Ibu tak sedap hati, ibu balik rumah dan nampak baju, tudung perempuan lain dalam rumah

Pada mulanya ibu bercadang duduk di rumah aku selama seminggu. Tapi akhirnya ibu pulang ke rumah pada hari ke 3 kerana katanya rasa tak sedap hati. Setibanya di rumah, ibu terk3jut bila terjumpa baju perempuan yang tidak dikenali, tudung yang tidak dikenali dalam rumah kami. Ibu telefon aku menangis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sejak akhir – akhir ni aku perasan banyak confession tentang sikap ibu bapa yang layan anak dengan teruk. Aku sangat berharap jika confession ni disiarkan, pembaca dapat berikan pendapat dan pandangan tentang masalah keluarga aku ni.

Sejujurnya, ini kisah tentang adik aku. Adik aku ni satu – satunya anak lelaki dalam keluarga. Kami kehilangan ayah masa adik lelaki berumur 3 bulan. Ketika adik 3 bulan, ayah pergi tinggalkan ibu dan kami 3 beradik. Bertahun – tahun, ibulah mak, ibulah ayah.

Ibu sambung belajar supaya dapat beri kami kehidupan yang lebih baik dan alhamdulillah dari guru sekolah rendah, ibu dapat tawaran jadi seorang pensyarah, hasil penat lelah ibu sambung belajar dan berkat ibu membesarkan kami.

Segala – galanya sentiasa cukup. Ibu sentiasa berikan semuanya. Kasih sayang, didikan dan kalau ada apa – apa yang kami nak, ibu akan reward bila kami dapat capai apa – apa yang ibu t4rget. Contoh kalau dapat straight A UPSR ke PMR ke SPM ke, ibu sentiasa akan beri reward.

Aku anak sulung, dan ibu sangat – sangat tegas dengan aku. Sebab ibu nak adik – adik aku ada 1 penanda aras yang tinggi. Alhamdulillah aku agak cemerlang dalam pelajaran dan alhamdulillah kini sudah selesai pengajian PHD.

Sejujurnya, ibu tak begitu tegas dengan adik – adik aku. Mungkin kerana ibu sudah berumur atau mungkin juga kerana ibu sudah berduit. Adik – adik sentiasa dimanjakan. Aku tak kisah. Sebab bagi aku, tu rezeki adik – adik aku. Adik – adik aku pula alhamdulillah sangat – sangat patuh.

Sehinggalah adik lelaki aku bertemu dengan seorang gadis. Pada mulanya ibu minta adik bawa gadis tu pulang ke rumah untuk berkenalan. Entah bagaimana, adik aku minta supaya dia dapat tumpangkan gadis itu di rumah.

Dengan alasan, keluarga gadis itu tak pedulikannya, abangnya sentiasa bawa kawan – kawan masuk ke rumah dan sentiasa hendak buat perkara tak sen0noh padanya dan macam – macam lagi cerita yang tidak enak tentang keluarganya.

Ibu simpati dan ibu benarkan. Sepanjang seminggu di rumah kami, sejujurnya ibu jadi tidak berkenan dengan sikap gadis tersebut. Bagi ibu, gadis tersebut terIampau menggedik. Depan ibu, dia berani mem4ut lengan adik. Aku tak duduk bersama ibu kerana sudah punya keluarga sendiri.

Dan aku hanya mendengar kisah dari adik perempuan dan ibu aku. Selepas seminggu, ibu minta gadis tersebut pulang. Katanya tidak manis jika berlama – lama di rumah kami. Gadis itu mulanya menolak namun akhirnya akur.

Sejak daripada itu, ibu sentiasa menegaskan yang ibu tidak berkenan dengan gadis tersebut. Tetapi adik yang mungkin sudah terIampau sayang, enggan mendengar nasihat ibu. Untuk pengetahuan, adik berumur 23 tahun, gadis tersebut 19 tahun dan untuk pengetahuan juga, adik tak punyai pekerjaan yang tetap.

Hidupnya banyak ditanggung ibu. Akhirnya, adik suarakan hasrat untuk berkahwin dan seperti diduga, ibu men3ntang sekeras – kerasnya, “kau nak kawin guna apa? Ada duit? Nak bagi bini makan apa nanti?” Sejak itu, adik mula member0ntak.

Tapi ibu tak pernah berkeras dengan adik. Baginya, adik cuma belum matang untuk memahami. Fast forward, ketika sebelum PKP, ibu datang ke rumah aku untuk bercuti bersama adik perempuan aku. Adik lelaki aku enggan ikut.

