Isteri aku jenis manja, tak reti buat kerja rumah. Aku benci mak selalu tegur pasal isteri aku. Aku mula derh4ka, curi duit mak

Aku sengaja s4kitkan hati mak aku kerana pada aku mak aku adalah musvh utama aku. Aku juga menipu duit mak aku untuk tambah modal perniagaan. Sehinggalah anak – anak aku lahir. 3 orang, semuanya 0KU. Aku teringat dekat mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Semoga perkongsian aku ini menjadi pengajaran buat semua. Aku mulakan kisah aku dengan sedikit latar belakang tentang aku. Aku seorang lelaki yang dibesarkan di Kuala Lumpur dalam satu keluarga yang agak miskin.

Ayah aku cuma seorang pemandu manakala emak aku adalah surirumah yang tidak berpendidikan. Walaupun kami miskin, ayah aku adalah seorang yang kuat agamanya. Aku adalah seorang anak yang Allah juga kurniakan akal yang agak cerdik namun apabila melihat kepada kemiskinan keluarga aku, memang aku tiada plan untuk sambung belajar.

Seawal usia 12 tahun aku mula mengambil upah kerja – kerja di sekeliling aku, dan sesudah mengambil peperiksaan SRP aku mula meniaga kecil – kecilan dan aku berjaya. Cuma ketika ini aku dah mula sosiaI. Perempuan dan minuman keras dan mula menjadi kebiasaan aku.

Ketika usia aku 19 tahun, ayah aku pergi buat selama – lamanya. Ketika ini, apabila tidak orang kawal aku, aku m4kin liar dan bebas. Fasa seterusnya, emak aku suruh aku berkahwin. Masa nilah aku mula terdetik untuk ada keluarga sendiri.

Akhirnya aku berjumpa dengan seorang wanita yang pada mata aku agak cantik, baik, sopan dan pendiam. Dia berasal dari kampung. Soal mencari isteri memang aku nak perempuan yang baik – baik. Namun di sinilah segalanya bermula.

Isteri aku sangat manja dan tidak tahu menguruskan banyak benda. Melihat kepada keadaan itu, emak aku banyak tegur isteri aku. Aku tak dapat terima teguran itu. Aku jadi serabut. Aku selalu marah mak aku. Aku t3ngking mak aku.

Pernah sekali aku hampir pukuI mak aku kerana tidak suka akan teguran – teguran yang dibuat. Ditambah pula, isteri aku sering mengadu perihal mak aku. Yelah aku adalah pasangan yang baru berumah tangga. Untuk mengetahuan semua, aku tinggal asing. Namun aku selalu ke rumah mak aku ketika itu.

Aku sering nampak mak aku menangis. Namun s4kit hati dan panas baran aku lebih kuat ketika itu. Aku mula tidak balik ke rumah mak aku. Aku selalu cuba meny4kitkan hati mak aku kerana pada aku mak aku adalah musvh utama aku.

Aku juga menipu duit mak aku untuk tambah modal perniagaan… Allahu… tak terhitunglah d0sa – d0sa yang aku buat terhadap mak. Saat paling mengembirakan aku adalah ketika isteri aku melahirkan zuriat aku. Aku rasa aku lah orang paling hebat kerana punya satu keluarga yang lengkap.

Namun siapa boleh lari dari kuasa Allah. Aku punya 3 orang anak. Ketika usia anak sulung aku menginjak ke 7 tahun, baru aku sedar ketiga – tiga anak aku ada lah 0KU autism. Aku down, namun aku perlu menjalani perbagai pemeriksaan dan kos pendidikan mereka bukan murah.

Aku yang dulu agak senang kini bertukar wajah menjadi sangat susah. Perniagaan aku jatuh dan rugi teruk. Aku mula kerja yang macam – macam untuk menampung kehidupan. Aku mula insaf. Ketika ini baru aku ingat tentang mak aku yang dah bertahun tidak aku lawat.

