Dulu suami kaki perempuan, kuat bersosiaI. Masa aku mengandung anak kedua, dia tiba-tiba berubah. Tiap hari keluar tidur dekat surau

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami selalu bagi alasan nak keluar dakwah, setiap hari dia nak keluar tidur dekat surau. Bila aku tegur, dia cakap mana yang lagi elok antara jaga aku atau buat urusan Allah, berdakwah. Tapi kalau suami dekat rumah, langsung tak solat.

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum min, minta hidekan identiti aku. Aku berkahwin dengan suami aku masa aku umur 19 tahun. Sekarang dah 5 tahun kami masih bersama dan aku ada dua orang anak. Yang first 3 tahun lebih dan yang second 8 bulan.

Masa aku berkahwin dengan suami aku, aku dan dia masih enjoy lagi. Cuma bila aku dah start mengandung anak first, aku stop enjoy. Suami aku saja yang masih enjoy. Aku juga ada nasihatkan dia buat – buatlah berubah, dah ada anak kan. Dia terima apa yang aku cakap dan dia cakap dia cuba untuk berubah.

Tapi kadang – kadang bila dia keluar enjoy tu, dia menggatal dengan perempuan sana sini. Aku ni duduk rumah je, mana aku nak tahu apa dia buat. Aku pun takkan tahu dia menggatal kalau saud4ra aku tak beritahu yang dia nampak suami aku menggatal.

Tapi apa mampu aku buat, kenangkan aku dah ada anak je. Apa yang dia buat selama ni aku hanya mampu diam dan maafkan. Telan je apa yang dia buat. Aku ada juga tegur dia then dia cakap dia janji tak buat dah. Tapi dia masih lagi enjoy.

Sampai aku mengandung yang second, aku nampak dia cuba berubah, belajar agama. Kadang – kadang tak balik rumah sebab tidur di surau area rumah ayah dia. Belajar agama dengan kawan – kawan dia, sentiasa dengan kawan – kawan dia.

Time aku berpantang anak yang second ni pun dia lagi pilih untuk keluar ke jalan Allah, tidur di surau atau keluar ke mana mana yang ada keluar berdakwah tu. Aku terkilan juga sebab aku pantang sendiri. Takde siapa bantu. Anak – anak pula, aku sendiri yang jaga.

Nasib baik yang second aku bersalin intact. Allah permudahkan urusan aku untuk aku handle anak – anak aku sendiri. Tak boleh ke dia tunggu masa aku habis pantang? Bukannya aku tak pernah bagi dia tidur di surau, selalu sangat aku bagi dia tidur surau.

Memang susahlah nak tengok aku cakap tak boleh tidur surau. Bila aku tegur, dia cakap mana yang lagi elok antara jaga aku atau buat urusan Allah, berdakwah. Dari situ aku tak boleh cakap apa – apa sebab benda baik. Aku tak boleh nak halang.
Start dari situ dia dah start balik rumah seminggu sekali je.

Awal – awal tu aku cuba untuk faham sebab dia nak berubah. Benda baik kan? Sampailah sekarang dia balik rumah sehari pastu hilang 3-4 hari pastu balik sehari then macam tulah sampai sekarang. Kadang – kadang dia keluar dakwah dengan kawan – kawan dia.

Kalau tak keluar dakwah, dia tidur surau. Aku tak tahulah dia tu macam tak boleh hidup takde kawan – kawan. Sentiasa dengan kawan – kawan, lagi fikir kawan – kawan nak berubah tapi anak bini kat rumah? Bila lama – lama dia buat macam tu aku dah jadi terbiasa hidup takde dia.

Aku hidup dengan anak – anak je. Nak keluar dengan kawan – kawan tak boleh. Dia cuma bagi aku duit je. Aku ni dah macam ibu tunggal. Akulah mak, akulah ayah. Dia tu ibarat aku dapat duit sumbangan tiap – tiap bulan je. Yelah dah hidup macam ibu tunggal kan?

Orang lain pun belajar agama, orang lain pun bekerja tapi diorang selalu ada dekat rumah. Ingat anak – anak. Lama – lama aku jadi benci, marah pun ada. Anak – anak aku ni ada je ayah tapi macam takde ayah. Bila dia balik rumah, aku pun dah tak tahu nak borak apa dengan dia sebab dia sendiri ajar aku dah biasa hidup tak selalu ada dia.

