Aku bagi amaran dekat suami kalau dia suka pada sesiapa, tolong bagitahu aku. Tapi jangan sesekali tipu aku. Sekali dia tipu aku akan pastikan dia ‘hilang’ banyak benda dalam hidup dia termasuk anak – anak.. Rupanya aku dah berd0sa..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Hai korang. Sebenarnya aku ada benda nak luah pasal kehidupan ber’pjj ni. Aku dengan suami dua – dua kerja gomen. Tapi rezeki kitorang dapat kerja tempat jauh. Takde la jauh mana. Masih lagi dalam 1 negeri cuma beza daerah.
Dah apply untuk tukar supaya dapat la duduk sekali, tapi masih belum ada rezeki. Sob3.. Disebabkan jarak agak jauh kitorang buat keputusan untuk pjj. Anak – anak semua tinggal dengan aku. Seminggu sekali hujung minggu suami aku akan balik rumah aku.
Kalau tanya pasal suami aku ni, orangnya memang baik. Keluarga kecil kitorang ni keutamaan dia. Pendek kata setiap kali balik memang dia akan serah jiwa raga dia untuk keluarga. Urusan anak semua aku serah bulat – bulat pada dia. Bukan aku suruh, dia yang mintak.
Memang setiap minggu, aku rehat betul. Hanya masak dan settle urusan baju. Lain – lain urusan kemas rumah dan anak – anak semua dia buat. Bila dia rajin macam tu, tipu la kalau tak bertambah rasa sayang. Walaupun dah nak dekat 10 tahun kahwin, Alhamdulillah hubungan kitorang baik – baik saja. Pendek kata, bahagia.
Tapi yang buat aku rasa dalam dilema tu adalah orang sekeliling aku. Diorang suka takut – takutkan aku dengan isu besar yang melanda rumahtangga sekarang ni. Ha, betul la tu. Isu curang dan skandal. Kat tempat kerja aku ada beberapa kawan yang suka sangat pr0voke aku.
“Suami kau tu mesti dah seronok jadi bujang kan? Tak lama lagi bermadu la kau.” / “Lelaki ni mana tahan tinggal sorang lama – lama. Kau tak syak ke suami kau ada skandal? Dah pjj ni entah – entah dia ada skandal kat ofis kau pun tak tau.”
“Lelaki ni pandai berlakon. Depan kau je baik tu. Eh, baik – baik pun bah4ya tau. Ramai penyondol sekarang ni. Zaman sekarang isteri orang pun gatal nak try suami orang. Hati – hati la.” Dan macam – macam lagi. Jadi korang faham tak hati aku macam mana?
Sebelum ni aku pernah bincang dengan suami pasal kitorang. Aku bagitahu suami kalau andai kata dia suka pada sesiapa, tolong bagitahu aku. Tapi jangan sesekali tipu aku. Sekali dia tipu aku, aku akan pastikan dia ‘hilang’ banyak benda dalam hidup dia termasuk anak – anak.
Aku faham je keperluan lelaki, dan aku faham je hidup pjj ni macam mana. Tapi aku tak nak kalau sampai suami aku buat d0sa. Paling penting aku tak nak hati aku s4kit dikhi4nati oleh orang yang aku sayang. Tapi setakat ni aku memang percayakan dia.
Suami aku bila dengar aku cakap macam tu dia ketawa je. Dia cakap dia takkan berani pun nak tipu aku sebab dia percaya pada kifarah d0sa. Dia siap cakap lagi kenalan – kenalan dia yang berskandal, kahwin lebih dari 1, tak nampak bertambah baik pun hidup diorang. Serabut lagi ada. Jadi kenapa nak kena pilih untuk jadi serabut kan?
Biasanya bila kena pr0voke dengan kawan – kawan aku, aku akan jawab balik “Kalau suami aku buat t4hi belakang aku, dia yang rugi. Aku sikit pun tak rugi. Yang buat d0sa dia, bukan aku. Aku ikut semua apa Allah suruh. So aku tak rugi apa – apa.
Berskandal la dia dengan mana-mana perempuan pun, tapi yang pasti perempuan tu takkan jadi lebih baik daripada aku walaupun perempuan tu bertudung litup berpurdah berniqab sekalipun. Kalau suami aku khi4nat aku, dia tak layak hidup dengan aku. Boleh berambus. Tapi tu ‘kalau’. Setakat ni Alhamdulillah. aku dan suami baik – baik sahaja.”
Ayat ni pun aku pernah cakap kat suami aku. Dia ketawa je bila aku cakap macam tu. Dia kata aku bijak, m4ti dia kalau dia tipu aku. Benda yang dia paling takut bila jadi bapa ni adalah saat anak – anak dah tak hormat dia. Dia tahu kalau dia buat per4ngai buruk, anak – anak akan hilang rasa hormat pada dia. Dia tak nak benda tu berlaku.
Lagipun aku dah bagi greenlight, jadi buat apa dia nak tipu. Baik berterus terang je kan katanya. Gigih dia suruh aku percayakan dia macam mana dia percayakam aku. Teruk betul aku ni. Tapi biasa la, manusia yang t0xic ni memang tak boleh tengok orang senang.
Dia akan pr0voke dan pr0voke. Aku pulak m4kin lama m4kin malas nak layan dan akhirnya memang aku jauhkan diri daripada diorang. Kalau diorang pr0voke, aku diam je tak baIas dah. Tapi tipu la kalau hati ni tak rasa goyang. Of course la rasa goyang jugak.
