Hari pertama nikah aku dah benci anak tiri. Dah 5 tahun masih hisap botol. Setiap kali suami aku marah dia, aku rasa puas hati

Anak tiri aku tak suka makan nasi, buah atau sayur, cuma makan pizza dan fries. Aku memang s4kit hati! Umur dah 5 tahun masih pakai pampers, hisap botol. Siap tidur sekali dengan aku dan suami. Lagi teruk mak ayah mertua aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku baru kahwin dua tahun. Kahwin dengan duda (cerai) anak satu. Anak suami aku lelaki, sekarang 6 tahun dan hak jagaan anak jatuh pada dia atas sebab – sebab tertentu. 3 tahun lepas masa aku kenal suami, dia memang cakap pada aku yang dia duda dan selalu cerita tentang anak dia.

Aku jatuh cinta pada suami semuanya sebab aku nampak betapa dia sayangkan anak dia. Aku mula nak kenal suami masa tu sebab anak dia, dia selalu tunjuk gambar dan aku rasa aku jatuh hati. Lagipun masa tu budak tu baru 2 tahun lebih, masih comel dan belum tahu apa – apa.

Sebelum aku kahwin, keluarga mertua pun sangat baik dengan aku. Maksud aku, SANGAN – SANGAT BAIK. Selalu masakkan macam – macam untuk aku, kalau aku singgah ke rumah mereka, siap offer tidur rumah dan sekatil dengan kakak ipar aku yang masih bujang. Terasa macam sangat disayangi.

Tapi tu bukan issue aku. Issue mertua ni hal lain. Aku nak cerita tentang anak tiri aku yang aku tak boleh tengok sekarang ni. Benci aku pada dia meluap – luap. Kalau ikutkan hati memang aku nak ketuk – ketuk, nak tumbvk – tumbuk nak sepak – sepak. Memang sangat benci!

Kebencian aku bermula betul – betul disaat aku menikah. Masa aku bersanding, family dia tinggalkan anak tu dengan kami yang tengah bersanding dan layan tetamu sebeIah keluarga aku. Memang s4kit hati. Malam pertama kami masih berdua tapi malam kedua sampai sekarang, terus mereka tinggalkan anak tu dengan aku.

Tak bagi ruang aku berdua – duaan dengan suami langsung padahal selama ni elok saja budak tu duduk dengan mereka sampai tak mahu berenggang. Atas alasan, kesian dia nanti terasa ayahnya dah ada orang baru. Kemudian pada awak perkahwinan kami, kami menetap di rumah mertua di ibu kota sementara aku dan suami dapat rumah di Nilai.

Bayangkan setiap hari berulang alik dari KL ke Nilai. Masa tu anak tu dah mula tadika dan aku selalu dimarahi oleh mertua sebab katanya aku terlalu pentingkn pelajaran gara – gara aku suka tanyakan pasal kerja rumah dan tegas bila ajar dia buat kerja rumah.

Sedangkan orang lain semua ikutkan saja kemahuan budak tu kalau tak mahu buat kerja rumah dengan macam – macam alasan. Masa tu aku juga selalu cuba bagi dia main messy play sebab dia sangat pembersih, kurang sensory skill.

Aku biar dia main tepung, main tanah tapi juga dimarahi. Suami pulak ikutkan saja family dia. Makanya aku berundur. Apa aku nak buat kat dia semua salah di mata orang lain. Termasuklah cuba stop pakaikan dia lampin (anak umur dah 5 tahun) dan minum botol susu.

Anak tu juga tak suka makan nasi, buah atau sayur, cuma makan pizza dan fries. Aku memang s4kit hati sebab aku tak boleh p4ksa atau marah dia langsung. Dan lama – kelamaan, aku jadi sem4kin benci dengan budak tu sebab aku tak boleh buat dia macam anak aku.

Aku tahu aku belum ada pengalaman tapi aku yakin budak umur 5 tahun tak perlu pakai lampin atau gonggong botol susu. Apa lagi tidur asing dengan kami. Sehinggalah sampai aku akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Aku perlahan – lahan ajar anak tu untuk tidur sendiri, tak pakai lampin dan tak minum susu dalam botol.

Alhamdulillah beberapa bulan latih, dia berjaya tapi suami aku selalu hantar dia ke rumah mertua jadi dia tetap dapat minum botol susu dan lampin bila hujung minggu. Aku memang sangat geram! Boleh dik4takan setiap minggu suami akan hantar dia ke rumah mertua.

Aku 50-50. Happy budak tu tak ada depan mata aku dan menyampah juga nak kena menghadap mertua bila hantar atau ambil dan apatah lagi bila anak tu dimanjakan macam anak raja. Setiap apa yang dia nak, nenek atuk beli.

Semua dia nak makan walaupun aiskrim tengah malam, dia akan dapat. Suami aku faham dan dia pun kadang – kadang marah. Tapi aku tak tahu kenapa suami aku tak pernah nak pukuI, jentik pun tidak. Pernah masa anak tu ada hari sukan di sekolah, aku dan keluarga aku dari Perlis datang dan tengok dia, keluarga mertua langsung tak datang dan budak tu buat per4ngai tak mahu bersukan sampai cikgu pun tak boleh buat apa.

Suami aku masih lagi peIuk – peIuk dan usap kepala dia untuk pujuk. Kalau aku, aku akan balik dan biar dia berdikari di sekolah sebab ibu bapa bukan perlu terlibat. Setiap kali suami marah kepada anak, hati aku memang rasa sangat puas.

