Gaji terakhir suami December lepas dengan gaji 600. Sekarang dia kerja tidur je. Aku jaga anak orang tapi suami tak suka, bising kacau dia tidur

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami memang pantang dengar anak – anak dan aku ada duit. Duit raya ke, duit orang bagi ke, RM1 pun dia ambil sebab dia tak kerja. Kalau tak ada juga duit nak korek, dia suruhlah aku pinjam dari kawan – kawan aku..

#Foto sekadar hiasan / AI. Suami aku terakhir bekerja pada bulan Disember 2024. Hingga kini masih belum dapat kerja baru. Payslip terakhir bulan Disember cuma RM6++. Aku hanya suri rumah. Sekarang sewa rumah tertunggak berbulan – bulan, tunggu masa nak kena halau je.

Susu anak harapkan sampel percuma. Pampers pun tukar kepada lampin. Sebelum ini aku mengasuh anak orang. Tapi disebabkan habit suami aku yang kuat tidur dan kerja berhenti, jadi aku berhenti mengasuh. Sebab suami aku tak suka ada anak orang lain di rumah kami.

Dia kata bising, nak tidur tak boleh. Sebab suami aku ni ada habit burung h4ntu. Malam dia berjaga, siang dia tidur. Kalau prinsip hidup kita: “Makan untuk hidup. Waktu makan, makan. Waktu tidur, tidur. Tak kerja, nak makan apa?” Tapi suami aku pula, “Kerja kalau boleh kerja. Penat, rehat. Tidur kalau boleh tidur. Tak boleh tidur, nak buat macam mana?”

Tambahan lagi, aku jadi taw4r hati bila pendapatan yang aku dapat melalui upah mengasuh tu suami aku ambil untuk beli r0kok, topup kredit telefon. Itu jugalah duit dapur, duit susu, pampers anak. Dia memang pantang dengar anak – anak dan aku ada duit.

Duit raya ke, duit orang bagi ke, RM1 pun dia ambil sebab dia tak kerja. Jadi, duit anak – anak ni lah untuk isi minyak motor, untuk aku hantar anak sekolah dan sebagainya. Kalau tak ada juga duit nak korek, dia suruhlah aku pinjam dari kawan – kawan aku.

Tapi sekarang aku dah tak ada pinjam duit sesiapa sebab kawan – kawan sampai bila je boleh bagi pinjam. Dan aku dah tak ada sumber duit mengasuh. Aku dah bagi peluang dari mula ada anak sampai dah anak dua. Dia masih dengan sikap acuh tak acuh berkaitan tanggungjawab.

Aku juga dah bantu dengan cuba tambah pendapatan sampingan, tapi yang aku nampak, sikap malasnya m4kin menjadi – jadi. Aku ada tanya pada anak aku yang sulung, sekolah rendah. “Kalau kita tak tinggal dengan ayah lagi, boleh tak?” Anak aku jawab, “Apa pun jadi, kakak nak ikut umi. Duduk mana dan sekolah mana pun kakak tak kisah.”

Berder4i air mata aku atas motor tadi, dengan bawa anak kecil di bakul depan. Kakak peIuk bonceng di belakang, seakan faham sangat – sangat dengan situasi. Macam mana aku nak report ke mahkamah atau Jabatan Agama Islam? Berapa duit nak kena pakai?

Sejujurnya, aku RM1 pun tak ada untuk pengurusan apa – apa. Barang kemas jauh sekali. Aku terfikir cerai khuluk. Tapi bila aku tengok balik, lebih wajar jika aku mohon cerai taklik kan? Sebab dah tiga bulan lebih secara langsung dia tak bekerja dan cuma harap bantuan / belas ihsan.

Ada tak sesiapa yang boleh berkongsi pengalaman cerai taklik ni dengan aku? Tak dapat kongsi di komen pun tak apa. PM aku secara peribadi pun boleh. Bukti apa je yang aku kena kemukakan? Setakat ini yang ada pada aku: payslip, bukti rakaman suara dia suruh aku keluarkan duit KWSP, dan chat WhatsApp dia suruh aku pinjam duit orang sahaja. Perlu bukti lain lagi ke?