Dah la suami aku ni boleh dik4tegorikan ada rupa jugak. Pastu lagi satu suami aku sepanjang kahwin, boleh kira dengan jari sebeIah tangan berapa kali je dia cakap sayangkan aku. Nak sambut hari – hari penting, bagi hadiah semua tak pernah.
Jadi bila asyik kena pr0voke tu, kadang – kadang bermain jugak difikiran betul ke suami sayang aku? Sebelum ni aku tak pernah kisah pasal benda ni, tapi lama – lama sy4itan berjaya jugak la hasut aku buat aku rasa ragu – ragu dengan suami.
Satu hari tu tengah malam aku curi – curi tengok phone suami aku. Phone dia ada password. Tapi aku pernah curi – curi tengok password dia so malam tu aku try unlock phone tu. Sepanjang kahwin, ini la first time aku godek – godek phone dia.
Macam – macam aku search kat medsos dia tengok takde pulak tanda – tanda dia curang. Kat whatsapp dia dengan kawan – kawan kerja perempuan pun nampak sangat profesional takde tergedik – gedik meraban. Pastu aku pergi kat G00gle pulak.
Mula – mula aku tengok history penuh pasal pomen – pomen kereta dan artikel – artikel berita terkini je. Bila search lagi aku jumpa banyak history berkaitan bagaimana nak bahagia dan menyenangkan isteri, anak – anak dan seangkatan dengannya.
Banyak artikel pasal isteri dan anak – anak, pasal keluarga. Masa tu aku baru tersedar yang aku dah berburuk sangka dengan suami. Aku yang mencari – cari d0sa dia yang memang tak wujud pun. Tengah malam tu jugak la aku k3jut dia mintak ampun kat dia.
Suami aku pesan kat aku jangan pernah rasa hidup ni lama. Esok lusa pun Allah boleh tarik nyawa dah. Jadi buat apa hidup kalau masih nak dengar cakap – cakap orang? Bahagia ke bila asyik berprasangka buruk pada orang lain?
Letak Allah tu nombor 1 dalam hati, Insyaallah kalau manusia yang Iukakan hati kita, kita takkan rasa s4kit. Kalau s4kit pun ia takkan terlalu s4kit, masih ingat lagi dunia bukan pengakhiran, akhir4t tempat pembaIasan. Orang yang prov0ke kita tu sebenarnya hati dia yang s4kit, hati dia yang rosak.
Dia yang hadap manusia – manusia jahat, jadi dia ingat semua manusia pun jahat. Mungkin suami dia yang curang, jadi dia ingat semua lelaki pun sama. Hakik4tnya ramai lagi lelaki yang baik – baik. Tapi mana ada orang baik nak mengaku baik?
Ramai je suami – suami baik yang wujud kat dunia ni, yang masih takutkan Allah. Panjang lebar jugak dia bebelkan aku. Tak pasal – pasal dapat ceramah free. So pesanan aku pada semua, kalau ada orang sekeliling kita yang pjj ni, korang jangan la pr0voke, cakap benda yang buruk – buruk yang boleh menggoyahkan rumahtangga diorang.
Sebaiknya doakan kehidupan rumahtangga diorang aman – aman je dan diberi rezeki 1 hari nanti untuk hidup bersama. Memang tak dinafikan wujud je pasangan pjj yang curang. Tak payah tunggu pjj, tidur 1 katil 1 bantal pun kadang – kadang boleh curang, bercerai berai.
Tapi ramai jugak pasangan yang pjj ni yang kekal setia dengan pasangan, yang sama – sama mengharungi susah senang kerasnya kehidupan, yang masih sama – sama mengharap impian dapat hidup sekali serumah bersama. Macam aku la jugak. Bukan mudah.
So doakan la kami, pasangan – pasangan pjj ni. Doakan aku jugak dan suami. Semoga 1 hari nanti dapat tinggal bersama tak perlu pjj lagi. Yang rasa nak kecam kenapa para isteri pilih untuk pjj, padahal tempat isteri tu di sisi suami, berhenti je la kerja kan?
Aku harap bersabar dan jangan laju sangat jari tu menaip. Kau takkan faham betapa pentingnya kami dan sumbangan kami pada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Apa pun thanks baca. Doakan ye. – Mashimaro (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shayna : Bagus confession ni. TQ for sharing. Kita kena ingat sy4itan tu bukan yang jenis kita tak nampak dengan mata kasar tu je. Sy4itan berwajah manusia nampak depan mata itu pun wujud. So yes, dengarlah nasihat suami tu.
Abaikan komen – komen yang tak membina dan memberi support kepada pasangan yang pjj. Manusia kalau nak buat jahat, dia tak kira situasi apa pun boleh je proceed. Teruskan bersangka baik dengan suami dan moga yang baik – baik saja untuk tt sekeluarga. All the best
Farah Dyana Rosli : Love language suami tt tu adalah dengan bagi tt rest hujung minggu, dia layan anak – anak kemas rumah semua… Itu love language dia. Jangan goyah bila teringat dia jarang cakap sayang ke cinta ke apa. He is your husband, u know better than outsiders. Semoga sentiasa bahagia hingga syurga buat tt dan suami. Amiiin..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.