Masih ingat nombor yang aku hubungi tetapi dia cakap dia bukan ayah aku? Dia menghubungi aku lagi, dia cakap dia tidak mahu menjadi wali aku dan meminta untuk aku tidak mengganggunya kerana dia sudah bahagia dengan family baru.
#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku N.F. Aku berumur 30 tahun. Sejak kecil, aku tinggal bersama nenek aku sebabnya ibu bapa aku sudah bercerai. Ibu terp4ksa tinggalkan aku bersama nenek, sebab dia mahu bekerja, cuma apabila aku sudah mula memasuki alam persekolahan, barulah ibu pulang dan tinggal bersama kami.
Aku tidak pernah bertemu dengan ayah aku, secara jujurnya aku sangat cemburu apabila melihat kawan – kawan bermesra dengan ayah mereka. Aku jadi iri, bahkan aku pernah menangis kerana terlalu inginkan rasa kasih sayang dari seorang ayah.
Sewaktu kecil, aku sering bertanya kepada ibu dan nenek di mana ayah aku berada. Tetapi, setiap kali aku bertanya akan hal itu, aku akan dimarahi oleh mereka. Mereka seolah – olah tak mahu aku bertanya tentang ayah aku.
Nenek selalu cakap dengan nada yang marah, “Untuk apa mencari orang yang lari meninggaIkan isteri dan anaknya? Sehingga ibu harus mengambil fasakh untuk bercerai.” Sejak dari itu, aku tidak lagi berani untuk bertanya.
Sedikit demi sedikit, aku mulai membenci ayah, aku benci dia kerana tinggalkan aku dan tidak pernah bahkan sekali pun datang menjenguk aku. Sehinggalah tahun ini, aku bertunang dengan jejaka pilihan hati, dia memahami situasi aku, dan dia mahu kami bersama – sama mencari ayah untuk menjadi wali di pernikahan aku yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.
Aku tidak mempunyai gambar ataupun maklumat tentang ayah, yang aku tahu ayah aku orang sarawak dan tinggal di Melaka. Jadi, aku berinisiatif untuk mendapatkan alamat terakhir ayah di JPN. Aku berjaya mendapatkan maklumat ayah dan pegawai itu berkata ayah aku masih hidup.
Aku cuba membuat postingan yang bertulis aku sedang mencari ayah di group Melaka di facebook. Alhamdulillah ada 2 orang h4mba Allah memberikan maklumat tentang ayah aku, aku cuba menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh h4mba Allah tersebut,
Dia bagitahu itu nombor telefon ayah aku tapi apabila aku menghubungi nombor itu, lelaki yang aku hubungi itu cakap, dia bukan orang yang aku cari. Jadi akupun berfikir, mungkin ayah sudah tukar nombor lain kut.
Tidak lama setelah itu, aku dihubungi oleh seorang wanita. Dia membaca postingan aku di facebook, dan bagitahu yang dia kenalan ayah. Aku merasa gembira kerana akhirnya aku dapat bertemu dengan ayah. Dia cakap lagi yang ayah sudah berkahwin lain, dan mempunyai lima orang anak.
Kehidupan mereka bahagia dan senang. Semuanya sudah besar. Wanita itu bertanya tujuan aku mencari ayah. Aku memberitahu, selain untuk meminta ayah menjadi wali, aku sangat ingin bertemu dengannya, aku ingin merasa kasih seorang ayah.
Namun perkataan wanita tu selanjutnya, mengh4ncurkan hati aku seh4ncur – h4ncurnya. Wanita itu bilang ibu aku banyak membuat ayah mend3rita dan mengh4ncurkan hidup ayah. Dia juga cakap selama ni ayah nak jumpa dengan aku, tapi dihalang oleh keluarga ibu, sehingga ayah lari membawa diri ke Melaka, dan yang paling membuat aku remuk, dia mengatakan yang ayah tidak boleh menjadi wali aku, kerana aku anak tidak sah taraf.
Dia juga hairan kenapa aku boleh berbintikan nama ayah sedangkan aku lahir selang sebulan ayah dan ibu bernikah. Aku menangis semahu – mahunya. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa kecewanya aku. Aku telefon tunang aku untuk menceritakan apa yang telah terjadi.
