Depan aku, Iza kena h1na hanya sebab berlainan negeri. Selepas kejadian, tubuh Iza m4kin kurus, cengkung

Aku ikut Iza pergi rumah bakal mak mertua dia, orang pantai timur. Sekali bila datang kami kena h1na. Puncanya sebab Iza dari negeri sembilan..

#Foto sekadar hiasan. Ini bukan cerpen, bukan novel, bukan rekaan, bukan khayalan. Ini cerita benar yang aku tukarkan nama watak sebenar. Nama dia Iza. Kami panggil Iza ataupun span. Budak negeri sembilan. Orangnya pendiam tapi jenis suka memerhati.

Bagi aku dalam g3ng kami dia ni lah paling baik hati, paling cantik, paling lemah lembut. Solat ngaji memang tak lepas tak macam kami yang melalut tak tentu arah. Kira ala – ala perempuan melayu terakhir. Kami panggil dia span pasal dia walaupun sentiasa senyap tak banyak cakap tapi dia lah tmpat kami bila ada masalah mengadu.

Dia simpan rahsia atau kisah orang lain diam – diam jenis bukan mulut tempayan seperti mana diri dia sendiri yang perahsia. Satu malam Iza balik dari kelas sorang – sorang dan ada jantan durj4na ikut dia. Dok peewit – peewit dia dari belakang.

Masa itu Iza panik, lari cepat – cepat dan jantan itu kejar. Perv3rt mana tak tahu. Sampailah dekat satu simpang, ada seorang mat motor tengah simpan barang dekat bakul motor dia. Dan dia nampak apa yang berlaku, dia tolong Iza.

Dia selamatkan Iza, dia teman Iza balik jalan kaki sambil tolak motor dia ke rumah kami. Aku tanya, kenapa tak bagi bonceng sedare? Mat moto itu kata, saya takut berd0sa bonceng anak d4ra orang. Gulp, malu aku. Mat moto itu namanya Farid.

Farid rupanya pun student macam kitorang jugak. Sama universiti pun dengan kami tapi fakulti lain. Iza bertemu lagi dengan Farid dalam satu aktiviti larian. Iza ajak dan Farid peserta. Rasa macam drama pula bila giliran Iza tolong Farid masa kaki dia terseliuh tengah – tengah lari itu.

Dan bermulah dari situ, mereka kenal lebih jauh. Tapi bagusnya mereka berdua ialah diorang tak angau bercinta macam orang lain. Tak adalah duk bergayut dekat public phone 24 jam. Hantar surat je kadang – kadang. Masa zaman ini, belum ada lagi wasap instagram. 3310 je ada.

Tapi nama pun student, sengkek nak selalu topup. Jadi kami gred beberapa bulan lepas tu, aku dapat kerja dekat ibukota dan Iza pun sama tapi lain company. Kami masih best friend masih housemate. Iza kerja sebagai eksekutif dan Farid pula dapat kerja pegawai kerajaan.

Masa depan nampak sangat cerah untuk diorang. Kadang – kadang kami makan bersama bertiga. Jadi peneman dating la aku ini. Aku nampak yang Farid memang lelaki yang baik, dia bila bercakap dengan aku dan Iza pun mata dia tak renung tepat. Banyak menunduk.

Dan ya, bila aku selidik dari kawan – kawan universiti dulu memang Farid budak yang baik, selalu ke masjid jemaah. Iza tak pernah bagitau sebab dia memang perahsia dan waktu Universiti pula aku tak ada masa nak ambil tahu.

Tapi biasalah orang bercinta ini macam mana dia selindung pun tetap nampak jugalah angaunya. Sebab sejak bercinta dengan Farid, banyak kali juga tengok Iza senyum sendirian. Ala korang pun pernah bercinta fahamlah kan maksud aku.

Dan suatu hari Iza dengan mata berkaca – kaca senyum lebar bagitau aku yang Farid nak datang meminang. Aku pun bukan kepalang tumpang gembira. Wajah Iza nampak sangat sedang menantikan bahagia. Tapi langit tak selalu cerah, takdir tak selalu indah.

Farid itu orang pantai timur, dan bila mak ayah dia dpat tahu sahaja yang Iza itu gadis negeri sembilan diorang terus reject. Terus reject tau, hanya kerana dia berd4rah negeri sembilan! Diroang kata susah jangan sesekali kahwin dengan orNg penuh adat itu.

Nanti dah kahwin habis harta jatuh kat diorang dan akhirnya kau kena halau sehelai sepinggang. Adat diorang kental, kalau kahwin nanti menyesal. Baik kahwin dengan gadis negeri sendiri, lebih pandai agama, lebih pandai ngaji.

