
Setelah berbulan, aku nekad bagitau isteri aku. Aku berhasrat nak kawen lagi satu. Aku tak boleh berterusan tanpa ik4tan yang sah. Menangis isteri aku bila aku cerita hubungan aku dengan kawan baik dia. Dia merayu jangan teruskan niat aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku malas nak confess sebenarnya tapi hari ni tiba – tiba ada semangat nak menulis. Kiranya tulisan ini aku cuba setelus mungkin dari hati dan sejelas yang mungkin dari apa yang aku alami. Jarang lelaki minat nak tulis confession ni.
Aku dulu tak pernah terfikir atau terlintas dalam hati apa yang dimaksudkan dengan kecurangan atau perselingkuhan. Bagi aku benda tu tak mungkin aku nak alami sebab satu – satunya insan yang bertakhta pastinya isteri aku, suri hati cinta aku sebagai suami. Tapi rupanya, jalan cerita hidup setiap pasangan pastinya berbeza.
Seiring dengan usia perkahwinan, pasti ada jalan cerita yang menjadi ujian dan cab4ran setiap suami isteri. Aku pernah dengar seseorang berkata, “Evolusi rumahtangga pasti berlaku seiring dengan usia perkahwinan suami isteri.” Tinggal lagi, sekuat mana dan sebijak mana kita manage ujian – ujian yang datang menduga.
Aku dan isteri sebaya. Kami berusia 37 tahun dan dikurniakan dua anak setelah 12 tahun bernikah. Kami bahagia bersama melayari bahtera perkahwinan sehinggalah kepercayaan dan kesetiaan ini diuji dengan kehadiran seseorang. Aku dan isteri dua – dua bekerjaya.
Di samping bekerja, kami suka buat bisnes sampingan sekadar untuk menambah pendapatan bulanan. Sambil kerja sambil ambil masa terluang dengan berniaga. Wife aku suka ajak kawan – kawan dia join perniagaan sampingan kami. Jadi secara tak langsung, aku kenal jugalah kawan – kawan dia.
Salah seorang kawan dia yang giat join perniagaan kami ni ialah Julia. Julia ni aku kenal dah lama sebab kami bertiga schoolmate masa belajar dulu. Aku berkahwin dengan isteri dan Julia berkahwin dengan pasangannya. Cuma takdirnya, Julia menjanda setelah berpisah dengan suaminya.
Mesti korang ingat aku ni reka cerita tapi hakik4tnya inilah yang berlaku. Asal orang ketiga mesti janda, mesti itu anggapan korang. Aku bukan menulis untuk memburukkan golongan janda tapi dah ini yang berlaku dalam kisah aku ni. Jadi aku teruskan lah dengan apa yang berlaku, apa yang aku alami.
Apapun yang berlaku, aku tak salahkan Julia sebab Julia hanya seorang perempuan yang jauh nak dibandingkan dengan kudrat dan kecerdasan aku sebagai lelaki. Sebelum tu, aku kena akui aku bukanlah orang yang kuat iman (lelaki yang baca ni lepas ni kena kuatkan amalan untuk menambah keimanan) walaupun aku faham mana yang baik mana yang buruk.
Sebagai lelaki, pasti ada kala pertimbangan itu salah dan mungkin terlalu mengikut keinginan dan nafsu. Biasanya, mana – mana lelaki memang tewas dengan wanita yang cantik dan mengg0da. Wanita pula tewas dengan pujian, perhatian dan pujuk rayu.
Benda – benda macam nilah yang menjadi alat yang menduga lelaki dan wanita. Dan, benda nilah yang menguji aku. Betul kata orang, ada isteri cantik pun lelaki boleh terpik4t dengan ppuan lain. (confirm aku kena m4ki dalam komen nanti)
Julia memang cantik. Comel. Memang menawan di mata aku. Aku berani mencuba Julia sebab dia berstatus janda. Kalau isteri orang maaf aku tak berminat dan aku hormat. Itu prinsip aku. Hubungan kami bermula dengan sekadar berkisar tentang perniagaan sampingan ini.
Daripada hubungan biasa, semestinya bila dah selalu bersama akan wujud kemesraan dan lahirnya rasa minat dan suka. Mana tak, asyik jumpa dan bergerak bersama. Dari bulan ke tahun, aku, isteri dan Julia selalu bersama bilamana ada urusan berkaitan ambil stok, jumpa pelanggan, perbincangan dan proses pesanan.
