tu. Dia marah sebab kant0i suami dia ada buat folder screensh0t gambar Mawar dalam phone.

Dan tuan dia memang kebetulan benci dengan Mawar dari kolej lagi sebab Mawar selalu jadi perhatian. Benda tu cakap. Dia tak nak keluar. Sebab tuan dia nak dia duduk dalam badan Mawar sampai m4ti. Dia nak ratah setiap inci daging dan minum setiap d4rah yang ada.

Benda tu cakap. Badan Mawar dah macam rumah dia, kenapa dia perlu keluar? Ustaz tu bagitau aku. Nasib baik aku p4ksa Mawar datang jugak. Kalau lambat lagi. Benda tu dah sebati dengan d4rah daging. Dah susah nak keluar.

Untuk pengetahuan admin. Kelmarin, aku dengan Mawar pergi berubat lagi. Keadaan sem4kin ok. Cuma benda tu tak keluar lagi. Dia keluar sekejap, dia masuk balik. Aku geram, aku tanya ustaz tu kalau hantar balik tak boleh ke. Habis aku kena ceramah dengan ustaz tu.

Tapi aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Aku tengok Mawar m4kin kurus. Dia cakap dia dah tak larat nak pergi berubat apa semua ni. Dia dah penat. Dia tanya aku. Kenapa lah ada manusia yang hati busuk. Dia cuma nak hidup tenang je.

Buat kenalan yang hantar dekat Mawar. Aku tak tahu siapa kau. Sebab aku tak sama kolej dengan kau. Tapi. Kau kena ingat. Kifarah Allah ada. Benda – benda kurafat ni dah perbuatan menyekutukan Allah. Tak dapat baIasan dekat dunia.

Kau tunggu dekat akhir4t sana. Buat sahabat baikku Mawar. Aku sentiasa ada di sisi kau. Aku akan ada smpai kau sembuh. Ok? Kita kawan da beIasan tahun. Aku rindu kau yang dulu. Tapi aku akan support kau smpai bila – bila. I love you bestie.

Maaf korang. Aku tak pandai nak susun ayat. Sebab aku ni budak finance. Kalau bagi aku calculator aku terror lah. Bab karang – karang ni. Jenuh aku perah otak. Doakan Mawar sihat macam biasa ea. Tolong semua. – Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hayati Sun Mi : Hmm, jarang orang cantik kena pulau masa awal – awal masuk kerja ni. Memang semua benda akan jadi mudah bila masuk tempat kerja baru kalau ada kelebihan tu. Lelaki lagi la laju nak tolong walaupun perempuan tu dah ada seseorang / tunang melainkan tu wife orang.

Mungkin, orang tak berkenan sebab cara pengambilan kot, iv sikit terus dapat. Mungkin anggapan orang, memang diterima sebab cantik sahaja. Tentang makanan tu, beringatla, jangan terus makan bila dijemput. Tengokla dia jemput kita sahaja atau semua (tengokla dri siapa) (ini untuk sikap hati – hati).

Sebab dulu, kawan – kawan aku selalu ingatkan, baru aku aware sikit. tapi bagus kawan confessor ni, positif. Semoga kawan confessor baik – baik sahaja.

Mas Kamaruddin : Percayalah,orang yang menyih1r ni memang tak puas sentiasa. Walaupun kita tak kacau dia. Stay strong Mawar. Moga ada kesembuhan. Zikir sentiasa doa nabi yunus dan baca kalimah tammah. Tambah kalau kita baca, memang meremang kalau si dia ada dalam badan.

Kena yakin dengan setiap ayat – ayat quran bila baca. Amal al jin, as saffat dan yasin. Perkara biasa kalau tengah baca ,kita tetibe jadi lupa atau lost. Pernah, sampai tergagap nak baca. Al mathurat pun elok

Nur Suraya Kamsano : Nasihat saya pada yang suka guna amalan yang memang terang – terangan diIarang dalam agama (menduakan Allah). Berhentila.. takut tak sempat taubat nanti benda kita buat tu makan kita dikemudian hari.

Saya tak tau boleh pulangkan balik tak pada yang hantar. Mohon juga tanya pada orang alim bab ni. Kalau tau siapa.. pulangkan pada penghantar. Moga dia faham rasa peritnya menanggung s4kit. Gws Mawar.. amalkan baca ayat 3 kul dan yasin.

Orang jenis dengki ni depa tak putvs asa. Lagi awak post tunjuk gambar semua lagi dia berazam nak hantar lagi banyak. Real case dan ada beberapa kawan saya kene benda macam ni. Saya doakan moga Mawar cepat sembuh dan harap benda tak baik ni berbalik pada si penghantar. Biar dia tau langit tinggi rendah. Dahla menyekutukan Allah, dengki pulak tu. GWS dear.

Hafiz Al Fateh : ‘Perlahankan’ update gambar – gambar KELEBIHAN, KEGEMBIRAAN dalam IG and facebook. Bukan kata tak boleh.. PERLAHANKAN. Tak buat langsung lagi baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?