Sambungan… Terima kasih juga yang PM aku untuk hulurkan bantuan susu dan sebagainya. Tapi tak apa. Aku tak mengharapkan bantuan demikian. Bukan sombong, tapi aku tak nak terhutang budi. Sedangkan aku berhenti cari rezeki pun suami aku naik lemak untuk tak jalankan tanggungjawabnya, inikan pula kalau dapat bantuan.

Lagi teruk kalau dia tahu aku ada dedahkan kehidupan peribadi kami di sini dengan membuka aib. Ada yang kata suami aku ni mungkin terjebak dengan benda h4ram. Demi Allah, kalau lah dia terlibat dengan benda tu, betapa mudahnya aku untuk lepas dari dia.

Tinggal buat laporan polis, biar dia kena heret. Tapi tidak, seribu kali sayang, dia tak terjebak dengan benda tu. Maklumlah, duit pun tak ada sebab tak kerja. Duduk, makan, tidur, itulah di ruang tamu kami satu – satunya.Menghadap telefon macam budak – budak kena sindrom gajet.

Kalau suami aku baru pertama kali culas tanggungjawab dan tak bekerja, mungkin aku boleh bagi muka. Tapi tiap tahun macam ni. Rata – rata tempat kerja suami aku semuanya berhenti sebab sikapnya yang tak komited. Tapi dari mulut dia, “Tak serasi” katanya.

Tak komited macam mana? Macam yang aku maklum, waktu tidur dia tak konsisten. Sebab dah biasa dari kecil, anak bongsu yang manja. Pergi sekolah ke tidak, nak bangun ke tidak, tak pernah ada yang marah. Malah pernah dalam gurauan keluarga, macam bangga pula dengan kekurangan diri yang “pemalas” tu.

“Haa, adik memang macam tu. Kalau tidur memang payah nak bangun.” Sebab dah didikan macam tu. Bukan dia seorang. Tapi semua dalam keluarga dia pun sama. Tipikal, bangun matahari dah tinggi. Tapi suami aku lebih hebat sebab bangun lewat dan tak pergi kerja.

Dua tiga bulan kerja elok, lepas tu mula buat per4ngai. Katanya letih lah, s4kit badan lah, orang ofis pilih kasih lah, sistem kilang lah, dan macam – macam. Untuk pengetahuan semua, suami aku ni pemandu lori. Tapi disebabkan sikap dia macam tu, tiap bulan gaji rata – rata bawah RM1,000.

Aku dah pernah cuba untuk suruh dia kerja dekat – dekat dengan rumah. Macam pam minyak ke, pengawal keselamatan ke. Dia kata tak nak. Tak boleh kerja yang ada punch card. Macam – macam alasan dia bagi. Terus terang aku dah putus asa sangat – sangat.

Aku sekarang tinggal di Melaka. Masa nikah akad di Negeri Sembilan. Perlu ke aku balik ke Negeri Sembilan untuk fail cerai? Atau di Melaka ni pun boleh? Sebab kalau perlu ulang – alik ke Negeri Sembilan, anak aku sekolah macam mana? Aku pun tak ada kend3raan untuk balik. Kalau nak harap dia, memang tak lah.

Sebenarnya, aku takut. Aku takut dengan respon dia bila aku nak ucapkan kata cerai. Aku pasti dia akan h1na aku. Dulu aku pernah ucap nak cerai atas sebab yang sama. Masa tu dia naik giIa, dia hadiahkan tangan dia dekat aku depan anak sulung aku.

Siap ugvt nak ced3rakan kami sekeluarga. Sejak dari tu juga, dia tak benarkan aku hubungi ahli keluarga aku hingga ke hari ini. Aku takut. Aku tak tahu lah takut aku ni dapat difahami oleh korang semua atau tidak. Tapi ya, aku takut.. Ditambah lagi dengan fikiran yang serabut nak uruskan semua satu persatu. Nak kena cari pendapatan yang baru untuk mula hidup baru… Allahu… Bergetar aku menaip sebenarnya…

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5170 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.