Perempuan negeri sembilan ni banyak jahat, kaki control, kaki b0dohkan laki. Tak cukup tu, diorang kata pula yang anak lelaki diorang kerja gomen, pegawai, sebaiknya isteri pun kerja gomen jugak. Baru setaraf. Dan diorang adalah keluarga berada, memang rumah besar, keta mewah.

Iza pula cuma budak kampung. Ayah dia kerja men0reh getah. M4kin tak setaraf la jadinya. Dasar otak tak berkembang. Mak aku pun Negeri sembilan tapi sangat baik orangnya macam tu juga Iza. Sambil aku taip cerita ni mata aku panas tahan nangis.

Aku tak boleh bayang betapa h1nanya Iza rasa masa diorang cakap macam ni depan – depan dia. Ya, aku ada masa itu. Aku teman Iza pergi rumah mak bapak Farid, diorang jemput makan – makan nak kenal bakal menantu.

Tapi tak sangka itu yang jadi. Depan kami Farid pert4hankan Iza dan ianya bertukar jadi perteIingkahan dengan mak bapak dia sampai terhambur semua kata – kata h1naan dekat atas itu. Kau tak boleh ke nak cakap belakang – belakang kalau ya nak kutuk pun.

Korang agak – agak cerita ini tamat macam itu je? Tak. Bayangkan, Iza tak pernah bercinta dengan sesiapa, inilah cinta pertama dia. Farid pun sama. Sama – sama baru kenal cinta, baru jatuh cinta. Aku nampak kesungguhan diorang selama ini utk ke arah perkahwinan itu.

Farid beli kereta, kumpul duit nak kahwin. Iza pun banyak belajar masak, perbaiki diri. Aku jadi saksi pada kisah diorang. Tapi sayang, hanya kerana Iza perempuan negeri, tak kaya, diorang tolak hasrat anak diorang nak beristerikan Iza.

Dan bila mak ayah Iza dapat tahu, diorang lagiIah marah, diorang pun tak bagi Iza kahwin dengan Farid. Diorang kata, maru4h mereka kena pijak, takkan dibagi rumah diorang Farid sekeluarga jejak. Sejak itu aku nampak Iza jadi lebih pendiam dari dulu. Banyak termenung. Muram dan sugul.

Selalu dia solat malam. Kadang – kadang aku terjaga terserempak dengan dia amik wuduk dekat bilik air. Tapi tetap wajahnya tak pernah ceria. Muka m4kin cengkung. Berbulan Iza macam itu. Bila aku tanya, dia cuma senyum kata tak apa – apa.

Satu hari tuhan gerakkan hati aku nak singgah taman lepas balik kerja dan aku terserempak dengan Farid dekat taman. Taman tu memang tempat aku teman Farid dan Iza selalu dating dulu. Dia duduk sorang je pandang tasik.

Nampak sedikit tak terurus. Aku tegur dia. Aku borak dengan dia. Dekat tangan dia pegang gambar Iza. Macam drama kan? Tak, ini cerita benar. Aku jadi saksi 2 orang insan yang mer4na kerana cinta. Kerana darjat. Farid cakap dia nak jumpa Iza tapi dia tak berani nak pandang muka Iza.

Malu dan maknya pun dah bagi amaran kalau dia jumpa Iza maka jatuh anak derh4ka. Senang – senang derh4kakan anak haihh… Farid bagi aku surat. Surat untuk Iza. Masa dia bagi ke aku, itulah kali pertama aku tengok seorang lelaki menangis.

Kerana perempuan yang dia cinta. Selama ini aku cuma nampak dalam tv bila Rosyam Nor nangis kena tinggal makwe. Aku suruh Farid call Iza, pun dia tak sanggup. Aku pun berilah surat itu pada Iza. Aku pernah baca surat itu.

Tak begitu panjang. Aku tak sanggup nak kongsi dekat sini. Terlalu menyedihkan. Dan lepas itu aku dengar Farid dah pindah keje ke negeri asal dia manakala Iza pula berhenti kerja sebab dia selalu s4kit tak dapat bagi komitmen pada kerja.

Aku teruskan hidup macam biasa untuk beberapa bulan dekat KL sampailah satu hari aku dapat call kakak Iza bagitau yang Iza s4kit. Aku minta mc, aku pergi rumah Iza. Aku menangis sebaik sahaja aku masuk bilik dia. Dia baring dekat katil.