Pulak dah lagi menyampah dengan apa yang dia buat. Apa tah lagi nak bersama dengan dia? Kalau boleh dah tak payah bersama pun takpelah bagi aku. Macam mana aku nak bersama dengan orang yang jarang – jarang balik rumah ni? Nak bersama baru nak balik rumah ke? Dah bersama lepas tu macam tu juga, hilang balik. Cari kawan – kawan.

Aku memang tak boleh terima alasan dia busy tak balik rumah sebab cari duit dan nak belajar agama sambil sambil melepak. Hidup dengan kawan – kawan. Kalau dia betul – betul belajar agama sampai sanggup tak balik rumah bagai ni, mestilah per4ngai pun makin lama makin ok kan? Tapi ni kalau dia kat rumah waktu solat, dia tidur lagi.

Bila k3jut tak bangun sampai solat pun dah habis waktu. Bila tegur, dia cakap kat rumah ni macam berat, macam susah nak buat jalan Allah. Kalau kat luar rumah bukan main lagi sanggup tak balik rumah. Aku rasa macam aku ni tak mampu bantu tolong dia nak berubah ke?

Kawan – kawan dia je ke dia dengar cakap? Aku cuba faham lagi sebab dia nak berubah. Dia suruh aku support dia untuk berubah, aku supportlah tu yang aku kena terima dia jarang balik rumah. Lama – lama aku dah jadi bosan. Sampai bila aku nak terus berd0sa derh4ka menyumpah – nyumpah dia dalam hati.

Dia sibuk cari pahala tapi derh4ka yang aku dapat kat rumah ni. Apa patut aku buat? Daripada terus aku berd0sa buat macam ni baik aku fikirkan d0sa yang hari – hari aku dapat. Buat apa lagi teruskan kalau perkahwinan ada rasa benci menyampah, boleh mendatangkan d0sa, merosakkan jiwa.

Bila kenangkan balik apa dia buat dari kami berkahwin, tinggalkan aku di rumah untuk enjoy. Aku mengandung pun pilih enjoy. Menggatal berper4ngai sana sini. Dah ada anak  -anak pun aku sendiri yang handle. Bila dah berubah, seminggu sekali baru balik rumah. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Kadang – kadang bila jaga anak sendiri ni kena banyakkan sabar.

Sampai masa bila aku penat, aku termarah anak aku. Bila aku dah marah anak aku, dalam hati terdetik pula, ni semua punca jantan ni la aku marah anak. Ada suami macam takde suami. Aku handle anak – anak sorang – sorang. Tu yang boleh jadi benci menyampah dekat dia.

Bila anak – anak tidur, aku hari – hari minta maaf sebab selalu marah – marah. Mesti aku menangis sebab aku serba salah marah dia. Dia bukannya tahu apa apa lagi. Tapi esok pun macam tu juga, aku marah – marah lagi. Tapi kenapalah aku tak boleh bersabar?

Aku harap sangat aku dapat terus bersabar untuk jaga anak – anak aku sendiri. Mungkin aku banyak fikir. Emosi terganggu. Dahlah tak boleh keluar rumah. Duduk rumah je, terperap. Jaga anak – anak 24 jam. Aku dah tak tahu apa patut aku buat. Ni je cerita aku. Aku minta maaf kalau aku ada salah cakap atau cara aku salah. Perbetulkan aku kalau aku ada salah, TQ.

Komen netizen :

Rashid Aidil Azira : Mudahnya kena tipu huhu. Kak oi cuba cubalah merisik khabar jejak kasih sikit betul ke suami awak pergi tidur surau jarang balik rumah sebab berdakwah. Tolonglah bukak sikit mata hati tu jangan lemah sangat! Hidup ni perlukan peng0rbanan pergi siasat suruh siapa – siapa tengok dia buat apa huhu cadangan je.

Amyroshaida Sidi : Kenapa pelik je suami awak ni? Sanggup tak balik ke rumah, kononnya ikut berdakwah, tidur di surau la sebab nak belajar agama. Tapi bila balik ke rumah, langsung tak solat. Maaf la sis, bukan nak bersangka buruk. Rasanya lepas ni baik awak check “SURAU” mana suami awak ni tidur. Entah – entah dia dah bina “MASJID” yang kedua tanpa pengetahuan awak kot?

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.