Keakraban dan kepercayaan antara kami sangat tinggi membuatkan kami boleh bekerja bersama dalam pasukan. Isteri aku percayakan Julia dan aku bilamana berkait dengan urusan perniagaan. Maklumlah, kawan dia. Kami ke hulu ke hilir bersama.
Sampaikan aku boleh keluar bersama Julia atas urusan bisnes dalam pengetahuan isteri. Cakap aje apa yang aku dan Julia buat, pasti bersama. Kadang – kadang aku amik Julia di airport tanpa ditemani isteri, hantar Julia ke mana – mana, urusan bil dan servis kereta, keluar lunch atau dinner dengan Julia, semua aku pergi.
Korang bayangkan sepercaya itu isteri aku letak kepercayaan pada Julia dan aku. Walaupun kadang – kadang ada jugak dia bertanya dan syak sesuatu cuma pada awalnya isteri tak terlalu serius untuk mengorek cerita. Dan pada ketika itu aku boleh jamin, kalau ada apa – apa berlaku antara kami, yang pasti aku yang dipersalahkan.
Bak kata netizen, lelaki memang kena salah di mata orang bilamana berlakunya situasi mencurigakan. Singkatkan cerita, akhirnya Julia dan aku telah wujud hubungan yang serius walaupun aku cuba memenangi hati dan perasaan Julia. Aku bagi hadiah, aku belanja baju, aku teman makan, dan bermacam lagi. Selautan pujian dan perhatian aku curahkan pada Julia untuk wujudkan kasih sayang ini.
Julia tahu status antara kami dan cukup faham hakik4t itu dan aku juga lebih daripada w4ras untuk sedar akan hal ini. Tapi tak terdaya aku untuk menafikan perasaan suka pada Julia. Julia pula cemerlang dalam tugas kerjanya dan dalam masa sama bijak juga menyembunyikan hubungan kami dari wife.
Aku sedar yang Julia memerIukan aku di sisinya memandangkan aku saja lelaki yang rapat dan faham jiwa dan kehendaknya. Kadang – kadang aku rasa semua ni macam drama tapi sebagaimana yang berlaku, itulah Julia di mata aku. Anehnya, aku dan Julia berhubungan tapi tidak lah sampai ke katil atau hotel setakat ni.
Kami berusaha bertahan untuk tidak sampai ke arah itu walaupun kadang kala, aku memang bernafsu dengan Julia. Pada awalnya, kami sekadar melampiaskan kerinduan dan kecintaan ini dengan cara ringan – ringan. Bilamana dah tak tahan, kami berjumpa macam biasa dengan alasan urusan perniagaan, walhal, kami tenggelam dalam melepaskan rindu yang tak tertanggung. (harap tak kena kecaman yang melampau walaupun aku tahu korang dah trigger)
Bila tak dapat berjumpa atau berjauhan, Julia akan send gambar – gambarnya yang bikin hati aku galau, bak kata orang seberang. Tak kuat aku nak menepis kecantikan Julia. Memang giIa dah tahap ni aku dengan Julia. Aku kena bijak sorok hubungan ini walhal tahu ini salah dan berd0sa. Tapi bilamana dah namanya seronok bersama, semuanya letak tepi.
Dari bulan ke tahun, Julia pula dah pandai rasa cemburu. Julia dah mula ambil tahu apa aku dan wife buat. Ada kala, aku ditanya Julia tentang hubungan kami bersama setiap kali aku pulang ke rumah. Julia seringkali bergurau yang dia juga perlu diutamakan. Aku hanya dengar dan tersenyum dengan kata – kata Julia yang aku anggap gurauan.
Julia m4kin manja untuk raih perhatian dari aku. Tak lepas tangan Julia bila bersama aku. Ketika inilah aku pula kemaruk dengan kasih sayang dan perhatian dari Julia hinggakan aku struggle membahagikan masa untuk wife dan Julia. M4kin hari m4kin kerap aku dan Julia bersama.
Aku dah mula ada jurang dengan wife. Cuma aku berharap ke depan hari, aku tak terbabas jauh dengan Julia. Akhirnya, setelah berbulan – bulan aku dengan Julia, aku nekad bagitau isteri aku. Aku berhasrat nak kahwin dengan Julia sebab aku tak boleh berterusan dengan dia tanpa ik4tan yang sah.
Menangis isteri aku bila aku cerita hubungan aku dengan Julia. Merayu – rayu minta aku jangan teruskan niat aku. Dia tak sanggup nak berkongsi suami dengan Julia, kawan dia sendiri. Aku yang pada awalnya nekad nak bernikah dengan Julia, terp4ksa mengalah bila isteri aku keluar dari rumah seharian tak balik.
