
Aku ni kalau masak punyalah lama, tak sedap dan akhirnya buang. Sebab nak tutup kekurangan aku, aku selalu beli sendiri makanan dari luar guna duit aku. Tapi suami aku selalu beli barang dapur..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku tulis ni sebab nak meluah je. Aku dah kahwin dan dikurniakan tiga orang anak. Aku dan suami, masing – masing bekerja. Aku orang yang tak pernah berkira, apatah lagi dengan keluarga. Aku juga bukan orang yang manja. Jadi, aku ni tak suka menyusahkan orang dan tak nak mengharapkan orang kalau boleh.
Tapi aku ada kekurangan, iaitu aku tak pandai memasak. Setakat masak mi segera, masak air, dan masak nasi tu bolehlah. Aku bukan tak pernah masak, pernah je, tapi kebanyakannya gagal sampai aku jadi malas nak masak sebab at the end makanan tu akan terbuang, membazir je.
Sama ada terlalu masin, terlalu lembik, atau tak kena dengan selera, jadi memang tak akan makan dah. Tapi yang membuatkan aku jadi memendam rasa dan nak meluah ni sebab sebelum aku berkahwin, suami aku ni pernah berjanji, dan aku ingat benda ni sampai sekarang.
Dia pernah cakap yang dia tahu tanggungjawab seorang suami dan isteri dalam Islam tu apa. Contoh macam memasak, mengemas rumah, mencari nafkah, dan sebagainya. Dan isteri boleh bantu suami, tetapi perkara – perkara tersebut bukan kerja hakiki isteri. Kerja isteri adalah melayan suami.
Jadi masa tu aku pun dah bagitahu dekat dia yang aku ni tak pandai masak, dan dia kata takpe, okay je, benda boleh belajar atau boleh beli je kat luar, atau dia boleh je masakkan. Aku memang happy dan lega lah sebab akhirnya aku dapat orang yang faham aku, kan?
Bila dah kahwin, dia selalu beli barang dapur. Kadang – kadang aku masak, tapi kebanyakannya memang suami yang masak. Ada masa aku rasa nak belajar masak, nak ikut suami beli barang kat pasar tapi suami kata tak perlu ikut sebab pasar tu basah lah apa, so aku tak ikut.
Bila kita balik kerja dan anak lapar, aku nak masak, suami aku kata tak perlu masak sebab anak dah lapar dan aku masak lama sebab tak pro. Jadi, aku sebagai ibu dan isteri rasa bersalah. Jadi, aku akan beli makanan atau kami akan terus singgah makan kat kedai setiap kali balik kerja.
Jadi, benda ni aku rasa macam adil lah kan dan sebagai alternatif lain sebab aku tak masak. Tapi aku dah cakap tadi kan, aku bukan orang yang berkira. Jadi, aku ni punyalah nak cover ketidakpandaian masak aku tu, aku lebihkan pada benda lain.
Macam aku bayarkan itu ini, aku minta nafkah sekadar dia mampu je, aku tak minta nak beli barang itu ini, tak minta pergi bercuti sana sini. Kalau aku nak sesuatu, aku akan beli sendiri atau ajak suami dan aku akan belanja.
Barang peribadi semua aku beli sendiri sebab aku sedar diri aku ni tak sempurna sebagai seorang isteri (walaupun hakik4tnya aku nak lah dia buat salah satu benda tu untuk aku atas dasar seorang suami).
Faham tak? Aku sedar kekurangan aku, jadi aku tak nak susahkan suami aku. Tapi bila dia mempersoalkan pasal aku tak pandai masak sedangkan dia yang janji dulu dan tahu benda tu, aku jadi macam tak berguna dan down sangat.
Sampai setiap kali g4duh, aku akan suruh dia cari bini lain yang pandai masak sebab suami aku kalau g4duh mesti dia akan kata dia pendam dalam hati sebab aku tak masak. Aku tahu aku tak pandai masak, jadi yang lain semua aku tolong ringankan beban dia dari segi belanja semua tu.
Aku bukan isteri yang demand macam – macam. Dia minta pinjam duit pun aku halalkan je, tak perlu bayar balik. Aku berhutang untuk dia pun aku yang bayar, tak minta dia pun. (Aku rasa semua isteri yang sayangkan suami memang tak berkira pun pasal duit.)
Aku tak pertikai tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah pun sebab aku tahu semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Adakah aku ni tak guna? Maaflah panjang, aku nak luah je, dan maaf kalau ayat tunggang terbalik. – Meah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Faz Li Dya Midd : Takkan la anak dah 3 still hanya reti masak air, nasik dan megi? Goreng telur pun takkan tak reti? Takkan setiap kali masak tak pernah jadi? Benda boleh usaha dan praktis. Nak dengan taknak je. Tak perlu terer pun, janji boleh makan.
Pes pun banyak kalau nak mudahkan keja. Yang penting tau basic bahan dan cara. Kena praktis la kak. utube, buku masakan simple smua ada sekarang. Masak ni survival skill kak. Bukan untuk puaskan ati suami semata – mata lepas tu minta suami buta – buta terima kekurangan.
Bayangkan kovid datang balik, laki w4rded, jenuh hari – hari nak foodpanda. Kalau baru kahwin cuma reti masak air, nasi dan megi tu paham la. Ni anak 3 pun takkan takde usaha bagi boleh masak at least yang simple – simple.
Akak pun tak pandai masak, dik. 11 tahun kawin. Arw4h suami redha je dengan akak. Tak pernah ungkit. Tak pernah persoalkan. Tak pernah dibandingkan. Tapi tak bermakna akak ambik mudah. Akak usaha la masak.
Walaupun suami akak selalu cakap; “I kesian tengok u masak” (sebab tak pro, kan) Huhu.. Lepas suami takde.. Baru la akak kenal dengan pes. Hmmm.. Mudah rupanya kalau guna pes untuk yang tak pandai masak. Bukan malas.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.