Ibu warning dekat suami supaya aku tak mengandung. Tapi bila aku mengandung dia berebut dengan mertua

Masa aku tengah s4kit contraction yang teramat kuat, mak ayah call mesej tak berhenti m4ki hamun mak mertua aku. Mereka tak bagi mak mertua nak jaga aku dalam pantang. Rupa – rupanya ada agenda tersembunyi, dalam pantang mereka tak bagi aku susukan anak. Mereka suruh minum susu formula..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku sebenarnye sangat risau nak tulis kisah aku dekat sini, takut ade yang perasan cerita ni tentang aku. Tapi entahla, aku rase aku nak baca ape pendapat korang tentang masalah aku ni.

Walaupon aku tahu sampai ke sudah, aku cume kena hadap dan redha je. Cume hari – hari aku dibayangi suara, “aku anak derh4ka” dan “satu hari kau akan dibaIas oleh anak kau sendiri”. Hari – hari guys. Aku dah kahwin, dan dah ade anak.

Aku dulu dibesarkan macam anak bongsu sebab hampir 15 tahun baru aku ade adik. Ditatang, dimanja dan diberi hadiah sebab dari aku darjah 1, aku dikira anak yang pandai, sebab selalu dpt no. 1. Kakak dan abang aku biasa – biasa je dan suke buat per4ngai kat sekolah.

Abang anak kesayangan mak dan kakak pula rapat dengan ayah. Jadinya, kakak selalu konflik dengan mak, abang pula selalu konflik dengan ayah. Kata abang, ayah tak pernah cuba nak sayang dia. Aku pula dipeIuk civm ayah dan selalu di samping mak dan mak selalu belikan aku macam – macam.

Kakak memang selalu jealous dengan aku tapi abang sayang aku sangat. Dia kata aku la harapan adik beradik yang akan rapat dengan dia smpai tua. Hidup aku bahagia je, sampailah umur aku 12 tahun. Haih, serba salah aku nak cerita ape detail yang berlaku, tapi cukuplah aku beritahu itulah detik aku dah tak boleh sentuh ayah aku sampai sekarang.

Sampaikan aku nak salam dia pon satu keadaan yang sangat awkward bagi aku, ape lagi nak peIuk. Sampai sekarang, malah dengan ayah mertua aku pon aku susah nak salam. Ape lagi peIuk. Aku tak boleh. Ye, aku dicabuI ayah aku.

Pujukan dia masa tu, katanya dia sayang sangat aku dan aku tak boleh beritahu sesiapa takut nanti ade yang jealous. Aku bagi dia buat ape yang dia buat. Ah jijik nye, aku tak boleh lupa sampai sekarang. Tak akan! Dan aku masih tak mampu maafkan dia.

Ayah aku akan cari peluang bila mak aku keluar pegi pasar. Dan lepas aku besar, baru aku faham kenapa aku dan kakak selalu berebut dan berg4duh nak ikut mak dan sedaya boleh tak nak tinggal berdua dengan ayah. Tapi mak, kenapa tak bawa kami berdua sekali, mak? Kenapa?

Cukup pasal tu. Aku nak cerita bab lain. Bila aku remaja, aku dik0ngkong. Aku tak merasa keluar pada hujung minggu dengan kawan – kawan, tidur rumah kawan atau lepak dengan kawan – kawan. Aku hanya keluar setahun sekali untuk parti tahunan.

Camping pon sebelum pergi berg4duh satu rumah hanya topik tentang nak bagi aku pergi atau tak. Sampai aku kat uni, aku nak keluar pergi kenduri atau parti pon tak boleh. Bayangkan dah siap cantik – cantik tapi kena masuk bilik tukar baju.

Ayah aku kata, “kawan – kawan bukan perkara penting dalam hidup kau. Masa sekolah kawan je dengan kawan sekolah, habis sekolah, kawan tu dah takde makna dalam hidup kau.” Tapi ayah suka je kalau aku berkawan dengan anak orang kaya.

Korang boleh agak aku jadi manusia cemane. Aku tak seronok nak balik rumah, aku tertekan dan aku perahsia. Diorang tak pernah tahu sisi lain dalam diri aku. Masa aku nak kahwin, nauzubillah, susahnya. Ayah dan mak aku meng4muk, sebab suami aku takde degree dan kerja biasa je dan datang pun dari keluarga biasa.

Ayah aku kata, “aku dah sekolahkan kau sampai universiti, pandai – pandai baIas JASA aku. Aku harapkan kau kahwin dengan orang kaya, kayakan aku, bukan budak macam ni.” Mak aku pulak suka cari pasal dengan mak mertua aku. Ade je benda dia nak jeles.

Dipendekkan cerita, lepas aku kahwin, aku duduk rumah mak ayah aku untuk sebulan. Sebulan yang rasa macam setahun. Mak aku warning suami aku siap – siap supaya jangan mengandungkan aku. Dia marah aku buat apa – apa untuk suami aku.

Malah aku tolong ambilkan tuala sebab suami aku balik basah kuyup pon dia marah, dia kata mengada, ambillah sendiri. Basah kot, kang umah basah ko marah lagi plak. Sampai sekarang aku tak pernah kongsi aku masak apa – apa atau buat apa – apa untuk suami aku.

Aku tipu kata makan luar. Mak aku suka. Ok skang aku cerita masa aku nak bersalin. Mak ayah aku sibuk berper4ng dengan keluarge mertua aku. Katanya mak mertua aku berebut nak jaga aku. Sebenanye mak mertua aku cume tawarkan diri nak jaga aku di wad kalau mak aku tak larat.