Risau dan rasa bersalah pun ada sebab mengkhi4nati perasaan dan kepercayaan dia selama ini. Akhirnya memang aku dengan Julia tak jadi meneruskan matlamat untuk berumahtangga. Julia terima keputusan aku. Aku jem sekejap masa tu.
Wife aku bukan jenis meng4muk. Tapi dia berkonfrontasi dengan Julia selepas pada hari itu. Julia tidak lagi bersama pasukan perniagaan kami. Isteri aku singkirkan dia sebab hubungan kami telah dihidu. Tapi aku tetap curi – curi jumpa Julia.
Julia tidak lagi akrab dengan isteri aku selepas peristiwa itu. Cuma hubungan aku dengan Julia tidak putus, malah masih kekal seperti dulu cuma dalam ruang masa yang terhad. Julia juga masih berani keluar dengan aku walaupun dah tak sehaluan dengan isteri aku.
Julia ni kadang – kadang nakal juga. Perempuan kan.. bila kita dah kenal dia lama, m4kin nampak la sisi sebenar dia. Julia bertindak sem4kin menggoda dan manja. Ada satu tahap bilamana aku nak bersama isteri, Julia pasti terlebih dulu mengajak aku bertemu untuk bersama dia terlebih dulu.
Julia sengaja mencipta sensasi. Dia buat macam tu supaya aku akan berasa letih bilamana aku nak bersama isteri di malam hari. Julia suka bilamana dia berjaya menggagalkan usaha aku. Aku ingat beberapa kali peristiwa ni berlaku dan senyuman nakal Julia selepas berjumpa dengannya mesti menjadi perbualan kami keesokannya.
Aku yang kemaruk cinta dengan Julia, hanya mampu membiarkan Julia dengan per4ngainya. Dari masa ke semasa, kadang – kadang isteri aku tanya samada aku ada mesej atau keluar dengan Julia. Sewajibnya aku menafikan. Supaya tak memburukkan prasangka dia pada aku dan Julia. Cuma ada masa aku mengaku ada masa tidak.
So, pada saat ni istei aku tahu aku ada keluar sembunyi – sembunyi bersama Julia. Dan sebenarnya aku tak boleh nak lupakan setiap saat bersama Julia. Sebenarnya pernah terlintas di hati, nak je aku bawa Julia ke hotel tapi aku sendiri rasa aku kena kuat untuk menepis keinginan sebegitu. Lelaki mana yang tak terfikir hal tu.. Must4hil takde.
Kadang – kadang, aku pernah rasa bersalah duduk dalam keadaan macam ni dengan Julia tapi rasa bersalah tu bertahan paling tinggi pun 2 minggu je. Rindu dan rasa nak jumpa tu membuak – buak. Akhirnya, bertaut kembali.. walhal dah sama – sama berjanji nak cuba untuk menjarakkan diri. Inilah yang menjadikan hubungan ni terus kekal.
Ini kalau isteri aku tahu apa letak duduk sebenar aku dengan Julia, memang h4ncur. Kini, walaupun aku masih berhubungan dan berjumpa senyap – senyap dengan Julia, aku sedar benda ni harus berakhir. Baru aku faham apa dia yang boleh menjadi titik tolak kepada sebuah perselingkuhan.
Cukup dengan sedikit rasa suka dan ditambah dengan kekerapan bertemu, maka akan terbitlah bibit – bibit yang bakal menyiksakan diri. Buat lelaki di luar sana yang senasib seperti aku, benar, rasa suka, cinta, sayang itu terlalu kuat hingga kita lupa diri. Tapi diakhirnya, keluarga lah yang paling utama dan membahagikan. – De Michell (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Icka Atiqah : Umur 37, baru 12tahun kahwin, ada 2 anak. Semestinya anak tu baru umur sekolah rendah. Nampak sangat yang ko tak luangkan masa dengan anak – anak sepenuhnya pasal ko sebok luangkan masa dengan janda. Aku tak paham kenapa wujud bapak macamni.
Syed Fadhli : Kalau nak berpoligami, buat cara yang betul. Mohon ikut jalan yang betul. Kalau betul – betul layak, isteri tak boleh untuk nafikan hak suami untuk berpoligami. Orang nak kecam solusi aku lantaklah. Aku bagi jalan untuk ikut cara yang betul, paling penting untuk halal. Kalau memang dari awal tak mampu, jangan teruskan. Lagi penting, jangan kahwin lari / seberang. Lagi jah4nam kesannya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.