Wajahnya m4kin cengkung. Dia senyum masa nampak aku dengan susah payah. Bibir pucat. Sedih. Sedih sangat. Dia cuma kata bacakan yasin untuk dia. Aku tanya mak ayah dia, doktor pun tak tau apa s4kit dia. Sebab dia penat, str3ss ke apa tah aku pun tak begitu ingat apa yang mak ayah beritahu. Bawa berubat tradisional pun tak ada kesan.

Yang s4kit bukan tubuh dia tapi jiwa dia. Sebelum aku balik, aku borak dengan Iza, cerita dekat dia macam – macam pasal life aku, cerita kelakar, cerita zaman U. Aku kata bosan dia tak ada dekat KL. Iza cuma dengar cuma senyum je.

Sampailah masa akhir aku nak balik, dia cakap sesuatu dan aku masih ingat lagi sampai sekarang kata – kata dia. ‘Ema, aku doa semoga kau bahagia. Jangan mer4na kerana cinta. Tuhan ada.’ Tak sampai seminggu aku balik ke KL, Iza, kawan baik aku, yang sama – sama janji akan jadi pengapit masing – masing bila kahwin nanti pergi menghadap ilahi. Ramadan ke 10.

PukuI 4 pagi sekitar macam itu aku tak berapa ingat sangat. Waktu itu, Farid datang. Ya, aku tak sangka sangat. Lepas orang dah beransur balik, dia datang dekat aku. Farid pun aku nampak cengkung dari dulu. Aku bawa dia pergi pusara Iza.

Lepas itu, aku tunggu dekat kereta pandang dia dari jauh. Aku tak sanggup nak tengok nak dengar apa yang dia nangis merintih dekat situ. Tahun demi tahun berlalu. Aku tak pernah jumpa Farid lagi selepas hari itu. Sampailah suatu hari masa reunion kuliah kami hari raya, aku dapat berita Farid pun dah meninggaI, kemalangan masa dalam perjalanan nak pergi umrah.

Lama juga beberapa tahun selepas Iza meninggaI, Farid pun dijemput ilahi dan dia tak pernah berkahwin selama itu. Kisah ini dah lama berlaku. Setiap kali nak datang Ramadan, aku mesti terkenang. Teringat pada kisah yang bagi orang lain cuma ada di dalam cerekarama, drama dan filem.

Tapi bagi orang yang pernah menyaksikan kisah seperti itu, Tuhan saja tahu apa yang aku rasakan. Al-fatihah (Iza, 1978-2004). Sentiasa dalam doa, dalam kenangan. Kawan kau dunia akhir4t, – Ema

Komen Pembaca :

Murni Sari Ahmad Mashri : Aku harap parents and family Farid baca kisah ini. Bergembiralah kalian dengan kepercayaan mengarut dan pert4hankanlah negeri korang tu (even tak tahu negeri mana). Nak cari sangat menantu pandai mengaji, dalam Islam ada sebut ke kena kahwin kan anak ikut negeri, ikut kerja mana? S4kit hati aku baca. Sorry guys dah em0 aku weii. Al fatihah untuk keduanya. Moga akan ketemu di syurga nanti

Intan-Lynn Hazellyinn : Alfatihah buat arw4h sis iza dan farid. Moga ditempatkan mereka di kalangan orang yang beriman. Moga Allah j0dohkan mereka di syurga-Nya. Sesungguhnya cinta yang terpelihara dan terjaga.

Kerana cinta kepada Allah dan keluarga melebihi segalanya. Menjadikan mereka pasangan yang setia kerana cinta dan menjadikan cinta mereka itu cinta sejati yang suci. Sedih tak terkata pabila pengakhiran tak seindah yang dijangka.. Allahhu..

Hidayati Salim : Walaupun makcik tak kenal iza dan farid, makcik percaya mereka berdua mesti berharap yang mereka berdua dipertemukan kembali di syurga, iza pergi bulan yang mulia, farid pergi di saat perjalanan menunaikan umrah. Ya Allah semoga perkenankan doa mereka berdua. Tempatkan mereka di kalangan orang – orang yang beriman.

Aslina Majid : Sedihnyaaa. Betol jodoh ni, tapi bukan kat dunia. Aku paham 2-2 cuba jadi anak yang baik dan taat pada mak pak masing – masing. Kecewa jugak la sebab cerita tu bukan happy ending. Lesson learnt la kot untuk parents dorang ni.

Memang kawen kene restu mak ayah, tapi buang la sentimen kenegerian, adat.. Tak nyesal ke tengok anak tersiksa macam tu. Kadang – kadang bukan pasal sih1r je boleh buat s4kit macam tu. Tapi jiwa sendiri mer4na kot. Kesiannya kat dorang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.