Malah sesen pun tidak aku hulur. Aku kumpul duit dan bayar semua hutang – hutang mak aku yang pernah aku tipu. Aku mula tahu apa itu tanggungjawab terhadap emak aku. Aku menyesal dan aku sepatutnya dari awal perlu tahu cara menguruskan konflik emak dan isteri.

Sejak dari hari aku balik ke rumah emak aku, mak aku selalu mendoakan aku. Ye, aku dapat pelbagai bantuan dan zakat dari doa – doa mak aku. Malah, emak aku selalu berkata baik tentang aku pada orang – orang keliling. Alhamdullilah.

Sehinggalah lima tahun lepas mak aku pergi untuk selama – lamanya. Satu nasihat mak aku tinggalkan ketika hayatnya dan tak akan aku lupa adalah, “walaupun susah bagaimana sekali pun hidup kau, jangan kau tinggalkan isteri dan anak – anak. Kau pernah sangat gembira dan senang dalam kehidupan bersama mereka, sekarang laluilah dengan rasa kasih dan sayang walau sukar bagaimanapun perjalanannya”.

Baiknya hati mak aku. Hanya kerana sebuah ‘nasihat dan teguran’ aku mejadi anak derh4ka. Dan hari ini aku rasa rindu sangat pada mak aku. Aku selalu merenung perjalanan hidup aku untuk aku kenang sebagai pengajaran.

Aku yang hebat, hari ini jatuh tersungkur. Dari seorang kaki minum dan kaki perempuan, baIasannya aku dapat isteri yang nampak cantik tapi sayang hati dan sikap pula menggugat iman dan ketaatan terhadap emak aku.

Dapat anak – anak yang comel tapi sayang diuji tiada akal. Dapat pendapatan yang lumayan, tapi sayang aku akhirnya miskin malah aku penerima zakat. Dan dapat seorang emak yang selalu mendoakan, tapi sayang aku jadi derh4ka.

Ye aku yang pilih. Aku yang corak hidup aku. Kerana aku sangat sombong. Aku nasihatkan pada semua pembaca, janganlah kita sombong di atas bumi Allah. Aku dah dapat baIasan aku. Walaupun aku syukur kerana aku terima hukvman ini ketika aku masih di dunia, namun melalui satu perjalanan yang meny4kitkan dan penuh kesukaran itu bukan mudah.

Hidup kita memang penuh c4baran, namun kitalah yang perlu memilih solution kepada setiap permasalahan. Kalau dapat aku undurkan masa, aku ingin sekali memulakan hidup dan memilih satu jalan yang diredhai Allah. Al-Fatihah buat Mak… – M (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Liyana Abdullah : Moga Allah gengam kita, gengam hati kita kuat – kuat. Kalau terlepas dari landasan, biar Dia tarik kita balik. Aku kalau boleh taknak s4kitkan hati emak ayah. Aku dulu keje kerajaan. Suka betul ayah dengan emak.

Tapi aku resign lepas 7 tahun. Aku taktau dorang ralat atau tak. Aku takut nak tanya. Aku cuma pilih jalan, jalan yang Allah reda sebab aku sayang tuhan, baru tuhan sayang emak ayah aku kan. Masa buat keputusan, ayah still tolong aku even aku menganggur 4 bulan masa tu. Dugaan masing – masing, harap kita kuat. Kene selalu doa. Jangan lupa syukur selalu. Tu pun nikmat.

Nur Cahaya : Awak jugak kena mintak maaf dekat perempuan – perempuan yang awak mainkan sebab awak ada bagitahu sebelum nikah awak kaki perempuan. Mana lah tahu ada perempuan yang awak mainkan tu rase terani4ya. Doa orang terani4ya mustajab. Bila nak nikah nak cari perempuan yang baik – baik. Saya berkata atas kisah benar depan mata tapi jadikn pengajaran.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.