Bilalah nak habis COVID ni, rimas saya terperangkap dengan mak ayah mertua dekat sini

news.allmhidotcom warning

Memang suami anak yang bagus tetapi dia bukan suami dan bapa yang baik untuk saya dan anak – anak. Saya kena kerja dari rumah bila ada mak ayah mertua ni saya dah jadi bibik baru pulak dalam rumah ni. Remote TV pun berebut dengan anak – anak nak tengok TV. Langsung tak membantu, pinggan cawan semua di biar macam tu je..

Salam semua. Di musim Covid-19 ni benar – benar menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah. Mak1n senang g4duh, mak1n senang cari pasal.

Al-kisah suami saya entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke KL. Di awalan perancangan katanya saya dah beritahu, jangan di bawa orang tua datang ke sini.

Elok – elok dah duduk kampung, awak bawak ke sini kang kena Covid-19 menyesal tak guna. Tapi nasihat tak diendahkan.

Kesudahnya saya stuck dengan mak ayah dia di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan. Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri.

Saya sepatutnya bekerja dari rumah tapi jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu. Ingatkan boleh la tolong tengok anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pon saya yang handle.

Di dapur pun langsung tidak menolong. Handphone melekat di tangan masing – masing. Tengok apa tak tahulah.

Orang tua main fb, aduhaiii buruk benar perangai. Kalau tak main hp, tengok  netflix tak pun tidur. Maklumlah wifi free.

Remote tv macam dah jadi milik mereka sampaikan anak – anak saya nak tengok kartun kegemaran pon tak merasa. Sedihnya rasa macam orang asing dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh – peluh hidang laju masing – masing meluru ke meja makan. Siap tanya, eh hidangan ni dah dibuat 3 hari lepas.

Allahu dalam hati saya, dah lauk tu je yang ada dalam peti. Saya masak untuk satu hari terus yakni makan tengahari sekalilah makan malam.

Means hidangan tu banyak jadi pandai – pandai la berjimat untuk makan malam sekali. Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pon saya yang basuh, lauk makan malam pulak dihabiskan.

Saya nak suap anak makan malam terk3jut tengok tak ade langsung lauk ditinggalkan. Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak aje la lauk lain.

Yaaaa, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8 malam tu. Masa tulah nak kupas sayur ikan ayam pulak ke?

Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pon tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Suami pulak seolah – olah macam buat bod0h langsung tak fikir perasaan penat lelah saya di dapur di rumah di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana.

Saya masih menghorm4ti mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan tv, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup.

Nak dibiarkan nanti kang anak – anak pulak terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang je. Allahuuu bila nak tamat Covid-19 ni. Saya letih.

Saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju – baju mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri.

Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman. Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious macam tak sukakan mak ayahnya.

Memang tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak – anak saja.

Suami siap m4ki saya dalam whatsapp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya.

Memang tak boleh ke mana – mana pon saya ni, ada kawalan pergerakan kan? Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri buat lepas rindu.

Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik – beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak – anaknya.

Hanya saya yang tahu baik buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim – musim covid ni.

Tapi isteri dan anak – anak ibarat lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ada depan mata untuk aku tengok. Habis saya yang masih ada parents dia halang pulak.

Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak – anak. Ya allah pulihkanlah Covid19.

Aku terlalu penat ya allah, maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Komen Warganet :

Nour Hana Nadhirah : Pada pendapat saya, layan la orang tua suami seperti ibu dan ayah sendiri, oramg tua macam – macam perangai dan kita pun akan tua satu hari nanti.

Tak salah pun kalau dia tak menolong, sebab dia dah penat lelah besar kan anak dia, lainlah kalau ada ipar duai yang menompang sekali tu yang jadi panas.

Bersabar puan layan la mereka dengan selayaknya. Asbab perbuatan baik puan moga anak – anak puan menghorm4ti dan menyanjung tinggi diri puan sebagai ibunya..

Yah Hana Yaacob : Allahuakbar. Sebenarnya kalau dibuat survey, memang hampir 100% para isteri tertekan sepanjang PKP ni.

Pada ketika ini barulah kita betul – betul tahu perangai sebenar para suami. Kalau sebelum ni dah tak menolong, kita maafkan je.

Waktu PKP ni, memang tak pergi bekerja, tapi juga tak nak menolong, memang sengs4ralah para isteri. Kerja mereka asyik dengan hphone ke hulu ke hilir. Berdoalah semoga Allah kurniakan petunjuk kepada mereka ini.

Afzan Nazir Lavender : Penat memang la penat sis. Tak ape ikhlaskan hati, cari penyelesaian. Contoh, awak dah masak banyak tu, awak buh dalam tupperware pastu simpan dalam bilik.

Kedua, mak ayah dah ade phone kan, cakap dengan dorang bagi anak tengok tv. Kesian anak – anak tapi semuanya kena ada komunikasi.

Pasal baju dorg tu awak suruh la laki tolong jemur, awak dah basuh kan. Takkan dengan mak ayah sendiri berkira nak jemur baju mak ayah dia.

Haaa bab dia larang awak jumpa mak ayah awak tu part saya kurang setuju, dia siapa nak halang. Bagitau suami jangan pentingkan diri sangat.

Kalau mak ayah awak tak ada, awak pun tak ada kat dunia nie.. Apa pun semoga awak bertabah dengan cubaan nie dan semoga COVID19 cepat hilang dari muka bumi ini. Amiin

Suraya Su : Saya amat memahami perasaan puan, jangan buat kerja rumah perfect sangat. Buat ala kadar cukup yang penting masak. Rumah awak jangan kemas, kain baju jangan basuh hari-hari.

Bila suami atau mertua tanya, awak cakap tak larat. Semua awak sorang – sorang kena buat, cakap dengan dia orang tolong la bantu.

Mazuin Dasiman : Orang yang tak pernah aIami memg tak akan tahu situasi tu macam mana. Dorang boleh je cakap kite tak ikhlas, tak anggap macam mak bapak sendiri, pentingkan diri sendiri dan tak brsyukur bila dah kahwin dengan anak dia.

Semua tu yang pernah aIami je tau, kalau dibiarkan boleh jadi kemurungan hokey. Saya boleh nasihat bersabar sangat penting, percaya pada Allah. Semoga satu hari nanti suami akan faham.

Tak salah luahkan apa yang ada di dad4 tu pada suami. Biarlah g4duh asal kita dah luahkan. Saya doakan puan kuat hadapi dug4an ni.

Apa kata anda?