Bila saya mengadu pada mak mertua, dia bagi cadangan suruh saya buang HP suami dari tingkat 17

Dari sebelum kahwin suami seorang yang baik, rajin solat dan bantu saya buat kerja rumah. Semuanya berubah setelah HP dia rosak dan dia beli HP baru yang lebih canggih. Dia sanggup tipu – tipu tidur dengan saya, tapi bila saya dah tidur dia bangun balik. Sehinggalah saya mengadu pada ibu mertua, saya tak sangka..

#Foto sekadar hiassan. Assalamualaikum pembaca semua, salam ramadhan Saya Sofia. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meminta pandangan kerana saya betul – betul buntu apa harus saya buat.

Saya telah berkahwin beberapa tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Suami saya baik sangat orangnya. Dari sebelum kahwin sehinggalah selepas berkahwin, sama saja baiknya. Cuma semenjak akhir – akhir ini dia berubah kerana game, lebih tepat lagi kerana PS4.

Suami saya seorang yang lemah lembut dan tak pernah naik suara. Selalu membantu kerja – kerja rumah, malah dia lebih rajin daripada saya. Dia juga jenis yang menjaga solat, selalu solat di surau atau masjid berdekatan rumah.

Kalau bab baca quran, dia yang paling rajin. Lepas subuh baca yasin, lepas magrib baca mana – mana surah dan lepas isyak mesti baca al-mulk. Sebelum tidur wajib solat sunat witir sebagai penutup.

Tahajud tu ada juga dia buat walaupun bukan tiap – tiap malam. Semua ni sebelum kahwin lagi saya tahu dia memang macam ni. Kawan – kawan dia semua kata saya beruntung kahwin dengan dia.

Sejak awal kahwin, dia ajak saya sama – sama join aktiviti dia ni. Saya seronok sangat sebab dapat kahwin orang baik – baik, dapat belajar untuk mendalami agama, dapat solat Jemaah sama – sama tak pernah miss kalau dua – dua ada dekat rumah.

Banyak lagi la kebaikan – kebaikan dia. Tapi semua ni berubah lepas handphone dia rosak dan dia membeli phone yang baru. Phone yang rosak tu biasa – biasa saja, bila beli yang baru dia beli yang elok sikit.

Bila spec dah tinggi, dia download la beberapa game. Mula – mula saja nak main, lama – lama dia terjebak dengan game yang boleh main dengan kawan – kawan yang boleh per4ng sama – sama.

Lepas tu upgrade lagi PS5 sebab lagi syok skrin tv lagi besar kan. Saya masa tu tak haIang sebab saya tahu dia juga bosan. Ye lah tak ada anak lagi kan. Nak buat apa saja duk dekat rumah tambah – tambah masa PKP.

Bermula la perubahan diri dia. Allah, sedih sangat bila ingat balik. Kalau tahu la saya suruh saja dia beli phone biasa – biasa. Solat dah mula lewat sebab terlajak main game. Dulu sama – sama solat Jemaah sekarang dia suruh saya solat dulu sebab tengah sibuk berper4ng.

Saya pula rasa tak sedap nak tunggu dia takut lewat sangat solat. Al quran jarang baca sebab lepas solat tergesa – gesa nak join main game balik. Yang paling sedih, dah selalu sangat terlepas solat subuh.

Dulu ada jarang – jarang kami berdua terlepas sebab tak sedar langsung, dia terus bangun qada solat sebab rasa bersalah dan d0sa sangat. Sekarang banyak kali saya k3jutkan pun, dia bangun duduk kejap akhirnya tidur balik.

Saya solat subuh berseorangan, lepas tu tertidur sekejap. Bila sedar balik saya terus terk3jut sebab ingat tadi dia belum solat. Saya k3jutkan dia tanya dah solat subuh ke belum, dia dengan seIambanya cakap tak solat lagi.

Terus sambung tidur macam tak ada apa – apa. Waktu subuh pun dah habis. Macam mana tak mengantuk kalau malam – malam tak tidur duk melayan game tu. Pernah saya p4ksa dia masuk tidur sekali sebab saya terus off plug PS5, Ya, dia masuk.

Tapi dia tunggu saya tidur dia sambung main dekat phone dalam gelap tu. Saya pura – pura tidur masa tu. Bila saya saja – saja gerakkan badan sikit terus dia sorok phone dan buat – buat tidur.