Tapi mak batu apikan aku kata mak mertua aku sinis dan kurang ajar nak p0tong barisan dia sebagai mak. Bayangkan waktu aku tengah meliuk – liuk tahan contr4ction, mak ayah aku call, mesej tak berhenti m4ki hamun mak mertua aku.

Bila aku kata aku tengah s4kit, diorang kata, “tak! Kau kena dengar semua ni, sebab kau yang gatal nak kawin dengan mamat ni. Aku s4kit hati, kau kena dengar s4kit hati aku.” Dan kemudian anak aku lahir. Comel sangat. Tapi aku b0doh lagi.

Mak aku dan kakak aku tak bagi aku menyusukan anak aku sangat, katanya nanti terbiasa melekat. Padahal memang itu la lumrah baby baru lahir. Aku rasa berd0sa sampai sekarang. Berat anak aku turun 300g. Family aku datang bawa susu formula sebab kata susu aku sikit.

Bukan la s3tan! Ko yang tak bagi aku susukan anak aku, susu aku banyak je. Hari – hari kemudian, sampai sekarang, dorang suka perlekehkan aku sebab aku masih menyusu badan anak aku. Katanya aku kedekut. Diamlah!

Pernah juga mak aku warning jangan bagi mak mertua aku jaga anak aku atau tinggal anak aku tanpa aku ade. Sebab dia tak nak mak mertua aku rapat dengan anak aku. Tapi guys, mak mertua aku la yang jaga anak aku sekarang bila aku kerja.

Dorang rapat sangat. Dan aku tipu keluarga aku, kata aku hantar anak dekat taska. Sepanjang aku kahwin, mak ayah aku tak pernah tahu susah senang aku. Yang dorang tahu mintak duit. Aku sedih bila aku nak makan pon tak ada duit tapi dorang suka – suka komplen kata aku kedekut tak bagi duit.

Pernah aku menangis adik aku mesej, “kak, nak duit” waktu aku betul – betul susah. Rupanya dia nak beli cadar katil harga RM300. Tapi alhamdulillah, sekarang kehidupan kami dah stabil. Famili aku selalu minta yang merepek – repek kat aku.

Dulu, sampaikan aku nak ke mana semua, mak ayah aku suruh aku report kat dorang. Dan setiap kali hujung minggu suruh aku balik. Ingat aku ni apa, takde benda lain nak buat? Nak berjalan dengan suami pon dorang mencebik.

Banyak lagi kejadian yang buat aku menangis, s4kit hati berhari – hari. Suami je yang tahu. Sungguh aku rase benci nak balik. Aku balik pon sebab terp4kse je. Tapi aku bersump4h aku tak akan sesekali bagi diorang sentuh hidup anak aku.

Kadang – kadang aku rase macam takde perasaan sayang pon pade diorang dah. Kakak aku? Banyak kejadian yang akhirnye buat aku buang dia dari hidup aku. Dia memang k3jam, jahat dan makhluk kuat cemburu kat adik sendiri.

Dari aku kecik dia suka selongkar barang aku, dan pernah bagi diari aku pada mak aku, selongkar semua barang yang aku beli, perlekeh aku depan orang. Dan ye guys, dia musn4hkan mekap aku mase hari aku kahwin. Sedih.

Dan hari – hari aku dibayangi yang aku ni anak derh4ka sebab aku meIawan cakap – cakap dorang dan aku benci dorang. Entahla sampai bila. Derh4ka ke aku ni? – Merak

Komen Warganet :

Noorsyazana Mohd Nor : Alhamdulillah.. finally.. awak ditemukan dengan keluarga mertua yang sebenarnya adalah erti ‘keluarga’ yang sebenar – sebenarnya. Awak tak derh4ka pun! Tidak sama sekali. Syurga awak sekarang adalah suami.

Berbaktilah sekadar termampu sahaja untuk mak ayah awak. (mereka wajib membesarkan awak sehingga berjaya sebab anak itu amanah, tapi awak hanya digalakkan berbakti pada mereka. Bukan wajib dah tu. Agak – agaklah kalau dah mintak merepek – repek tu. Tak payah layan lah)

Berbaktilah juga pada ibu bapa mertua sebab mertua tarafnya sama macam ibu bapa kandung, bahkan mungkin lebih tinggi kalau kes macam awak ni. Selamat berbahagia.

Nurul Afida : Saya pernah handle case sebegini di bank. Client cerita jerit perih betap Iuka hatinya diperlaku bak s3tan by her family. Dalam ccris report ko cakap apa hutang yang tak dit4gih oleh ibu ayahnya. Smpai muflis si anak! Ini lah dunia – bukan tempat bersenang lenang penuh dengan ujian. Tu je mampu sis cakap dik – moga Allah ringan kan beban awak.

Nurulhuda Nasuha Mazlan : Assalamualaikum sis merak. First thing first banyakkan berdoa pada Allah agar diberi jalan serta perubahan yang baik untuk family sis. Sis bukan anak derh4ka. Tanggungjawab sis sekarang pada suami sis.

Taatlah pada dia selagi dia tidak meIanggar perintah Allah. Saya doakan semoga Sis tabah dalam menghadapi ujian yang Allah datangkan untuk awak. Allah tahu awak mampu untuk bertahan dan menghadapi semuanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.