Katanya punya kerja. Pada mulanya ibu bercadang untuk duduk di rumah aku selama seminggu. Tapi akhirnya ibu pulang ke rumah pada hari ke 3 kerana katanya rasa tak sedap hati. Setibanya di rumah, ibu terk3jut bila terjumpa baju perempuan yang tidak dikenali, tudung yang tidak dikenali dalam rumah kami.

Dan ketika itu, adik tiada di rumah. Ibu telefon aku menangis. Kami tanyakan pada adik tapi adik tak nak mengaku. Namun setelah didesak, adik mengaku dan katanya tak buat apa – apa, gadis itu hanya menumpang. Ibu kecewa dan mula mengatur perjumpaan dengan gadis tersebut untuk berbincang dan tanpa disangka, adik marah dengan perbuatan ibu kerana tidak lama selepas pertemuan tersebut, gadis itu ingin berpisah dengan adik.

Sejak dari itu, adik bukan lagi adik yang dulu. Adik tak pernah bercakap baik dengan ibu. Adik berkasar dengan ibu. Bila aku nasihat, adik hanya membatu. Sungguh, kami kecewa. Berbulan – bulan adik bersikap dingin dengan ibu.

Namun, apa sahaja yang dia nak, ibu sentiasa turutkan. Nak motor untuk pergi kerja, nak iphone 12. Semua ibu beri untuk pujuk hatinya. Tapi, dia tetap berkelakuan begitu dan lebih teruk, meIemparkan berbagai fitnah tentang ibu kepada adik beradik tiri.

Ya, setelah bertahun, ibu berkawin semula dan kami mempunyai adik beradik tiri. Di depan aku, adik keluarkan satu ayat yang paling aku ingat hingga kini. “ibu tu dah tua, otak dia dah benak”. Allahu, nak pecah jantung aku. Aku marah, tapi adik hanya buat muka tak tahu.

Adik katakan, dia kini depr3si kerana sikap ibu. Ibu punca dia jadi begini. Ibu kongkong hidup dia dan sering masuk campur urusan peribadinya. Katanya, kalau tidak kerana ibu, dia kini sudah bahagia dengan gadis pilihan. Ibu bersikap judgemental, tidak mengenali gadis pilihannya dengan baik tapi terus – terusan menghukvm gadis kesayangannya.

Sungguh, puas aku muhasabah diri, mengingati kembali, benarkah ibu kongkong hidupnya? Ibu sentiasa beri apa dia nak. Ibu sentiasa beri kebebasan. Sehingga kini, ibu tak pernah menghalangnya jika nak keluar rumah. Pernah sekali kami marah kerana dia keluar rumah tanpa meminta izin ibu.

Dia meradang sambil berkata “korang tak payah semakkan hidup aku”. Ibu kecewa. Last raya pun, dia tak bersalaman dengan ibu. Katanya dia tak boleh maafkan ibu. Dah lama dia tak duduk bergurau senda dengan ibu. Setiap hari, ibu menangis kerana sikap dia.

Kami buntu. Apa yang kami tak lakukan? Kami sudah marah, kami sudah nasihat secara baik, sudah berbincang juga secara baik agar kami dapat fahami apa yang dia mahukan. Tapi dia masih begitu. Menyalahkan ibu. Katanya ibu punca segalanya.

Ibu pernah kata, “jika nak kawin, kawin lah. Tapi bina hidup sendiri. Ibu bukan buang kamu, tapi ibu mahu kamu hidup sendiri, jaga isteri sendiri.” dia berkeras tidak mahu. Katanya cara itu takkan membantu gadis itu menjadi lebih baik.

Katanya gadis itu gadis liar yang perIukan perhatian dan kasih sayang ibu. Ibu kata ibu akan sayang, cuma ibu tak nak duduk serumah. Adik tetap enggan. Entahlah, bagi aku, adik mahu ibu tanggung dia dan isterinya selepas berkahwin.

Kerana itu dia menolak cadangan ibu untuk berkahwin kerana sejujurnya sehingga kini, dia masih belum punya pekerjaan yang tetap. Aku pernah duduk berbincang dengan ibu. Kataku, cubalah kita terima gadis tersebut, beri dia duduk di sini.

Ibu berkeras tak mahu. Ibu kata ibu tak nak jadi orang gaji dalam rumah sendiri. Katanya banyak sikap gadis itu yang ibu sangat tak suka ketika dia datang tinggal di rumah kami. Aku sendiri buntu. Kadang kala aku terfikir, benarkah adik aku depr3si? Atau cuma derh4ka?

Aku sedih lihat ibu yang sentiasa berendam air mata. Sedih melihat satu – satunya anak lelakinya jadi begitu. Sekarang ibu dah hentikan semua duit belanja adik. Sudah berbulan ibu tak beri duit. Itupun dengan nasihat aku. Aku katakan pada ibu, biarkan dia susah, supaya dia lebih hargai ibu.