Tapi dalam masa yang sama aku tahu benda yang sama akan terjadi lagi sebab anak tu pun dah tahu bila dia kena marah, sekejap lagi ayah akan okay dengan dia. Cuma aku saja yang pernah berkasar dengan dia. Aku pun tak berani nak kasar sangat takut dia mengadu pada atuk nenek dia.

Tapi ada sekali aku jentik telinga dia sebab aku tanya soalan banyak kali, kemudian aku terus bagitahu suami aku supaya tak ada salah faham. Aku lebih banyak jauhkan diri aku dari dia. Bila dia ada di rumah, aku banyak habiskan masa aku dalam bilik. Aku makan pun dalam bilik.

Bila aku masak, aku sediakan semua kemudian masuk bilik. Sebab aku benci nak hadap budak tu. Tak suka tengok dia makan, tak suka dengar suara dia. Dia bernafas tepi aku pun aku benci. Aku lebih sayangkan anak – anak buah aku.

Mungkin sebab ni Allah belum bagi aku anak sendiri. Tapi aku tak mahu anak aku manja macam budak tu dan per4ngai macam tu. Setiap kali mandi nak kena ayahnya tengok, setiap kali duduk nak kena riba. Takut pada semua benda.

Cikgu pun selalu complaint per4ngai dia tak boleh nak bawa bincang. Suka ikut mood sendiri dan tantrum. Meny4kitkan hati! Aku bertahan dengan budak tu sebab aku sayangkn suami aku saja. Tapi aku benci sangat dengan anak tiri aku.

Dan setiap kali budak tu buat per4ngai, aku akan rasa marah sampai tak mahu cakap dengan suami aku sebab suami aku masih berlembut dan boleh gelak ketawa dengan anak dia lepas tu. Kadang – kadang suami akan ignore saja aku sebab dia ingat aku yang moody.

Padahal aku geram dekat anak dia. Aku saja ke yang jahat? Aku sorang saja ke yang hati busuk??? Aku selalu doakan dia m4ti supaya aku boleh berdua – duaan dengan suami aku tanpa fikirkan dia. Hati aku h4ncur bila suami rindukan anak dia bila anak dia takda.

Dan hati aku lebih h4ncur bila aku fikir kalau kami berdua Iemas, siapa yang suami akan selamatkan dulu. Mesti lah anak dia. Bencinya aku. – Mak tiri (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lynn Ayein Zaidein : Kalau dah niat nak kahwin dengan duda ada anak, niat untuk sayang anak tiri tu pun kena ada. Walau macam mana acuan mak kandung atau keluarga budak tu didik dia, kau sendiri kena ada backup plan untuk ajar anak tiri cara kau.

Mungkin tak 100% kau boleh ajar ikut acuan kau, tapi jangan sampai membenci. Ayah budak tu kau nak, anak taknak pulak. Kalau nenek atok dia nak manjakan, tu sukati dorang. Bila budak tu dengan kau, kau ajar lah budak tu cara berdikari.

Stop susu, stop pampers. Adakan sesi komunikasi dengan anak tiri tu. Bincang dengan bapak budak tu jugak, bagitau kau ajar untuk kebaikan anak dia jugak. Nak hidup lama, bukan sekadar nak laki je. Incase susah sangat dan family sana tak boleh terima jugak cara kau, lepas tangan je senang. Tak menyusahkan kau dan tak perlu nak ada perasaan benci. Tapi, jangan lah sampai mendoakan budak tu m4ti. Takut berbalik doa tu dekat kau.

Lucille L Township : Kalau baca betul – betul confession ni. Aku faham perasaan confessor. Dia benci sebab dia nak didik tapi dia kena marah. Tanya pasal hw pun kena marah. Bila dah sp0il sangat, budak pun jadi jenis kuat t4ntrum.

Sebab apa? Sebab bila dia tak dapat apa dia nak, dia t4ntrum, auto dapat. Lama – lama jadi tabiat. Lama – lama dicampur dengan hasutan sy4itan dia pun jadi benci pada budak tu. Sedangkan budak tu tak salah. Yang salah ialah atuk, nenek sebab masuk campur hal keluarga.

Tak kira la mak tiri ke tak kalau dah kahwin memang sah jadi mak, cuma bukan mak kandung saja. Saya harap confessor buka hati, buka minda. Kalau nak didik contohnya ajar hw ke, jangan buat depan atuk nenek. Dan cuba berkomunikasi dengan suami.

Awak luahkan ape yang awak rasa cuma jangan la sampai mengh1na sesiapa mahu pun budak tu. Saya percaya confessor berperasaan benci dan doa m4ti tu em0si bercmpur dengan hasutan sy4itan. Budak tu tak salah sis. Dia dibentuk oleh orang – orang yang salah. Soalan siapa yang suami akan selamatkan jika dua – dua Iemas? Both of you should save the kid. Because the kid is your child.

Siti Nor Lela : Sikap suami dan keluarga mertua akan merosakkan anak tiri puan. Puan perlu bercerita pada suami. Pentingnya ajar anak berdikari diawal usia terutama penggunaan Pampers dan urusan ke tandas. Apatah lagi dah usia 6 tahun.

Minta guru bincang dengan suami situasi anak. Saya salute usaha puan untuk didik anak tiri. Semoga puan diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.