Kadang – kadang dia keluar balik main PS5 dekat luar bilik. Ya Allah sedih hati saya lihat suami yang saya kasihi jadi macam ni. Kenapa jadi macam ni abang? Saya harapkan abang untuk pimpin saya ke syurga, untuk kita sama – sama jadikan rumah tangga ni diredhai Allah.

Sebab saya tak dapat bagi abang zuriat ke abang jadi macam ni. Saya penat jadi macam mak pada suami. Macam budak kecik. Nak kena k3jutkan solat tiap – tiap hari, bentangkan sejadah, cari kain pelik4t sebab nak mudahkan dia solat plus nak biar sempat solat sebab waktu dah nak habis.

Ya saya tahu itu semua ladang pahala tapi saya penat sebab saya ni pengikut, bukan pemimpin. Bagi saya suami itu pemimpin dalam rumah tangga. Takkan lah isteri nak kena remind tiap – tiap hari waktu solat.

Kalau sebab zuriat, saya dan dia telah pergi ke hospitaI untuk cek, alhamdulillah kami berdua okay tak ada masalah, cuma belum ada rezeki. Doakan kami ye dikurniakan zuriat yang baik – baik tahun ni.

Kami dah usaha dengan cara moden dan tradisi0nal, tapi belum berhasil. Saya cakap dekat suami macam mana Allah nak kabulkan doa kita kalau solat pun lambat, tak jaga solat subuh, alquran pun tak sentuh.

Macam mana Allah nak bagi rahmat dan keberkatan dalam rumah tangga kita? Macam mana Allah nak bagi kita anak kalau kita solat pun tak jaga, anak nak jadi apa? Dia diam saja, berubah kejap.

Tapi lepas tu tetap main game macam biasa. Dia ada masalah kah? Dia bosan sebab tak ada anak kah? Ya dia banyak kali cakap nak baby tapi nak buat macam mana. Bukan saya yang tentukan semua tu. Tu semua Allah punya kerja.

Saya ingat bulan puasa ni dia akan berubah tapi tak pun. Dia balik kerja terus buka game sedangkan saya Iintang pukang dekat dapur. Saya tak kisah bab masak tapi tolong lah sedikit siapkan meja ke, sapu – sapu rumah sikit.

Kalau tak nak tolong tu saya harap dia tunjukkanlah contoh yang baik macam baca quran ke, manfaatkan bulan puasa ni bukan sia – siakan waktu yang Allah bagi. Kalau dia baca quran tak ada la saya rasa nak marah walaupun tak tolong kerja rumah.

Saya dah penat tegur cara lembut. Takkan nak saya cakap kasar. Pernah sekali saya ternaik suara kata nak bawak masuk kubvr ke game tuh?! Dia sentap. Dia buat silent treatment pada saya selama beberapa hari.

Akhirnya saya yang minta maaf. Sebelum ni banyak terlepas subuh, lately banyak terlepas isyak sebab lepas magrib sambung main game sampai tengah malam ke pagi pastu tertidur. Nampak tak m4kin lama m4kin teruk.

Saya pernah sekali dua bercerita tentang suami saya ni pada ibu mertua. Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga mertua yang baik – baik. Saya cuma cerita yang suami saya kuat main game dan solat lambat dengan harapan dia dengar nasihat ibunya, pasal terlepas solat ke apa saya rahsiakan dari ibu mertua saya.

Ibu mertua saya terus call suami saya dan ingatkan dia tentang tanggungjawab – tanggungjawab dan peng0rbanan sebagai suami, sebagai orang Islam. Kadang – kadang ibu call saya tanya macam mana suami, saya cuma cakap belum ada apa – apa perubahan ibu.

Ibu suruh saya c4mpak phone dan PS suami keluar rumah (rumah kami apartment tinggi tingkat 17). Ibu suruh saya rosakkan PS5 dengan p0tong wayar atau rendam dalam air diam – diam biar suami tak dapat main.

Kalau dia hantar dekat centre untuk repair mesti kant0i. Saya belum berani cuba cara tu sebab saya takut reaksi suami macam mana. Dia tak pernah marah sebelum ni tapi tiba – tiba hari tu saya cakap dekat dia abang dah banyak kali tinggal solat subuh.

Dia terus jerkah saya kuat katanya, “mana ada tinggal solat!!!!, jangan tuduh bukan – bukan !!” Saya tak pernah lihat dia marah jadinya saya agak terk3jut dan menangis sebab belum pernah dia berkasar macam tu.