Namun, aku tak nampak sebarang perubahan. Mungkin masih perIukan masa. Pembaca semua, jika tidak keberatan, tolonglah berikan pendapat dan pandangan. Apa perlu kami buat? Atau kami hanya perlu bersabar dan membiarkan masa memperbaiki semuanya.

Adik left group family, sudah berbulan tak membaIas wasap aku. Seolah – olah membuang kami terus dari hidupnya. Sedangkan aku lah yang paling rapat dengannya. Doakan ibu aku sentiasa kuat ya. Untuk pengetahuan, papa tiri aku yang sudah berkongsi hidup dengan ibu selama 6 tahun juga sudah pergi tinggalkan ibu beberapa bulan yang lepas. Allah lebih sayangkan dia.

Ujian ibu sangat berat. Diuji dengan kehilangan suami yang amat menyayanginya dan kemudian diuji dengan sikap satu – satunya adik lelaki aku yang diharapkan dapat menjadi peIindungnya. Terima kasih semua. Maaf jika coretan ini terIampau panjang. – Kakak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Madamme Que : Biar dia. Susah nanti pandai la dia cari keluarga. Budak manja camni memang kena ajar hidup susah. Dah ada mak yang baik, anak pula buat per4ngai. Suruh mak awak ignore dia pulak. Bila dia datang umah jangan layan.

Nanti dia insafla tu. Benda paling pedih dalam dunia ni adalah bila ibu memalingkan wajahnya dari anak. Tengok berapa lama dia tahan bila mak awak senyap camtu. Takdenye depr3ssed. Dia cakap camtu supaya korang tunduk pada kehendak dia.

Yeppeun Eomeoni : Jangan sesekali benarkan adik kahwin dengan perempuan dan tinggal di rumah ibu. Nanti menjadi biawak hidup selama – lamanya. Kalau adik nak kahwin, biar dia hidup sendiri bina kehidupan sendiri. Tindakan ibu untuk stop bagi duit adalah terbaik. Kadang – kadangperlu cara kasar untuk mengajar seseorang menjadi matang.

Ikhwan Abd Kahar : Tindakan mak awak betul. Awak kena sokong tindakan mak awak. Mak awak dah stop beri duit dan taknk adik awak kawin dan duduk di rumah mak awak tu 1 timdakan saya puji. Adik awak dalam proses member0ntak.

Cara untuk dia lebih hargai mak awak dengan suruh dia kerja luar kawasan yang jauh dari rumah. Kerja di negeri lain ke. Untuk dia dapat hargai cari duit tu susah. Bukan senang. Kalau dia memang nak kawin sangat, suruh dia kumpul 15k dari usaha sendiri untuk mak awak masuk meminang.

Guna dalam 5k ke 10k untuk kawin. Baki 5k untuk mak awak bantu dia cari rumah sewa untuk dia dan isteri dia. Tapi H4RAMKAN dia tinggal di rumah mak awak selepas berkahwin. Nak melawat bole, tapi nak jadi tukang tanggung hidup laki bini dan org gaji di rumah sendiri memang tak boleh.

Terlalu manjakan anak laki ni, sebenarnya agak berat. Sebab akhir nanti akan jadi insan yang keras kepala. Sebab keinginan dia selalu dipenuhi. Kalau 1 tak dapat. Memang akan cepat meIenting.

Mawar Jamil : Bagus ibu berpelajaran dan berpandangan jauh. Tak terus sanggup benarkan si adik dan isteri (kalau kawin) tinggal dengan dia. Kalau tak, sampai ke tua la ibu tu jaga anak. Tak perlu nak buntu – buntu pasal adik tu.

Depr3ssion ni kalau doctor yang diagn0se. Setakat ibu tak turut kehendak pastu derh4ka kecoh konon depr3ssion. Awak dengan adik beradik lain terus bahagiakan ibu dengan cara lain. Tolong jangan pujuk – pujuk ibu lagi suruh terima perempuan tu tinggal skali. Nanti ibu jugak yang sedih / tanggung.

Norsilawati Jaminam : Macam budak kecik. Merajuk bila tak dapat apa yang dia nak. Pastu ada yang layan bagi je pulak. So dia sengaja guna t4ktik tu untuk dapatkan apa yang dia nak. Bagus mak tt tak bagi duit dah kat dia. Umur 23 dah patut pandai cari duit sendiri.

Bukan 0KU pun. 0KU pun pandai cari duit sendiri. Biarkan je dia nak membatu taknak cakap dengan semua orang. Tengok berapa lama dia boleh hidup. Biar dia berdikari. Esok – esok dia sedar diri mak jugak yang dia cari.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.