Tunang aku meminta untuk bersabar dan menerima takdir yang telah tertulis. Dia juga memujuk aku, dengan mengatakan ini bukan salah aku dan tetap ingin teruskan perkahwinan kami. Aku bersyukur, dipertemukan dengan lelaki yang baik yang menerima aku apa adanya.
Tunang aku nasihatkan aku supaya jangan dengar cerita sepihak, dan dia mengajak aku untuk bertemu bapak saud4ra aku, Pak Ngah, untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Hujung minggu lalu, kami bertemu Pak Ngah, pak ngah menceritakan semuanya.
Dia m4ti – m4ti kata aku ini memang anak sah taraf. Kalau aku anak tidak sah taraf, bagaimana boleh aku berbintikan ayah, seharusnya aku berbintikan Abdullah. Betul tak? Pak Ngah mengatakan, setelah aku lahir, ayah terus meninggaIkan kami.
Mereka pernah mencari ayah, tapi ayah akan melarikan diri setiap kali keluarga ibu mencarinya. Pak ngah memberi banyak nasihat kepada kami dan aku sedikit lega setelah memgetahui status aku sebenar. Masih ingat nombor yang aku hubungi tetapi dia cakap dia bukan ayah aku?
Dia menghubungi aku lagi, dia cakap dia tidak mahu menjadi wali aku dan meminta untuk aku tidak menganggunya kerana dia sudah bahagia dengan family baru. Oh jadi betullah itu ayah? Ternyata dia tidak mahu menerima aku sebagai anaknya.
Dan wanita itu, aku syak isteri baru ayah. Aku terpikir, mungkin mereka mengadakan cerita kerana tidak mahu aku berhubung dengan ayah, dan ayah telah lama membuang aku dalam hidupnya. Sampai begitu sekali bencinya aku di mata ayah.
Jadi tak salahlah kan, aku pernah membenci ayah dulu? Tak mengapa, orang tak sudi. Aku terima. Dan aku bersyukur ada orang yang masih menyanyangi aku. Doakan kami, agar urusan pernikahan nanti dipermudahkan ya?– N.F (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Aisha Hanim : Sampai hati dia main – main dengan sah taraf anak kan just sebab taknak walikan sis. Takpela sis Allah ada, takkan ke mana la manusia yang berper4ngai macam tu. Mungkin sekarang dia rasa dia senang tapi kita taktau yang masa akan datang macam mana esok. Semoga urusan pernikahan sis dipermudahkan kalau dia taknak walikan takpe ada jalan lain. Inshaallah akan dipermudahkan.
Zainatul Badariah Din : Hairan dengan manusia macam ayah tt. Jumpa pun tak pernah, nafkah pun tak bagi. Tiba – tiba membenci. Dia taktau Allah pun benci dia tak bagi nafkah kat anak dia. Moga ayah tt diberi kesempatan untuk mohon maaf atas kesalahan tak beri nafkah atau mengani4ya sebelum meninggaI dunia. Sesungguhnya doa orang terani4ya tu makbul. So doakan yang baik – baik kebahagian tt sekeluarga dunia dan akhir4t.
Daku Haneul : Nasihat akak, cuba compare sijil nikah mak ayah awak dan sijil lahir awak. Confirm kan betul – betul, sebab ni perkara serius. Kalau confirm awak anak sah taraf, boleh mohon kepada mahkamah untuk wali hakim kerana ayah awak memang taknak walikan awak, atau pun kalau awak berjaya hubungi adik beradik lelaki ayah yang sudi walikan awak pun boleh.
Kalau anak tak sah taraf plak lain aturannya. Sewajarnya awak hubungi pejabat agama dan dapatkan pandangan daripada mereka. Semoga Allah mudahkan urusan pernikahan awak dengan tunang awak serta berbahagia bersama dia ye dik. Awak takyah kisahla ayah awak tu, dah orang tak sudi, buat apa nk mengharapkan? Hugs for u dik. U totally deserve to be happy dik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.