Sebab itu juga saya takut nak buat yang ibu mertua saya suruh. Lagipun dia beli mahal. Saya takut reaksi dia silap – silap boleh g4duh besar. Saya tak pernah fikir untuk berpisah. Saya tak haIang dia nak main game asalkan jaga solat dan amalan – amalan yang lain.

Dia baik, nafkah semua ok malah tak pernah berkira bab duit dengan saya. Cuma sejak terjebak dengan game dia solat lintang pukang dan sikap dia berubah sangat. Saya risau pasal solat tu saja sebenarnya.

Saya tak sangka orang ketiga dalam rumah tangga kami bukannya perempuan murahan, tapi game yang mahal. Saya runsing sangat pasal dia. Atau saya yang overreact? Tolong la bantu saya. Saya perIukan nasihat yang membina.

Minta maaf kalau ada salah silap. Harap kaum lelaki boleh ambil pengajaran. Janganlah abaikan solat dan keluarga disebabkan game. Sampai bila nak main game tu. Adakah game tu akan bermanfaat untuk kita bila kita s4kit, bila kita tua dan bila kita meninggaI nanti? – Sofia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syahirah Mohamad : Tak ada solution lain, puan. Wajib jual ps5 tu dan uninstall semua game yang dia download. Tu je caranya. Dan p4ksa dia buat macam dulu – dulu. Lama – lama takut nanti jadi m4kin ket4gih dan akhirnya masalah lagi besar bakal datang. Sedangkan tinggal solat pun dah 1 baIa yang besar buat umat Islam.

Nazihah Ramli : Mainlah sekali. Enjoy the console dengan suami. Biasalah dapat barang baru memang leka, lama – lama nanti balik asal. Satu pesanan, jangan rosakkan console, jangan merajuk, dan jangan berkata sinis kepada dia.

Daripada tak ada masalah antara suami isteri tiba – tiba bermasalah nanti. Orang lelaki kan banyak tanggungjawab, sampai satu masa nanti dia takkan ada masa berjam – jam nak gaming. Tentang solat tu, beri dia time guideline.

Contoh masa suami gaming tu, kata, “Dalam 15 minit lagi kita solat ye.” atau “Lagi 5 minit nak azan, ambillah wuduk dulu.” Nak tegur orang lelaki ada caranya sebab cara berfikir tak sama dengan orang perempuan.

Maafkanlah dia yang sedang laIai sekarang ni dan berdoalah supaya pintu hati dia terbuka untuk kembali solat dan bijak bahagikan masa antara keluarga dan hobi.

Wansa Ieda : Suami saya dulu kaki game. Saya ada anak kecik time tu. Cara mudah saya, dia tengah main game, saya serah anak kat dia saya pergi meliIau buat keje lain. Pura – pura sibukkan diri yang tak sibuk.

Alhamdulillah ps4 dia pun dah dijual. Tapi lain orang lain cara yaa. Suami saya jenis family person sayangkan anak, suka bagi perhatian kat anak boleh nak buat macam tu. Tapi kalau awal – awal  suami tunjuk tak suka layan anak jangan  buat, sian anak.

Ijmal Kamil : Suami puan tu sebenarnya berada dalam fasa k3jutan budaya, sama persis macam keadaan saya bila dapat gajet fon dan laptop baru spec tinggi. Untuk saya, game tu lama – lama akan jadi bosan dan lama – lama akan beralih.

Kalau berlarutan sampai berbulan memang bah4ya, sebab mentaI add1ction ni lain orang lain cara dia handle. Nasihat saya, cuba perbanyakkan keluar rumah, bersenam dan sebagainya. Mungkin jua sebab PKP ada masa banyak terluang, maaf jikalau tak membantu.

Mohd Noor : Suami puan seorang yang baik agama dan akhlaknya. Dari apa yang aku faham, suami puan tu macam kena cuIture sh0ck. Mungkin  sebelum ni atau waktu bujang dia tak pernah try main video game.

Bila sekali kena, kemaruk dia lain macam. Teruskanlah nasihat dia, dalam masa sama, banyakkan berdoa supaya suami puan berubah jadi lebih baik. Gamer punya kemaruk tak sama, ada orang kemaruknya kejap je.

Ada yang terus h4nyut. Nak nasihat ni bukan makan masa sehari dua tapi berterusan. Sibukkan suami puan, ajak dia berbual ke, ajak dia keluar ke. Biasanya lelaki baik macam tu jenis sayang mak. Ajak dia pergi rumah mak dia.